Senarai Makanan Penting Yang Perlu Di Simpan Ketika Berhadapan Dengan Situasi Lockdown
Senarai makanan penting yang perlu di simpan ketika berhadapan dengan situasi “Lockdown” | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semalam, perdana menteri Malaysia, Tan sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac 2020 dan berakhir pada 31 Mac 2020. Akibat daripada pengumuman itu, telah berlaku “Panic Buying” di seluruh Malaysia yang mana orang ramai berpusu pusu mendapatkan bekalan makanan dan barang kelengkapan. Dalam situasi ini, ramai yang terlupa apakah Senarai makanan penting yang perlu di simpan ketika berhadapan dengan situasi “Lockdown”!
Daripada pemerhatian aku di dalam media sosial, ramai yang menganggap pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan itu sama dengan perintah “Lockdown”. Dan atas sebab itu ramai yang jadi panic. Untuk fahaman bersama, Perintah Kawalan Pergerakan masih membenarkan kita bergerak dan pasaraya serta kedai barang keperluan masih dibuka seperti biasa. Jadi kita masih punya masa untuk membeli barang keperluan rumah.
Berbeza dengan “lockdown”, seluruh premis akan ditutup. Dan jika kita berada di dalam situasi ini, adalah sewajarnya kita memperlengkapkan barang keperluan rumah demi kelangsungan hidup. Namun, itu juga bukanlah point yang bagus jika kita bersedia dari awal. Aku kongsikan Senarai makanan penting yang perlu di simpan ketika berhadapan dengan situasi “Lockdown”.
#1. Beras
Nasi adalah makanan ruji rakyat Malaysia. Jadi, ketika menyediakan kelengkapan rumah, pastikan beras adalah perkara pertama yang perlu ada. Namun, bersikap timbang rasa jugalah pada yang lain. Jika kegunaan rumah hanya sekitar 10 -20kg , ambil dan simpan sekadar keperluan kita.
#2. Ayam /daging
Boleh juga beli bahan makanan ini untuk di simpan di dalam peti sejuk beku. Namun belilah sekadar perlu dan bukannya seperti mahu buat kenduri ya.
#3. Bihun atau pasta
Bahan ini selain mampu mengenyangkan, ianya juga tahan lama. Ini juga boleh dijadikan simpanan.
#4. Makanan tin.
Makanan tin seperti sardine, atau apa sahaja makanan di dalam tin juga sangat penting ketika berhadapan dengan situasi lockdown. Namun harus diingatkan, setiap darinya ada tarikh luput. Periksa terlebih dahulu sebelum beli.
#5. Kekacang atau kurma
Makanan seperti ini sangat bagus. Selain ianya mudah mengenyangkan, ianya juga tahan lama. Jadi simpan siap siap di rumah.
#6. Rempah ratus
Makanan tanpa rempah ratus pasti tidak menarik bukan? Jadi persiapkan segala kelengkapan rempah ratus di rumah anda!
#7. Milo atau minuman 3 in 1
Kalau aku, aku lebih suka simpan milo dekat rumah. Selain sedap,ianya mampu mengenyangkan juga. Kan minum milo anda jadi sihat dan kuat?
#8. Ubat ubatan
Ini yang paling penting sebenarnya daripada kesemua item di atas. Adalah sangat penting untuk menyediakan ubat ubatan di rumah. Pastikan sentiasa periksa tarikh luput ubat sebelum guna. Biasakan untuk menyimpan ubat selsema, batuk, demam dan penyakit penyakit yang lain. Namun, jangan menyimpan terlalu banyak ubat di rumah. Simpan sekadar perlu sahaja.
Oklah, itulah 8 Senarai makanan penting yang perlu di simpan ketika berhadapan dengan situasi “Lockdown”. Semoga panduan ini dapat memberi manfaat kepada semua dan dapat mengelakkan kita daripada membeli barangan yang tidak perlu.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mrejoy.com/2020/03/senarai-makanan-penting-yang-perlu-di-simpan-ketika-lockdown.html