5 Perkara Penting Perintah Kawalan Pergerakan Dan Senarai Jabatan Kerajaan Yang Bercuti


Seperti yang telah kita sedia ketahui, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, telah memaklumkan penutupan premis kerajaan dan swasta kecuali perkhidmatan penting bagi menangani penularan wabak Covid-19.


Arahan penutupan premis ini adalah berdasarkan perintah kawalan pergerakan yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkuatkuasa mulai 18 Mac hingga 31 Mac 2020 bagi menangani wabak Covid-19.

Perintah Kawalan Pergerakan ini dilakukan kerajaan berdasarkan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Akta Polis 1967 (Akta 344) dan "tertakhluk kepada perkembangan semasa bagi semua warganegara dan bukan warganegara yang berada di Malaysia."

Perintah Kawalan Pergerakan tersebut meliputi lima perkara seperti berikut:

1. Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara

Ini termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya.

Bagi menguatkuasakan larangan ini, semua rumah ibadat dan premis perniagaan hendaklah ditutup, kecuali pasaraya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian.

Khusus untuk umat Islam, penangguhan semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau termasuk Solat Jumaat adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas yang telah bersidang pada 15 Mac 2020.

2. Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia

Sekatan dilaksanakan ke atas rakyat Malaysia ke luar negara dan bagi yang baharu pulang dari luar negara, mereka dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela (atau self quarantine) selama 14 hari.

3. Sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara

4. Penutupan semua insititusi pendidikan

Penutupan institusi dilakukan ke atas semua taska, sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, pusat tahfiz dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti.

Selain itu, penutupan tersebut juga melibatkan semua institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara.

5. Penutupan semua premis kerajaan dan swasta

Penutupan ini melibatkan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (atau essential services) iaitu air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan.

Senarai Kementerian Cuti Perintah Kawalan Pergerakan:
Kementerian Pelancongan.Kementerian Wilayah.Kementerian Pendidikan.Kementerian Alam Sekitar.Kementerian Sumber Manusia.Kementerian Wanita dan Keluarga.Kementerian Pengajian Tinggi.Kementerian Pembangunan Luar Bandar.Kementerian Belia dan Sukan.Kementerian Tenaga dan Sumber Asli.Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi.Kementerian Perpaduan Negara.
LANGKAH KAWAL PERGERAKAN BUKAN PERINTAH BERKURUNG

Langkah kawalan pergerakan yang diumumkan bagi menangani Covid-19 bukan perintah berkurung tetapi satu bentuk menjarakkan hubungan sosial yang bertujuan bertujuan menurunkan jumlah kes dengan 'merendahkan lengkung (jangkitan) wabak'.

Ia bukanlah perintah berkurung kerana apabila perintah berkurung dilaksanakan, sesiapapun tidak boleh keluar rumah dan tidak boleh keluar untuk membeli makanan.

Ungkapan yang paling baik adalah mengelak aktiviti sosial dengan matlamat akhirnya untuk merendahkan lengkung epidemik.

Istilah merendahkan lengkung epidemik merujuk kepada tindakan mengurang dan memperlahankan penularan sesuatu wabak.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Pekeliling 'Larangan' Solat Jumaat Jika Berlaku Wabak Covid-19 Di Kawasan AndaKetahui Maksud Epidemik, Endemik Dan Pandemik, Istilah Yang Merujuk Penularan Penyakit Berbahaya
-Sentiasapanas.com



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2020/03/perintah-kawalan-pergerakan-dan-jabatan-bercuti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Mungkin Akan Guna Khidmat Atm Sekiranya Rakyat Masih Ingkar Arahan Perintah Kawalan Pergerakan

Kerajaan Mungkin Akan Guna Khidmat Atm Sekiranya Rakyat Masih Ingkar Arahan Perintah Kawalan Pergerakan

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 597 hits
The ReporterSemenjak Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat perutusan khasnya beberapa hari lalu masih ramai rakyat di negara ini yang tidak mematuhi perintah kawalan pergerakan Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaa...
Beberapa Perkara Yang Anda Boleh Akses Secara Percuma Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan

Beberapa Perkara Yang Anda Boleh Akses Secara Percuma Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 351 hits
Kerajaan telah mengeluarkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan dan disuruh duduk di rumah sahaja Disamping itu ada berita baik dimana ada beberapa perkara yg anda blh
Perintah Kawalan Pergerakan Ini 25 Sektor Perkhidmatan Penting Negara Yang Tidak Ditutup

Perintah Kawalan Pergerakan Ini 25 Sektor Perkhidmatan Penting Negara Yang Tidak Ditutup

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 435 hits
Perintah Kawalan Pergerakan ini 25 sektor perkhidmatan penting negara yang tidak ditutupBerikut antara sektor perkhidmatan yang tidak ditutup dalam tempoh berkenaan bermula Rabu hingga 31 Mac depan 1 Air2 Elektrik3 Tenaga4 Telekomunikasi5 P...
Apa Itu Lockdown Dan Kerajaan Perintah Kawalan Pergerakan

Apa Itu Lockdown Dan Kerajaan Perintah Kawalan Pergerakan

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 626 hits
Semasa berlakunya lockdown semua orang perlu berkurung di dalam kediaman masing masing dan tidak boleh keluar rumah Ini bermaksud semua orang tidak boleh keluar bekerja kedai kedai ditutup dan sektor ekonomi akan terkesan sumber gambar dari...
Tindakan Tegas Akan Diambil Kerajaan Pertimbang Ketatkan Perintah Kawalan Pergerakan Esok

Tindakan Tegas Akan Diambil Kerajaan Pertimbang Ketatkan Perintah Kawalan Pergerakan Esok

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 359 hits
Kerajaan akan mempertimbangkan untuk mengetatkan perintah kawalan pergerakan bermula esok sekiranya gagal mencatatkan jumlah penurunan kes Covid 19 meskipun arahan tersebut telah dikuatkuasakan kata Menteri Kesihatan Dr Adham Baba Untuk fla...
Perintah Kawalan Pergerakan Digazet Hukuman 6 Bulan Penjara Tambahan Sektor Penting

Perintah Kawalan Pergerakan Digazet Hukuman 6 Bulan Penjara Tambahan Sektor Penting

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 591 hits
Astro Awani Perintah Kawalan Pergerakan antara lain menetapkan larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara dengan semua rumah ibadat dan premis perniagaan ditutup kecuali pasar dan kedai menjual keperluan harian G...
5 Perkara Bermanfaat Yang Boleh Dilakukan Sepanjang Pelaksanaan 14 Hari Perintah Kawalan Pergerakan

5 Perkara Bermanfaat Yang Boleh Dilakukan Sepanjang Pelaksanaan 14 Hari Perintah Kawalan Pergerakan

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 442 hits
Seperti semua sedia maklum hari ini merupakan hari kedua berkuatkuasanya Perintah Kawalan Pergerakan yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin kelmarin Pelaksanaannya bertujuan untuk mengurangkan pergerakan...
6 Point Penting Dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bermula 18 March 2020

6 Point Penting Dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bermula 18 March 2020

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 421 hits
PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN 1 Larangan menyeluruh pergerakkan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan sukan sosial dan budaya Semua rumah ibadat dan premis perniagaan hendaklah ditutup kecuali pasar raya pasar aw...
Perintah Kawalan Pergerakan Diumumkan Oleh Kerajaan Malaysia Disebabkan Pandemik Covid 19

Perintah Kawalan Pergerakan Diumumkan Oleh Kerajaan Malaysia Disebabkan Pandemik Covid 19

papar berkaitan - pada 16/3/2020 - jumlah : 629 hits
Kerajaan melalui Perdana Menteri telah mengumumkan perintah kawalan pergerakan bg semua rakyat Malaysia bermula 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020 disebabkan pandemik COVID 19 Kita sedia
Menginap Di Bilik King Premier Sea View Balcony Doubletree By Hilton Hotel

How To Stay Safe While Enjoying The Backcountry This Summer

Zafrul Lompat Zahid Marah Anwar Happy

Makan Malam Di Bilik Hotel Je

Sabah Pkr To Begin Talks With Harapan Partners Ahead Of Election

Redhouse Lane Unearthing The Hidden Cathedral Caves Beneath The Forest Of Dean

Dapurhack Trik Mudah Kurangkan Masin Ikan Kering Confirm Mak Mertua Puji

Tengku Ampuan Pahang Mencemar Duli Menziarahi Pusara Akiko Okumura Di Tanah Perkuburan Usj 22 Subang Jaya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tak Tahu Nak Gelak Ke Nangis Intan Najuwa Dedah Aksi Spontan Suami Gunting Rambut Anak

Darjah Satu Tapi Stres Macam Spm Realiti Anak Kita Sekarang

Pandangan Tentang Orang Bodoh Dan Orang Pandai

Kadangkala Allah Pilih Seorang Dalam Keluarga Untuk Menjaga Orang Tua

Zafrul Biarlah Dia Pakai Baju Warna Apa Pun

Kurma Muda