Ph Persiap Strategi Baru Menjelang Pru 15


 
PH persiap strategi baru menjelang PRU 15Posted By: Redzuan RF8 Mediaon: May 11, 2022
ShareUlang tahun ke – 4 penubuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) atau kemenangan rakyat pada hari ini wajar diingati oleh seluruh rakyat Malaysia sebagai detik kemenangan kebenaran ke atas rejim kleptokrat BN setelah berkuasa 61 tahun.
Menurut Majlis Presiden PH, hari ini pada empat tahun lalu sebuah kerajaan baharu berjaya dibentuk atas semangat rakyat yang telah bersama-sama tanpa mengira latar belakang bangkit menolak Umno-BN
Kata mereka, ketika itu tiada siapa yang mampu menjangka perubahan bersejarah boleh berlaku. Malah ada penganalisa yang berkata BN akan menang mudah dengan majoriti 2/3 kerusi Parlimen.
“Bagaimanapun jelas semangat rakyat untuk melakukan perubahan pada saat itu telah memungkinkan perubahan yang amat bermakna dalam sejarah politik tanah air.
“Kejayaan yang ditempuh pada PRU14 mampu berlaku bila PH mengatur strategi terbaik, menjiwai hasrat dan denyut nadi rakyat, serta berusaha sepenuh daya meyakini para pengundi,” kata mereka.
Malangnya menurut Majlis Presiden, pengkhianatan Langkah Sheraton harus mengajar pemimpin PH erti sebenar perjuangan.
Pengkhianatan itu wajib menyedarkan PH bahawa kemenangan maknanya menunaikan amanah dan tanggungjawab dengan cemerlang dan perlu berwaspada terhadap kelompok dan puak yang tidak senang dengan kemenangan rakyat.
“Majlis Presiden mengambil peluang untuk mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua Ahli Parlimen dan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri yang kekal setia dengan prinsip perjuangan Pakatan Harapan.
“Pada masa yang sama, kami mengulangi pendirian bahawa Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti perlu dibentang dan diluluskan Parlimen bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap sistem demokrasi di Malaysia,” kata mereka selepas mesyuarat bulanan Majlis Presiden PH di Wisma Amanah, petang tadi.
Ke hadapan, kata mereka, bagi mempersiapkan jentera PH serta membangkitkan semangat rakyat terutama pengundi atas pagar menuju PRU15, Pakatan Harapan akan membentuk Jawatankuasa Pilihanraya, Jawatankuasa Manifesto, dan Jawatankuasa Jelajah Harapan bagi membentuk momentum menjelang pilihan raya.
“(Dalam hal ini) Pakatan Harapan juga komited untuk menghormati Perjanjian Malaysia 1963. Terbentuknya Persekutuan Malaysia pada tahun 1963 adalah berdasarkan kepada persefahaman dan niat ikhlas di kalangan pemimpin-pemimpin pengasas kita terdahulu untuk melihat sebuah negara Malaysia yang kemakmuran dan kemajuannya dapat dirasai bersama oleh seluruh rakyatnya.
“Segala peruntukkan yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf hak istimewa kepada Sabah dan Sarawak perlu dilaksana seperti perkara 112C dan 112D yang mana tafsirannya perlu dibuat berdasarkan niat Perlembagaan dan bukannya dibuat untuk menidakkan hak Sabah dan Sarawak,” kata mereka lagi.
Justeru, Majlis Presiden PH bertekad akan akan melipat gandakan usaha, merangkul seluruh kekuatan pembangkang untuk memastikan PRU15 sekali lagi menjadi milik rakyat.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/05/ph-persiap-strategi-baru-menjelang-pru.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dul Jaelani Buat Band Rock Bernama Qodir Langsung Rilis Album Baru

Dul Jaelani Buat Band Rock Bernama Qodir Langsung Rilis Album Baru

papar berkaitan - pada 28/4/2022 - jumlah : 169 hits
Ingin berjuang lewat jalannya sendiri Dul Jaelani tak ingin terbayang bayang kesuksesan nama orang tuanya
Kj Umum Lima Sop Baru Buat Ramai Rasa Lega

Kj Umum Lima Sop Baru Buat Ramai Rasa Lega

papar berkaitan - pada 28/4/2022 - jumlah : 219 hits
Di saat bahang kemeriahan sambutan Aidilfitri yang kian terasa tumpuan rakyat terarah kepada sidang akhbar Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang dijadualkan berlangsung jam empat petang ini
Buang Ego Baru Boleh Menang Pru15

Buang Ego Baru Boleh Menang Pru15

papar berkaitan - pada 28/4/2022 - jumlah : 272 hits
PETALING JAYA Blok pembangkang yang mahu mewujudkan khemah besar dalam Pilihan Raya Umum Ke 15 tidak akan mampu menewaskan Barisan Nasional selagi kepemimpinannya bersikap ego dan mempunyai agenda kepentingan sendiri Tanpa keikhlasan pemban...
5 Potret Kedai Ramen Baru Milik Alshad Ahmad Tempatnya Mungil Namun Cozy Abis

5 Potret Kedai Ramen Baru Milik Alshad Ahmad Tempatnya Mungil Namun Cozy Abis

papar berkaitan - pada 28/4/2022 - jumlah : 303 hits
YouTuber yang juga merupakan keponakan Raffi Ahmad Alshad Ahmad baru saja membuka kedai ramen Tempatnya mungil namun cozy abis Simak beberapa fotonya berikut ini
Rafizi Dakwa 54 000 Daftar Pemilih Ragu Menjelang Pemilihan Pkr

Rafizi Dakwa 54 000 Daftar Pemilih Ragu Menjelang Pemilihan Pkr

papar berkaitan - pada 11/5/2022 - jumlah : 242 hits
May 10 2022 Rafizi Ramli berkata daftar ragu itu dikenal pasti menerusi penemuan senarai data melibatkan 1 500 nama daftar pemilih didaftarkan hanya bersandarkan satu nombor telefon PETALING JAYA Calon timbalan presiden PKR Rafizi Ramli men...
Menjelang Debat Dsai Dan Najib

Menjelang Debat Dsai Dan Najib

papar berkaitan - pada 12/5/2022 - jumlah : 192 hits
Musa Hassan Polis Perlu Siasat Semua Pendedahan SirulKUALA LUMPUR Polis seharusnya menyiasat apa sahaja dakwaan bekas koperal Unit Tindakan Khas Polis Sirul Azhar yang mengatakan bertindak mengikut arahan di dalam kes pembunuhan warga Mongo...
Ibu Gen1t 3 Anak Bahagia Kongsi Baju Dengan Adik Ipar Darjah 6 Menjelang Raya Suami Gembira Jimat Duitku

Ibu Gen1t 3 Anak Bahagia Kongsi Baju Dengan Adik Ipar Darjah 6 Menjelang Raya Suami Gembira Jimat Duitku

papar berkaitan - pada 16/5/2022 - jumlah : 313 hits
MEMILIKI tvbuh genit atau mempunyai saiz fizikal yang kecil sememangnya kelihatan comel Individu yang memiliki tvbuh kecil juga boleh membuatkan mereka kelihatan lebih muda berbanding usia sebenar malah ada juga yang salah anggap mereka seb...
Generasi Baru Tidak Segan Silu Mencerca Para Ulama

Generasi Baru Tidak Segan Silu Mencerca Para Ulama

papar berkaitan - pada 29/4/2022 - jumlah : 282 hits
Daripada anda mengutuk para ulama yg memberi nasihat Dulu zaman penjajahan kita terjaga akidah kita kerana adanya para ulama Jika tidak mungkin iman kita sudah hilang seperti yg dihadapi org2 Filipina dibawah penjajahan Sepanyol Kutukan2 da...
Ex Judge Fifa Sanctions On Fam Players A Jurisdictional Error

Clubsport V2 Made To Order Honda Cb750 Caf Racers By Mile Zero

Makan Tengah Hari Di Laparoti Port Lepak Tepi Sungai

What To Know About The New Gender Rules For U S Passports

Malaysia Dan China Memperkukuh Kerjasama Anti Rasuah Dalam Mesyuarat Di Vienna

Sour Grape Dap Hater Trolled For Linking Hannah Yeoh Cronyism To New Talentcorp Ceo S Appt

Petua Lama Untuk Melegakan Kembung Perut Anak Kecil

Mapa Lyrics Sb19 Aruma


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Cara Jana Income Tanpa Perlu Kedai Ebook Bisnes Makanan Delivery Untuk Semua

Asal Nak Bikin Youtube Content Kini Dah Jadi Pengarah Filem Penghukum Nusantara Assassin

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Tahun 2025

Top Commentators Of October 2025 Tahniah Blogger Lydia

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan