Dr M Tidak Patut Serah Kuasa Kepada Anwar Ketika Pkr Berpecah Kata Pemimpin Ppbm




Seorang pemimpin PPBM berkata, Dr Mahathir Mohamad tidak patut menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Anwar Ibrahim ketika PKR di bawah pimpinannya dalam perpecahan.
Timbalan Pengerusi PPBM Kelantan, Sazmi Miah merujuk kenyataan veteran PKR, Syed Husin Ali yang menyifatkan Mahathir tidak boleh dipercayai kerana berkata mungkin tiga tahun lagi sebelum beliau menyerahkan kuasanya kepada calon lain.
“Dengan perpecahan dalaman yang ketara dalam PKR sekarang, memang tidak wajar jawatan perdana menteri diberikan kepada Anwar, ini diketahui umum, bukan sekadar khabar angin,” kata Sazmi kepada FMT.
“Sebagai pemimpin dan negarawan ulung, semestinya Mahathir mengambil kira pelbagai aspek dan situasi semasa, ini bukan calang-calang jawatan, bukan nak melantik penghulu atau penggawa kampung, ianya perlu dibuat dengan penuh kebijaksanaan.”
Sebelum ini, beberapa ketua negeri dan bahagian PKR menyuarakan sokongan kepada Anwar selepas beliau dilaporkan menggesa Timbalan Presidennya, Azmin Ali melepaskan jawatan sebagai menteri hal ehwal ekonomi, jika terbukti terbabit dalam klip video seks sejenis yang tersebar sejak awal Jun lalu.
Pada 4 Ogos lalu, Ketua PKR Kangar, Noor Amin Ahmad mendakwa lebih 90% atau 197 daripada 219 ketua bahagian PKR di seluruh negara menyokong kepimpinan Anwar dan menafikan berlaku perpecahan dalam parti itu.
Amin mendakwa semua ketua bahagian itu sudah dihubungi dan tanda tangan serta pengesahan mereka diperolehi berdasarkan perakuan mereka yang menandatangani resolusi Majlis Pemukiman Pimpinan PKR di Port Dickson pada 21 Julai lalu.
Pada 12 Jun, bekas ketua Pemuda PKR Bahagian Santubong, Haziq Aziz mengaku terbabit dalam video seks sejenis itu dan menamakan Azmin sebagai pasangannya, tetapi dakwaan itu dinafikan Azmin yang menyifatkannya komplot jahat untuk memusnahkan kerjaya politiknya.
Sazmi berkata, pemimpin PKR yang mahu Anwar menjadi perdana menteri sepatutnya menunggu sehingga dua tahun, bukannya melabelkan Mahathir sebagai individu tidak boleh dipercayai.
“Mereka agak gelisah, sememangnya menunjukkan mereka kurang sabar dan seperti takut kepada bayang-bayang sendiri, belum pun tiba tarikh sebenar yang mereka war-warkan kononnya dua tahun (untuk serah jawatan) tapi sekarang sudah beria menuntut janji.
“Jadi, untuk melabel (Mahathir tidak boleh dipercayai) itu kenalah sampai masa baru boleh cakap.”
Sazmi juga bimbang sikap “celupar” sesetengah pemimpin PKR mendesak Mahathir menyerahkan jawatan kuasa kepada presiden PKR itu akan menimbulkan ketegangan dalam Pakatan Harapan.
“Dengan melabelkan perdana menteri tidak boleh dipercayai dan tidak boleh pegang janji, ia satu tuduhan yang serius, tidak sepatutnya dikeluarkan seorang pemimpin parti, apatah lagi seseorang yang berkaliber seperti Syed Husin.
“Sudah tentu ia akan mengundang kemarahan dan rasa tidak puas hati rakan-rakan dalam PPBM, ianya umpama kita beri pandangan Anwar tidak layak dilantik perdana menteri kerana beliau adalah bekas banduan, tetapi kita tidaklah sampai tahap nak kata begitu.”
Beliau yakin Mahathir akan membuat keputusan apabila sampai masanya dan PPBM Kelantan menyokong penuh pengerusinya terus mentadbir negara sehingga pilihan raya umum ke-15.
Mahathir yang dilantik semula sebagai perdana menteri selepas PH menang PRU14 pada Mei tahun lepas, menegaskan akan berundur selepas kira-kira dua tahun berkuasa.
Di bawah perjanjian antara pemimpin PH, Mahathir perlu menyerahkan kuasa kepada Anwar, tetapi tiada tarikh ditetapkan.
Mahathir berulang kali menegaskan beliau akan mengotakan janji berundur apabila negara kembali pulih dan stabil.
Terbaru, Mahathir pada 27 September lalu dilaporkan berkata, beliau akan melepaskan jawatan perdana menteri sebelum PRU15.
FMT




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/09/30/dr-m-tidak-patut-serah-kuasa-kepada-anwar-ketika-pkr-berpecah-kata-pemimpin-ppbm/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pkr Berpecah Tidak Patut Serah Jawatan Pm Kepada Anwar

Pkr Berpecah Tidak Patut Serah Jawatan Pm Kepada Anwar

papar berkaitan - pada 1/10/2019 - jumlah : 401 hits
KUALA LUMPUR 30 Sept Perpecahan yang didakwa berlaku dalam PKR ketika ini menjadi antara alasan mengapa jawatan Perdana Menteri dirasakan tidak sesuai diberikan kepada Presiden parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim Kenyataan itu merupakan reak...
Tak Jadi Masaalah Azmin Hadir Acara Ppbm Kata Anwar

Tak Jadi Masaalah Azmin Hadir Acara Ppbm Kata Anwar

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 324 hits
Kehadiran Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali pada program anjuran PPBM baru baru ini menimbulkan pelbagai persoalan mengenai kesetiaannya terhadap parti namun ia bukan satu isu bagi presidennya Anwar Ibrahim Anwar berkata selain Azmin ...
Paling Lama 3 Tahun Lagi Saya Serah Kuasa Kata Dr M

Paling Lama 3 Tahun Lagi Saya Serah Kuasa Kata Dr M

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 284 hits
Dr Mahathir Mohamad berkata beliau akan melepaskan jawatan perdana menteri sebelum pilihan raya umum ke 15 Saya berjanji akan berundur sebelum PRU akan datang dan memberi laluan kepada calon lain Jadi saya mungkin ada tiga tahun lagi paling...
Pas Tetap Tolak Anwar Jadi Pm Kata Hadi

Pas Tetap Tolak Anwar Jadi Pm Kata Hadi

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 447 hits
Persiden PAS Abdul Hadi Awang menolak konsensus Pakatan Harapan yang mencadangkan Presiden PKR Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri seterusnya menggantikan Dr Mahathir Mohamad Sebaliknya katanya Dr Mahathir harus terus kekal sehingga habis...
Serah Kuasa Abdullah Sani Minta Khairuddin Bertaubat

Serah Kuasa Abdullah Sani Minta Khairuddin Bertaubat

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 384 hits
Ingatan saya pada Khairuddin bertaubatlah Saya ingin mengingatkan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan supaya bertindak seperti manusia yang mempunyai akal yang waras serta semak semula perjanjian konsensus Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umu...
Hujah Dr M Pertahan Lompat Parti Silap Kata Pemimpin Dap

Hujah Dr M Pertahan Lompat Parti Silap Kata Pemimpin Dap

papar berkaitan - pada 6/10/2019 - jumlah : 280 hits
Ahli Parlimen Tasik Gelugor Ramkarpal Singh PETALING JAYA Pandangan perdana menteri bahawa perbuatan lompat parti boleh diterima sekiranya ia dilakukan dengan tujuan baik adalah dikesali kata seorang pemimpin DAP pusat Pengerusi Biro Undang...
Masalah Dalaman Pkr Cerminan Kabinet Anwar Kelak

Masalah Dalaman Pkr Cerminan Kabinet Anwar Kelak

papar berkaitan - pada 23/9/2019 - jumlah : 359 hits
Timmy Say FMT Masalah rumah tangga berterusan PKR yang diketuai Anwar Ibrahim menggugat keyakinan awam terhadap pentadbirannya kelak sekiranya betul ditakdirkan beliau akan menggantikan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri satu hari ...
Puak Puak Bangang Dalam Pkr Jangan Keterlaluan Khairuddin Kata

Puak Puak Bangang Dalam Pkr Jangan Keterlaluan Khairuddin Kata

papar berkaitan - pada 1/10/2019 - jumlah : 342 hits
Saya rasa syed husin ali sedang hadapi masalah ingatan dan minda beliau semakin lemah Beliau lupa anwar ibrahim terajui parti pembangkang dari tahun 1999 sehingga 2013 telah gagal untuk menjatuhkan umno serta BN Pada waktu itu umno dan BN t...
Siapa Gila Kuasa Anwar Atau Tun

Siapa Gila Kuasa Anwar Atau Tun

papar berkaitan - pada 2/10/2019 - jumlah : 317 hits
Oleh Norman LiverpoolSelepas lebih setahun kerajaan bernama PH diberi amanah menguruskan negara ini rakyat ada yg bertanya apa yg Anwar Ibrahim telah lakukan dari janji2 ya dahulu PRU baru2 ini apa yg Anwar janjikan sedangkan beliau berada ...
Bheart Feat Waris Bila Tiba Hari Seterusnya Chord

Elderly Woman Killed In Hit And Run Accident At Traffic Light

The Evolution Of Gaming Technology How Video Games Have Transformed Over The Years

Rena Monrovia When You Transport Something By Car Definitive Guide

Madani Wins Ayer Kuning But Psm Makes Waves While Pn S Pig Agenda Fails

Scrut Nurul Izzah Aliff Aku Suruh Mereka Keluarkan Sahaja Waran Tangkap

Big Stage Alpha 2025

Powering Up Zambia A Look Into The Electricity Sector


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tribute To 40 Years Of Music What To Look Forward To At Amy Search S Solo Concert This Saturday

Ucapan Selamat Hari Tldm Ke 91 Dari Agong Zahir

Once Poor M Sian Influencer Says Rm10 Mooncake Felt Like A Luxury

Patut Pun Pn Terkucil Lagi

Rantai Perak Dari Bali Didakwa Jadi Punca Gangguan Makhluk Halus Terhadap Pasangan Malaysia

Ayer Kuning Voters Reject Politics Of Fear And Hatred Says Asyraf