Langkah Memulakan Bisnes Freelance Anda Sendiri Ketika Masih Bekerja Fulltime


Bisnes freelance? Apa benda tu ye? Selalunya saya cuma bercerita tentang kerja sebagai seorang freelancer, tapi kali ini saya nak sentuh sedikit topik mengenai bisnes freelance.
 
Kalau ada yang masih belum tahu, apa itu bisnes freelance dan mungkin minat nak tahu, bolehlah luangkan sikit masa untuk ikuti perkongsian saya ini ya.
 
Freelance ini merujuk kepada seseorang yang bekerja untuk dirinya sendiri. Dia tidak terikat dengan mana-mana majikan mahupun syarikat, atau dengan kata lainnya, dia adalah seorang pekerja bebas.
 
Zaman sekarang ini, kerja sebagai seorang freelance (atau freelancer) adalah sesuatu yang dianggap biasa. Ada orang bekerja sebagai freelance hanya sekadar separuh masa, dan ada juga yang kerja freelance full time. Macam saya sendiri, saya kerja freelance full time.
 
Dulu waktu masih bekerja, saya buat kerja-kerja yang saya buat sekarang ni juga secara part time. Memandangkan sekarang saya dah tak terikat dengan mana-mana majikan, bolehlah fokus dengan kerja yang saya buat ini secara sepenuh masa.
 
Kerja freelance ini memang best. Ada kerja adalah bayarannya. Andaikata nilai sesuatu tugasan itu ialah RM1,000 maka kesemua itu akan jadi milik kita. Kita tak perlu nak kongsikan dengan sesiapa, especially dengan insan bernama majikan (atau boss).

Mungkin ada dalam kalangan pembaca yang pernah ada pengalaman sebelum ini. Bersusah payah dapatkan projek untuk syarikat, buat persediaan, pembentangan dan siapkan kerja, tapi akhirnya anda hanya dibayar gaji. Sedangkan anda tahu, nilai projek tersebut sangat besar, mungkin mencecah puluhan ribu ataupun ratusan ribu nilainya.
 
Namun disebabkan anda hanyalah seorang pekerja, anda hanya layak menerima gaji bulanan sahaja. Kalau syarikat anda beri anda bonus setiap tahun, at least seronoklah sikit. Justeru, individu yang yakin dengan kebolehan diri, yang mempunyai skil yang tinggi, selalunya ada kecenderungan untuk mulakan kerjaya sebagai freelancer secara sambilan.
 
Boleh jadi, ia didorong oleh rasa tak adil. Almaklumlah, kita yang bersusah-payah dapatkan projek, pastikan projek berjaya, namun habuannya semua dinikmati oleh majikan. Orang yang hanya duduk goyang kaki dipejabat, yang tak perlu tahu susah-payah kita menyiapkan kerja, dia tu yang paling banyak dapat manfaat. Hanya sebab dia adalah bos, dan kita adalah kuli.
 
So why not, kalau kita cuba buat benda yang berbeza. Kita gunakan kemahiran dan segala skil yang kita ada untuk mula jadi seorang freelancer.
 
Ada freelancer yang selesa buat kerja-kerja dia dan tak bercadang untuk kembangkan apa yang dia ada sebagai satu perniagaan. Namun, ada juga freelancer yang berpandangan jauh, dan mula mengorak langkah dan mengatur strategi agar kerja-kerja yang dia lakukan sekarang ini, boleh ditukar kepada satu perniagaan yang lebih besar dan berdaya saing dimasa akan datang.
 
Ada beza ke kalau fokus kerja sebagai freelancer, dengan bina bisnes berdasarkan kerjaya freelancer yang kita lakukan? Jawapannya? Sudah tentulah ada bezanya.

 
Kita ambil contoh seorang yang bekerja sebagai seorang jurufoto secara bebas. Kalau dia tak pernah bercadang untuk bina bisnes, maka dia akan fokus buat kerja-kerja dia sahaja.

Sebaliknya, kalau seseorang itu ada merancang untuk jadikan kerjaya dia sekarang sebagai satu bisnes, maka dari awal lagi dia akan mula daftarkan syarikat, bina jenama, dan dari masa ke masa, mula mencari partner yang boleh bekerjasama untuk bangunkan perniagaan atau sekurang-kurangnya dapatkan pekerja part time untuk jalankan operasi perniagaan.
 
Kenapa perlu jadi freelancer? Kenapa tidak fokus sahaja dengan kerja hakiki Umumnya, kerja pertama yang kita dapat bukanlah kerja yang betul-betul menepati minat dan kehendak kita. Bukan semua orang bernasib baik, dapat kerja yang betul-betul dia seronok nak buat.
 
Ada orang yang tidak mempunyai pilihan. Dia terpaksa ambil sahaja apa-apa kerja yang ditawarkan (setelah melalui proses temuduga) dan bila dah diterima kerja tersebut, dia perlu belajar dari satu tahap ke satu tahap yang lain. Walaupun dia bagus dalam melakukan kerja, tapi kena lihat juga sama ada dia gembira dengan kerja tersebut atau tidak?
 
Maka jalan keluarnya adalah dengan melakukan apa yang diminati secara part time atau freelance. Katakanlah, minat individu tersebut adalah dalam bidang fotografi, maka diwaktu terluang, misalnya pada waktu cuti, bolehlah dia buat kerja-kerja fotografi.
 
Lazimnya, orang akan mulakan kerjaya freelance mengikut bidang yang dia minati. Bila kita buat sesuatu yang kita minat, kita tak rasa seperti terpaksa buat atau rasa kecewa bila tak dapat bayaran.
 
Macam saya sendiri, saya suka menulis. Jadi saya pilih jadi freelancer dalam bidang penulisan. Awal-awal pembabitan saya dalam bidang penulisan ni, haram satu sen pun tak dapat. Tapi lama kelamaan bila saya mula dapat rentak, dah tahu strategi dan corak permainan yang betul, maka dari situ saya mula berjaya hasilkan pendapatan.
 
Kini saya lebih menghargai kehidupan saya sebagai seorang freelancer, sebabnya dari sini saya dapat nikmati lebih fleksibiliti dari segi jadual dan cara hidup. Rasa nikmat sungguh bila kita sedar, tak ada boss yang akan push dan bising-bising bila kita tak buat seperti yang dia mahukan.
 
Ada ke peluang kerja kalau jadi freelancer? Sudah tentu ada.
 
Cuma peluang kerja itu mungkin datang melalui cara yang anda sendiri tak sangka-sangka. Macam saya sendiri, kebanyakkan kerja saya perolehi melalui emel. Well boleh jadi klien ini pada awalnya baca blog saya, lepas tu berminat dengan apa yang saya mampu tawarkan lepas tu dia tawarkan saya kerja.
 
Seterusnya terpulang pada saya sama ada nak terima ataupun tidak. Bergantung pada jenis kerja. Ada juga kerja-kerja penulisan yang saya tak minat nak buat, jadi saya tolak cara baik, ataupun saya terus tak balas emel tersebut.
 
Bagi pemilik perniagaan, mengambil freelancer untuk bekerja dengan mereka adalah satu perkara yang biasa. Dari segi kos, kadar upah yang perlu dibayar kepada freelancer adalah lebih murah berbanding kalau ambil pekerja tetap sepenuh masa. At least, freelancer ni majikan tak perlu nak carum KWSP dan juga SOCSO.
 
Tak perlu juga sediakan program latihan kepada pekerja baru. Isu dengan memberi latihan kepada pekerja ini ialah, bila sudah mahir, pekerja itu tadi akan berhenti kerja dan bekerja dengan syarikat lain, dek kerana tawaran gaji yang lebih lumayan. Walhal, pada awal-awal dulu pekerja ini mendapat latihan ditempat lain.
 
Justeru, dengan mengambil freelancer untuk menjalankan tugas tertentu, majikan boleh tapis siap-siap dengan mengambil khidmat dari individu yang memang betul-betul pakar dalam bidangnya.
 
Kebiasaannya freelancer ini akan bekerja mengikut projek. Siap sesuatu projek, maka khidmatnya sudah tak diperlukan lagi. Berbeza dengan mengambil pekerja sepenuh masa, yang mana majikan tak boleh sesuka hati buang pekerja tanpa berikan sebarang bentuk pampasan.
 
Andai kata ada dalam kalangan pembaca diluar sana yang bercadang untuk menjadikan kerjaya sebagai freelancer sebagai kerjaya utama, percayalah, ianya memang boleh dilaksanakan.
 
Cuma kita kena berpijak dibumi yang nyata. Ianya tidak akan berlaku dalam masa yang pantas atau sekejap. Membina kerjaya sebagai seorang freelancer ini umpama kita membina bisnes kita sendiri. Ia mengambil masa untuk orang ramai sedar kewujudan kita dan khidmat yang kita tawarkan.
 
Itulah sebabnya, lebih baik kita bermula awal, dan kalau mula berjinak-jinak dalam bidang freelance ketika masih bekerja, itu lebih baik. Setidak-tidaknya kita mempunyai sumber pendapatan tetap, sementara menunggu bisnes freelance kita jadi lebih kukuh dan mampu menggantikan pendapatan tetap kita.
 
Sepanjang membina kerjaya ini juga, akan ada banyak perkara yang kita perlu belajar. Pada masa ini, kita kena tahu sedikit sebanyak tentang pemasaran, pengiklanan, pengurusan wang syarikat (atau bisnes), aspek percukaian, perundangan dan sebagainya.
 
Pada peringkat ini juga, anda boleh sentiasa bereksperimen, kerja freelance yang bagaimana yang sebenarnya betul-betul menepati citarasa dan jiwa anda. Ingat, anda mungkin akan buat kerja ini seumur hidup anda, jadi adalah lebih baik kita pilih satu pekerjaan yang memang kita betul-betul minat dan seronok untuk lakukan.
 
Adakah anda nak ceburi bidang penulisan? Lakonan, design, fotografi, programming, pendidikan atau apa-apa sahaja yang mungkin terlintas difikiran anda.
 
Saya pernah menerima pertanyaan menerusi emel, katanya dia tak tahu, apa bidang yang patut dia ceburi kalau nak jadi freelancer? Pada saya soalan ini jawapannya mudah sahaja. Anda boleh layari laman web Fiverr untuk mendapatkan idea, apa contoh-contoh kerja freelance yang ditawarkan oleh individu seperti anda dari seluruh dunia.

Anda boleh dapatkan idea, apakah contoh-contoh kerja freelance yang mungkin sesuai dengan anda. Kalau anda nak tawarkan khidmat freelance anda melalui laman web Fiverr juga tak ada masalah.
 
Memandangkan kita nak bina kerjaya freelance hingga menjadi satu perniagaan ketika masih bekerja tetap, maka suka atau tidak, faktor pengurusan masa perlu dititikberatkan. Buatlah sebarang kerja berkaitan dengan urusan freelance anda itu ketika waktu rehat, sebelum masuk kerja, selepas habis kerja pada waktu malam dan ketika waktu cuti sahaja.
 
Waktu tengah bekerja, jangan mencuri masa untuk uruskan hal peribadi. Anda dibayar oleh majikan untuk bekerja dengan dia dan uruskan hal-hal berkaitan dengan kerja, bukannya untuk uruskan hal peribadi.
 
Setelah membicarakan mukadimah yang begitu panjang lebar, saya kira ada baiknya kita teruskan dengan tujuan asal posting ini saya tulis, iaitu bagi memberi anda idea, bagaimana untuk membina bisnes freelance walaupun pada waktu ini anda masih lagi mempunyai kerja tetap.
 
[1] Tetapkan Matlamat Menetapkan matlamat dan menyediakan misi dan objektif adalah perkara yang nampak remeh dan klise, namun hakikatnya ia sangat penting dan akan menjadi asas kepada perniagaan anda.
 
Bila kita kata yang kita nak bina kerjaya sampingan sebagai seorang freelance, apa matlamat sebenar kita? Adakah
i. Anda sekadar ingin menjana pendapatan tambahan (side-income) sekitar RM200 – RM600 sebulan?
ii. Anda nak buat freelance sebab anda bosan? Waktu cuti selalu tak ada aktiviti menarik untuk dilakukan misalnya.
iii. Atau anda mungkin berhasrat untuk menyelesaikan hutang-hutang yang ada dengan pendapatan dari kerja-kerja freelance?
iv. Anda mahu tahu bagaimana rasanya menjadi boss untuk diri sendiri (be your own boss)
v. Anda ingin jadikan kerjaya freelance ini sebagai batu loncatan untuk bina perniagaan anda sendiri
 
Pada peringkat awalnya, mungkin anda perlu tahu, apakah bidang yang bakal anda ceburi untuk memulakan kerjaya anda sebagai seorang freelancer? Adakah dalam bidang penulisan, fotografi, design, programming dan sebagainya?
 
Kemudian bila dah tahu apa bidang yang anda ingin ceburi, ambil sedikit masa untuk buat kajian sama ada bidang yang bakal dipilih itu nanti mampu atau tidak untuk pergi lebih jauh? Adakah anda boleh bina sebuah perniagaan melalui bidang yang anda pilih itu nanti.
 
[2] Cari niche yang menguntungkan dan mempunyai demand Tak kira apa bidang yang menjadi pilihan anda sekalipun, pasti akan ada individu, freelancer ataupun syarikat yang telah lama bertapak dalam bidang tersebut. Mereka bolehlah dianggap sebagai orang lama, orang yang dah berpengalaman dalam bidang anda.
 
Ini boleh kita anggap sebagai satu perkara yang baik, sebabnya kita boleh kaji latar belakang mereka. Berapa lama mereka telah berada dalam bidang ini, dan apakah tahap mereka sekarang? Adakah mereka kini berada dalam satu tahap yang cukup membanggakan sehingga anda juga mahu berjaya seperti mereka? 
 
Cuba bayangkan, kalau bidang yang anda pilih tu, tiada seorangpun pemainnya yang benar-benar terkenal dan berjaya. Kalau ada orang-orang lama dalam bidang tersebut sekalipun, kejayaan yang mereka berjaya capai hanya sekadar suam-suam kuku. Awas. Itu mungkin berlaku pada anda.
 
Ini satu petanda, bahawa niche tersebut, walaupun boleh buat duit, ia mungkin tak begitu besar, dan permintaan terhadap khidmat freelance dalam bidang tersebut tidak besar.
 
[3] Target jenis klien Siapakah yang anda akan sasarkan sebagai pelanggan anda. Ataupun, siapakah individu yang memerlukan perkhidmatan dari anda? Obviously, kalau anda memilih untuk jadi seorang jurugambar untuk majlis perkahwinan, sudah tentu orang yang akan menghubungi anda adalah pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga.
 
Ataupun boleh jadi juga, pemilik butik dan andaman yang ingin menawarkan servis tambahan seperti pakej fotografi kepada pasangan yang ingin mendapatkan khidmat mereka.
 
Setiap klien yang anda pernah berurusan, akan membantu anda membuka pintu syarikat lain untuk peluang kerjasama yang lebih besar dimasa akan datang.
 
Kalau anda pernah ada pengalaman bekerjasama dengan pemilik bisnes homestay misalnya, suatu masa nanti, anda juga akan ada peluang untuk bekerjasama dengan pemilik bisnes hotel pula. Pengalaman bekerjasama dengan klien sebelum ini boleh digunakan untuk menghasilkan kerja yang lebih baik dimasa akan datang.
 
Semakin bertambah pengalaman, kepakaran anda juga akan bertambah. Waktu itu, jenis pelanggan atau klien yang bakal anda berurusan juga akan jadi makin besar.
 
Satu perkara yang saya belajar, apabila bekerjasama dengan pelbagai pemilik bisnes adalah, mengenai persoalan “Adakah bisnes yang mereka jalankan mampu untuk bayar khidmat yang kita tawarkan?” 
 
Saya tahu dan yakin, khidmat yang saya bakal tawarkan mampu untuk membantu pemilik bisnes mengembangkan bisnes miliknya. Tapi pada masa yang sama, saya dapati mereka tak berani untuk ambil khidmat dari saya. Pada mulanya, saya tertanya-tanya juga, kenapa perkara ini boleh terjadi?
 
Akhirnya saya temui jawapan. Rupa-rupanya bisnes yang dia jalankan, tak mampu untuk bayar kadar upah yang saya tetapkan. Kalau anda baca betul-betul, saya tak kata pemilik bisnes tu tak mampu, tetapi saya katakan BISNES YANG DIA JALANKAN itu yang tak mampu untuk bayar saya.
 
Untuk mengetahui sama ada bisnes individu tersebut mampu atau tak membayar khidmat kita, cuba kita buat kira-kira mudah. Untuk setiap jualan yang terhasil, berapakah margin keuntungan yang dia bakal perolehi?
 
Sebelum ini saya pernah bekerjasama dengan pengusaha bisnes homestay. Untuk setiap sales yang terhasil, keuntungan adalah sekitar RM200 – RM400, sebabnya kadar untuk bermalam satu malam agak mahal. Saya hanya perlu dapatkan satu atau dua sales bagi pihak pemilik bisnes ini, dan dari situ dia dah boleh cover kos dan buat untung.
 
Berbeza dengan pemilik bisnes yang produk jualannya hanya berikan keuntungan bawah RM10 per jualan. Ia akan ambil masa yang lama dan perlu jual lebih banyak untuk cover semula kos. Jika produk yang dijual memang ada kekuatan, dalam sehari mungkin boleh dapat banyak sales.
 
Tapi untuk produk yang baru, yang kurang dikenali, dan perlukan masa yang lama untuk educate pengguna tentang kebaikkan menggunakan produk, keputusan untuk mengambil freelancer untuk bantu kembangkan bisnes mungkin dilihat kurang efektif dari segi kos.
 
[4] Tetapkan harga Harga yang terlalu murah, akan mempengaruhi kualiti servis yang bakal kita berikan. Pada peringkat awal pembabitan saya dalam kerja-kerja freelance, saya pernah menawarkan harga yang agak murah. Tujuannya adalah supaya saya dapat pengalaman dan boleh belajar macam mana bekerja dengan pemilik bisnes.
 
Saya dapati, kos untuk menyiapkan sesuatu projek, boleh jadi lebih mahal berbanding kadar upah. Terutama sekali apabila untuk menyiapkan sesuatu projek tu, saya perlu travel ke destinasi tertentu, menggunakan peralatan tertentu dan juga perlu guna software berbayar. Ya, semua ini bukan masalah klien dan jarang ada klien yang fikir hal-hal ini semua.
 
Bagi mereka, setelah mereka setuju dengan kadar bayaran, semuanya terpulang pada kita untuk menyiapkan hasil kerja yang sama seperti yang dipersetujui. Oleh itu dalam penetapan harga, tak boleh terlalu murah, dan kalau mahal sangat, orang tak berani pula nak berikan job.
 
Tipsnya disini, tak perlu terikut-ikut dengan nilai pasaran, atau anda tiru kadar bayaran seperti yang dikenakan oleh freelancer lain. Kalau anda meniru harga, atau lebih buruk lagi letakkan harga lebih murah, anda membuka pintu persaingan dari segi harga, sedangkan harga yang patut anda letakkan perlulah mengambil kira berapa nilai yang anda bakal bawa masuk dalam perniagaan tersebut.
 
[5] Wujudkan portfolio yang mudah dilihat oleh bakal klien Portfolio ini apa benda? Ia sebenarnya adalah BUKTI yang menunjukkan anda benar-benar pakar dan bagus seperti mana yang anda war-warkan dalam proposal anda.
 
Portfolio yang bakal anda hasilkan seharusnya
i. Mampu untuk mengetengahkan kepakaran dan contoh hasil kerja terdahulu
ii. Ada maklumat perhubungan dan memaparkan personaliti unik untuk setiap hasil kerja anda.
iii. Highlight juga skil lain yang relevan, tahap pendidikan dan pencapaian sebelum ini
iv. Ada testimoni dari pelanggan dan klien terdahulu
v. Anda sentiasa kemaskini portfolio tersebut
 
Bila bercakap tentang portfolio ini, tak perlulah anda bayangkan ianya dalam bentuk dokumen atau fail-fail besar berkulit tebal tu. Portfolio kita ni boleh jadi dalam bentuk laman web, blog ataupun akaun social media yang kita setup khas untuk memperagakan hasil kerja kita yang terdahulu.
 
[6] Buktikan bahawa skill anda memang berguna Buktikan bahawa skill yang anda miliki memang berguna, dan ia bukan sekadar teori semata-mata.
 
Apakah perkara yang paling penting bagi pemilik perniagaan? Saya kata, yang penting bagi mereka adalah sales atau keuntungan. Setiap tindakan dan keputusan yang mereka ambil, mereka perlu ambil kira sama ada ianya akan memberikan pulangan dalam bentuk jualan atau tidak.
 
Termasuklah keputusan untuk ambil anda bekerja dengan mereka sebagai seorang freelancer.
 
Sekiranya anda menyatakan yang skil yang anda miliki mampu untuk bantu pemilik perniagaan dapatkan lebih banyak jualan, anda perlu buktikan pernyataan tersebut. Sebaik-baiknya anda uji sendiri teori tersebut untuk diri anda.
 
Ini yang saya sendiri lakukan. Dalam usaha untuk yakinkan bakal klien bahawa servis penulisan yang saya tawarkan mampu untuk menyumbangkan jualan, saya buktikan sendiri dengan menggunakan kemahiran yang saya ada untuk hasilkan jualan menerusi program-program affiliate yang banyak terdapat di internet.
 
Andai kata saya tak ditawarkan sebarang kerja juga tak ada masalah, sebabnya saya masih ada pendapatan dari jualan yang terhasil melalui program-program affiliate. Jadi kat sini, saya nak tambah, kalau anda nak pilih bidang untuk jadi freelancer, pilihlah something yang kita tak perlu nak sentiasa bergantung kepada orang lain untuk cari makan.
 
[7] Kenalpasti jenis klien Ya saya rasa macam tak boleh move on bila bercerita soal memilih klien. Ada klien yang kita akan rasa seronok untuk bekerjasama, dan ada klien yang kita sendiri akan rasa menyampah nak jalinkan usahasama.
 
Begitu juga bila kita bercerita soal bayaran. Ada yang leceh dan ada yang mudah dalam soal bayaran. Ada klien yang hanya akan bayar setelah kerja disiapkan, tapi ikut pengalaman saya sendiri, ada banyak juga klien yang saya pernah berurusan yang tak kisah untuk bayar full payment sebelum kerja dijalankan.
 
Boleh jadi mereka ini sedia maklum, untuk siapkan tugasan saya perlukan modal, dan dia pun bayar saya siap-siap. Satu lagi, ikut pengalaman terdahulu, biasanya syarikat yang akan ambil khidmat dari freelancer adalah syarikat jenis start-up.
 
Syarikat start-up adalah syarikat-syarikat yang baru memulakan operasi. Mereka mungkin tak mempunyai modal yang besar untuk mendapatkan pekerja sepenuh masa. Justeru, jika anda tahu mana-mana syarikat start-up, bolehlah approach mereka untuk anda tawarkan khidmat anda sebagai freelancer.
 
Bagi syarikat besar yang dah terkenal, mereka jarang ambil freelancer untuk bekerja dengan mereka, sebab mereka sudah mempunyai struktur organisasi dan pengurusan yang mantap.
 
[8] Tawarkan servis anda melalui online marketplace Macam sebelum ni saya ada sebut tentang laman web semisal Fiverr. Ini adalah contoh online marketplace. Anda boleh gunakan laman web seperti ini untuk memasarkan khidmat anda, bagi tujuan mendapatkan pengalaman dan dapatkan feedback serta testimoni dari pelanggan.
 
Lagi banyak testimoni positif yang pernah anda perolehi, lagi tinggi keyakinan bakal klien untuk dapatkan khidmat anda.
 
Apabila anda menawarkan khidmat freelance melalui laman web online marketplace, pelanggan yang pernah dapatkan khidmat dari anda boleh meninggalkan komen dan feedback. Contohnya seperti dibawah ini.

Anda buat kerja dengan baik, maka baiklah review yang bakal anda terima.
 
[9] Belajar dengan lebih baik skill menjual Kemahiran atau skil menjual adalah skil yang kita perlu kuasai apabila nak jadi seorang freelancer. Ya, kita memang tak jual produk, tapi kita jual kepakaran kita.
 
Kaedah membuat jualan ini ada pelbagai. Luangkan masa untuk baca buku-buku berkaitan dengan bidang jualan, dan saya percaya anda pasti akan temui cara menjual yang kena dengan jiwa anda.
 
[10] Jangan keliru mana satu yang perlu jadi prioriti Pada pandangan saya, kalau anda nak serius dalam bidang freelance, dan mungkin nak jadikan ia sebagai satu perniagaan, anda tak perlu nak kejar semua jenis kerja. Cukup fokus pada satu atau dua kerja sahaja, dan kalau boleh dua kerja tu biarlah berkaitan antara satu sama lain.
 
Contohnya, dalam bidang penulisan copywriting dan juga fotografi. Kedua-dua kemahiran ini boleh dijual bersama bagi menghasilkan kerja yang lebih bermutu dan berkualiti.
 
Pilih bidang. Fokus pada bidang tersebut sehingga anda menjadi seorang pakar dan orang ramai mula recognize hasil kerja anda. Sampai satu tahap, anda tak perlu risau untuk cari klien baru setiap masa, sebabnya anda bakal memperoleh pelanggan tetap, yang setia mendapatkan khidmat dari anda untuk projek-projek yang bakal mereka lancarkan.
 
Baiklah, saya kira cukup panjang perkongsian saya kali ini. Saya doakan semoga apa yang saya kongsikan disini bermanfaat untuk anda, dan semoga hasrat anda untuk membina bisnes freelance akhirnya berjaya!
 
 
The post Langkah memulakan bisnes freelance anda sendiri ketika masih bekerja fulltime appeared first on Blog Sabree Hussin.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sabreehussin.com/langkah-memulakan-bisnes-freelance-anda/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Jenis Tak Faham Bahasa Atau Memang Jenis Pentingkan Diri Sendiri Arahan Dah Dikeluarkan Tapi Masih Berdegil

Video Jenis Tak Faham Bahasa Atau Memang Jenis Pentingkan Diri Sendiri Arahan Dah Dikeluarkan Tapi Masih Berdegil

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 506 hits
KUALA LANGAT Tanpa menghiraukan Perintah Kawalan Pergerakan yang mula berkuatkuasa hari ini kira kira 30 peniaga di Pasar Pagi Teluk Bunut Banting dan Jenjarom di sini terus berdegil dengan menjalankan perniagaan seperti biasa VIDEO Jenis t...
Surat Siaran Langkah Keselamatan Ketika Perhimpunan Di Sekolah Kpm

Surat Siaran Langkah Keselamatan Ketika Perhimpunan Di Sekolah Kpm

papar berkaitan - pada 15/3/2020 - jumlah : 1132 hits
Pelaksanaan Perhimpunan Sekolah Semasa Penularan Penyakit Coronavirus 2019 di sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Jika terdapat perhimpunan yang tidak dapat dielakkan beberapa langkah perlu diambil sebagai pencegahan awal Covid 19 new i...
Ketika Langkah Sheraton Dirancang Guan Merancang Draf Ransangan Ekonomi

Ketika Langkah Sheraton Dirancang Guan Merancang Draf Ransangan Ekonomi

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 549 hits
Apakah kita tahu Ahad lepas Ketika Azmin dan blok Bersatu berkumpul di Hotel Sharaton dari pagi sampai ke Malam merancang untuk menjatuhkan Kerajaan PH Lim Guan Eng pada hari yang sama dari pagi sampai petang berada di pejabatnya di kemente...
Sujud Ketika Solat Kelebihan Yang Kita Sendiri Tidak Sedar

Sujud Ketika Solat Kelebihan Yang Kita Sendiri Tidak Sedar

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 301 hits
Solat itu tiang agama jadi beri tahu pasangan masing masing agar sentiasa taat dan patuh perintahNYA Setiap gerakan di dalam solat itu ada sebabnya salah satunya ketika sujud punya 1001 kelebihan yang tersembunyi First awareness of the body...
Amy Search Bengang Nabila Huda Masih Bekerja

Amy Search Bengang Nabila Huda Masih Bekerja

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 370 hits
Masih terbabit dengan penggambaran bersama sebuah produksi di Kelantan Amy Search berang apabila anaknya Nabila Huda aktif bekerja biarpun kerajaan telah mengumumkan The post appeared first on
Jokowi Pak Menteri Masih Di Rumah Sakit Di Ruang Isolasi

Jokowi Pak Menteri Masih Di Rumah Sakit Di Ruang Isolasi

papar berkaitan - pada 15/3/2020 - jumlah : 169 hits
Hal ini dilakukan usai Menteri Perhubungan Budi Karya Sumadi dinyatakan positif corona
Kemenkeu Sri Mulyani Masih Jalankan Tugas Penuh Dan Kondisi Sehat

Kemenkeu Sri Mulyani Masih Jalankan Tugas Penuh Dan Kondisi Sehat

papar berkaitan - pada 15/3/2020 - jumlah : 170 hits
Puspa mengatakan Sri Mulyani juga terus memantau dinamika ekonomi yang terkena dampak COVID 19 dan menyiapkan langkah langkah meminimalkan dampak penyebaran negatif virus ini
Sekolah Tutup 2 Jam Beratur Untuk Beli Satu Mask Syukurlah Di Malaysia Masih Ok

Sekolah Tutup 2 Jam Beratur Untuk Beli Satu Mask Syukurlah Di Malaysia Masih Ok

papar berkaitan - pada 15/3/2020 - jumlah : 337 hits
Berikutan penularan COVID 19 di seluruh dunia semua negara mula mengambil langkah pencegahan awal sebagai salah satu usaha mengekang wabak ini dari terus berleluasa dan mengelakannya daripada memberi kesan negatif kepada rakyat Terbaru kera...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip