Setahun Batas Timbun Jom Tanam Sayur


Batas timbun no.1 dibuat pada Sept. 2018, bermakna sudah setahun berlalu. Banyak kebaikan yang didapati bila berkebun menggunakan kaedah / sistem batas timbun ini.

Batas timbun atau raised bed yang dimaksudkan disini ialah batas yang menggunakan dinding atau penghadang, dan tanpa perlu tanah digali. Penambahan tanah dibuat diatas tanah asal.  Pertanian bandar, laman dapur, kebun bandar, dusun bandar, kebun botani atau apa saja sebutan dapat diperbuat lebih mudah menggunakan batas timbun berdinding. Kotak gabus, tayar terpakai, pasu bunga, botol bekas air, baldi dan sebagainya adalah manifestasi batas timbun kerana mempunyai ruang menanam yang berdinding.


Bentuk dan ukuran batas timbun boleh dibuat pelbagai cara terpulang kepada kreativiti dan ruang yang ada. Ada yang berbentuk segi empat sama, segi empat tepat, bulatan, bersegi2, bentuk kunci dan sebagainya. Kelebaran dan ketinggian boleh di ubahsuai mengikut jenis tanaman atau citarasa setiap pekebun.

Bahan2 untuk dinding batas timbun pula dapat dibuat dari pelbagai bahan yang boleh didapati di sekeliling rumah. Contohnya papan, kayu, atap genting, zink, batu bata, bancuhan simen, buluh, batang2 pokok, botol2, rotan, tanah liat dan sebagainya.


Tanah, sisa kebun, potongan rumput, sisa dapur, kulit telur, sisa kandang, baja organik daun, baja organik buah, semburan racun organik, kompos, carikan kertas, jerami ( sisa ladang / sawah ), baja tahi cacing, baja foliar, air basuhan beras, air basuhan ikan, air rebusan ulam , telur dan sebagainya adalah antara bahan2 yang digunakan dibatas timbun berdinding ( raised bed ). Baja kimia NPK boleh digunakan pada peringkat permulaan. Racun kimia perlu dielakkan kecuali benar2 perlu dan digunakan seminima mungkin.

Pembinaan batas timbun - setelah dinding dibuat, bahan2 seperti kotak kertas akan dijadikan lapisan pertama untuk menekan rumput. Kemudian tanah di susuli kompos, sisa kebun, sisa kandang dan sebagainya berselang seli sehingga penuh dan akhir sekali sungkupan.


Sungkupan boleh diperbuat dari potongan / guntingan daun2 kering seperti daun mangga, tebu, pisang dan sebagainya yang ada dihalaman rumah. Bekas telur, bekas minuman / makanan dari bahan kertas kitar semula juga boleh dipotong / digunting kecil2 dan dijadikan bahan sungkupan .

Antara kebaikan lain batas timbun berdinding ( raised bed ) yang boleh difikirkan ialah :

1. Pembahagian kawasan yang jelas - antara kawasan tanaman dengan kawasan laluan bekerja.
2. Dinding - mengelakkan / mengurangkan larian tanah, nutrien, air & sungkupan dari dalam batas timbun.
3. Batas timbun berdinding ( raised bed )  itu sendiri dapat mengurangkan larian air terutama semasa hujan lebat berbanding batas timbun tanpa dinding.
4. Sungkupan yang tebal dapat mengelakkan / mengurangkan pertumbuhan rumput rumpai, menstabilkan suhu tanah, melambatkan kekeringan tanah, mengelakkan percikan air tanah ke tanaman, menjadi kompos bila reput dan sebagainya.
5. Jimat masa mengurus kebun dan tanaman, jimat masa membaja, menyiram dan sebagainya yang boleh digunakan untuk aktiviti lain.
6. Tanah batas timbun berdinding ( raised bed ) lebih longgar kerana tidak dipijak dan ini amat sesuai untuk pertumbuhan akar2 tanaman. Air, udara serta organisma tanah juga dapat bergerak di dalam tanah yang longgar dengan lebih mudah. Pereputan / penguraian dibatas timbun juga lebih cepat.
7. Kitar semula / tanpa pembaziran - batas timbun dapat dijadikan komposter dengan menanam sisa dapur / sisa kebun. Sisa kebun dapat dijadikan bahan sungkupan.
8. Batas timbun juga dapat dijadikan tapak semaian untuk tanaman, tempat pembiakan cacing tanah.
9. Penggunaan tanah maksima - boleh gunakan konsep kebun kaki persegi ( square foot garden ).
10. Batas timbun berdinding ( raised bed )  dipercayai dapat meningkatkan hasil tanaman berbanding batas biasa dengan adanya faktor2 diatas.
11. Cuaca Malaysia yang panas dan hujan sepanjang tahun amat sesuai dengan batas timbun, di musim hujan hampir tiada penyiraman diperlukan manakala musim panas pula, siraman juga minima / bila perlu sahaja.


12. Batas timbun ( raised bed ) juga dapat dijadikan batas eksperimen untuk tujuan2 tertentu, cth: pertanian organik.
13. Batas timbun ( raised bed ) juga dapat menjadikan lanskap halaman rumah lebih teratur, kemas dan menarik.
14. Batas timbun berdinding dapat dibuat dimana2 sahaja samada bandar atau kampung, kawasan rata atau bercerun dan sebagainya.
15. Potongan rumput diantara barisan batas timbun boleh terus diletakkan ke batas timbun, membekalkan nutrien2 terbaik kepada tanah dan tanaman.
16. Batas timbun juga boleh di tukar tataletak / layout bergantung kepada keperluan semasa pekebun.
17. Batas timbun dapat mengatasi masalah tanah tidak / kurang subur, tanah keras dan padat, berbatu-batan dan sebagainya.


Kekurangan batas timbun mungkin kerana kos permulaan yang agak tinggi untuk tanah dan bahan2 binaan dinding. Tetapi dengan begitu banyak kebaikan batas timbun, keterujaan melihat kebun menjadi nyata melebihi segalanya.

Jenis2 tanaman yang boleh ditanam dibatas timbun tidak terhad kepada sayuran berdaun sahaja. Percubaan boleh dibuat untuk melihat kesesuaian pelbagai jenis tanaman dengan batas timbun.


Jenis2 siraman boleh disesuaikan samada air graviti, manual, semi auto, auto atau split ( siraman hanya dibuat pada peringkat awal penanaman, selepas itu air hujan dan air embun akan digunakan oleh tanaman ).

Batas timbun lebih popular di negara barat tetapi tidak bermakna ianya tidak dapat di sesuaikan di Malaysia bahkan mungkin lebih baik lagi kerana faktor cuaca Malaysia yang membolehkan tanaman dibuat sepanjang tahun.

Video ringkas dibawah sempena setahun batas timbun blog Jom Tanam Sayur ( JTS) semoga bermanfaat.


Sekian & selamat berkebun.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://jomtanamsayur.blogspot.com/2019/10/setahun-batas-timbun-jom-tanam-sayur-jts.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jom Bergaya Dengan Royal Silk Esklusif Kod Ic

Jom Bergaya Dengan Royal Silk Esklusif Kod Ic

papar berkaitan - pada 28/9/2019 - jumlah : 662 hits
Jom bergaya dengan ROYAL SILK ESKLUSIF KOD IC Cikla perasan la ni kain jenis royal silk ni semakin mendapat tempat di hati cikpuan cikpuan dekat Malaysia ni Mana taknya memang banyak kelebihan kain jenis ni Dah tentu jadi kegemaran semua ka...
Jom Kita Jayakan Kempen Beli Produk Muslim

Jom Kita Jayakan Kempen Beli Produk Muslim

papar berkaitan - pada 28/9/2019 - jumlah : 378 hits
Ribuan jutawan muslim jika kempen BMF berjayaPeniaga kena jaga kualiti pengguna istiqamah beli produk muslimJOHOR BAHRU Bukan hanya seorang jutawan tetapi ribuan akan menjadi jutawan muslim jika Kempen Beli Produk Muslim berjaya dan menjadi...
Orang Tu Ambik Rantai Kakngah Budak Diragut Ketika Berkunjung Ke Jom Heboh Batu Kawan

Orang Tu Ambik Rantai Kakngah Budak Diragut Ketika Berkunjung Ke Jom Heboh Batu Kawan

papar berkaitan - pada 1/10/2019 - jumlah : 197 hits
The ReporterMalang tak berbau seorang kanak kanak perempuan diragut oleh dua wanita berbadan gempal ketika berkunjung ke Jom Heboh di Batu Kawan baru baru ini Dalam kejadian yang berlaku pada Ahad lalu ibu mangsa Siti Haryani hanya mengetah...
Jom Rawat Bumi By Cyber Eco Hunt 2019

Jom Rawat Bumi By Cyber Eco Hunt 2019

papar berkaitan - pada 1/10/2019 - jumlah : 367 hits
Jom Rawat Bumi By Cyber Eco Hunt 2019 Salam Alhamdulillah kerana dengan dengan izinnya Cyber Eco Hunt yang dianjurkan oleh Alam Flora untuk kali yang kedua ini berjalan dengan lancar Kalau tak silap uzu Cyber Eco Hunt yang pertama ialah pad...
Jom Bersama Bangunkan Ekonomi Muslim Besok

Jom Bersama Bangunkan Ekonomi Muslim Besok

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 315 hits
KL Lajnah Ekonomi Hartanah dan Pembangunan Usahawan PAS Pusat menganjurkan Konvensyen Usahawan Haraki 2 0 yang akan diadakan di Duyong Marina and Resort di sini pada esok 28 September Majlis akan disempurnakan oleh Exco Kerajaan Negeri Tere...
Jom Bersantai Memancing Di Rakit Pak Atan Sungai Pendas

Jom Bersantai Memancing Di Rakit Pak Atan Sungai Pendas

papar berkaitan - pada 26/9/2019 - jumlah : 3842 hits
Jom Bersantai Memancing di Rakit Pak Atan Sungai Pendas Assalamu alaikum Berita baik untuk kaki pancing di laur sana Rakit Pak Atan Sungai Pendas telah mula beroperasi Boleh korang
Nak Blog Mesra Google Jom Check Seo Guna Website Nih

Nak Blog Mesra Google Jom Check Seo Guna Website Nih

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 458 hits
Ramai juga yang selalu tanya tips untuk saya macam mana nak bagi blog kita selalu ada kat atas masa carian di Google Ada banyak tips sebenarnya tapi untuk kali nih saya kongsi tools yang anda boleh guna untuk kasik blog anda lebih mesra den...
Jom Mendaftar Dengan 1gc

Jom Mendaftar Dengan 1gc

papar berkaitan - pada 26/9/2019 - jumlah : 346 hits
Get LinkJom Mendaftar Dengan 1Gc Tidak rugi malahan lebih berfaedah lagi untuk diri kita sendiri PENGENALANApa Itu 1GC Untuk mengetahui lebih lanjut tentang 1Gc ini Anda boleh melayari laman web ini Secara fahaman saya mengenai 1GC ini Ia m...
Jom Jamu Daging Black Pepper Berapi Pulak Pedas Laa Sikit Baru Terangkat

Jom Jamu Daging Black Pepper Berapi Pulak Pedas Laa Sikit Baru Terangkat

papar berkaitan - pada 26/9/2019 - jumlah : 546 hits
Daging lada hitam ni sebenarnya sajian fusion yang paling popular Walaupun asasnya masakan barat tetapi dengan tambahan cili padi rasanya dah mengikut selera rasa orang Asia Anda boleh juga menambah sedikit tepung jagung jika mahu kuah yang...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Kami Brunch Di Kolumpo Kopitiam

Cara Merancang Jadual Aktiviti Harian Yang Berkesan

Boy Cipta Kejutan Sambar Emas Di Acara Keirin

Resipi Mudah Dan Sedap Masak Pucuk Paku Lemak Tempoyak Dengan Udang

Pemimpin Pemuda Umno Sokong Hak Rakyat Berhimpun Sabtu Ini

Rekod Tiga Kerajaan Lalu Jaga Kebebasan Kehakiman Lebih Baik