Seperti Cacing Kepanasan Sultan Get Lost By Tamrin Tun Ghafar


HUGE DISCLAIMER : THE FOLLOWING IS NOT WRITTEN BY ME. IT IS WRITTEN BY TAMRIN TUN GHAFAR. OR THATS WHAT THE VIRAL WSAPPSAID.

SEPERTI  CACING  KEPANASAN
SULTAN  - " GET  LOST "
Tamrin Tun Ghafar
Ahad - 05/05/19( 1 -  31 )
1.  Jika sekiranya Tun Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri tidak bertegas berhubung sekeping tanah di Bukit Chagar,  Johor, sudah pasti kos pembinaan  Sistem Aliran  Transit atau Rapid Transit System ( RTS ) akan meningkat lagi  sekurang - kurangnya sebanyak  RM500 juta.

2.   Tanah ini asalnya kepunyaan Negeri atau State Land tetapi telah diberi kepada Kerajaan Pusat dalam tahun 2012 dengan cara tukar ganti.

3.  Mengikut berbagai laporan media,  hanya 2 hari selepas  beberapa perbincangan  termasuk yang diadakan dengan Sultan Johor, tanah tersebut telah berpindah tangan dari Tanah Kerajaan Pusat menjadi kepunyaan Sultan.

4.  Katanya bagi mendapat sokongan Sultan secara terbuka menjelang pilihanraya umum yang baru lepas, tanah seluas 4.5 hektar itu yang telah dirancang bagi projek RTS diberi kepada Sultan secara PERCUMA oleh Najib.

5. Justeru mengatakan beliau TIDAK TAHU  MENAHU  pun tanah 'miliknya' itu akan di bina RTS adalah suatu pembohongan yang tidak boleh diterima oleh akal yang waras.

6.  Amat mustahil  semasa perbincangan di antara  Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat atau SPAD  dengan Sultan, langsung tidak disentuh berkenaan tapak pembinaan, keluasan tanah dan sebagainya.

7.  Sebenarnya penglibatan  Sultan di dalam perlaksanaan projek RTS dan projek lain TIDAK  PERLU dan TIDAK  BOLEH kerana ia adalah   tanggungjawab Pentadbiran, apatah lagi ianya bercanggah dengan Perlembagaan Negara yang melarang Sultan mencampuri hal ehwal Pentadbiran.

8.  Itulah akibat  apabila Sultan tersebut tahu dimana tapak RTS akan dibina, maka dalam tempoh 2 hari sahaja selepas dipersetujui tanah tersebut dipindahmilik kepada Sultan TANPA PEDULI akibat perbuatan tersebut.

9.  Kini tak sampai pun 24 jam selepas Perdana Menteri membuat ugutan, tiba - tiba Sultan cuba menunjukan beliau  seorang pemurah (???) dengan rela hati memberi kawasan tersebut secara percuma kepada Kerajaan Pusat sedangkan umum tahu tanah yang bernilai RM500 juta itu telah diberi secara percuma  kepada beliau oleh Najib; ini satu lagi drama yang dilakukan.

10.  Mungkin ketegasan Tun Dr. Mahathir itu membuatkan  beliau dan anaknya 'Seperti Cacing Kepanasan'.

11.  Bagi kepentingan umum, khasnya  Bangsa Johor atau rakyat Johor, Kerajaan Negeri HARUS mengeluarkan senarai tanah, projek sama ada sah atau melanggar undang - undang seperti penjualan pasir secara berluasa kepada Singapura, bauksit dan penglibatan beliau secara terus atau proksi di dalam mana-mana perniagaan di negeri itu; ini termasuklah sebidang tanah yang luas di Bandar Maharani, Muar untuk pembangunan, tanah Kuarters TNB di Stulang Laut yang dibeli dengan setengah nilai pasaran (value) kemudian dijual kepada pemaju Singapura, tanah perladangan kira-kira- kira 50 ribu ekar.

JCorp Bhd dan anak-anak syarikatnya pula TERPAKSA membantu menampung kos bola JDT.
Bagi mengelakkan sebarang keraguan, Kerajaan negeri juga perlu menyenaraikan tanah-tanah dan lain-lain termasuk jumlah kenderaan yang TIDAK BERBAYAR CUKAI import dan cukai jalan  yang TELAH DIPULANGKAN atau DIBERI secara percuma dan jumlah cukai kereta yang dibayar diumumkan.

12.  Baru - baru ini saya dikejutkan apabila membaca dan menonton video kenyataan yang dibuat oleh Sultan Johor pada bulan March 2017 ( sila lihat lampiran ).

13. " Get Lost "  yang membawa maksud " Sila Berambus " ;  ayat ini  biasanya  di gunakan oleh kaki rambu seperti Mat Rempit dan Mat Pit ( kaki dadah ) dan orang - - - - -  yang mabuk todi saja, BUKAN keluar dari mulut seorang Bangsawan yang bergelar Sultan.

14.  Lazimnya mereka yang telah diberi peluang duduk di dalam istana tambah pula dipertanggungjawabkan sebagai Ketua Agama Islam negeri, sepatutnya cukup berhemah dalam berkata-kata atau mengeluarkan kenyataan.

15.  Bagaimana seorang Sultan nak mendidik anak dan ahli keluarganya dengan baik sedangkan dia sendiri tak ubah seperti  'Ketam Mengajar Anaknya Berjalan Lurus’?

16.  Mungkin akibat sifat tamak  dan benci terhadap Tun Dr. Mahathir, di tambah pula dengan berbagai jenis dedak  maka ayat  'Get Lost'  itu dengan mudah terpacul dari mulut seorang Sultan.

17.  Inilah akibat nya apabila Sultan dan bakal penggantinya TIDAK mempunyai kelayakan pelajaran yang baik, tidak seperti Raja Nazrin, Sultan Perak dan beberapa Sultan lain yang  menjadi kebangaan rakyatnya; mereka tahu peranan dan amat menghormati Perlembagaan dan Undang - Undang Negara dan mempunyai akhlak dan sopan santun yang boleh dicontohi dan diteladani; sebaik-baik Sultan biarlah yang berilmu dan berakhlak mulia.

DYMM Sultan Nazrin Of Perak - Tanah Lahir Ku

18.  Bapa Sultan Johor sekarang iaitu Sultan Mahmood Iskandar adalah PUNCA UTAMA mengapa Perlembagaan Negara TERPAKSA di pinda sebanyak 2 kali oleh Kerajaan UMNO / BN pimpinan Datuk Seri Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri ketika itu; ia disokong sebulat suara oleh Ahli - Ahli Parlimen yang menghadiri Persidangan  Dewan Rakyat.

19.  Atas  perlindungan kekebalan (immunity) yang ada ketika itu Sultan Mahmood Iskandar telah menggila dengan menzalimi, mencedera malah membunuh beberapa orang rakyat sesuka hati baginda.

20.  Mengikut rekod Parlimen, Sultan Mahmood dan anaknya terlibat dengan   sekurang-kurangnya 23 kes jenayah. Wallahhualam!

21.  Sebagai salah seorang anggota EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia ketika itu saya masih ingat suara - suara berang yang mahu membakar beberapa Istana tetapi hasrat mereka tidak kesampaian apabila Dr. Mahathir sendiri menasihatkan kami agar tidak meneruskan rancangan itu.

22. Johor adalah HAK RAKYAT BUKAN HAK SULTAN, apatah lagi Sultan yang ada hari ini adalah keturunan Temenggong Daeng Abdul Rahman yang berpakat dengan penjajah British mengenepikan Sultan yang sah yang telah melantik beliau sebagai Temenggong.

23. Temenggong Daeng Abdul Rahman pula telah mewasiatkan agar anak sulung beliau, Daeng Abdullah menggantikannya selepas beliau tiada tetapi semasa Temenggong Daeng Abdullah berada di Tanah Suci Mekah, adiknya Daeng Ibrahim berpakat dengan British merampas kuasa dan mengisytiharkan diri sebagai Temenggong yang baru - justeru keturunan inilah menjadi Sultan sehingga kini.

24. Berikut adalah keturunan Sultan Johor:-

i. Temenggong Daeng Abdul Rahman.
ii. Temenggong Daeng Ibrahim.
iii. Temenggong Daeng Abu Bakar atau Sir Albert Backer.
iii a. Menggelarkan diri sebagai Maharaja Johor.
iii b. Dengan persetujuan Queen Victoria, England menukar gelaran sebagai Sultan Johor dan mengisytiharkan keturunan beliaulah yang akan TERUS menjadi Sultan Johor selagi ada bulan dan matahari.
iv. Sultan Ibrahim - yang tidak mahu Merdeka dan sebaliknya mahukan British terus menguasai negeri itu.
v. Sultan Ismail - menggantikan anaknya Mahmood dengan Abdul Rahman sebagai Tengku Mahkota Johor kerana mencedera, menzalimi dan membunuh rakyat sesuka hati.
vi. Sultan Mahmood - pernah menjadi Agong.
vii. Sultan Ibrahim - kini.
viii. Ismail, TMJ bakal Sultan.
Berlandaskan kepada beberapa fakta di atas, adakah Sultan kini BERHAK menghalau (Get Lost) kepada sesiapa yang dia tidak suka?
Jawapannya ada pada rakyat Johor sendiri.

25. Sultan Johor dan anaknya harus meminta maaf dan berterima kasih kepada Tun kerana tanpa beliau mungkin Istana Bukit Serene dan beberapa Istana lain di Johor hari ini sudah menjadi tapak sejarah sahaja.

26. Tun dan rakyat TIDAK  berkonfrantasi dengan Sultan yang lain dan keluarga mereka - justeru jauh sekali terlintas di hati untuk mengenepikan Sultan dan keluarga mereka.

27. Jika sekiranya Sultan - Sultan TIDAK mampu menasihatkan Sultan Johor dan anaknya yang terlalu celupar itu, demi kebaikan adalah lebih baik Raja-Raja yang lain  mengasingkan diri dari mereka berdua.

28. JIKA  TAK  MAHU  MEMBALAS  BUDI ,  SEKURANG - KURANGNYA  INGATLAH  KEPADA  ORANG  YANG  TELAH  MENYELAMATKAN  KITA DAN GENERASI  SETERUSNYA.

29. ‘Kerana Pulut Santan  Binasa, Kerana Mulut Badan Binasa’.

30. Akhir kata, JANGAN  BIARKAN  KERANA SETITIK DUA NILA, MAKA  ROSAK  SUSU  SEBELANGA.

31. Selamat Berpuasa.

Terima Kasih.


My comments :  

Saya nak tanya sikitlah kepada saudara-mara kita orang Johor atau 'Bangsa Johor'.  

Dalam keadaan 'gajah lawan gajah' ini,  tuan-tuan pula dapat apa?

Ataupun apakah ianya jadi kes, gajah berlawan dengan gajah, pelanduk mati terpijak?

Ataupun 'gajah berlawan dengan gajah, pelandok dapat modal untuk berborak di warong'?  

Sebab saya melihat dalam semua "pertarungan" ini, nasib orang biasa tak berubah juga.  Nasib rakyat marhaen sama saja.  

Kalau kerja dengan kerajaan yang gred 45 dan sebagainya mampu beli kereta Vios atau Honda BRV. Sekarang mungkin Proton XC 70.   

Kalau gred dia tinggi sikit, dekat 50an dia boleh beli Honda CRV, Camry atau begitu. Tetapi ini pegawai tinggi kerajaan.

Rakyat biasa  yang duduk di Lorong Berangan, Kampong Air Itam dan Parit Tersulong pula macam mana? 


Dan lan sumur jawak bisa numpak sepedha motor ing tepi parit. Ora kaya mangkono?
Tak ada beza pun.   Tak payah nak tanya pasal 'customised luxury trucks' tapi saya tak nampak pun orang biasa di Johor  memandu "customised bicycle" pun.  

Saya rasa orang Johor, rakyat marhaen di Johor, 'Bangsa Johor' harus bertanya kepada diri sendiri 'Nasib aku pula macam mana? Nasib anak-anak aku pula macam mana?'

Sebab saya melihat nasib tuan-tuan tak ubah pun.    Posted by Syed Akbar Ali 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2019/05/seperti-cacing-kepanasan-sultan-get.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Must

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerjasama Pas Umno Sama Seperti Tun M Dan Anwar Pemuda Pas

Kerjasama Pas Umno Sama Seperti Tun M Dan Anwar Pemuda Pas

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 399 hits
Sinar Harian AHMAD FADHLI Berhubung skandal yang dikaitkan dengan kerajaan BN Pas tidak pernah berdiam diri dan sentiasa mengalu alukan sebarang siasatan oleh kerajaan PH Gambar fail KOTA BHARU Pas tidak hairan dengan kritikan Tun Dr Mahath...
Jika Muhyiddin Jantan Undur Diri Bersatu Tak Goyang Tamrin Tun Ghaffar Baba

Jika Muhyiddin Jantan Undur Diri Bersatu Tak Goyang Tamrin Tun Ghaffar Baba

papar berkaitan - pada 28/4/2019 - jumlah : 337 hits
Tamrin mengulas mengenai Muhyiddin Yassin berkaitan isu penyingkiran 2 exco Johor dan kedudukannya dalam parti PPBM BERSATU Foto Free Malaysia Today oleh Tamrin Ghaffar Baba Mungkin pada awal ini BERSATU akan goyang jika sekiranya Muhyiddin...
Tun M Akui Ketegasan Kerajaan Tangani Rasuah Sebabkan Sokongan Merudum

Tun M Akui Ketegasan Kerajaan Tangani Rasuah Sebabkan Sokongan Merudum

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 361 hits
foto sumber internetPerdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengakui sokongan terhadap kerajaan Pakatan Harapan merosot kerana ketegasan kerajaan dalam memerangi perbuatan rasuah Dr Mahathir berkata terdapat kumpulan tertentu tidak lagi mendapa...
Tak Perlu Ikut Arahan Saya Bebas Lakukan Apa Yang Terbaik Untuk Negara Tun M

Tak Perlu Ikut Arahan Saya Bebas Lakukan Apa Yang Terbaik Untuk Negara Tun M

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 350 hits
foto sumber internetWAWANCARA Sebelum kemenangan Pakatan Harapan dalam PRU ke 14 lagi isu pengganti Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri hangat diperkatakan Ketika itu Presiden PKR Anwar Ibrahim masih dalam penjara Setahun berlalu da...
Janji Tun Mahathir Masih Kabur

Janji Tun Mahathir Masih Kabur

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 299 hits
Berikut adalah antara ungkapan terbaru yang dilafazkan oleh Tun Mahathir berkenaan peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim sebagaimana dilaporkan oleh Malaysiakini Saya telah berpegang kepada janji bahawa akan letak jawatan dan beri laluan kep...
Pemansuhan Tol Jadi Janji Tidak Tercapai Tun Mahathir

Pemansuhan Tol Jadi Janji Tidak Tercapai Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 332 hits
dan Astro Awani Dr Mahathir berkata janji pemansuhan tol gagal ditunaikan selepas menyedari kos tinggi yang terpaksa ditanggung kerajaan seandainya isu itu dilaksanakan Gambar BERNAMA PUTRAJAYA Pemansuhan tol menjadi antara janji Manifesto ...
Terkini Tun Mahathir Lancar Kemakmuran Bersama 2030

Terkini Tun Mahathir Lancar Kemakmuran Bersama 2030

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 264 hits
PUTRAJAYA Sesebuah negara pesat dan makmur bukan hanya bergantung kepada pernilaian melalui angka angka Keluaran Dalam Negara Kasar sahaja tetapi setiap pembangunan dan kekayaan mesti diagihkan dengan lebih adil supaya dapat dinikmati oleh ...
Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini

Amboi Pandai Bodek Guna Lagu K Pop Ketika Lawatan Rasmi Di Korea Selatan Ig Pmx Raih Perhatian