Sering Muncul Dalam K Drama Genre Fantasi Kenali 4 Entiti Popular Daripada Mitos Legenda Korea
Anda mesti selalu jumpa pelbagai entiti daripada mitos dalam K-Drama kan? Pasti keliru kerana tak tahu asal-usulnya kan?
Nah penjelasan ringkas buat anda yang tidak tahu!
Goblin (Dokkaebi)
Peminat setia drama “Goblin” pastinya kurang arif dengan kejadian sebenar makhluk ‘dokkaebi’ ini yang juga merupakan antara mitos popular di Korea. Walaupun tampil seperti Tuhan tapi mereka bukanlah pemerintah teragung. ‘Dokkaebi’ terkenal kerana mempunyai banyak kebolehan, antara rekod paling sahih mengenainya adalah dalam naskhah kurun ke-15 iaitu Seokbo Sangjeol.
Menurut rekod tersebut, ‘dokkaebi’ dipanggil untuk sesiapa yang mahukan nasib yang baik, kesihatan dan panjang umur. Lantas membuktikan bahawa makhluk ini dicari apabila ada yang memerlukannya. Kepercayaan bahawa ‘dokkaebi’ adalah simbol nasib baik masih lagi dipercayai sehingga kini, seperti apa yang boleh dilihat menerusi telatah Goblin yang pemurah dan dermawan.
Perkataan ‘dokkaebi’ hadir daripada kata asas ‘tot’ dan ‘abi’ di mana ‘abi’ bermaksud lelaki dewasa dan ‘tot’ pula ialah api atau benih. Kombinasi tersebut menciptakan Tuhan lelaki yang mampu memberikan kekayaan yang lumayan. Sama seperti watak Gong Yoo yang mampu mencipta jongkong emas dalam sekelip mata sahaja. Perbezaan yang nyata di antara ‘dokkaebi’ dan makhluk lain ialah mereka mahu hidup dalam kalangan manusia.
Menurut Profesor Kim Jong-dae atau pun dikenali sebagai ‘Dr. Dokkaebi’, mereka tidak akan mati dan sentiasa terikat dengan hal tersebut. Mereka bukannya suka main-main seperti manusia lain tetapi lebih naif dan kadang-kadang pelupa. Mereka suka minum, makan daging dan bermain pelbagai permainan. Mereka berkemungkinan besar adalah bayangan kepada kemahuan kita yang ditanam di dalam diri.
Malaikat maut (The Grim Reaper)
Rasanya ramai yang biasa melihat makhluk bernama ‘The Grim Reaper’ dalam K-Drama, antaranya menerusi “Goblin”, “Arang and the Magistrate”, “Black”, “49 Days” dan “Mystic Pop-Up Bar”. Makhluk ini ialah penyampai daripada dunia akhirat ditugaskan membawa yang sudah mati ke dunia fana. ‘The Grim Reaper’ tidaklah baik dan tidaklah jahat namun susah untuk berbahas dengan mereka dan sangat nekad apabila mengejar sasaran yang telah ditetapkan.
Secara tradisional, ‘The Grim Reaper’ berpakaian dengan pakaian tradisional Korea iaitu hanbok (gaya zaman Joseon) berwarna hitam dengan topi tradisional dipanggil ‘Gat’. Walaupun yang sering kita lihat dalam drama kini adalah berpakaian serba hitam seperti Lee Dong-wook.
Rubah berekor sembilan (Gumiho)
Dalam mitos Korea, apabila rubah hidup lebih 1000 tahun, ia akan berubah kepada roh yang boleh bertukar wajah. Namun rupa yang pling digemarinya ialah wanita cantik yang menggoda lelaki di bawah telunjuk mereka. Selain itu, sekiranya mahu berubah menjadi manusia, mereka tidak boleh menjamah manusia selama 1000 hari.
Menurut drama “Gu Family Book”, gumiho tidak boleh menonjolkan dirinya yang sebenar kepada manusia, menjamah manusia ataupun haiwan lain dan membantu sesiapa yang memerlukan. Jikalau ingkar, mereka akan terlepas peluang untuk menjadi manusia dan bertukar menjadi syaitan selama 1000 tahun lamanya.
Walaupun sesetengah bait mitos menggambarkan ‘gumiho’ sebagai baik dan naif tapi ada yang memandangnya sebagai entiti jahat. Disebabkan itu, kebanyakan drama mampu bermain dengan hipotesis ini untuk mengembangkan plotnya.
Hantu anak dara (Cheonyeo Gwisin)
Hantu anak dara adalah sejenis roh yang tak dapat mencapai impian hidupnya sebelum mati. Dahulu kala, kehidupan wanita adalah lebih sukar berbanding lelaki kerana terpaksa menabur bakti kepada ayah, suami dan anak-anak sahaja. Sekiranya tidak mampu untuk menjalankan tugas ini, mereka tidak boleh melepaskan diri ke dunia lain dan terperangkap di dunia ini kerana menyesal.
Mitos ini turut digunakan untuk menakutkan wanita supaya memastikan mereka kahwin awal dan hantu ini biasanya dipakaikan dengan baju perkabungan berwarna putih yang dipanggil ‘sobok’ selain melepaskan rambutnya ke bawah dan tidak mempunyai hak bersolek seperti wanita yang sudah berkahwin.
Bagi menyesuaikan mitos ini dengan dunia moden, roh hantu anak dara ini dikatakan menghantui manusia lain kerana dia mati sebagai anak dara. Oleh itu, mereka akan merayau dan merealisasikan impian yang terpendam tersebut untuk memasuki dunia fana. Siapa yang biasa tengok “Oh My Ghost” pasti kenal sangat dengan watak ini yang dilakonkan oleh Kim Seul-gi ini kan?
Lepas ini, tiadalah keliru sangat apabila menonton K-Drama kan?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kimchidaily.my/kenali-4-entiti-popular-daripada-mitos-kisah-legenda-korea-yang-sering-muncul-dalam-k-drama/