Tak Perlu Ikut Arahan Saya Bebas Lakukan Apa Yang Terbaik Untuk Negara Tun M


foto sumber internet
WAWANCARA | Sebelum kemenangan Pakatan Harapan (PH) dalam PRU ke-14 lagi isu pengganti Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri hangat diperkatakan. Ketika itu Presiden PKR Anwar Ibrahim masih dalam penjara.

Setahun berlalu dan spekulasi itu terus ada, termasuk dalam parti komponen PH sendiri. Ini di sebalik jaminan berulang kali oleh Mahathir bahawa beliau akan menghormati persetujuan untuk menyerahkan kuasa kepada Anwar selepas dua tahun.

Loading...
Dalam wawancara khas bersama media sempena ulang tahun pentadbiran PH, Mahathir sekali lagi memberi jaminan itu dan malah berkata Anwar akan bebas dalam peranannya sebagai perdana menteri nanti.

"Saya telah berpegang kepada janji bahawa akan letak jawatan dan beri laluan kepada Anwar, ia perkara yang agak pasti. Tiada perbincangan tentang siapa yang akan jadi pengganti saya atau apa yang akan dilakukan," kata pengerusi PH itu.

"Dia (Anwar) tidak perlu mengikut arahan saya atau ikut apa yang telah saya lakukan. Dia bebas untuk buat apa yang difikirnya terbaik sebagai perdana menteri...," katanya.


Ketika itu, katanya lagi, beliau tidak akan campur tangan lagi dalam pentadbiran negara.

"Tugas saya ialah menyediakan negara agar ia boleh diambil alih oleh pengganti saya," katanya.

Kembalinya Mahathir sebagai perdana menteri tahun lalu disambut dengan sokongan orang ramai. Pada masa sama pihak yang tidak setuju dengan perkara itu mendakwa beliau tidak banyak berubah berbanding ketika 22 tahun mentadbir negara sebagai perdana menteri keempat.

Ramai, termasuk dalam PH sendiri, ragu dengan pelan peralihan kuasa itu memandangkan beliaulah yang memecat Anwar daripada jawatan timbalan perdana menteri yang mencetuskan gerakan reformasi.

Awal tahun ini, ada khabar angin mengatakan rombakan kabinet akan dibuat dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali akan dilantik sebagai timbalan perdana menteri.

Langkah itu dikatakan sebahagian daripada rancangan Mahathir untuk menyekat Anwar. Namun rombakan itu kekal sebagai khabar angin.

Anwar berulang kali berkata beliau tidak tergesa-gesa untuk mengambil tempat itu. Beliau juga menyifatkan khabar angin itu sebagai usaha menegangkan hubungan antara parti komponen PH.

Ketika wawancara yang diadakan di Pejabat Perdana Menteri itu, Mahathir sekali lagi menegaskan beliau tiada hasrat untuk merombak kabinetnya kerana anggotanya menunjukkan pencapaian yang memuaskan.

Katanya, kerajaan akan menegakkan kedaulatan undang-undang dan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi negara.

"Ketika kami melihat sesuatu yang melanggar undang-undang, kami kena pastikan langkah pembetulan diambil.

"Tentulah keputusannya mungkin tidak dialu-alukan sesetengah orang tetapi hakikatnya itulah undang-undang, dan kita perlu mematuhinya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan berkenaan hubungan kerajaan dengan institusi diraja.

'Tiada ketegangan dengan Sultan Johor'

Mahathir menegaskan kerajaan persekutuan tiada masalah dengan Raja-raja Melayu, termasuk Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

"Saya tidak lihat apa-apa (masalah) kerana ketika pertemuan dengan Sultan Ibrahim, Sultan Ibrahim yang memandu saya ke lapangan terbang," katanya.

Beliau berkata demikian walaupun memberikan kritikan pedas kepada Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim beberapa hari lalu.

Pada Januari lalu, Mahathir dilaporkan mengadap Sultan Ibrahim di Istana Bukit Serene di Johor Bahru. Sultan Ibrahim kemudian memandu kereta Proton Saga generasi pertama untuk membawanya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.

Pertelingkahan terbaru antara Mahathir dengan Tunku Ismail tercetus selepas Tunku Ismail berkata banyak sumbangan bapanya tidak disebut.

Ia selepas pendedahan berkenaan tanah persekutuan untuk Sistem Transit Aliran Johor–Singapura (RTS) yang dipindah milik ke atas nama Sultan Ibrahim.

Sultan Ibrahim kemudian berkata sedia untuk menyerahkannya kembali tanpa sebarang kos.

-Malaysiakini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.com/2019/05/tak-perlu-ikut-arahan-saya-bebas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pm Tun Mahathir Mohamad Umumkan Timbalan Sebagai Ketua Polis Negara Baharu

Pm Tun Mahathir Mohamad Umumkan Timbalan Sebagai Ketua Polis Negara Baharu

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 647 hits
Esok merupakan hari persaraan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dan hari ini Perdana Menteri telah mengumumkan Datuk Seri Abdul Hamid Bador sebagai Ketua Polis Negara yang baharu Perdana Menteri berkata Yang di Pertuan Agong Al ...
Tiada Negara Bebas Masalah Lepas Peralihan Kuasa Anwar Ibrahim

Tiada Negara Bebas Masalah Lepas Peralihan Kuasa Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 355 hits
SHAH ALAM Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin dalam masa beberapa tahun mendatang rakyat akan tetap pertahan PH sebagai kerajaan di Malaysia Menurutnya pimpinan PH harus melaksanakan pemerintahan yang bebas telus dan bersih serta ti...
Lambakan Pekerja Asing Di Negara Ini Berpunca Dari Sikap Rakyat Tun M

Lambakan Pekerja Asing Di Negara Ini Berpunca Dari Sikap Rakyat Tun M

papar berkaitan - pada 2/5/2019 - jumlah : 381 hits
Antara punca lambakan pekerja asing ke negara ini adalah berpunca daripada sikap rakyat Malaysia yang tidak mahu membuat kerja tertentu Perkara ini dikatakan sendiri oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika berucap di Majlis Samb...
Pemain Muda Negara Lakukan Kejutan Kalahkan Pemain Ranking Ke 10 Dari Jepun

Pemain Muda Negara Lakukan Kejutan Kalahkan Pemain Ranking Ke 10 Dari Jepun

papar berkaitan - pada 2/5/2019 - jumlah : 415 hits
Pemain muda badminton perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia yang kini berusia 21 tahun membuat kejutan apabila menang pusingan pertama di Terbuka New Zealand dengan menewasan pemain ranking ke 10 dunia dari Jepun Kenta Nishimoto Permainan ...
Sebelum Indonesia 5 Negara Ini Juga Pernah Lakukan Pemindahan Ibu Kota

Sebelum Indonesia 5 Negara Ini Juga Pernah Lakukan Pemindahan Ibu Kota

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 296 hits
Rencana pemindahan ibu kota kembali mencuat setelah satu tahun berlalu Untuk mengkaji rencana ini Presiden Joko Widodo menggelar rapat terbatas Tindak Lanjut Rencana Pemindahan Ibu Kota
Perpecahan Dapat Dielak Jika Ikut Ajaran Islam Yang Sebenar Tun M

Perpecahan Dapat Dielak Jika Ikut Ajaran Islam Yang Sebenar Tun M

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 325 hits
foto sumbet internetBANGI Perpecahan dalam masyarakat boleh dielak jika ajaran agama difahami dan diamalkan dalam erti kata sebenar kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Beliau berkata dalam masyarakat Islam sendiri perkara yang dila...
Anwar Bebas Buat Keputusan Yang Difikir Terbaik Untuk Malaysia

Anwar Bebas Buat Keputusan Yang Difikir Terbaik Untuk Malaysia

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 383 hits
WAWANCARA Dr Mahathir berkata beliau akan mematuhi pelan peralihan kuasa dan tidak akan campur tangan selepas itu
Ketua Polis Negara Tan Sri Fuzi Harun Akan Bersara Pada 3 Mei Ini

Ketua Polis Negara Tan Sri Fuzi Harun Akan Bersara Pada 3 Mei Ini

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 470 hits
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun hari ini telah membuat kunjungan hormat ke tempat Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin Kunjungan hormat ini dilakukan berikutan Mohamad Fuzi bakal bersara wajib pada Jumaat ini bersamaa...
5 Negara Pilih Pindahkan Ibu Kota Inilah Penyebabnya

5 Negara Pilih Pindahkan Ibu Kota Inilah Penyebabnya

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 212 hits
Beberapa negara sudah melakukan pemindahan ibu kota karena berbagai alasan karena kemacetan hingga pemerataan penduduk Di mana saja negara tersebut
Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Flooding Of Kepong Road Upsets Motorists

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad

Telemovie Larian Terakhir Lakonan Fattah Amin Amyra Rosli

The Great Screen Time Debate How Google Family Link Saved My Sanity And My Kids Development


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Dinner Dengan Siakap 3 Rasa

Hukuman Sebat Enam Sebatan Buat Pesalah Khalwat Berulang

Mana Satu Betul Tnb Maklum Pada Bursa Malaysia Kenaikan Diluluskan Kerajaan

Why Did The Bmw 428i Engine Overheating Light Turn On How Do I Fix The Issue

The Trophy Rat An All Conquering Rat Rod From America S Northwest

Budak Akmal Ni Agak Bangang Sikit Maaf Cakap Jujur