Setiap Sabtu jam 6pm bermula 10 hingga 31 Oktober
Disebabkan dedikasi melampau dirinya terhadap dunia sukan, seorang wanita tidak mempunyai masa untuk perihal cinta… sehinggalah dia bertemu dengan seorang lelaki bernama Joon-hyung dalam Weightlifting Fairy, sementara itu, dalam My Dear Youth – Coffee Prince mengumpulkan semua barisan pelakon asalnya dari karya popular 2009 itu. Rancangan istimewa ini akan menyaksikan semarak api cinta antara Eun-Chan dan Han-gyeol sekali lagi!
Setiap Ahad jam 6pm bermula 11 Oktober hingga 1 November
Episod perdana pada Jumaat, 25 September pukul 9pm dan encore episod perdana pada Jumaat, 2 Oktober pukul 7.50pm; dua episod berikutnya pada Jumaat, 2 Oktober dan Isnin, 5 Oktober
Tayangan Perdana Baharu Hari Minggu Khas
Hari minggu membawa penonton kepada untaian hiburan siaran baharu yang penuh dengan pusingan plot yang kelainan yang tidak dijangka. Dalam Kairos, yang mula ditayangkan buat kali pertama pada 7 Oktober, kehidupan seorang lelaki berkerjaya, Kim Seo-jin musnah apabila anak perempuannya menjadi mangsa penculikan. Ingin kembali ke kehidupan asalnya yang indah, dia mendapatkan solusi ‘luar biasa’ – kembali kepada kehidupan lepasnya.
Tayangan Perdana pada Selasa 27 Oktober, Setiap Selasa dan Rabu jam 7.40pm
Untuk perspektif berlainan tentang cinta, Bad Love, debut pada 16 Oktober, menceritakan tentang lima orang lelaki dan wanita yang tidak dapat menikmati percintaan mereka dalam perkahwinan. Ikatan antara mereka adalah satu hal yang tidak disengajakan dan kasih sayang mereka kurang dipersetujui oleh masyarakat.
Tayangan Perdana pada Jumaat, 16 Oktober, Selasa hingga Jumaat jam 9pm
Para peminat juga boleh menonton idola-idola mereka keluar daripada zon selesa mereka dalam 2020 Idol Star Athletics Championships bermula 2 Oktober. Tanpa skrip, solekan dan trailer yang menyenangkan, para selebriti berpanas dan diduga dengan pelbagai cabaran fizikal.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |