Sering Penat Tapi Nak Tidur Pun Susah Petanda Ketara Mempunyai Penyakit Anemia


Sering Penat, Tapi Nak Tidur Pun Susah? Mungkin anda ada penyakit anemia? Huish! Seramnyaaa! Setakat ni aku senang nak tidur..tapi kalau orang tu susah nak tidur sebab fikir banyak benda, atau sebab putus cinta....hm, itu bukan anemia tauu! Tiberghhh!Untuk pengetahuan anda, pesakit anemia sering terasa letih dan lesu. Mereka juga tidak boleh melakukan senaman ringan dalam satu jangka masa yang lama. Tapi, tahukah anda bahawa pesakit anemia juga mempunyai masalah untuk tidur??
Pesakit anemia dan tidurRamai yang tahu penyakit anemia membuatkan seseorang itu rasa penat yang amat sangat, tidak bertenaga dan sukar untuk fokus ketika melakukan aktiviti seharian.
Pesakit yang menghidap anemia tidak mempunyai sel darah merah ataupun zat besi yang cukup dalam darah. Oleh itu, badan akan menghadapi masalah untuk membawa oksigen ke seluruh badan.
Antara simptom anemia termasuklah kerap pening kepala, rasa lemah dan mempunyai kulit, gusi dan kelopak mata yang pucat.
Ramai yang sangka disebabkan penghidap anemia kerap rasa penat, mereka mudah untuk tertidur. Tetapi, kenyataan ini sebenarnya salah!
Malangnya, kepenatan kadang-kadang boleh buatkan penghidapnya makin sukar untuk tidur. Rasa penat yang amat sangat ini boleh buatkan pesakit jadi resah, sekali gus mengganggu tidur mereka.
Menurut sebuah journal di dalam African Health Sciences, pesakit yang mengalami anemia kerana kekurangan zat besi sukar untuk tidur malam.
Ini disebabkan mereka mengalami simptom psikologikal seperti depresi dan juga kegelisahan.
Tambah lagi, menurut kajian yang dijalankan oleh Graziano Onder, individu yang lebih berusia lebih berisiko untuk menghidap depresi akibat penyakit anemia.
Ini kerana mereka mempunyai risiko untuk menghidap pelbagai penyakit kronik (comorbid) yang turut menyumbang kepada gangguan semasa tidur.
Anda mungkin berminat:
Susah Tidur, Selamatkah Jika Ambil Pil Tidur Semasa Hamil? Ini JawapannyaKanser dan Masalah TidurPesakit anemia alami masalah tidur
Pesakit yang menghidap iron deficiency anaemia akan mengalami satu sindrom yang dinamakan restless leg syndrome.
Sindrom ini menyebabkan pesakitnya mempunyai keinginan untuk menggoyangkan kaki ataupun bahagian badan yang lain.
Kadangkala, simptom ini turut diikuti dengan rasa gatal dan juga rasa seakan-akan kebas yang boleh mengganggu tidur.
Keadaan ini akan membuatkan pesakit anemia mengalami masalah untuk tidur dengan lena. Ini juga akan akibatkan mereka mengalami insomnia.
Sebagai akibatnya, pesakit anemia akan rasa tidak cukup rehat sepanjang hari. Mereka juga mungkin akan alami masalah untuk fokus dan mempunyai mood yang tidak stabil sepanjang hari.
Pesakit anemia perlu elakkan minum kopi lebih-lebih lagi pada waktu sebelum tidur. Selain itu, pesakit juga boleh lakukan senaman ringkas seperti regangan, berjalan dan juga berjoging.
Jika perubahan gaya hidup tidak dapat membantu pesakit untuk tidur dengan lebih lena, doktor mungkin akan menyarankan ambil beberapa jenis ubat ataupun suplemen tambahan.
Ini bagi membantu tingkatkan tahap zat besi dalam tubuh pesakit.
Kenal pasti jenis anemia yang anda alamiJika anda mengalami penyakit anemia, penting untuk anda tahu jenis anemia yang dihadapi; disebabkan oleh kekurangan vitamin B12 ataupun kekurangan zat besi?
Disebabkan anemia boleh sebabkan pesakitnya sukar untuk lelapkan mata, penting untuk pesakit kenal pasti jenis anemia yang mereka alami.
Ini bagi membolehkan rawatan yang sewajarnya diberikan untuk membantu masalah tidur yang dialami pesakit.
Sebagai contoh, pesakit yang kurang vitamin B12 memerlukan suntikan vitamin yang hanya boleh didapati melalui preskripsi.
Doktor juga mungkin akan menyarankan pesakit menambah makanan yang tinggi kandungan vitamin B12 dalam diet seharian. Contohnya, pesakit boleh makan lebih ikan, daging, telur, susu dan produk tenusu yang lain.
Pesakit yang mengalami kekurangan zat besi pula boleh mengambil suplemen untuk bantu kurangkan anemia yang dialami.
Pesakit juga boleh makan makanan yang kaya dengan zat besi seperti daging, ikan, sayur bayam dan juga brokoli.
Bagaimana pesakit anemia boleh kurangkan gangguan ketika tidur?
Mudah untuk mendapatkan nasihat untuk tidur dengan lebih lena. Namun, bukan mudah untuk mengikut nasihat tersebut.
Selain kafein, satu lagi solusi yang boleh pesakit anemia lakukan adalah tahu bila untuk akhiri hari anda.
Individu yang tidak cukup tidur boleh sebabkan mereka bermasalah untuk melakukan kerja harian dengan baik.
Tambah lagi, pekerja yang tidak cukup tidur lebih banyak melakukan kesalahan dan lebih culas dalam melakukan kerja.
Penting untuk anda tahu bila untuk akhiri hari anda. Jika anda rasa mengantuk sewaktu bekerja, anda boleh tidur selama 20 minit untuk lebih efektif.
Jangan lakukan kerja lebih masa. Jika anda mempunyai pola tidur yang lebih seragam, anda akan lebih mudah tidur pada waktu malam.




INFO :  Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
SENYUM SAJA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.nonasani.com/2020/09/sering-penat-tapi-nak-tidur-pun-susah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Walaupun Isteri Lebih Selesa Genggam Besi Katil Tapi Dia Nak Juga Tangan Suami Ada Masa Bersalin

Walaupun Isteri Lebih Selesa Genggam Besi Katil Tapi Dia Nak Juga Tangan Suami Ada Masa Bersalin

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 358 hits
Ramai suami yang takut untuk menemani isteri mereka bersalin Tapi sebenarnya anda tidak perlu takut dan jangan biarkan isteri anda bersalin seorang diri tanpa ditemani Kerana saat sukar itu kadang kadang memerlukan suami di sisi Jadi temani...
Kelebihan Mempunyai Anak Lelaki Sangat Luar Biasa Diamnya Hanya Ketika Tidur

Kelebihan Mempunyai Anak Lelaki Sangat Luar Biasa Diamnya Hanya Ketika Tidur

papar berkaitan - pada 1/9/2020 - jumlah : 293 hits
Bagi ibu bapa yang mempunyai anak lelaki tentu sekali berasa sedikit penat kerana menjaga anak lelaki tak sama seperti menjaga anak perempuan Anak lelaki tenaganya lebih berbanding anak perempuan Sudah menjadi lumrah mereka lebih aktif dan ...
Nak Kahwin Tapi Bercuti Dengan Kekasih Atikah Suhaime Akui Mahu Kahwin

Nak Kahwin Tapi Bercuti Dengan Kekasih Atikah Suhaime Akui Mahu Kahwin

papar berkaitan - pada 10/9/2020 - jumlah : 756 hits
Foto dan video pelakon Atikah Suhaime bercuti di Langkawi bersama kekasihnya Datuk mendapat perhatian netizen Melihat percutian mewahnya bersama kekasih dari foto dan video yang dimuat naik ke Instagram rata rata turut bertanya bila dia bak...
Pas Nak Bertanding Tapi Perangkap Musuh Perlu Dielak Demi Muafakat Nasional

Pas Nak Bertanding Tapi Perangkap Musuh Perlu Dielak Demi Muafakat Nasional

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 286 hits
Selepas akur dengan keputusan untuk tidak mempertaruhkan calon dalam Pilihan Raya Negeri Sabah Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man menceritakan wujud desakan supaya parti itu dibei laluan ketika rundingan kerusi dibuat sebelum ini N...
Bangun Pagi Mak Ayah Tak Sakit Belakang Lagi Ini Teknik Mudah Nak Pisahkan Bilik Tidur Anak

Bangun Pagi Mak Ayah Tak Sakit Belakang Lagi Ini Teknik Mudah Nak Pisahkan Bilik Tidur Anak

papar berkaitan - pada 6/9/2020 - jumlah : 477 hits
Sakit belakang bila bangun disebabkan oleh berkongsi katil dengan anak anak itu mungkin perkara biasa yang dialami oleh mama dan papa Dah cuba tidurkan mereka dalam bilik sendiri tapi tiba tiba tengah malam muncul balik merengek nak tidur s...
Mungkin Susah Nak Dapat Ini Luahan Elly Mazlein Tentang Zuriat

Mungkin Susah Nak Dapat Ini Luahan Elly Mazlein Tentang Zuriat

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 362 hits
Sembilan bulan dah sejak Elly Mazlein berkahwin dengan Mohamad Azlan Che Nuh Katanya pasangan ini sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat Foto IG Elly akan berkongsi berita gembira bila sudah tiba masa yang bersesuaian Tambah penyanyi dan ...
Nak Anak Pandai Kena Yakin Kelebihannya Biar Anak Belajar Susah Baru Dia Faham

Nak Anak Pandai Kena Yakin Kelebihannya Biar Anak Belajar Susah Baru Dia Faham

papar berkaitan - pada 16/9/2020 - jumlah : 314 hits
Bila dah ada anak automatik sikap kita sebagai ibu bapa untuk jadi pelindung dan penyelamat anak Jika dalam situasi yang benar benar anak perlukan ini memang penting Namun adakah kita perasan sepanjang membesarkan anak kita cepat rasa kasih...
Nak Besarkan Anak Anak Memang Perlukan Kesabaran Yang Tinggi Ini 3 Sebab Utama Kenapa Mak Ayah Susah Sangat Nak Sabar

Nak Besarkan Anak Anak Memang Perlukan Kesabaran Yang Tinggi Ini 3 Sebab Utama Kenapa Mak Ayah Susah Sangat Nak Sabar

papar berkaitan - pada 17/9/2020 - jumlah : 405 hits
Dalam membesarkan anak anak ibu ayah memang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi Macam macam karenah pelbagai perangai yang mereka buat yang selalunya akan menguji kesabaran orang dewasa Tapi itu semua lumrah kehidupan dan merupakan prose...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resipi Gulai Cili Api Telur Ikan Parang Dengan Mangga Muda

Intan Ladyana Sebak Anak Sulung Masuk Sekolah Anak Mommy Dah Ready Mommy Yang Tak Ready

Pemberian Tol Percuma Sempena Perayaan Hari Krismas 2024

Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui