Seramai 250 Pelajar Anak Pahang Universiti Malaysia Sabah Dapat Bantuan Prihatin


 

KOTA KINABALU - Seramai 250 pelajar berasal dari Pahang yang mengikuti pengajian di Universiti Malaysia Sabah (UMS) menerima Bantughj0*can Prihatin Pahang 2022 sumbangan kerajaan negeri itu, di sini, semalam.
Sumbangan one-off RM200 seorang yang disampaikan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail itu adalah yang pertama disampaikan kepada pelajar di luar negeri itu.
Beliau berkata, bantuan itu turut diserahkan kepada pelajar Pahang di semua institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) lain di seluruh negara menerusi kunjungannya ke institusi terbabit selepas ini.
Katanya, secara keseluruhan kerajaan Pahang memperuntukkan RM8.54 juta yang memberi manfaat kepada 42,701 pelajar universiti berasal dari negeri itu yang sedang mengikuti pengajian di semua IPTA dan IPTS seluruh negara pada tahun ini.
"Besarlah harapan saya semoga pemberian sumbangan ini dapat meringankan dan membantu menampung kos perbelanjaan mahasiswa dan mahasiswi di kampus.
"Walaupun jumlah RM200 ini tidaklah sebesar mana, kerajaan negeri sentiasa prihatin dan cakna dalam memikirkan kebajikan anak watannya serta akan sentiasa membantu selagi terdaya, insya Allah," katanya pada majlis penyampaian.B antuan Prihatin Pahang kepada pelajar Pahang yang sedang mengikuti pengajian di UMS, di sini, semalam.
Wan Rosdy menyerahkan sendiri wang bantuan RM200 itu kepada pelajar terbabit di Dewan Bankuasi, Dewan Canselor UMS dan turut disaksikan Naib Canselor UMS, Prof Datuk Dr Taufiq Yap Yun Hin.
Wan Rosdy Wan Ismail menyerahkan sumbangan bantuan kepada mahasiswa kelahiran Pahang di Majlis Penyampaian Bantuan Prihatin Pahang 2022 di UMS, hari ini.
Wan Rosdi berkata, kerajaan Pahang amat mengambil berat dan komited terhadap perkembangan pendidikan anak watan Pahang sejajar hasrat untuk melahirkan modal insan yang mempunyai jati diri dan sahsiah tinggi, sekali gus mampu menyumbang kembali kepada kemajuan serta pembangunan negeri itu.
"Justeru, kerajaan negeri menyediakan peruntukan yang cukup besar bagi memperkukuh dan memperkasakan bidang pendidikan di Pahang.
"Kerajaan negeri melalui Yayasan Pahang misalnya membelanjakan sehingga RM1.4 bilion sejak 1983 bagi membiayai biasiswa, pinjaman pendidikan, program pendidikan, kemasyarakatan, keagamaan dan sukan yang memberi manfaat kepada 1.7 juta anak Pahang.
"Melalui peruntukan yang cukup besar ini, kerajaan negeri berjaya membantu ramai pelajar yang tidak berkemampuan untuk meneruskan pengajian," katanya.
Selain itu, katanya kerajaan negeri turut menyalurkan Biasiswa Yayasan Pahang untuk pelajar sekolah rendah bernilai RM300 setahun serta Biasiswa Yayasan Pahang untuk pelajar sekolah menengah bernilai RM600 setahun khusus untuk pelajar dari keluarga berpendapatan rendah.
Bagi pelajar pengajian tinggi, beliau berkata, kerajaan negeri menyalurkan geran one-off RM500 kepada mereka yang melanjutkan pelajaran ke kolej, politeknik, universiti dan IPT; serta RM1,000 kepada yang melanjutkan pelajaran peringkat Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD).
Beliau berkata, secara keseluruhan, melalui Bantuan Prihatin Pahang 2022 kerajaan negeri memperuntukkan hampir RM30 juta yang memberi manfaat kepada hampir 300,000 penerima dengan RM14.29 juta adalah untuk bidang pendidikan.
Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Mahasiswa Anak-Anak Pahang UMS, Noratikah Sukri, 24, berkata bantuan berkenaan sangat membantu pelajar negeri itu yang sedang belajar di Sabah.
"Wang bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu menampung keperluan kami di kampus. Kami juga bersyukur kos di UMS tidak terlalu tinggi dan masih boleh diterima," katanya.
Bagi pelajar tahun tiga Program Perhubungan Antarabangsa UMS yang berasal dari Pahang, Pravin Ramakrishnan, 23, beliau menyifatkan bantuan one-off sangat berguna sebagai persiapan peperiksaan.
Pelajar Program Geografi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UMS, Anis Najwa Najihah Ismail, 23, pula berkata, kehadiran Wan Rosdy bersama barisan kepemimpinan kerajaan Pahang menyerahkan sendiri bantuan kepada mereka sangat menyentuh perasaan.
"Sebelum ini bantuan disalurkan melalui akaun, tetapi kali ini dibuat secara bersemuka. Ini memperlihatkan pengorbanan pemimpin kita di Pahang yang sampai ke Sabah untuk memastikan kita menerima wang bantuan daripada kerajaan negeri.
"Ia sudah tentu membawa nilai moral yang baik, walaupun jauh dari kampung kita masih mendapat perhatian daripada kampung dan negeri kita," katanya. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2022/07/seramai-250-orang-pelajar-pahang-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bantuan Kerajaan Inisiatif Skim Bantuan Lesen Memandu B2 Untuk Keluarga Malaysia

Bantuan Kerajaan Inisiatif Skim Bantuan Lesen Memandu B2 Untuk Keluarga Malaysia

papar berkaitan - pada 25/6/2022 - jumlah : 271 hits
Bantuan Kerajaan Inisiatif Skim Bantuan Lesen Memandu B2 Untuk Keluarga Malaysia Untuk makluman kepada semua pada tahun 2022 terdapat pelbagai bantuan kemudahan dan Inisiatif yang boleh anda dapatkan disediakan oleh Pihak Kerajaan Pihak Ker...
Without Sabah Sarawak And Rural West Malaysia Umno Is Dead

Without Sabah Sarawak And Rural West Malaysia Umno Is Dead

papar berkaitan - pada 29/6/2022 - jumlah : 211 hits
The war between Umno members who continue to hunger for power and those within the Malaysian government reached new heights following the sacking of Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman from the party s Supreme Council Questions are now being a...
Semakan Status Bkm Kemaskini Maklumat Bantuan Keluarga Malaysia

Semakan Status Bkm Kemaskini Maklumat Bantuan Keluarga Malaysia

papar berkaitan - pada 23/6/2022 - jumlah : 169 hits
TERKINI Semakan Status BKM Kemaskini Maklumat Bantuan Keluarga Malaysia BKM adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah Terkini lama...
M40 Kekal Tersisih Bantuan Tambahan Keluarga Malaysia

M40 Kekal Tersisih Bantuan Tambahan Keluarga Malaysia

papar berkaitan - pada 23/6/2022 - jumlah : 228 hits
Keluarga yang menerima Bantuan Keluarga Malaysia akan menerima tambahan RM100 kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob hari ini Ini berikutan kenaikan kos sara hidup dengan perdana menteri menjangkakan harga ayam dan telur ayam akan naik bu...
Permohonan Bantuan Iks Dibuka Untuk Usahawan Sabah

Permohonan Bantuan Iks Dibuka Untuk Usahawan Sabah

papar berkaitan - pada 28/6/2022 - jumlah : 310 hits
Berita baik buat usahawan kecil dan sederhana di negeri Sabah kerana pihak Jabatan Pembangunan Perindusrian dan Penyelidikan Sabah telah membuka permohonan untuk bantuan geran bagi usahawan dari Sabah yang layak BAIKS adalah salah satu inis...
Mohon Bantuan Lesen Keluarga Malaysia Untuk Golongan B40

Mohon Bantuan Lesen Keluarga Malaysia Untuk Golongan B40

papar berkaitan - pada 30/6/2022 - jumlah : 242 hits
Kementerian Pengangkutan Malaysia dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan telah memperkenalkan sebuah bantuan iaitu Bantuan Lesen Keluarga Malaysia yang dikhaskan untuk golongan B40 bagi mendapatkan lesen memandu kelas B2 Untuk pengetah...
Mohamad Suggests Sabah Bn To Propose New Malaysia Agreement

Mohamad Suggests Sabah Bn To Propose New Malaysia Agreement

papar berkaitan - pada 2/7/2022 - jumlah : 212 hits
Datuk Seri Mohamad Hasan said the New Malaysia Agreement needed to be underpinned by a new spirit context and aspirations in restoring the rights and interests of Sabah and at the same time strengthening the Federation of Malaysia 8211 Bern...
Benar Persidangan Perhutanan Malaysia Ke 19 Di Kuantan Tindakan Berani Kerajaan Pahang

Benar Persidangan Perhutanan Malaysia Ke 19 Di Kuantan Tindakan Berani Kerajaan Pahang

papar berkaitan - pada 20/6/2022 - jumlah : 152 hits
KUANTAN Tindakan memberi laluan penganjuran dan hadir ke Persidangan Perhutanan Malaysia Ke 19 di The Zenith Hotel dekat sini baru baru ini membuktikan sikap berani Kerajaan Pahang dibawah pimpinan Menteri Besar Pahang Dato Sri Wan Rosdy Wa...
Permohonan Biasiswa Yayasan Pahang Ke Universiti Tempatan 2022

Permohonan Biasiswa Yayasan Pahang Ke Universiti Tempatan 2022

papar berkaitan - pada 20/6/2022 - jumlah : 266 hits
PERMOHONAN BIASISWA PENDIDIKAN YAYASAN PAHANG KE UNIVERSITI UNIVERSITI TEMPATAN BAGI TAHUN 2022 Tawaran biasiswa yang ditunggu tunggu oleh anak anak Pahang Kerajaan Negeri Pahang melalui Yayasan Pahang dengan ini menawarkan BKMB biasiswa ya...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner