Nak Besarkan Anak Anak Memang Perlukan Kesabaran Yang Tinggi Ini 3 Sebab Utama Kenapa Mak Ayah Susah Sangat Nak Sabar


Dalam membesarkan anak-anak, ibu ayah memang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Macam-macam karenah, pelbagai perangai yang mereka buat yang selalunya akan menguji kesabaran orang dewasa.
Tapi itu semua lumrah kehidupan dan merupakan proses untuk kita sebagai ibu bapa menjadi matang dan lebih bijak untuk menangani anak-anak sendiri.
Perkongsian daripada Ibu Rose tentang sebab kenapa kita sebagai ibu ayah susah nak sabar dengan anak-anak sedikit sebanyak dapat memberikan penjelasan mengapa hal tersebut berlaku.
Ikuti perkongsiaannya:

3 SEBAB UTAMA KENAPA SUKAR SANGAT NAK SABAR DENGAN ANAK-ANAK.
Alhamdulillah, Ibu dah share dalam Closed Group Bina Generasi Love World secara terperinci berkenaan topik ini.
InsyaAllah, buat yang tidak berpeluang berada bersama live tersebut, Ibu kongsikan serba sedikit isi penting ya. 3 sebab UTAMA kenapa sukar sangat nak sabar dengan anak-anak :
1. RISAU YANG BERLEBIHAN
Oleh kerana ikatan kasih yang sangat kuat pada anak, maka kerisauan pada anak pun jadi berlebihan. Umpamanya, bila anak susah nak memahami suatu pelajaran walaupun telah diajar berkali-kali, akhirnya ibu mudah menjadi marah, tinggi suara sebab takut anak menjadi orang yang gagal. Takut anak tak berjaya dalam exam. Takut anak gagal dalam hidup. Takut anak tak mampu hadapi cabaran pada masa hadapan.
Sedangkan ia belum pun berlaku dan tidak semestinya berlaku seperti yang difikirkan. Kerisauan dan ketakutan yang berlebihan dan tidak membina ini lah antara punca kenapa ibu bapa mudah marah pada anak.
Inilah yang kadang orang kita kata, marah sebab sayang. Sedangkan ada cara lebih baik untuk pamerkan sayang, kenapa tidak pilih cara yang lebih baik itu kan?.

2. TIDAK TERIMA REALITI, MENAFIKAN
Mungkin kerana ‘expectation’ kita terhadap anak tinggi, bila anak tak mampu capai apa yang kita jangkakan maka kita tak dapat terima. Atau mungkin bila lihat perkembangan anak berbeza atau kurang berbanding anak orang lain, atau beradik lain, maka kita lebih mudah marah padanya.
Sebagai contoh, ada juga ibu bapa yang tidak menerima yang anaknya adalah mild ADHD atau AUTISME atau juga speech delay. Ada juga yang berasa stress bila lihat anaknya yang berumur 6tahun masih belum boleh membaca, sedangkan kawan sebaya dengannya di tadika yang sama sudah lancar membaca.
Perbandingan ini benar-benar menghambat ketenangan jiwa.
Sebenarnya, apa yang seharusnya dilakukan adalah menerima apa jua yang telah Allah takdirkan dan carilah solusi yang terbaik. FOKUS pada SOLUSI dan bukan PERMASALAHAN anak itu.
Ibu yakin dan percaya semua anak adalah HEBAT dan tanggungjawab kita sebagai ibu bapa untuk membebaskan kehebatannya.
Soalan yang sepatutnya ditanya adalah BAGAIMANA ANAK SAYA HEBAT. Kalau anda memiliki Audio Class Parenting Bijak Pro, di situ Ibu ada kongsikan berkenaan VAK dan MI yang bila memahami perkara ini, InsyaAllah, hati akan lebih tenang kerana sedar betapa UNIKnya MANUSIA dan ada pelbagai jenis kecerdasan.

3. TIDAK PANDAI URUS TENAGA
Yelah, bila kita balik kerja dan penat, memang akan mudah menjadi SINGA. Namun, kita ada pilihan sama ada mahu meninggalkan memori yang INDAH atau memori DUKA pada anak-anak.
Seronokkan bila pulang dari kerja anak-anak berkejar mahu memeluk kita berbanding tidak hirau atau tidak kisah. Inilah HASIL dari apa yang kita beri pada anak selama ni.
Andai tiap kali bertemu kembali, kita bermuka manis dan menceriakan mereka, InsyaAllah mereka juga akan menceriakan kita.
Kalau kita kata kita penat seharian bekerja, anak juga begitu sebenarnya. Tidakkah kita sedar yang anak juga penat di taska atau di sekolah dengan pelbagai aktiviti? Bahkan sangat merindui ibu bapanya yang terakhir bersama 10jam yang lepas. Tangki emosi mereka sedang menyusut dan perlu dipenuhi. Fikir-fikirkanlah.
Justeru sangat penting untuk ibu bapa belajar bagaimana untuk mengurus TENAGA. Paling mudah dengan 3 langkah ini BETULKAN CARA BERNAFAS (Tarik nafas dalam-dalam), perbanyakkan SELAWAT dan sering BERWUDHU’. Minta kekuatan dari Allah, InsyaAllah Allah akan bantu pulihkan tenaga kita. Buatlah semuanya untuk raih redha Allah, pasti Dia akan permudahkan.
Sumber: Ibu Rose
EPISOD 4 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA : Persiapan Anak Terus Melawan Covid
Pandemik yang melanda dunia pada ketika ini amat membimbangkan ib ayah. Apatah lagi apabila anak-anak harus ke sekolah dan bergaul dengan kawan-kawan seperti biasa. Jadi apakah persiapan yang perlu ibuayah sediakan untuk anak-anak bagi melawan covid-19 ini?
Jangan lupa saksikan Episod ke 4, Journey Bersama Jovianina pada 16 September 2020, jam 9 malam dan ulangan pada Ahad 20 September jam 9.30 pagi hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram Pa&Ma D Parents

The post Nak Besarkan Anak-anak Memang Perlukan Kesabaran Yang Tinggi. Ini 3 Sebab Utama Kenapa Mak Ayah Susah Sangat Nak Sabar! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/nak-besarkan-anak-anak-memang-perlukan-kesabaran-yang-tinggi-ini-3-sebab-utama-kenapa-mak-ayah-susah-sangat-nak-sabar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Disleksia Tak Perlukan Ubat Didik Bentuklah Mereka 24 Kelebihan Anak Disleksia Mak Ayah Perlu Tahu

Disleksia Tak Perlukan Ubat Didik Bentuklah Mereka 24 Kelebihan Anak Disleksia Mak Ayah Perlu Tahu

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 421 hits
Anak disleksia sememangnya cukup istimewa Mereka penuh dengan idea malah mempunyai tahap kecerdasan IQ yang normal tidak berlebih lebih atau terlalu lemah Menurut Ahli Terapi Cara Kerja disleksia sebenarnya tidak memerlukan ubat sebaliknya ...
Bangun Pagi Mak Ayah Tak Sakit Belakang Lagi Ini Teknik Mudah Nak Pisahkan Bilik Tidur Anak

Bangun Pagi Mak Ayah Tak Sakit Belakang Lagi Ini Teknik Mudah Nak Pisahkan Bilik Tidur Anak

papar berkaitan - pada 6/9/2020 - jumlah : 477 hits
Sakit belakang bila bangun disebabkan oleh berkongsi katil dengan anak anak itu mungkin perkara biasa yang dialami oleh mama dan papa Dah cuba tidurkan mereka dalam bilik sendiri tapi tiba tiba tengah malam muncul balik merengek nak tidur s...
Kalau Tak Nak Perkembangan Anak Terbantut Mak Ayah Kena Buang Jauh Jauh 3 Sifat Toksik Ni

Kalau Tak Nak Perkembangan Anak Terbantut Mak Ayah Kena Buang Jauh Jauh 3 Sifat Toksik Ni

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 431 hits
Membesarkan anak anak memang bukan satu tugas yang mudah ibu dan ayah menjadi cermin untuk anak anak dalam mengukir keperibadian mereka Malah sifat yang ada pada ibu bapa juga jika menjadi toksik dalam kehidupan anak anak boleh menyebabkan ...
Anak Anak Selalu Sangat Bergaduh Sama Sendiri Bukan Petanda Yang Baik Mak Ayah Kena Adil

Anak Anak Selalu Sangat Bergaduh Sama Sendiri Bukan Petanda Yang Baik Mak Ayah Kena Adil

papar berkaitan - pada 14/9/2020 - jumlah : 391 hits
Sebagai ibu bapa anda pasti setiap anak bersatu hati saling menghormati antara satu sama lain dan sayang menyayangi Memang kadang kadang akan ada perbalahan kecil sesama mereka Namun jika anda sejak daripada awal sudah mendidik mereka erti ...
Payahnya Nak Pujuk Anak Bila Mengamuk Rupanya Mak Ayah Kena Tahu Beza Tantrum Meltdown Baru Senang Nak Handle

Payahnya Nak Pujuk Anak Bila Mengamuk Rupanya Mak Ayah Kena Tahu Beza Tantrum Meltdown Baru Senang Nak Handle

papar berkaitan - pada 18/9/2020 - jumlah : 424 hits
Anak mengamuk adalah perkara biasa bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil Cabaran bermula apabila si kecil mencecah 1 tahun hingga 3 tahun Namun terdapat perbezaan besar antara tantrum dan meltdown Tantrum biasanya ialah ledakan emosi yang...
Tak Mampu Nak Besarkan Anak Wanita Tinggalkan Bayi Baru Lahir Di Kaki Lima

Tak Mampu Nak Besarkan Anak Wanita Tinggalkan Bayi Baru Lahir Di Kaki Lima

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 481 hits
Seorang bayi yang baru lahir telah dilaporkan ditemui ditinggalkan di sebuah kaki lima di China selepas ibunya yang berusia 19 tahun menyatakan bahawa dia belum berkahwin dan tidak mampu membesarkan anaknya itu lapor Daily Mail Bayi yang be...
Jaga Kepercayaan Anak Perempuan Barulah Anak Tak Kekok Nak Mengadu Apa Apa Pada Ayah

Jaga Kepercayaan Anak Perempuan Barulah Anak Tak Kekok Nak Mengadu Apa Apa Pada Ayah

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 457 hits
Benarlah kata orang menjaga anak perempuan tidak sama dengan anak lelaki Anak perempuan perlu dijaga sebaiknya dilentur agar patuh dengan agama dan adab barulah mereka lebih terpelihara Pun begitu selain ibu bapa jugalah yang perlu berperan...
Ayah Wajib Baca Bedtime Stories Kalau Nak Anak Makin Cerdik Terbukti Fakta

Ayah Wajib Baca Bedtime Stories Kalau Nak Anak Makin Cerdik Terbukti Fakta

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 393 hits
Membaca bukan hanya boleh menambah ilmu malah boleh mengguatkan daya ingatan Jika anda nak anak anak pandai dan rajin membaca mulakan sejak mereka dalam kandungan lagi Tapi pastikan mereka mendapat penglibatan daripada anda dan pasangan Jik...
Anak Kalau Menangis Je Cari Ibu Ayah Pun Sebenarnya Ada Peranan Ini 4 Tip Pakar Kongsi Nak Anak Lebih Rapat Dengan Ayah

Anak Kalau Menangis Je Cari Ibu Ayah Pun Sebenarnya Ada Peranan Ini 4 Tip Pakar Kongsi Nak Anak Lebih Rapat Dengan Ayah

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 545 hits
Anak anak kalau menangis atau sakit majoritinya akan mencari ibu untuk menenangkan mereka Namun itu tak bermakna ayah tidak mempunyai kepentingan dalam mendapatkan kasih sayang dan juga menguruskan anak anak Perkongsian yang dibuat oleh Pua...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Pemberian Tol Percuma Sempena Perayaan Hari Krismas 2024

Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand