Kenapa Tidak Haus Ketika Tidur



Assalamualaikum wbt...Perasan tak, dalam satu malam berapa kerap awak bangun untuk minum air? Sekali, dua kali atau lebih daripada tiga kali? Jangan terperanjat kalau ada yang mengatakan, mereka tidak pernah bangun ketika tidur untuk minum air. Dalam erti kata lain, jarang sekali berlaku simpton dahaga ketika tidur khususnya bagi manusia yang normal dan sihat. Begitulah hebatnya ciptaan Allah apabila kejadian malam untuk manusia diberikan sepenuhnya untuk berehat tanpa diganggu oleh keadaan-keadaan tertentu. 
Bayangkan, jika dalam satu malam, kita terpaksa bangun berkali-kali kerana tekak sering merasa dahaga. Kita akan merasa letih bila bangun keesokan harinya. Ini sudah tentu jawapan yang pasti. Tetapi Allah tidak menjadikannya begitu. Ternyata ciptaan Allah cukup sempurna kerana Allah Maha Mengetahui bahawa manusia memerlukan masa rehat yang cukup untuk kembali segar. Lantas, tidak hairanlah jika kita masuk tidur jam 10 malam dan bangun jam 6 pagi keesokannya, kita tidak akan merasa dahaga. 
Bagaimana keadaan ini boleh berlaku?
Dr. Rajbans Singh, Perunding Perubatan Dan Geriatik, Hospital Pantai Kuala Lumpur (HPKL), ada jawapannya. Ujarnya, terdapat mekanisme yang mengawal air dengan cara mengaktifkan sel yang berfungsi melepaskan hormon vasopresin yang dimiliki oleh setiap manusia. Pengeluaran hormon vasopresin yang tinggi ketika tidur, sekaligus membantu mengawal otak agar tidak merasa haus atau dahaga. Sekaligus turut mengawal rasa hendak terkencing ketika tidur. Keadaan ini menyebabkan tubuh sentiasa memiliki air yang cukup ketika tidur. Lantaran itu, Dr. Rajbans Singh mengingatkan masa yang terbaik bagi seseorang untuk minum air ialah sebelum berasa dahaga.
“Namun tidak bagi orang yang mempunyai penyakit seperti kencing manis dan buah pinggang, mereka tidak dapat mengawal hormon tersebut untuk berfungsi dengan baik. Hal yang demikian memerlukan mereka menambah air untuk menggantikan kembali air yang telah dikeluarkan. Air juga merupakan bahan pelarut yang berfungsi mempergiatkan sistem penghadaman atau meningkatkan kadar pencernaan, supaya menyerap zat-zat dari makanan dengan sempurna. Ia juga menjadi pengangkutan yang mengekalkan kenormalan sistem pengedaran dan pembuangan dalam badan serta membantu mengumuhkan bahan toksin dan bahan asid dari badan. Para pengkaji percaya kadar air yang rendah akan merangsang kelompok sel yang disebut sebagai neuron osmosensery. Sel tersebut berfungsi mengalirkan neuron lain untuk melepaskan hormon vasopresin ke dalam aliran darah. Oleh sebab itu, hormon vasopresin akan meningkat ketika tidur sekaligus menyebabkan manusia tidak merasa haus,” ujarnya.
Hormon vasopresin pada dasarnya dibebaskan dari neuron melalui peredaran darah dan bertindak pada buah pinggang sebagai anti-diuretik apabila plasma darah menjadi lebih pekat. Sebaliknya, pengkaji mendapati, neuron melepaskan hormon vasopresin ke dalam otak, bukan di dalam darah, apabila cecair badan menjadi lebih cair daripada biasa. Biasanya, apabila cecair dalam badan lebih cair, maka sel neuron akan menjadi lebih membengkak. Walau bagaimanapun, kajian yang dilakukan oleh satu pasukan penyelidikan Jepun yang diketuai oleh Profesor Yasunobu Okada, Ketua Pengarah Institut untuk fisiologi sains (NIPS), dan Cik Kaori Sato, pelajar siswazah Universiti Siswazah Pengajian Lanjutan mendapati apabila hormon vasopresin bertindak dalam otak, saiz neuron tetap kekal walaupun bendalir badan menjadi lebih cair. Sekaligus membuktikan hormon vasopresin yang sebelum ini hanya dianggap berfungsi di dalam buah pinggang turut berfungsi di dalam otak.
Apapun, menurut Dr. Rajbans Singh, jumlah air yang hilang sebagai keringat adalah berbeza-beza antara seseorang dengan seseorang yang lain. Hal ini bergantung juga pada suasana sekitar, tahap kegiatan, dan saiz badan. Dalam kegiatan biasa, manusia mengeluarkan kira-kira 500-600 ml peluh sehari. Ujarnya, input air perlulah sekurang-kurangnya sama dengan output air yang dikeluarkan oleh badan.
“Orang dewasa biasanya memerlukan air antara 8 hingga 12 gelas dalam sehari. Jumlah air yang diperlukan oleh kanak-kanak pula bergantung pada umur, berat, dan kegiatan fizikal mereka. Oleh sebab saiz tubuh mereka kecil, mereka akan mengalami penghidratan yang lebih cepat. Selain itu, keperluan air di dalam badan akan meningkat sekiranya kita banyak menghabiskan masa di luar rumah dalam cuaca panas, kerap bersenam, atau berada dalam bilik yang berhawa dingin. Air membentuk kira-kira 55-57 peratus dari berat badan kita dan mempunyai peranan yang penting dalam hampir setiap fungsi utama badan. Air berperanan melaraskan suhu badan di samping membawa nutrien dan oksigen ke sel, serta menghapuskan sisa. Air turut melindungi sendi serta mengawal organ dan tisu. Tanpa makanan, manusia dapat hidup selama lapan minggu, tetapi tanpa air manusia akan mati dalam masa tiga hari,” katanya dengan nada amaran.
“Kita memperolehi air daripada cecair seperti air paip, susu, jus buah-buahan, kordial, minuman ringan dan sup. Makanan seperti nasi, roti, mi, buah-buahan, dan sayur-sayuran turut mempunyai sedikit air walaupun tidak cukup untuk memenuhi keperluan cecair kita,” terang Dr. Rajbans.

BANYAKKAN MINUM AIR MINERAL
Tidak ramai yang tahu bahawa setiap yang dimakan mempunyai kesan yang drastik pada badan dan pH badan. Apatah lagi sesetengah makanan yang diambil berasid manakala sesetengahnya pula beralkali. Kesemuanya itu akan meninggalkan kumuhan berasid, melainkan dibilas keluar dengan air alkali, ia akan bertambah sebagai deposit. Ujar Dr. Rajbans Singh, hanya dengan meminum lapan gelas air alkali setiap hari bukan sahaja membantu penghadaman, tetapi juga membantu menyingkirkan toksin yang terkumpul dalam usus yang juga penyebab penyakit.
“Seperti sungai yang memerlukan air mengalir, begitu juga usus. Lebih banyak air yang diserap maka lebih banyaklah toksin yang dineutralkan dan lebih banyak toksin yang dibuang dari sistem badan. Kesihatan yang sempurna bermula dari usus yang bersih dan pembersihan bermula dengan air alkali,” jelasnya. Air juga diperlukan oleh haiwan ataupun tumbuhan. Air juga hidup. Ia mampu bereaksi terhadap sekelilingnya apatah lagi sistem tubuh badan.

#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.shikinrazali.com/2021/01/kenapa-tidak-haus-ketika-tidur.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Bapa Pereka Fesyen Rizman Nordin Meninggal Dunia Ketika Tidur Khamis Lalu

Hiburan Bapa Pereka Fesyen Rizman Nordin Meninggal Dunia Ketika Tidur Khamis Lalu

papar berkaitan - pada 29/1/2021 - jumlah : 394 hits
Salam takziah diucapkan buat pereka fesyen terkenal negara Rizman Nordin yang kehilangan bapanya difahamkan meninggal dunia ketika sedang tidur pada Khamis lalu Sumber Instagram Rizman Nordin Khabar duka itu diumumkan Rizman menerusi akaun ...
Semak Dan Imbang Yang Tidak Boleh Dipinggirkan Ketika Darurat

Semak Dan Imbang Yang Tidak Boleh Dipinggirkan Ketika Darurat

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 221 hits
Pada 14 Januari 2021Oleh Fakhrurrazi Rashid Ketika penularan Covid 19 kian membimbangkan kerajaan telah mengisytiharkan darurat di seluruh negara dan Perintah Kawalan Pergerakan di beberapa negeri untuk mengurangkan peningkatan kes yang kin...
Sangka Anak Tidur Rupanya Mati Dibunuh

Sangka Anak Tidur Rupanya Mati Dibunuh

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 189 hits
Nurul Hidayah BahaudinPetaling Jaya Saya terdengar dia meraung selepas mengetahui anaknya sudah mati kata jiran kepada kanak kanak perempuan warga Indonesia yang dipercayai dibunuh bapa kandung di rumah mereka di sebuah pangsapuri di Damans...
Saya Poligami Dan Bagaimana Prosedur Ketika Berada Di Dalam Situasi Ini

Saya Poligami Dan Bagaimana Prosedur Ketika Berada Di Dalam Situasi Ini

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 368 hits
Saya Poligami Dan Bagaimana Prosedur Ketika Berada Di Dalam Situasi Ini Ummu Habibah r a pernah berdoa meminta dikurniakan suatu nikmat dunia hasil Klik link untuk bacaan selanjutnya
Wali Tersasul Sebut Nama Kembar Pengantin Perempuan Panik Ketika Akad Nikah

Wali Tersasul Sebut Nama Kembar Pengantin Perempuan Panik Ketika Akad Nikah

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 295 hits
Majlis pernikahan merupakan suatu hari yang paling istimewa dalam kehidupan pasangan suami isteri Pastinya masing masing mempunyai momen yang akan dikenang hingga ke akhir hayat Menerusi satu perkongsian seorang pengguna Twitter yang menggu...
Bagaimana Mengubah Alamat Penghantaran Bungkusan Pos Laju Ketika Pkp

Bagaimana Mengubah Alamat Penghantaran Bungkusan Pos Laju Ketika Pkp

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 231 hits
Disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan yang mula diimplementasi sejak minggu ini salah satu masalah yang dihadapi ramai adalah apabila pembelian yang dilakukan sebelum ini dihantar ke alamat pejabat atau alamat kediaman berbeza Ini sek...
Kenapa Ibu Tidur Dalam Tanah 10 Hari Di Hospital 3 Anak Kecil Hilang Kasih Ibu

Kenapa Ibu Tidur Dalam Tanah 10 Hari Di Hospital 3 Anak Kecil Hilang Kasih Ibu

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 265 hits
Mengenangkan anak anak yang masih kecil dan kehilangan ibu sesiapa pun pasti akan merasa sedih Bayangkan anak kita dalam situasi itu pun mesti rasa tak sanggup kan Tapi andainya itu janji Allah siapa kita untuk menolak takdir itu Sama juga ...
Waktu Tepat Nak Latih Anak Tidur Sendiri Kena Mulakan Dari Bayi Lagi Senang Kerja Ibu

Waktu Tepat Nak Latih Anak Tidur Sendiri Kena Mulakan Dari Bayi Lagi Senang Kerja Ibu

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 267 hits
Mesti ada di antara anda terfikir bukankah melelapkan mata itu satu kemahiran semula jadi Bagi sesetengah individu dewasa masa untuk tidur dianggap perkara yang mudah Malahan untuk mereka yang baharu bergelar ibu bapa kepenatan menjaga si k...
Hiburan Siap Masak Dan Tidur Dengan Anak Anak Selama Seminggu Kemelut Berterusan Rita Rudaini Buka Rahsia

Hiburan Siap Masak Dan Tidur Dengan Anak Anak Selama Seminggu Kemelut Berterusan Rita Rudaini Buka Rahsia

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 248 hits
Nampaknya kemelut antara pelakon Rita Rudaini dan bekas suami Aidil Zafuan masih belum menemui titik noktah apabila pelakon wanita itu tampil membuka cerita dan rahsia bagi menafikan dakwaan dirinya tidak membenarkan bekas suami untuk berju...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Lirik Lagu Aiman Tino Wani Kayrie

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Cat888 1 2024