Najib Ada Kuasa Wujudkan Ketidakstabilan Dalam Hidup Saya


Bekas pegawai khas, Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu, Mahkamah Tinggi hari ini bahawa sebagai orang nombor satu ketika itu, Najib mempunyai kuasa untuk mewujudkan ketidakstabilan dalam hidupnya.
Datuk Amhari Efendi Nazaruddin, 43, berkata, walaupun bekas bosnya itu tidak pernah mengancam dirinya, beliau merasakan seolah-olah ‘terperangkap di tengah-tengah’ kerana Najib, sebagai perdana menteri pada masa itu mempunyai pengaruh untuk mewujudkan kekacauan dalam hidupnya.

Loading… Saksi pendakwaan kelapan itu berkata demikian semasa pemeriksaan semula oleh ketua pasukan pendakwaan Datuk Seri Gopal Sri Ram pada hari ke-10 perbicaraan kes bekas perdana menteri itu melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
“Apa sahaja laluan yang saya ambil, akan ada ancaman. Apa yang perlu saya lakukan adalah untuk kembali ke agama saya. Beritahu kebenaran dan berharap akan menyelamatkan saya,” jelas saksi itu.
Semasa ditanya Sri Ram mengenai dari mana datangnya ancaman itu, saksi itu berkata ia boleh datang daripada mana-mana pihak yang berkepentingan dalam perbicaraan ini, tanpa mengira siapa mereka dan dari kumpulan mana.
Sri Ram: Antara pihak berkepentingan itu ialah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Kamu mengambil kiranya?
Amhari Efendi: Tidak.
Sri Ram kemudian meminta saksi menjelaskan pihak berkepentingan lain yang beliau maksudkan tetapi saksi itu agak ragu-ragu.
Sri Ram: Siapa pihak berkepentingan lain?
Amhari Efendi: Sama ada mereka… (suaranya seperti tersekat)
Sri Ram: Jangan takut. Tiada siapa yang akan mengganggu kamu di sini.
Amhari Efendi: Sama ada kerajaan sekarang atau kerajaan sebelum ini.
Sri Ram: Semasa kamu ditanya tentang ancaman, kamu berkata: “berkenaan bekas bos saya”. Apa yang kamu maksudkan?
Amhari Efendi: Tiada ancaman peribadi oleh Najib, sudah tentu tidak, tetapi sebagai perdana menteri….seorang perdana menteri akan mempunyai semua kuasa yang diperlukan untuk sekurang-kurangnya mewujudkan ketidakstabilan. Saya sangat sopan di sini.
Sri Ram: Ketidakstabilan dalam apa?
Amhari Efendi: Kehidupan saya, pekerjaan saya.
Sri Ram: Dan oleh perdana menteri, siapa yang kamu maksudkan?
Amhari Efendi: Najib.
Sri Ram: Beliau tertuduh, kamu perlu biasakan diri dengan perkataan tertuduh.
Sri Ram kemudian terus menyoal sama ada Amhari Efendi mengetahui yang bekas perdana menteri telah diingatkan tentang Jho Low.
Sri Ram: Daripada pengalaman bekerja dengan tertuduh sebagai perdana menteri, adakah dia selalu diberi taklimat daripada risikan?
Amhari Efendi: Saya tidak pasti sekerap mana tetapi dia dapat (maklumat daripada risikan).
Sri Ram: Adakah kamu tahu tentang satu artikel yang memetik seseorang memberi amaran kepada tertuduh (tentang Jho Low)?
Amhari Efendi: Tidak, saya tidak tahu.
Saksi itu bagaimanapun, berkata berdasarkan kepada pengalamannya, terdapat keadaan di mana beliau boleh katakan Najib telah diberi amaran tetapi berdiam diri tentangnya.
“Dari pengalaman saya, bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda mempersoalkan tentang Jho Low kepada Datuk Seri Najib dalam satu mesyuarat di rumahnya (Najib) yang saya ada terlibat sama, mengenai usaha sama dengan IPIC (International Petroleum Investment Co).
“Arul ada maklumkan Datuk Seri Najib tentang kebenaran mengenai kata-kata yang diutarakan Jho Low sama ada ia adalah benar atau tidak. Perbincangan itu mengenai ‘unit dana’ yang telah diketengahkan kepada PM,” katanya.
Dalam kejadian kedua, Amhari Efendi berkata bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani memanggilnya ke biliknya kerana mendengar saksi itu sedang menjalankan timbang tara dengan IPIC.
“Johari yakin akan timbang tara itu dan menang kes berkenaan. Bagaimanapun pandangannya tidak diambil kira. Najib seorang pendengar yang baik, dia diam (semasa pertemuan dengan Arul Kanda),” katanya.
Saksi itu berkata Najib terus berurusan dengan Jho Low walaupun ahli perniagaan itu menipu bekas Ketua Menteri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud
Merujuk kepada laporan tahunan bagi tahun 2008 yang dikeluarkan Utama Banking Group (UBG) yang ditandatangani Abdul Taib, Sri Ram membaca bahagian di mana Jho Low telah meninjau aset petroleum Terengganu seawal 2008.
Sri Ram: Selepas diketahui umum yang Jho Low adalah seorang penipu, dia menipu Tun Abdul Taib Mahmud, adakah tertuduh terus berurusan dengannya?
Amhari Efendi: Ya.
Saksi kelapan itu akan meneruskan keterangannya pada Isnin ini. Beliau mula memberi keterangan pada 3 September 2019.
Najib, 66, menghadapi empat pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya untuk menerima rasuah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan wang yang sama.
Ahli Parlimen Pekan itu dituduh melakukan empat kesalahan itu di AmIslamic Bank Berhad, Cawangan Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon di sini antara 24 Februari 2011 dan 19 Disember 2014, dan untuk 21 lagi pertuduhan antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013, di tempat yang sama
Perbicaraan di hadapan hakim​​​​​​ Collin Lawrence Sequerah bersambung Isnin. – Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2019/09/najib-ada-kuasa-wujudkan-ketidakstabilan-dalam-hidup-saya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berhenti Merokok Sekarang Atau Anda Akan Hilang Peluang Untuk Merasai Sendiri Semua Nikmat Seumur Hidup Anda

Berhenti Merokok Sekarang Atau Anda Akan Hilang Peluang Untuk Merasai Sendiri Semua Nikmat Seumur Hidup Anda

papar berkaitan - pada 26/9/2019 - jumlah : 347 hits
Isu rokok bukanlah sesuatu perkara yang baharu untuk dibahaskan Walaupun sudah jutaan iklan dan kempen berhenti merokok dilakukan namun bilangan mereka yang merokok masih tinggi dan membimbangkan Gambar Hiasan Maxpixel Di Malaysia sendiri r...
Nikmati Kebebasan Sepenuhnya Dalam Hidup Anda Dengan Hanya Serendah Rm28 Sahaja

Nikmati Kebebasan Sepenuhnya Dalam Hidup Anda Dengan Hanya Serendah Rm28 Sahaja

papar berkaitan - pada 26/9/2019 - jumlah : 252 hits
Kebebasan Satu perkataan yang cukup besar maknanya Apakah erti kebebasan bagi anda Adakah bebas sepenuhnya dari hutang Tiada sebarang kekangan dan anda bebas melakukan apa sahaja Atau ia membawa erti kebebasan dari semua masalah Dan adakah ...
Penjelasan Maksud Hadis Doa Agar Hidup Miskin

Penjelasan Maksud Hadis Doa Agar Hidup Miskin

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 2072 hits
Ada satu doa yang dibacakan oleh Rasulullah SAW seperti mana maksud hadis Ya Allah Hidupkanlah aku dalam keadaan miski dan matikanlah aku dalam keadaan miskin dan kumpulkanlah aku di dalam rombongan orang orang miskin Hadits ini dikeluarkan...
Ibu Nakhoda Hidup Membantu Ibu Ibu Usawahan Menerusi Tabung Hulurkan Harapan

Ibu Nakhoda Hidup Membantu Ibu Ibu Usawahan Menerusi Tabung Hulurkan Harapan

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 224 hits
KUALA LUMPUR 24 SEPTEMBER 2019 Program Keusahawanan Ibu Nakhoda Hidup usahasama Mydin Mohamed Holdings Berhad Procter Gamble Malaysia dan Pertubuhan Pembangunan Kendiri Wanita dan Gadis mengakhiri perjalanan tahun kelima setelah menjelajah ...
Prada Deri Purnama Pelaku Pembunuhan Dan Mutilasi Fera Divonis Seumur Hidup

Prada Deri Purnama Pelaku Pembunuhan Dan Mutilasi Fera Divonis Seumur Hidup

papar berkaitan - pada 26/9/2019 - jumlah : 141 hits
Hakim menilai perbuatan terdakwa memenuhi unsur pembunuhan berencana terhadap korban Vera Oktaria yang dilakukan pada 9 Mei 2019 bukti terencana diperoleh dari pemeriksaan dan keterangan salah satu saksi yang menyebut bahwa terdakwa akan me...
Hidup Ini Datangnya Seketika Cuma

Hidup Ini Datangnya Seketika Cuma

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 187 hits
Assalamualaikum dan selamat sejahtera Hidup ini datangnya seketika cuma Hidup ini datangnya seketika cuma Untuk yang seketika itu buatlah baik banyak banyak Tak perlu hiraukan orang yang tidak dengar cakap kita Biarkan kita dengar cakap dia...
Gajet Bukan Pengasuh Ibu Bapa Perlu Wujudkan Komunikasi Dengan Anak Anak

Gajet Bukan Pengasuh Ibu Bapa Perlu Wujudkan Komunikasi Dengan Anak Anak

papar berkaitan - pada 9/9/2019 - jumlah : 575 hits
Penggunaan gajet masa kini sudah berleluasa seiring dengan peningkatan teknologi Ke mana pun kita pergi sekarang boleh nampak dengan jelas rata rata masyarakat tidak mengira umur menjadikan gajet sebagai medium utama mereka Timbalan Perdana...
Jangan Wujudkan Islamofobia Di Malaysia

Jangan Wujudkan Islamofobia Di Malaysia

papar berkaitan - pada 7/9/2019 - jumlah : 267 hits
Dewan Pemuda Ikatan Malaysia menyeru Ketua Pemuda DAP YB Howard Lee untuk tidak membuat kenyataan berpilih yang menggunakan sirah Nabi Muhammad sebagai sandaran tidak memboikot produk keluaran orang bukan Islam Sememangnya orang Islam amat ...
Selamat Meneruskan Perjalanan Hidup

Selamat Meneruskan Perjalanan Hidup

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 335 hits
Assalamualaikum dan selamat sejahtera Selamat meneruskan perjalanan hidup Syukur Alhamdulillah Hari ini masih berpeluang meneruskan perjalanan kehidupan ini Semoga perjalanan hidup hari ini dikelilingi kebahagian Hidup adalah sebuah perjala...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik