Pru 15 Jika 3 Penjuru Dapat Tambahan 15 Undi Jadi Pemenang


\
PRU 15 jika 3 penjuru dapat tambahan 15% undi jadi pemenangPosted By: Redzuan RF8 Mediaon: May 13, 2022
SharePersaingan hujah dalam pertandingan posisi Timbalan Presiden KEADILAN yang ditandai dengan kata kunci ‘khemah besar’ dan ‘agreasif menyerang’ mempunyai naratif dan strategi yang lebih besar di belakangnya, iaitu memenangi Pilihan Raya Umum ke 15.
Bagi calon Timbalan Presiden KEADILAN Rafizi Ramli, beliau lebih memfokuskan kepada PRU bersama Pakatan Harapan (PH) tanpa lain lain parti dan yakin dalam persaingan 3 penjuru PH hanya perlu menambah sokongan 15% pengundi Atas Pagar untuk muncul sebagai pemenang
Hal itu diungkapkannya dalam debat anjuran Sinar Harian bertajuk “Siapa Layak Bersama Anwar?” semalam.
“Daripada angka politik ini kalau kita masuk bertanding tiga penjuru pada PRU akan datang, kita hanya perlu mendapatkan 5 – 10% pengundi Atas Pagar yang sebelum itu mengundi PH, tetapi beralih kepada PN.
“Pandangan saya, sebab itu kita perlu tahu kenapa orang yang dulu undi PH kini beralih kepada PN? Kita kena tahu kenapa. Sebabnya kerana mereka merasakan KEADILAN dan PH terpisah dari nadi rakyat. 2 tahun kita berada dalam PKP yang ditumpukan pimpinan PH ialah mendapatkan orang melompat. Rakyat di bawah, kita tak suarakan (derita) mereka.
“Oleh itu, 4 – 5 bulan ini kalau kita kerja kuat maka 10% (Atas Pagar) yang merasakan PN, PH dan BN ini semua sama, mereka akan melihat perbezaan pada PH. Sebab itu 2018 mereka mengundi kita. Maka strateginya (kali ini) kena jelas,” katanya.
Menurut Rafizi lagi, terdapat dua kelompok pengundi yang perlu ditangani oleh KEADILAN atau PH sekiranya mahu menang. Iaitu Undi 18 dan pengundi automatik, yang mungkin jika mereka ingin mengundi maka nama mereka telah tersedia dalam senarai.
Bagi kedua dua golongan ini, katanya, kelebihan memihak kepada kerajaan semasa kerana kelompok pengundi itu tidak mempunyai pengalaman politik atau fikiran politik tertentu.
“Dua kumpulan ini membuat pertambahan mendadak dalam daftar pengundi, ada kumpulan Undi 18 dan 21 tahun. Juga ada pengundi yang tidak mendaftar dan kali ini boleh mengundi.
“Pola sokongan pengundi muda ialah kumpulan ini akan mengundi siapa yang jadi kerajaan kerana tidak lagi melalui pengalaman politik. Mereka ini hanya mengenali politik dengan watak watak rasmi menteri dan sebagainya.
“Bagi saya untuk memenangi pengundi yang kurang berminat dan kurang tahu seperti ini perlukan pendekatan yang tidak terlalu berpolitik.
“Pendekatan yang membawa satu imej yang mudah diterima. Mana mana parti dalam dunia, mereka menjalan softbranding dan mereka menjalankan program yang ada template tular, seperti Ayuh Malaysia yang tidak menumpukan politik, membawa isu dekat dengan golongan muda, soal gaji, tenaga boleh diperbaharui, TVET atau perkara yang terpisah daripada ahli politik yang lebih berumur. Ini yang perlu dilakukan secara berterusan dan ia di luar kerangka politik,” katanya.
Selain itu, Rafizi juga membawa isu ekonomi negara yang tidak berupaya menampung pekerjaan penduduk Malaysia atau membayar gaji secukupnya kepada anak muda berkelayakan.
Hal itu katanya, perlukan perubahan politik dan pemerintahan untuk ditangani.
“Nilai ekonomi yang kita jana setakat ini tidak mampu membayar gaji setimpal kepada nak muda yang keluar dari pusat pengajian.
“Kita berdepan dengan masalah meruncing iaitu perbekalan makanan yang terlalu banyak bergantung kepada import luar negara. Bila keadaan ekonomi tidak kukuh kita berdepan kenaikan harga mendadak yang menyebabkan rakyat biasa menanggung beban.
“Harapan rakyat sejak beberapa tahun lalu melihat percambahan idea dari pimpinan semua parti. Rakyat telah memainkan peranan apabila pentadbiran Najib terpalit dengan 1MDB mereka membuat keputusan menukar kerajaan buat kali pertama. Sejak berlakunya Langkah Sheraton ada tanggapan bahawa kepimpinan politik sibuk mendapatkan kuasa daripada bersaing menyelesaikan masalah.
“Itu menyebabkan kelesuan politik dalam pilihan raya negeri. Kita dapati undi BN tidak pernah bertambah dan berada pada takat sokongan yang sama pada 2018 tetapi penyokong PH buat keputusan untuk mengalihkan sokongan kepada PN.
“Manakala angka (tinjauan) terbaharu menunjukkan 63% rakyat tidak tahu untuk memilih mana mana parti dalam PRU akan datang,” katanya.
Justeru, Rafizi mengharapkan anggota KEADILAN akan memilih calon timbalan presiden yang benar benar mengetahui strategi menghadapi pilihan raya dan layak menerajui parti bagi menghadapi PRU 15.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/05/pru-15-jika-3-penjuru-dapat-tambahan-15.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hentikan Lah Angan Angan Khemah Besar Tiga Penjuru Beei Keswimbangan Pada Semua

Hentikan Lah Angan Angan Khemah Besar Tiga Penjuru Beei Keswimbangan Pada Semua

papar berkaitan - pada 3/5/2022 - jumlah : 175 hits
Berdasarkan realiti bahawa UMNO telah menolak Bersatu Pas tidak mahu bekerjasama dengan PH dan DAP serta Amanah enggan menerima Pas sebagai rakan kerjasama pertandingan satu lawan satu dalam PRU15 akan datang hampir mustahil menjadi kenyata...
Pru Tidak Bersih Selagi Akta Pendanaan Politik Tak Digubal

Pru Tidak Bersih Selagi Akta Pendanaan Politik Tak Digubal

papar berkaitan - pada 1/5/2022 - jumlah : 176 hits
PETALING JAYA Selagi akta penda naan politik tidak digubal dan di kuatkuasakan pilihan raya umum ke 15 akan terus menjadi pilihan raya yang tidak bersih kata bekas timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Wan Ahmad Wan Omar Beliau berkat...
Menuju Pru 15 Kepimpinan Anwar Diperlukan Melakar Kerangka Baharu Persefahaman Politik

Menuju Pru 15 Kepimpinan Anwar Diperlukan Melakar Kerangka Baharu Persefahaman Politik

papar berkaitan - pada 2/5/2022 - jumlah : 126 hits
Persoalan dan kritikan yang dilemparkan terhadap kewibawaan Presiden KEADILAN dalam membawa cabaran Pakatan Harapan menuju Pilihan Raya Umum ke 15 seharusnya tidak dijadikan bahan perdebatan yang berlarutan Menurut calon Naib Presiden KEADI...
Umno Terengganu Lebih Yakin Pas Mungkin Tumbang Pru 15

Umno Terengganu Lebih Yakin Pas Mungkin Tumbang Pru 15

papar berkaitan - pada 7/5/2022 - jumlah : 203 hits
MOHD SAYUTI OMARPengerusi Umno Terengganu Ahmad Said kata parti itu tidak akan berpakat dengan mana mana pihak dalam pilihan raya akan datang dan akan meletakkan calon di semua 32 kerusi Dewan Undangan Negeri dan lapan kerusi Parlimen Hari ...
Kategori Kategori Yang Layak Terima Bayaran Tambahan Bkm Rm500 L Mohon Rayuan Bkm Anda Sebelum 2 Jun 2022

Kategori Kategori Yang Layak Terima Bayaran Tambahan Bkm Rm500 L Mohon Rayuan Bkm Anda Sebelum 2 Jun 2022

papar berkaitan - pada 18/5/2022 - jumlah : 328 hits
Kategori Kategori Yang Layak Terima Bayaran Tambahan BKM RM500 Untuk makluman kepada rakyat Malaysia Bantuan Keluarga Malaysia atau lebih dikenali sebagai BKM 2022 adalah merupakan salah satu bantuan berbentuk bantuan kewangan yang dipereke...
Bayaran Bantuan Tambahan Bkm Rm500 2022

Bayaran Bantuan Tambahan Bkm Rm500 2022

papar berkaitan - pada 11/5/2022 - jumlah : 312 hits
Bantuan Keluarga Malaysia adalah bantuan tunai yang lebih tertumpu kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup serta beban yang dihadapi oleh rakyat berpendapatan rendah Bantuan Tambahan BKMTahukah anda terdapat bantuan ...
Pemenang Top Komentator April 2022 Blog Suriaamanda

Pemenang Top Komentator April 2022 Blog Suriaamanda

papar berkaitan - pada 1/5/2022 - jumlah : 234 hits
Assalamualaikum Hi korang Sebelum SA sibuk betul sebelum blog ni kurang dipedulikan menjelang syawal sebelum pv turun jatuh menjunam dari naik mencanak SA nak umumkan pemenang Top Komentator untuk bulan April ni Jom kita tengok siapa yang k...
54 000 Ahli Pkr Meragukan Masih Boleh Undi

54 000 Ahli Pkr Meragukan Masih Boleh Undi

papar berkaitan - pada 12/5/2022 - jumlah : 366 hits
54 000 ahli PKR meragukan masih boleh undi PKR membenarkan sebahagian ahlinya yang dianggap meragukan oleh Rafizi Ramli untuk mengundi dalam pemilihan parti tetapi mereka tertakluk kepada lapisan pemeriksaan tambahan selepas mengundi Penger...
The Great Emu War Australia S Unconventional Battle

Terculik Sana Tertukar Sini

Mi Goreng Kicap Resipi Simple Tapi Rasanya Tip Top

Beyond Adolescence Parental Involvement In Bridging The Digital Divide

Dr Jay Ong Ceo Csa Academy Dalang Sindiket Ops Sky Tipu Lebih 4 000 Penjawat Awam

Buy Guncle Shirt Celebrating Gay Uncles With Style

Selamat Hari Raya Aidilfitri Dari Saya Dan Pelajar Smka Naim Lil

How The World Can Keep Trump 2 0 In Check


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Suspek Larikan Kereta Bersama Budak Dicekup Selepas Ditemui Sedang Tidur

Menara Kl Masih Milik Kerajaan

Hati Hati Dengan Scam Pengeluaran Kwsp Akaun 1 Tak Pasti Jangan Kongsi Biarbe

Persiapan Aidilfitri Sebuah Keluarga Peneroka Di Felda Jengka 7 Musnah Kediaman Hangus Terbakar

Environmental Group Criticises S Gor For Skipping Zero Waste Day

Four Injured After Floor Collapses During Aidilfitri Celebration In Sarawak