Benar Persidangan Perhutanan Malaysia Ke 19 Di Kuantan Tindakan Berani Kerajaan Pahang




KUANTAN - Tindakan memberi laluan penganjuran dan hadir ke Persidangan Perhutanan Malaysia Ke-19 di The Zenith Hotel dekat sini baru-baru ini membuktikan sikap berani Kerajaan Pahang dibawah pimpinan Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail. 

Demikian ditegaskan aktivis masyarakat Mohd Shukri Mohd Ramli. 
Beliau yang turut disaman RM1 juta oleh Kerajaan Pahang bersama tiga lagi individu lain iaitu Wong Tuck (Ahli Parlimen Bentong), Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil (bekas Presiden PEKA) dan Khaidir Ahmad (bekas Ketua Pengarang Berita TV3), didakwa sengaja menjatuh dan mencemarkan imej kerajaan negeri dengan mengaitkan isu pengondolan hutan, kemusnahan alam sekitar dan pembalakan sebagai punca banjir lumpur yang berlaku di Bentong Disember tahun lalu. 
"Saya akui Menteri Besar Pahang sangat berani dengan tindakannya. Umum mengetahui isu banjir lumpur di Pahang enam bulan lepas agak panas dan cukup kontroversi kerana ia mengundang berbagai persepai di kalangan rakyat marhaen dan netizen.
"Ia susulan gambar-gambar dan video yang ditularkan di media sosial pada hari kejadian dan kami sebagai aktivis bersuara tentang isu pembalakan dan kemusnahan hutan menjadi puncanya, namun ia dinafikan oleh Kerajaan Pahang beberapa hari selepas itu" kata Shukri.
Menurut Shukri kes saman tersebut masih  berjalan di mahkamah. Bahkan pendengaran kedua telah dibacakan pada 13 Jun 2022 iaitu hari kedua Persidangan Perhutanan Malaysia Ke-19 yang diadakan itu.
"Sebab itu saya katakan, Kerajaan Pahang amat berani. Hak para aktivis ialah bersuara mendedahkan dan hak kerajaan pula ialah mempertahan kenyataan mereka. Tiada masalah kerana disitulah berlaku check and balance sebenarnya.
*Saya memuji beberapa langkah yang dibuat oleh Kerajaan Pahang pimpinan Dato' Sri Wan Rosdy sebenarnya. Beliau cepat memberi respon terhadap apa jua isu yang saya terjah dan dedahkan selama ini, bermula dengan isu pencemaran Tasik Chini, kemudian berkaitan pencerobohan tanah haram Musang King, selepas itu hal banjir di Bentong dan terkini  isu RTD dan RKK Janda Baik," dakwa Shukri.
Malah beberapa tindakan tegas Kerajaan Pahang katanya dalam menangani isu rakyat mutakhir ini dilihat berjaya mengembalikan kepercayaan mereka, terutamanya golongan muda. 
"Dalam isu pencerobohan tanah haram misalnya ditubuhkan pasukan elit ala komando dan tindakan menebang pokok-pokok durian musang king yang ditanam secara haram, seperti dalam kes 100.1 hektar tanah kerajaan di Hutan Simpan Batu Talam dekat Raub.
"Begitu juga usaha mengatasi pencemaran alam sekitar di Tasik Chini, usaha dilakukan untuk menanam jutaan pokok telah dilaksanakan bagi menjaga kelestarian alam sekitar pada masa akan datang.
"Malah dalam isu terbaharu berkitan RKK dan RTD Janda Baik, ia ditangani secara berhemah oleh Menteri Besar Pahang dan menafikan sekeras-kerasnya Kerajaan Pahang bertindak zalim, untuk merampas tanah pusaka turun temurun penduduk. Kajian masih dijalankan oleh kerajaan sebenarnya," dakwa Shukri lagi.
Beliau turut menjelaskan, dalam isu terbaharu berkaitan bantahan peniaga Pasar Tani UTC terhadap arahan perpindahan serta merta ke Serambi Teruntum, Kerajaan Pahang juga cepat bertindak untuk menangguhkan arahan tersebut. 
Susulan itu, peniaga di lokasi terbabit amat berterima kasih kepada Menteri Besar Pahang atas sikap cakna dan prihatin terhadap apa yang ditunjukkan.
"Saya melihat ini satu perkembangan yang cukup baik dalam memastikan rakyat dapat hidup dengan lebih aman dan makmur di bumi Pahang ini. Sebagai aktivis masyarakat, memang saya antara yang selalu menegur tindakan kerajaan yang saya lihat tidak selari dengan aspirasi rakyat," tambah beliau lagi.
Malah katanya, apabila banyak perubahan positif dilakukan, maka rakyat terutamanya orang muda wajar memberi kepercayaan dan sokongan padu untuk mempertahankan pentadbiran yang ada pada hari ini.
"Saya berhak bersuara kerana tidak terikat dengan mana-mana politik kepartian. Justeru, usahlah disalah ertikan. Tiba masa perubahan minda itu dilakukan agar kemakmuran negeri ini dapat dipertahankan. 
"Terkadang ada yang salah tafsir dan menganggap teguran dibuat untuk menjahanamkan pentadbiran, namun dek kerana sayangkan negeri ini maka saya perlu selalu menegur ke arah kebaikan," tambah aktivis yang pernah beberapa kali bertanding pilihanraya sebelum ini. #PDO
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2022/06/benarkan-persidangan-hutan-ketika-kes.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wan Rosdy Kerajaan Pahang Tak Zalim Kajian Menyeluruh Rkk Janda Baik Akan Di Lakukan

Wan Rosdy Kerajaan Pahang Tak Zalim Kajian Menyeluruh Rkk Janda Baik Akan Di Lakukan

papar berkaitan - pada 16/6/2022 - jumlah : 174 hits
TEMERLOH Pendengaran awam berkaitan Rancangan Khas Kawasan Janda Baik yang dijadualkan pada Selasa ditangguhkan dan satu kajian teliti yang menyeluruh akan dilakukan berhubung perkara itu Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkat...
Kerajaan Malaysia Stabil Tak Perlu Beria Desak Bubar Parlimen Annuar Musa

Kerajaan Malaysia Stabil Tak Perlu Beria Desak Bubar Parlimen Annuar Musa

papar berkaitan - pada 13/6/2022 - jumlah : 196 hits
The ReporterKebelakangan ini sudah timbul desas desus menyatakan Plihan Raya Umum Ke 15 bakal dilaksanakan beberapa bulan lagi Pelbagai persepsi rakyat dapat dilihat dalam menentukan calon pilihan mereka Namun begitu menurut Menteri Komunik...
Kerajaan Pahang Ambil Keputusan Tangguhkan Pindah Pasar Tani Utc Ke Serambi Teruntum

Kerajaan Pahang Ambil Keputusan Tangguhkan Pindah Pasar Tani Utc Ke Serambi Teruntum

papar berkaitan - pada 17/6/2022 - jumlah : 278 hits
KUANTAN Kerajaan Pahang mengambil keputusan menangguhkan pemindahan tapak pasar tani di Pusat Transformasi Bandar ke Serambi Teruntum di sini yang dijadualkan Ahad ini Exco Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Datuk Abd Rahim Muda berkata...
Kerajaan Pahang Peruntuk Hampir Rm150 000 Kepada Pemandu Teksi Melalui Bpp Fasa 2

Kerajaan Pahang Peruntuk Hampir Rm150 000 Kepada Pemandu Teksi Melalui Bpp Fasa 2

papar berkaitan - pada 22/6/2022 - jumlah : 183 hits
KUANTAN Kerajaan Pahang memperuntukkan hampir RM150 000 bagi membantu pemandu teksi di negeri ini melalui Bantuan Prihatin Pahang Fasa 2 Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata terdapat lebih 700 pemandu teksi di negeri...
Bantuan Kerajaan Inisiatif Skim Bantuan Lesen Memandu B2 Untuk Keluarga Malaysia

Bantuan Kerajaan Inisiatif Skim Bantuan Lesen Memandu B2 Untuk Keluarga Malaysia

papar berkaitan - pada 25/6/2022 - jumlah : 271 hits
Bantuan Kerajaan Inisiatif Skim Bantuan Lesen Memandu B2 Untuk Keluarga Malaysia Untuk makluman kepada semua pada tahun 2022 terdapat pelbagai bantuan kemudahan dan Inisiatif yang boleh anda dapatkan disediakan oleh Pihak Kerajaan Pihak Ker...
Tingkat Pengeluaran Jamin Kualiti Kerajaan Pahang Tubuh Lembaga Durian Pahang

Tingkat Pengeluaran Jamin Kualiti Kerajaan Pahang Tubuh Lembaga Durian Pahang

papar berkaitan - pada 15/6/2022 - jumlah : 281 hits
LIPIS Kerajaan negeri Pahang akan menubuhkan Lembaga Durian Pahang dalam usaha untuk meningkatkan pengeluaran selain memberi jaminan kualiti serta harga bagi pasaran tempatan dan antarabangsa Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Industri Asas T...
Mat Kilau Satu Satunya Filem Melayu Yang Berani Bercakap Benar Afdlin Shauki

Mat Kilau Satu Satunya Filem Melayu Yang Berani Bercakap Benar Afdlin Shauki

papar berkaitan - pada 27/6/2022 - jumlah : 243 hits
Filem Syamsul Yusof terbaru Mat Kilau nampaknya mencetuskan fenomenanya yang tersendiri Di mana mana lokasi filem ini fullhouse dan ditonton lebih RM3 juta sepanjang 3 hari tayangan Tidak ketinggalan ramai selebriti memberikan sokongan terh...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut