Nak Anak Pandai Kena Yakin Kelebihannya Biar Anak Belajar Susah Baru Dia Faham


Bila dah ada anak, automatik sikap kita sebagai ibu bapa untuk jadi pelindung dan penyelamat anak. Jika dalam situasi yang benar-benar anak perlukan ini memang penting. Namun adakah kita perasan, sepanjang membesarkan anak kita cepat rasa kasihan pada mereka walaupun bukan dalam keadaan yang terdesak.
Kalau boleh semua yang anak lakukan kita nak cuba bantu sedangkan mereka boleh buat sendiri dengan baik. Cumanya perlu ada bimbingan sahaja.
Seperti yang dikongsikan oleh Dr Redza Zainol, beliau berkongsi sikap ibu bapa yang tak mahu anak susah dan seolah rasa tak yakin sedangkan anak boleh buat dengan sendirinya tanpa sebarang masalah.
Berikut antara perkongsiannya dan cuba fahami adakah kita ibu bapa dalam kategori ini. Jika Ya tak terlambat lagi untuk beri kepercayaan pada anak untuk perkembangannya.
Terpinga-pinga saya dibuatnya. Baru-baru ni saya lihat seorang kanak-kanak perempuan di klinik.
Dah jadi rutin, saya akan uji tahap perkembangan mereka mengikut usia.
“Adik ambil pensel ni dan tolong lukiskan bulatan.”
Baru saja anak ni ambil pensel, maknya terus pegang tangan anaknya dan mereka sama-sama lukis bulatan tu.
“Eh tak apa puan, bagi dia yang buat.”
Berkali-kali saya cakap, barulah maknya lepaskan tangan anak.
Saya minta anak ni lukis garisan lurus pula.
Gambar Hiasan Lagi sekali mak dia pegang tangan anak dan sama-sama lukis garisan tu.
“Puan, kita biar anak yang buat ya. Saya nak tengok cara dia pegang pensel.”
Dengan berat hati, dia biarkan anaknya melukis seorang diri.
Bila dibiar anak yang lukis, cantik je lukisan anak tu. Pandai juga dia pegang pensel.
Bila saya ceritakan pada isteri, dia kata kemungkinan besar saya dah berjumpa dengan “Lawnmower Parents”.
Mak Ayah Lawnmower
Mak ayah yang akan buat apa saja yang perlu untuk halang anak daripada menghadapi kesukaran, kerja yang susah atau hadapi kegagalan.
Mak ayah ni akan potong semua halangan hinggakan anak tak terima sebarang cabaran.
TANDA-TANDA ANDA MUNGKIN MAK AYAH LAWNMOWER
Tak benarkan anak menangani konflik.
“Kakak nanti main dengan kawan yang sama je ya.”
Buat apa saja supaya anak tak didenda atau ditegur di sekolah.
“Tak apa abang terlupa. Mak hantarkan botol air dan buku yang tertinggal tu ke sekolah sekarang.”
Anda ambil alih untuk selesaikan tugasan sekolah anak.
“Apa-apa kerja sekolah, biar ayah yang buatkan.”
Anda masih menguruskan bilik anak yang lebih tua.
“Cepat pergi sekolah, biar ibu kemas bilik kakak.”
Anda tak benarkan anak tunggang basikal kerana bimbang cedera.
”Jangan main, pegang tangan ayah”
Anda sanggup berjumpa guru untuk tentukan jadual kelas anak atau bertengkar dengan guru sebab markah peperiksaan anak.
Sanggup belikan apa saja untuk anak supaya anak tak rasa ketinggalan.
Kesannya, anak tak ada kemahiran mengurus dan menyelesaikan masalah hidup.
Kajian dari University of Minnesota Institute of Child Development menunjukkan, bayi 2 tahun yang ibunya terlalu mengawal ketika bermain, tak dapat kawal emosi dengan baik ketika usia 5 tahun.

Anak tak tahu cara nak urus beban emosi seperti stress, gelisah, dan sentiasa takut gagal.
Ada masanya, kita beri ruang pada anak untuk belajar atasi konflik. Ada masanya, kita biar anak buat silap. Itu peluang untuk mereka jadi lebih kuat sebelum pergi ke alam pekerjaan.
Bantu saya #sebarkan ilmu ni pada mak ayah yang lain. Moga ada manfaatnya pada kita semua.
Sumber: Dr Redza Zainol
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Nak Anak Pandai, Kena Yakin Kelebihannya. Biar Anak Belajar Susah, Baru Dia Faham!    appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/nak-anak-pandai-kena-yakin-kelebihannya-biar-anak-belajar-susah-baru-dia-faham/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polisi Di Bali Beli Hp Untuk Anak Buruh Tani Biar Bisa Belajar Online

Polisi Di Bali Beli Hp Untuk Anak Buruh Tani Biar Bisa Belajar Online

papar berkaitan - pada 10/9/2020 - jumlah : 293 hits
Peristiwa kaburnya Putu Gede Suantara sampai ke telinga personel Polres Buleleng Bripka Putu Anton Dwipayana yang bertugas di satuan Reserse Kriminal Dia lantas mendatangi keluarga Putu Dana Yasa Sabtu
Nak Besarkan Anak Anak Memang Perlukan Kesabaran Yang Tinggi Ini 3 Sebab Utama Kenapa Mak Ayah Susah Sangat Nak Sabar

Nak Besarkan Anak Anak Memang Perlukan Kesabaran Yang Tinggi Ini 3 Sebab Utama Kenapa Mak Ayah Susah Sangat Nak Sabar

papar berkaitan - pada 17/9/2020 - jumlah : 405 hits
Dalam membesarkan anak anak ibu ayah memang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi Macam macam karenah pelbagai perangai yang mereka buat yang selalunya akan menguji kesabaran orang dewasa Tapi itu semua lumrah kehidupan dan merupakan prose...
6 Tahun Kahwin Tiada Zuriat Sanggup Jaga Anak Syurga Biar Susah Rezeki Tak Putus

6 Tahun Kahwin Tiada Zuriat Sanggup Jaga Anak Syurga Biar Susah Rezeki Tak Putus

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 416 hits
Tidak dikurniakan cahaya mata sejak 6 tahun berkahwin namun pasangan suami isteri ini mengambil keputusan untuk menjaga anak angkat Namun yang membuatkan ramai kagum apabila pasangan ini sanggup menjaga anak angkat yang istimewa Walaupun ke...
Tak Mampu Nak Besarkan Anak Wanita Tinggalkan Bayi Baru Lahir Di Kaki Lima

Tak Mampu Nak Besarkan Anak Wanita Tinggalkan Bayi Baru Lahir Di Kaki Lima

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 481 hits
Seorang bayi yang baru lahir telah dilaporkan ditemui ditinggalkan di sebuah kaki lima di China selepas ibunya yang berusia 19 tahun menyatakan bahawa dia belum berkahwin dan tidak mampu membesarkan anaknya itu lapor Daily Mail Bayi yang be...
Belajar Body Positivity Dari Mima Shafa Anak Mona Ratuliu Yang Baru Berumur 17 Tahun

Belajar Body Positivity Dari Mima Shafa Anak Mona Ratuliu Yang Baru Berumur 17 Tahun

papar berkaitan - pada 5/9/2020 - jumlah : 310 hits
Dari gadis nyentrik ini kita bisa belajar banyak soal menerima menghargai dan mencintai tubuh sendiri
Payahnya Nak Pujuk Anak Bila Mengamuk Rupanya Mak Ayah Kena Tahu Beza Tantrum Meltdown Baru Senang Nak Handle

Payahnya Nak Pujuk Anak Bila Mengamuk Rupanya Mak Ayah Kena Tahu Beza Tantrum Meltdown Baru Senang Nak Handle

papar berkaitan - pada 18/9/2020 - jumlah : 425 hits
Anak mengamuk adalah perkara biasa bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil Cabaran bermula apabila si kecil mencecah 1 tahun hingga 3 tahun Namun terdapat perbezaan besar antara tantrum dan meltdown Tantrum biasanya ialah ledakan emosi yang...
Bunuh Anak Sendiri Karena Susah Diajari Belajar Online Polisi Temukan Foto Foto Keji Di Ponsel Milik Ibunya

Bunuh Anak Sendiri Karena Susah Diajari Belajar Online Polisi Temukan Foto Foto Keji Di Ponsel Milik Ibunya

papar berkaitan - pada 18/9/2020 - jumlah : 344 hits
LH ibu kejam yang telah membunuh darah dagingnya sendiri hanya karena sang anak sulit diajari belajar online ternyata sangat sering melakukan tindak kekerasan terhadap korban Jejak kekejaman LH ini terungkap melalui sejumlah foto yang tersi...
Anak Pukul Orang Lain Jangan Biarkan Tunjukkan Cara Tepat Tanganinya Baru Anak Faham

Anak Pukul Orang Lain Jangan Biarkan Tunjukkan Cara Tepat Tanganinya Baru Anak Faham

papar berkaitan - pada 20/9/2020 - jumlah : 457 hits
Anak kecil yang baru berusia dua tahun sememangnya kurang mengerti apa yang berada disekelilingnya Mereka hanya berada di dalam dunia mereka sendiri Bermain bersama rakan dan meneroka seberapa banyak perkara yang ada dipersekitaran mereka I...
Apa Sayang Nak Cakap Pada Anak Sebak Tengok Kakak Adik Cari Papa

Apa Sayang Nak Cakap Pada Anak Sebak Tengok Kakak Adik Cari Papa

papar berkaitan - pada 7/9/2020 - jumlah : 704 hits
Hanya beberapa tahun dapat hidup bersama perancangan Allah lebih dari segalanya Ajal maut rezeki jodoh semuanya Dia yang tahu Hati isteri mana yang tak sedih bila dapat berita suami yang begitu baik pergi menghadap ilahi dalam keadaan diri ...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat