Setiap Hari Sakit Pinggang Belakang Ainan Tasneem Terpaksa Pakai Penyokong Tak Sabar Tunggu Baby Kembar
Bukan mudah mengandungkan anak kembar, apatah lagi bagi ibu yang berbadan kecil. Bagi penyanyi Ainan Tasneem, kandungan kembarnya yang semakin membesar membuatkan dia semakin berjaga-jaga.
Katanya menerusi instagram miliknya, dek kerana kandungannya yang sudah pun memasuki usia tujuh bulan ditambah dengan kandungan yang semakin sarat, dia mula merasa sakit pinggang dan belakang tubuhnya.
“Disebabkan twins makin membesar, perut pun makin memberat. Memang terasa sangat pressure lagi-lagi dekat pelvis area.
“Dulu time Salsabiela tak terasa sangat, tapi mungkin sebab ni 2 baby sejak kandungan 5 bulan lagi dah terasa. Sakit sangat sampai everyday sakit pinggang dan belakang,” katanya berkongsi.
View this post on Instagram
Disebabkan twins makin membesar, perut pon makin memberat. Memang terasa sangat pressure lagi2 dekat pelvis area. Dulu time Salsabiela tak terasa sangat, tapi mungkin sebab ni 2 baby sejak kandungan 5 bulan lagi dah terasa. Sakit sangat sampai everyday sakit pinggang dan belakang
Tapi Alhamdulillah syukur ada ergonomic pregnancy support belt daripada @mamawaymy ni. Sangat membantu. Bila pakai perut rasa sedikit ringan, rasa macam ada tangan yg tampung perut kita. Nak bergerak ke mana-mana pon jadi mudah. Material pon sangat stretchable, lembut, selesa dan tak rasa gatal2 walaupun kena direct dengan kulit. Ainan sangat recommend to future mommies out there untuk invest dan beli this product. I’m sure you won’t regret. Guna code MAMAWAY-AINAN, dan boleh dapat diskaun sebanyak RM25 untuk pembelian melebihi RM200
#lovemamaway #mamaway
A post shared by AINAN TASNEEM ♡ (@ainantasneem92) on Nov 1, 2020 at 8:54pm PST
Terpaksa pakai tali pinggang penyokong
Disebabkan itu, Ainan terpaksa mengenakan tali pinggang sokongan khas buat ibu hamil untuk menyokong berat kandungannya. Dan kini barulah penyanyi yang popular dengan lagu Aku Suka Dia ini rasa makin lega dan selesa.
“Tapi Alhamdulillah syukur ada ergonomic pregnancy support belt ni. Sangat membantu.
“Bila pakai perut rasa sedikit ringan, rasa macam ada tangan yang tampung perut kita. Nak bergerak ke mana-mana pun jadi mudah,” katanya lagi.
Dalam pada itu, menerusi satu entri berlainan di instagram, Ainan rupanya sudah pun menyiapkan pakaian dan kelengkapan lain untuk bayi kembarnya yang bakal lahir kelak.
“Pakaian untuk twins rasanya dah 100% ready, Alhamdulillah,” katanya yang turut berkongsi gambar pakaian buat bayi kembarnya. Semuanya sudah siap disusun cantik di rak pakaian.
View this post on Instagram
Pakaian untuk twins rasanya dah 100% ready Alhamdulillah. Ramai juga first time mommies yg dm minta Ainan share barang yg perlu dibeli untuk newborn baby kan. Actually boleh google je, ramai yg share. Tapi takpe nanti Ainan share jugak bila free nanti okay
Btw barang baby smua Ainan sumbat bawah almari ni je. Haha. Nak beli almari baru rasa cam bazir je sebab nanti makan space pulak tu kan. So guna stackable organizer tu memang dapat jimat space sangat2. Ainan beli kat shopee je. Korang boleh search ‘Foldable stackable drawer storage basket’ nanti keluar la kat shopee tu. Pastu pepandai la survey seller yg jual paling murah kan, ala macam tak biasa haha. #donehasut
A post shared by AINAN TASNEEM ♡ (@ainantasneem92) on Oct 9, 2020 at 7:24am PDT
Terdahulu Ainan Tasneem mendirikan rumah tangga bersama Mohammad Ariffudin Mohammad Swaimi pada tahun 2017. Mereka kini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Sasabiela pada 2 Mac 2018.
Semoga kelahiran bayi kembar Ainan dipermudahkan kelak.
The post “Setiap Hari Sakit Pinggang & Belakang”, Ainan Tasneem Terpaksa Pakai Penyokong, Tak Sabar Tunggu Baby Kembar! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/setiap-hari-sakit-pinggang-belakang-ainan-tasneem-terpaksa-pakai-penyokong-tak-sabar-tunggu-baby-kembar/