Seram Malam Jumaat Diganggu Sewaktu Tidur Di Hostel


Salam Malam Jumaat guys! Baiklah seperti yang tertera pada tajuk entri di atas, edisi khas seram malam jumaat ni, aku nak share sebuah pengalaman yang berlaku pada diri aku baru-baru ni. Peristiwa misteri dan menakutkan ini berlaku di sebuah hostel yang disediakan oleh pihak syarikat (Company apa tu aku tak nak reveal la kat sini dan lokasi kejadian di salah sebuah rumah di kawasan Gelang Patah ni). Lebih tepatnya di mana tu korang pandai-pandai tekalah ya. 
Aku ni baru diterima bekerja di salah sebuah syarikat di kawasan Iskandar Puteri ni dan disebabkan aku tak sempat nak cari bilik sewa, maka aku pun gunakanlah hostel yang disediakan oleh pihak syarikat (Bukan free okey!). Aku boleh gambarkan kat korang yang hostel ni terdiri daripada beberapa buah blok apartment 3 tingkat. Dalam satu rumah ada 4 buah bilik, lepas tu ada la dapur dan barang-barang basic seperti peti sejuk, dapur gas dan lain-lain. 
Awal-awal tu semuanya terlihat normal, tak ada apa-apa yang menyeramkan pun. Hostel semua dalam keadaan baik, cuma aku perasan kawasan blok yang aku diami tu macam banyak unit yang tidak berpenghuni. Kalau time malam tu memang sunyi, dengan pemandangan belukar hutan yang dapat dilihat dari jendela di ruang tamu rumah menjadikan suasana lebih tenang dan angin bertiup lembut sambil menghirup secawan kopi o panas, memang syahdu! Aku memang sukakan keadaan yang macam ni. rasa tenang je dengan kehijauan hutan dan kadang kala boleh terdengar bunyi serangga memecah kesunyian malam. 
Malam pertama semuanya normal, aku tak pernah terfikir pun apa-apa yang seram tentang hostel ni. Perkara menakutkan ini berlaku pada malam kedua kalau tak silap aku. Masa tu aku dah terlelap awal, dalam jam 11 macam tu aku dah tidur dah. Kawan sebilik aku pada waktu tu, Haziq (Bukan nama sebenar) masih terjaga dan aku pun tak tahu jam berapa baru dia tidur. Aku terjaga pada waktu sekitar 2-3 pagi apabila aku terdengar bunyi seperti ada orang yang berdengus. Aku ingatkan si Haziq ni berdengkur atau mengigau so aku pun mula-mula tu buat-buat tak layan dan sambung tidur. Tak lama lepas tu aku dengar lagi bunyi yang sama. Masa tu aku memang mengantuk sangat-sangat dan perlahan-lahan aku buka mata yang masih lagi kelat. Dalam kesamaran, aku melihat seperti ada susuk tubuh seorang wanita berpakaian serba putih sedang mencangkung di sisi Haziq yang sedang lena tidur. 

Wajahnya tidak dapat aku gambarkan sepenuhnya kerana rambutnya yang panjang dan kusut menutupi hampir keseluruhan mukanya. Dengan baju seakan gaun labuh yang mempunyai tompok-tompok seakan kesan tanah sedang menunduk sambil mencangkung di sebelah Haziq yang sedar tidur lena. Tubuh aku seakan hilang daya untuk bergerak! Aku mengigil! Satu badan rasa sejuk! Perasaan takut yang sukar untuk aku gambarkan ketika itu. Aku dapat rasakan adrenalin dalam badan aku melonjak naik pada tika dan saat itu. 

Aku cuba sedaya upaya untuk tidak melihat wajah makhluk berkenaan. Tak pasal-pasal aku boleh pengsan pula nanti. Dengan segala kudrat yang berbaki aku cuba berpaling tubuh ke arah lain supaya aku tidak lagi melihat wanita misteri yang menakutkan itu. Bahagian yang paling menakutkan akhirnya berlaku....
Aku cuba untuk memejamkan mata sambil berpura-pura seperti aku tidak melihat kehadiran wanita tersebut. Namun, badan aku menggigil ketakutan dan sukar untuk aku kawal rasa takut pada waktu itu. Aku berkata pada diri aku sendiri, walau apa pun nak jadi pada malam tersebut, aku tak akan buka mata aku. Setelah berpaling ke arah lain dengan mata yang terpejam, aku dapat merasakan bahawa kini wanita tersebut berada betul-betul di sisi aku. Bunyi dengusan nafas yang aku dengar sebentar tadi kini kian hampir dengan diri aku. Aku dapat rasakan yang wanita berkenaan sedang menanti aku untuk membuka mata dan menunjukkan bahawa aku telah melihat dia. Aku hanya mampu membaca surah-surah apa yang aku ingat dalam hati. Walaupun peristiwa ini berlaku hanya untuk beberapa minit, tapi ini merupakan tempoh yang paling panjang dan menakutkan dalam hidup aku setakat ni. Akhirnya, aku tertidur sehinggalah aku terjaga pada waktu pagi dan terus teringat apa yang berlaku pada malam tersebut. 
Aku cuba untuk tidak bercerita tentang perkara menakutkan tersebut kepada Haziq mahupun kawan-kawan yang lain sewaktu kami sudah berada di pejabat. Tiba-tiba aku terdengar salah seorang daripada rakan sekerja aku, Fifi bercerita berkenaan blok yang kami diami dikatakan berhantu. Zass!! berputar kembali kronologi peristiwa yang berlaku pada malam tersebut. Perbualan Fifi dengan seorang lagi teman sekerja menarik perhatian aku untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kesahihan cerita tersebut. Menurut Fifi, kakak iparnya pernah tinggal di blok berkenaan yang dikatakan sememangnya berhantu dan kebanyakan pekerja yang dah tahu 'kisah' di sebalik blok berkenaan akan meminta untuk ditukarkan ke blok lain. 
Setelah mendengar penjelasan tersebut, aku bagaikan ditampar oleh realiti kerana sebelum aku mengetahui tentang sejarah blok tersebut, aku sendiri telah 'diganggu' dengan kehadiran atau penampakan wanita berjubah putih yang hadir dalam keadaan mencangkung pada malam tersebut. 
Sehingga ke hari ini, aku masih menetap di blok yang dimaksudkan. Dan ketika kisah ini dimuatnaik di laman blog ini, aku masih berada di unit blok yang sama. Aku bersyukur kerana cuma sekali itu sahajalah aku diganggu setakat ini. Aku anggap apa yang aku lalui ini sebagai tanda 'salam perkenalan' daripada makhluk yang mungkin sudah menetap lama di sini. Aku bukanlah jenis orang yang mudah melihat benda-benda mistik atau makhluk ghaib. Jadi, bila terlihat 'benda' ni ternyata sukar untuk mengawal perasaan takut tersebut. Mungkin ada betulnya orang tua-tua kata kalau nak masuk rumah baru ni ada baiknya buat kenduri doa selamat dan amalan memagar rumah yang masih diamalkan oleh sesetengah pihak sehingga ke hari ini.

Percayalah, kerana 'mereka' ada di mana-mana dan anda mungkin sedang menemani dan memerhati pada saat anda membaca posting ini...






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kisahkitajer.blogspot.com/2021/01/seram-malam-jumaat-diganggu-sewaktu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kisah Okta Bocah Pencari Barang Bekas Sampai Malam Dan Rela Tidur Di Tempat Penampungan Barang

Kisah Okta Bocah Pencari Barang Bekas Sampai Malam Dan Rela Tidur Di Tempat Penampungan Barang

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 236 hits
Setiap orang memiliki nasib yang berbeda beda ada yang memang bernasib baik dan ada pula yang harus berjuang keras terlebih dahulu untuk mempertahankan hidupnya Ini bukan cuman untuk orang dewasa saja melainkan juga pengaruh terhadap remaja...
Doa Susah Tidur Malam

Doa Susah Tidur Malam

papar berkaitan - pada 10/1/2021 - jumlah : 3223 hits
Doa Susah Tidur Malam Pernah atau sedang mengalami kesukaran untuk tidur Mungkin banyak fikir susah hati atau memang jenis susah tidur Walaupun musim hujan melanda tetap ada yang susah tidur Pernah member aku cakap dia dah maafkan orang tak...
5 Cara Mudah Atasi Masalah Susah Tidur Di Malam Hari

5 Cara Mudah Atasi Masalah Susah Tidur Di Malam Hari

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 416 hits
Susah tidur Selalu tak korang alaminya Sis selalu jugak mengalami masalah susah tidur nie Lagi lagi kalau tengah stress atau ada sesuatu perkara yang menganggu fikiran Jenuh oiii kalau tak boleh tidur nie seakan hilanglah salah satu nikmat ...
Kenapa Tidak Haus Ketika Tidur

Kenapa Tidak Haus Ketika Tidur

papar berkaitan - pada 29/1/2021 - jumlah : 180 hits
Assalamualaikum wbt Perasan tak dalam satu malam berapa kerap awak bangun untuk minum air Sekali dua kali atau lebih daripada tiga kali Jangan terperanjat kalau ada yang mengatakan mereka tidak pernah bangun ketika tidur untuk minum air Dal...
Sifat Manusia Dilihat Dari Posisi Tidur

Sifat Manusia Dilihat Dari Posisi Tidur

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 419 hits
Sifat Manusia Dilihat Dari Posisi Tidur Siapa yang tidak menyukai aktivitas tidur Tidur adalah keadaan istirahat alami pada berbagai binatang menyusui ikan burung dan binatang tidak berulang belakang Bagi manusia sendiri manusia menghabiska...
Anak Tidur Berdengkur Dalam Setahun Kerap Sakit Tekak Mungkin Tonsil Rawat Segera

Anak Tidur Berdengkur Dalam Setahun Kerap Sakit Tekak Mungkin Tonsil Rawat Segera

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 383 hits
Ramai antara kita yang tertanya tanya apa keperluan untuk membuang tonsil Perlu ke anak kita dibuang tonsil Sakit tekak yang kerap ini sebab tonsil ke Kalau dah dibuang ada apa apa risiko Semua persoalan persoalan ini mesti ramai antara and...
Untungnya Dapat Leyna Leyna Tidur

Untungnya Dapat Leyna Leyna Tidur

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 346 hits
Rezeki Allah luas dan datang dalam pelbagai bentuk Rezeki juga tak pernah salah alamat Alhamdulillah rezeki datang lagi dalam bentuk hadiah pemberian dari blogger Shida Radzuan Selamat mendarat minggu lepas lagi Lambat update dok tunggu cua...
Menangis Sebab Anak Dah Tidur Sarah Curi Waktu Dengan Anak Video Bonding Buat Warganet Terhibur

Menangis Sebab Anak Dah Tidur Sarah Curi Waktu Dengan Anak Video Bonding Buat Warganet Terhibur

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 336 hits
Ibu mana yang tidak sayangkan anak anaknya Apa yang kita lakukan hari ini adalah demi untuk kesenangan anak anak dimasa hadapan kelak Begitu juga dengan penyanyi Siti Sarah Raisuddin yang berdepan hal sama Terpaksa bekerja hingga lewat mala...
We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

Johor Umno Rep Wants Organisers Prosecuted Over Chinese Flag Fiasco

Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Orang Kelantan Hari Ini Kena Standby 9 Jajahan Dijangka Banjir


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan

Persahabatan

Tular Bakar Motosikal Seorang Wanita Ditahan

Bapa Didakwa Lilit Leher Lambung Anak Ke Katil

Malas Layan Tong Kosong Kredibiliti Dipersoal Man Bai Ini Jawapan Ramli Ms

Anwar Thaksin Bincang Isu Serantau Ekonomi Asean