Senarai 41 Penerima Wang 1mdb Di Dedahkan Sprm


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuat permohonan lucut harta terhadap 41 responden di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.


Ketua Pesuruhjayanya, Latheefa Koya berkata, permohonan itu melibatkan nilai RM270 juta daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Kita telah mengenal pasti 41 sama ada individu atau entiti yang telah dijadikan responden dalam permohonan yang telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan akan bermula pada 25 Jun, 10 Julai, 24 Julai dan 31 Julai.

“41 responden yang disenaraikan termasuklah daripada pihak-pihak berkaitan parti UMNO yang melibatkan nilai RM212 juta dan selebihnya adalah yayasan-yayasan, syarikat-syarikat dan sebagainya,” katanya pada sidang media Ibu Pejabat SPRM.

Beliau turut memberitahu, wang yang diterima responden itu datang daripada akaun bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Jumlah permohonan lucut harta bernilai RM270 juta itu adalah jumlah terbesar sekaligus menjadi sejarah bagi kes AMLA di negara ini sehingga kini.

“Semua responden yang disaman ini telah didapati melanggar undang-undang kerana menerima wang daripada akaun Najib,” katanya.

Pada masa sama, Latheefa menjelaskan bahawa, Najib dan ahli perniagaan kontroversi, Jho Low tidak disenaraikan dalam permohonan lucut hak itu.

“Bagi kes saman ini, semua responden tidak melibatkan warga asing dan hanya individu tempatan.

“Tapi kami percaya selepas fail saman ini lebih banyak lagi responden akan dikesan dalam jejak wang ini. Semua wang responden yang berjaya diperolehi kelak akan diserahkan semula kepada kerajaan,” katanya.

Berikut merupakan senarai 41 penama yang didedahkan SPRM:
Ibrahim Awang IsmailKasitah GaddamIsmail Abd MuttalibHasan MalekSim Sai HoonAbdul Manan IsmailPertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA)Akademi PemudaParti Bersatu Rakyat SabahYayasan Permata MalaysiaYayasan Tun Hussein OnnUMNO KelantanUMNO Bahagian PekanGerakan Belia Gagasan 1MalaysiaMCA PahangSarawak United People’s PartyWanita MCALiberal Democratic Party (LDP) SabahYayasan PBAKMBinsabi Sdn BhdRayhar Travels Sdn BhdK&Z Enterprise Sdn BhdIPG Mediabrands Sdn BhdMedia Edge CIA (M) Sdn BhdHattatex TradingJakel TradingJakel Trading Sdn BhdPerano Sdn BhdAGA Touch (M) Sdn BhdHabib Jewels Sdn BhdNaza Quest Auto Snd BhdUMNO SelangorUMNO PahangUMNO KedahUMNO JohorBarisan Nasional Bahagian Johor BahruUMNO SabahPertubuhan Kebangsaan Melayu BersatuBustari YusufYayasan Penyelidikan TransformasiYayasan Rahah
Pasukan Khas Dapatkan Wang 1MDB

Sebuah pasukan petugas khas baharu akan ditubuhkan di bawah Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah (GIACC) bertujuan mendapatkan semula aset-aset berkaitan kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di luar negara bernilai hampir AS$5 bilion (RM20.74 bilion).

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki berkata, pasukan khas itu juga akan mendapat kerjasama Pusat Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pejabat Peguam Negara memandangkan proses mendapatkan aset itu di luar negara lebih rumit.

"SPRM dapat kenal pasti aset-aset yang perlu kita dapatkan semula daripada luar negara sahaja dan pasukan tugasan khas ini perlu kerana ini merupakan satu tugas yang agak rumit.

"Jadi, kita dalam perbincangan dengan pihak-pihak berkenaan dan kita sedang berusaha mengesan pergerakan aliran wang selain berbincang mengenai hal perundangan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas sidang akhbar berhubung tindakan undang-undang terkini 1MDB di ibu pejabat SPRM.

Mengulas lanjut, Azam berkata, aset-aset itu dikenal pasti bukan sahaja di Amerika Syarikat malah di beberapa buah negara luar lain, namun beliau tidak menamakan negara tersebut.

"Negara luar lain ada proses perundangan tertentu yang perlu dipatuhi dan ini yang perlu kita bincang dengan mereka.

"Kita tidak boleh menggunakan undang-undang di negara ini dalam mendapatkan semula aset-aset itu," katanya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Ketahui Akta BAFIA Dan AMLA Jika Anda Terlibat Dalam Skim PelaburanKronologi 1MDB, Skandal Kewangan Terbesar Di DuniaPasukan Khas Siasat 1MDB Ditubuhkan!
sumber: 1 | 2



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/06/senarai-41-penerima-wang-1mdb.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bung Persoal Sprm Berhubung Kehilangan Senarai Penerima Dana 1mdb

Bung Persoal Sprm Berhubung Kehilangan Senarai Penerima Dana 1mdb

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 323 hits
Ketua Umno Sabah Bung Moktar Radin menuduh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia melakukan tindakan terpilih dalam langkah terbarunya untuk mendapatkan kembali dana 1MDB yang disalurkan kepada Umno bahagian di seluruh negara Ahli Parlimen ...
Senarai 41 Penerima Dana 1mdb Babit Rm270 Juta Umno Terima Sebanyak

Senarai 41 Penerima Dana 1mdb Babit Rm270 Juta Umno Terima Sebanyak

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 742 hits
Penerima penerima dana 1Malaysia Development Berhad yang terdiri daripada individu dan entiti tempatan telah dikenal pasti seperti dinyatakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM telah menfailkan 41 kes permohonan melucut hak melibat...
Ada Lagi Senarai Terima Wang 1mdb

Ada Lagi Senarai Terima Wang 1mdb

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 239 hits
Terdapat banyak lagi individu dan kumpulan termasuk persatuan pengamal media yang menerima wang daripada syarikat 1Malaysia Development Berhad Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata pihaknya mendapati wujud senarai nama lain daripada 41 resp...
Senarai 41 Responden Sprm Mohon Lucut Hak Sivil Kait 1mdb

Senarai 41 Responden Sprm Mohon Lucut Hak Sivil Kait 1mdb

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 527 hits
ISMA WEBBANGI Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya hari ini mengumumkan permohonan perlucutan hak sivil terhadap 41 responden untuk memperoleh semula kira kira RM270 juta yang ada kaitan dengan 1Malaysia Development Bhd Berikut adalan senar...
Sprm Fail Permohonan Ke Atas 41 Individu Parti Politik Dan Pertubuhan Untuk Tuntut Semula Wang 1mdb

Sprm Fail Permohonan Ke Atas 41 Individu Parti Politik Dan Pertubuhan Untuk Tuntut Semula Wang 1mdb

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 236 hits
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari in mendedahkan 41 penama termasuk individu parti politik dan pertubuhan yang menerima wang daripada 1Malaysia Development Berhad SPRM memfailkan permohonan pelucutan hak sivil ke atas 41 individu ...
Sprmmalaysia Dedah 41 Penama Penerima Wang 1mdb

Sprmmalaysia Dedah 41 Penama Penerima Wang 1mdb

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 251 hits
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah membuat permohonan lucut harta terhadap 41 responden di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 Permohonan itu melibatka...
Lim Dedah Kesatuan Wartawan Jurugambar Antara Penerima Wang 1mdb Minta Pulangkan Kembali

Lim Dedah Kesatuan Wartawan Jurugambar Antara Penerima Wang 1mdb Minta Pulangkan Kembali

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 280 hits
CYBERJAYA 25 Jun Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini mendedahkan kesatuan wartawan dan jurugambar akhbar di Pulau Pinang antara pihak yang menerima wang berkaitan 1Malaysia Development Bhd Tanpa mendedahkan mendedahkan identiti penerima ...
Sprm Fail Permohonan Tuntut Wang 1mdb

Sprm Fail Permohonan Tuntut Wang 1mdb

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 239 hits
Diterbitkan Hari ini 11 24 tengahariSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia memfailkan permohonan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 untuk mendapatkan semula wang berk...
Terkini Perkida Jakel Habib Jewels Dalam Senarai Saman Sprm Kes Dana 1mdb Latheefa Koya

Terkini Perkida Jakel Habib Jewels Dalam Senarai Saman Sprm Kes Dana 1mdb Latheefa Koya

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 404 hits
A PUTRAJAYA Tiga syarikat korporat terkenal disenaraikan antara 41 responden yang disaman lucut harta bernilai RM270 juta oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam kes dana 1Malaysian Development Berhad Jakel Trading Habib Jewels Sd...
Bagaimana Ketidakpastian Mega Cap Mempengaruhi Penurunan S P Dan Nasdaq

Peniaga Pisang Goreng Mengaku Culik Dua Kanak Kanak Sebab Teringin Nak Ada Anak Perempuan

Transform Your Home With Art Placement That Speaks Volumes

Pg Pgslot Golf 16 2567 Pg Slot 1 Pg Pgslot Top 23 By Gidget

Ledger Memperkenalkan Ledger Flex Dompet Kripto Keras Sederhana Untuk Penggunaan Sederhana

Kronologi Kes Zulfarhan Osman Zulkarnain

Rekomendasi 5 Aplikasi Akuntansi Terbaik Di Indonesia Tahun 2024

What To Eat In Kyoto



Kenapa Kita Gelarkan Masa Guna Istilah Second Minute Hour Day Week and Year

Biodata Ikhmal Nour Personaliti TikTok Terkenal

Apakah Fatwa Berkenaan Menanam Jambang dan Rambut Bagi Lelaki

Info Dan Sinopsis Drama Tonton Berepisod SeOfis Slot Samarinda TV3

Biodata Mek Yun Mek Kelate Personaliti TikTok Terkenal


Mengoyak Surat Cinta Di Pejabat

Resipi Ikan Rebus Kelantan Mrjockocancook

Rants And Raving Career Crossroads

Al Quran Makin Dicerca Dan Dihina Makin Membingungkan Hebatnya Mukjizat Al Quran

Amaran Dap X Seiring Pas Pemuda Umno

Sepakat Membawa Berkat