Permohonan Biasiswa Yayasan Pahang Ke Universiti Tempatan 2022
PERMOHONAN BIASISWA PENDIDIKAN YAYASAN PAHANG KE UNIVERSITI-UNIVERSITI TEMPATAN BAGI TAHUN 2022
Tawaran biasiswa yang ditunggu-tunggu oleh anak-anak Pahang.
Kerajaan Negeri Pahang melalui Yayasan Pahang dengan ini menawarkan BKMB, biasiswa yang paling berprestij di negeri ini juga SPC YP untuk pelajar-pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021.
Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang biasiswa ini bagi calon yang berminat untuk memohon.
Biasiswa Pendidikan Yayasan Pahang 2022
Yayasan Pahang (YP) mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa Pendidikan bagi melanjutkan pengajian di Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di dalam negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan yang DILULUSKAN OLEH YP.
A. Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar (BKMB)
Biasiswa berprestij yang dikenali dengan nama Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar (BKMB) ini ditawarkan kepada pelajar-pelajar anak Pahang yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).
Biasiswa ini memberi peluang kepada pelajar untuk mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam di dalam negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Yayasan Pahang (YP) hingga ke peringkat pengajian tertinggi iaitu ke
peringkat Sarjana dan Kedoktoran tertakluk kepada kecemerlangan
akademik dan kokurikulum.
Biasiswa ini ditawarkan oleh YP selaras dengan matlamat jangka panjang Kerajaan Negeri Pahang untuk mewujudkan golongan pemikir dan profesional dalam usaha membangunkan modal insan bertaraf dunia.
Syarat Kelayakan
Anak Negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut :-
(a) Pemohon atau bapa atau ibu dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur.
(b) Bagi pemohon yang ibubapanya bukan Warganegara Malaysia adalah Tidak Layak Memohon.Mempunyai kelulusan akademik yang cemerlang, mempunyai bakat kepimpinan yang tinggi serta aktif dalam kegiatan kokurikulum, kesukarelawan dan sukan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.Lulus cemerlang di peringkat SPM atau STPM tahun 2021 seperti berikut:-
(a) Calon SPM : 9 A+ ke atas
(b) Calon STPM : 4 Prinsipal AMemohon ke Institusi Pengajian Tinggi Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan dan YP (tidak termasuk program persediaan ke luar negara).Mempunyai sahsiah diri yang baik dan berpersonaliti unggul.Mempunyai taraf kesihatan yang baik.
Sumber: https://www.yp.org.my/program-bantuan-pendidikan/biasiswa-kecemerlangan-menteri-besar-pahang/
B. Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Pahang (SPC YP)
Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Pahang (SPC YP) ini ditawarkan
kepada pelajar-pelajar anak Pahang yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Di bawah skim ini,pelajar akan ditawarkan biasiswa bagi mengikuti pengajian Matrikulasi/ Program Asasi atau setaraf dengannya di Institusi Pengajian Tinggi Awam yang mempunyai jalinan usahasama dengan Yayasan Pahang (YP):
a) Program Asasi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Pelajar yang berjaya terpilih di bawah skim ini akan mengikuti pengajian di Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia (UIAM) dalam bidang Perubatan, Farmasi, Ekonomi, Perbankan / Kewangan Islam dan Pengajian Islam.
Pada masa yang sama, pelajar perlu membuat permohonan Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar Bagi Sesi Akademik 2022 (UPU Online) dengan menjadikan UIAM sebagai PILIHAN UTAMA. Penajaan biasiswa akan diteruskan hingga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.
b) Program Peneraju Profesional Akauntan Muda
(FIA – ACCA)
Program ini dirangka khas untuk melahirkan golongan profesional di dalam bidang perakaunan dan dijalankan dengan kerjasama Yayasan Pahang dan Yayasan Peneraju.
Permohonan kemasukan pelajar akan diproses melalui YP. Pelajar yang berjaya terpilih di bawah skim ini akan mengikuti pengajian Foundation in Accountancy (FIA) dan Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) di Institusi Pengajian Tinggi yang ditetapkan oleh Yayasan Pahang dan Yayasan Peneraju.
Syarat Kelayakan
Anak Negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut :-
(a) Pemohon atau bapa atau ibu dilahirkan di
Negeri Pahang Darul Makmur.
(b) Bagi pemohon yang ibubapanya bukan
Warganegara Malaysia, adalah Tidak Layak Memohon.Mempunyai kelulusan cemerlang akademik dan aktif dalam
kegiatan kokurikulum.Lulus cemerlang di peringkat SPM tahun 2020 dengan
mendapat keputusan A bagi semua matapelajaran
yang diambil.Mempunyai sahsiah diri yang baik dan berpersonaliti unggul.Mempunyai taraf kesihatan yang baik.
Sila layari laman web Yayasan Pahang www.yp.org.my untuk syarat, kriteria dan maklumat seterusnya.
Sumber: https://www.yp.org.my/program-bantuan-pendidikan/skim-pelajar-cemerlang-yp-spc/
Baca juga:
Cara Kemaskini UPUOnline Untuk Lepasan SPMTawaran Biasiswa Penuh Tajaan FELDA / FGV Bagi Lepasan SPM 2021
Tempoh Permohonan
Permohonan dibuka mulai hari ini, 16 Jun 2022 hingga 8 Julai 2022.
Cara Memohon Biasiswa Yayasan Pahang
Permohonan boleh dibuat dan dihantar secara atas talian serta
dokumen-dokumen yang berkaitan perlu dimuatnaik di laman sesawang Yayasan Pahang di ruangan khidmat atas talian dengan memilih ikon Biasiswa IPT atau di pautan :
sispen.yp.org.my/bispen
Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut, sila berhubung terus ke:
YAYASAN PAHANG
Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan,
Pahang Darul Makmur
Tel : 09-5181800 | Faks : 09-5181888
(Zakiah bt. Saleh/Noorasziana bt. Abd Rahman)
Email:
[email protected] •
[email protected]
Maklumat Lanjut : http://www.yp.org.my/yp2016/index.php/my/berita/pengumuman/504-bkmb-spc
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/biasiswa-yayasan-pahang-2022/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=biasiswa-yayasan-pahang-2022