Serah Kuasa Abdullah Sani Minta Khairuddin Bertaubat




Ingatan saya pada Khairuddin, bertaubatlah
Saya ingin mengingatkan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan supaya bertindak seperti manusia yang mempunyai akal yang waras serta semak semula perjanjian konsensus Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 sebelum mengeluarkan kenyataan kurang cerdik dan tidak berfakta.
Sebelum PRU14, secara jelas PKR, DAP, Amanah dan Bersatu bersetuju Datuk Seri Anwar Ibrahim segera diangkat sebagai perdana menteri Malaysia yang ke-8 menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad setelah mendapat pengampunan diraja.
Mungkin Khairuddin juga lupa yang beliau pernah bertanding atas logo PKR dan watikah pencalonan beliau ditandatangani oleh Presiden PH, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Namun, Khairuddin tewas di Jasin dan tewas sekali dalam petisyen mencabar keputusan tersebut.
Ingin saya menegur Khairuddin di atas beberapa kenyataan biadab dan tidak beretika sejak mutakhir ini. Apakah niat kamu? Adakah kamu ingin menggerakkan konspirasi yang cuba untuk menggagalkan proses peralihan kuasa ini?
[Baca: Jangan jadikan peristiwa hitam 1998 berulang – Khairuddin bidas Syed Husin]
Jika diimbau sejarah, jelas dan terbukti Khairuddin merupakan salah seorang penulis “50 dalil mengapa Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri” dan beliau merupakan individu yang rapat dengan Tun Mahathir dan Tun Daim ketika itu.
[Untuk rekod Khairuddin menafikan dirinya merupakan penulis dan penerbit buku berkenaan – editor]
Adakah Khairuddin sedang mengetusi siri plot fitnah terbaru yang juga didalangi oleh beberapa tokoh tertentu. Adakah ini yang dimaksudkan oleh Khairuddin “Sejarah hitam 1998 akan berulang kembali”?
Ingatan tegas saya kepada Khairuddin; bertaubatlah!.
Dr M ada niat langgar konsensus
Dalam beberapa siri kenyataan media, Tun Mahathir menggambarkan dirinya bimbang penggantinya tidak dapat membuat sebaik beliau secara jelas dan terang mencurigai keupayaan Anwar yang pernah dinobatkan sebagai Menteri Kewangan Terbaik Asia pada tahun 90an.
Anwar pernah menjadi Menteri Kewangan dari 1991-1998 dan Timbalan Perdana Menteri dari 1993 hingga 1998.
Kenyataan itu menggambarkan seperti ada niat untuk melanggar janji dalam konsesus PH.
Suatu ketika Wan Azizah yang juga Presiden PKR ketika itu diminta untuk memegang jawatan perdana menteri kerana parti pimpinannya meraih kerusi paling banyak oleh SPB YDP Agong sejurus memenangi PRU 14 yang lalu, tetapi ditolak dengan baik kerana berpegang kepada janji dan muafakat PH yang bersetuju melantik Tun Dr Mahathir sebagai perdana menteri yang baru.
Bukan itu sahaja, ada beberapa janji dan muafakat lain yang telah dimeterai antaranya mendapatkan pengampunan diraja terhadap Anwar Ibrahim dan segera melantiknya sebagai perdana menteri Ke-8.
Tun Mahathir seharusnya tidak perlu bimbang. Jelas dan nyata Anwar Ibrahim adalah satu-satunya pengganti beliau yang layak dan mempunyai kredibiliti yang terbaik dalam memulihkan ekonomi sekiranya Tun Mahathir tidak dapat memulihkan ekonomi negara dalam masa dua tahun yang disebut-sebut.
Segerakan proses peralihan kuasa dan tidak perlu tambah kepada beberapa tahun lagi.
Sepanjang lebih setahun ini belum ada apa-apa pergerakan ekonomi yang membanggakan. Cakap-cakap keupayaan Tun Mahathir berupaya membawa pelabur asing untuk memacu ekonomi tidak berlaku. Sebaliknya semakin banyak aset negara pula yang dijual bagai lelong daging di pasar tani.
Kita sudah tidak punya masa dalam merealisasikan manifesto menjelang PRU15 yang dijangka berlaku pada 2023.
ABDULLAH SANI ABDUL HAMID ialah anggota parlimen Kapar dan ahli majlis pimpinan pusat PKR.
Mkini




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/10/02/serah-kuasa-abdullah-sani-minta-khairuddin-bertaubat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ingatan Tegas Saya Pada Khairuddin Bertaubatlah Abdullah Sani

Ingatan Tegas Saya Pada Khairuddin Bertaubatlah Abdullah Sani

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 496 hits
Saya ingin mengingatkan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan supaya bertindak seperti manusia yang mempunyai akal yang waras serta semak semula perjanjian konsensus Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke 14 sebelum mengeluarkan kenyataan kur...
Paling Lama 3 Tahun Lagi Saya Serah Kuasa Kata Dr M

Paling Lama 3 Tahun Lagi Saya Serah Kuasa Kata Dr M

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 368 hits
Dr Mahathir Mohamad berkata beliau akan melepaskan jawatan perdana menteri sebelum pilihan raya umum ke 15 Saya berjanji akan berundur sebelum PRU akan datang dan memberi laluan kepada calon lain Jadi saya mungkin ada tiga tahun lagi paling...
Dr M Tidak Patut Serah Kuasa Kepada Anwar Ketika Pkr Berpecah Kata Pemimpin Ppbm

Dr M Tidak Patut Serah Kuasa Kepada Anwar Ketika Pkr Berpecah Kata Pemimpin Ppbm

papar berkaitan - pada 30/9/2019 - jumlah : 397 hits
Seorang pemimpin PPBM berkata Dr Mahathir Mohamad tidak patut menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Anwar Ibrahim ketika PKR di bawah pimpinannya dalam perpecahan Timbalan Pengerusi PPBM Kelantan Sazmi Miah merujuk kenyataan veteran PK...
Kadir Dr M Serah Kuasa 2020 2030 Atau Tidak Dinyatakan

Kadir Dr M Serah Kuasa 2020 2030 Atau Tidak Dinyatakan

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 477 hits
Peralihan kuasa perdana menteri oleh Dr Mahathir Mohamad kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim akan tetap ditunaikan cuma masanya belum ditetapkan kata Penasihat Media dan Komunikasi Perdana Menteri A Kadir Jasin hari ini Beliau berkata soal ja...
Zuraida Bidas Abdullah Sani Ni Belum Prk Lagi Ni

Zuraida Bidas Abdullah Sani Ni Belum Prk Lagi Ni

papar berkaitan - pada 23/9/2019 - jumlah : 629 hits
Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin menyifatkan anggota Majlis Pimpinan Pusat Abdullah Sani Abdul Hamid sebagai tidak relevan kepadanya Ketua Wanita PH itu berkata demikian selepas Abdullah Sani yang juga anggota Parlimen Kapar itu cuba me...
Harga Minyak Di Sarawak Tidak Wajar Lebih Rm2 Seliter Abdullah

Harga Minyak Di Sarawak Tidak Wajar Lebih Rm2 Seliter Abdullah

papar berkaitan - pada 9/10/2019 - jumlah : 877 hits
HARGA minyak di Sarawak tidak sepatutnya melebihi RM2 seliter memandangkan ia adalah negeri pengeluar minyak Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri Abdullah Saidol menegaskan beliau tidak peduli walaupun Kerajaan Persekutuan terpaksa membaya...
Pasang Kamera Badan Pada Pegawai Penguat Kuasa Untuk Tangani Kes Salah Laku Pm

Pasang Kamera Badan Pada Pegawai Penguat Kuasa Untuk Tangani Kes Salah Laku Pm

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 583 hits
Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan penggunaan kamera badan pada pegawai penguat kuasa seperti polis imigresen dan kastam bagi menangani kes salah laku pegawai kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Katanya syor penggunaan kamera ba...
Najib Ada Kuasa Wujudkan Ketidakstabilan Dalam Hidup Saya

Najib Ada Kuasa Wujudkan Ketidakstabilan Dalam Hidup Saya

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 302 hits
Bekas pegawai khas Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa sebagai orang nombor satu ketika itu Najib mempunyai kuasa untuk mewujudkan ketidakstabilan dalam hidupnya Datuk Amhari Efendi Nazaruddin 43 berkata w...
Hasil Pemilu Legislatif 2019 Pdip Kuasa 22 Kecamatan Di Banyumas

Hasil Pemilu Legislatif 2019 Pdip Kuasa 22 Kecamatan Di Banyumas

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 254 hits
Partai Demokrasi Indonesia Perjuangan memerahkan warna peta politik hasil Pemilu legislatif DPRD Banyumas 2019 Peta politik tersebut disusun berdasarkan perolehan suara tertinggi parpol di setiap kecamatan dari dokumen DB1 KPU
Zafrul Malaysia Could Face Tariff Up To 100pct If Us Trade Deal Rejected

Politicians Fire At Anwar For Unfair Trade Deal That Sells The Country S Rights

Malaysia Launches Manhunt For Seven Linked To Singapore S Scam Network

Termination Of Rhb Staff Who Shared Doctored Image Of Pmx In Israeli Flag Saree A Precious Lesson To All Pas Diehards

Fenomena Beratur Daya Tarikan Minuman Manis Di Mixue Dan Zus

Zaid Hopes Barisan Nasional 2 0 Will Emerge Amid Rifts In Bersatu

Exco Pemuda Bersatu Disiasat Isu Video Berkaitan Perjanjian Dagangan M Sia As

Perangkap Makanan Menilai Keselamatan Di Sebalik Kecantikan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kemarin Adalah Kehidupan Yang Berlalu Rialiti Sebuah Blogspot Com

Quick Beef Goulash Recipe Nigella

Cara Terminate Unifi Online Je

Self Care Weekend Untuk Mak Mak Bukan Anak Je Perlukan Healing

Melly Lee Kamu Istimewa Chord

Di Tembak Lapan Kali Oleh Individu Yang Di Kenali Rakyat Malaysia Yang Parah Di Golok Thailand Meninggal Dunia