Dari kiri atas: Kim Hyang-gi, Park Jung-woo; Dari kiri bawah: Moon Tae-yoo, Kim Ka-hee
Kim Hyang-gi akan berlakon sebagai Gi Bbeum, seorang intern di salon rambut tersebut dan Park Jung-woo pula akan berlakon sebagai Moo Yeol, intern paling muda di situ. Moon Tae-yoo bakal membawa watak Teacher Woo, seorang intern yang sangat pendiam manakala Kim Ka-hee menggalas tanggungjawab sebagai intern bernama Soo Ri yang optimistik.
Dari kiri: Choi Daniel, Oh Yoon-ah, Shim Eun-woo
Disebabkan ini adalah kali pertama drama Korea menyentuh mengenai dunia salon rambut dan pekerjanya daripada sudut tempat kerja tersebut, pastinya ia akan memberikan pengalaman yang unik kepada penonton. “Fly Butterfly” juga dikhabarkan merupakan naskhah kemanusiaan yang akan membangkitkan pelbagai emosi apabila ditayangkan nanti.| 
		Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini  |