Bung Persoal Sprm Berhubung Kehilangan Senarai Penerima Dana 1mdb



(FMT) – Ketua Umno Sabah Bung Moktar Radin menuduh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan tindakan terpilih dalam langkah terbarunya untuk mendapatkan kembali dana 1MDB yang disalurkan kepada Umno bahagian di seluruh negara.
Ahli Parlimen Kinabatangan itu juga mempertikai bekas pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) yang lompat parti selepas perubahan kerajaan tahun lalu, mengatakan mereka hilang daripada senarai walaupun menerima wang daripada Najib Razak.
“Mengapa hanya 41 orang? Bagaimana dengan yang selebihnya?” soal Bung, merujuk individu dan entiti yang SPRM dakwa menerima wang yang dikaitkan dengan 1MDB.
Minggu lepas, SPRM mengumumkan saman pelucuthakan sivil terhadap 41 individu, mendesak mereka mengembalikan wang itu untuk mengelak tindakan di bawah undang-undang anti pengubahan wang haram.
Badan anti rasuah itu juga berkata sebahagian besar daripada RM270 juta itu disalurkan ke bahagian dan cawangan Umno, termasuk Umno Sabah.

KP SPRM yang baru, Latheefa Koya ketika mengumumkan senarai 41 individu dan entiti yang didakwa menerima dana daripada 1MDB. Bung mempersoalkan ketiadaan Mustapa Mohamad, bekas ketua Umno Kelantan yang menyertai PPBM tahun lepas, yang tiada dalam senarai yang ditunjukkan SPRM.
Bung berkata Mustapa yang juga ahli Parlimen Jeli dan bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri di bawah pentadbiran Najib, sebelum ini dipanggil SPRM berhubung dana 1MDB yang dikatakan diberikan kepada Umno Kelantan.
Bung berkata Upko yang berpengkalan di Sabah, yang memberi sokongan kepada Pakatan Harapan (PH) selepas kekalahan BN di negeri itu tahun lepas, juga hilang daripada senarai SPRM.
Akaun bank parti itu dibekukan sejak tahun lepas sebagai sebahagian daripada penyiasatan 1MDB.
“Bagi saya, ini adalah pendakwaan terpilih,” kata Bung kepada FMT. “Adakah SPRM tidak cuba mendapatkan dana daripada mereka? Saya harap mereka boleh memperjelaskan ini dan memaklumkan orang ramai.”
Sementara itu, Bung mendesak Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya menjelaskannya, mengatakan ketiadaan penerima lain daripada Najib adalah cubaan menghukum sesetengah kumpulan politik.
“Kami berharap Latheefa akan menjalankan tugas dengan baik dan adil, tetapi sekarang kami hilang keyakinan,” katanya.
Semalam, Menteri Kewangan Lim Guan Eng mendedahkan senarai 41 penerima yang ditunjukkan oleh SPRM hanyalah sebahagian kecil penerima dana tersebut.
Beliau berkata senarai itu sebenarnya lebih panjang, dan beliau tidak tahu sama ada SPRM sedang membuat senarai baru.
“Tetapi satu perkara yang pasti ialah terdapat lebih 41 entiti yang menerima wang dari 1MDB.”
Bung berkata beliau percaya tindakan terbaru itu adalah disebabkan kekuatan Umno yang semakin bertambah kerana bekerjasama dengan PAS.
Beliau berkata penafian dana kepada Umno adalah cubaan terdesak untuk menyekat dana bekas parti pemerintah itu, sambil menambah PH mahu menutup kegagalannya.
“Mereka tidak boleh menunaikan janji manifesto mereka dan rakyat mempersoalkan keupayaan mereka untuk mentadbir.
“Inilah sebabnya mengapa PH mahu melemahkan kita dan melihat kita menderita tanpa pembiayaan,” katanya.
Bung mengulangi gesaannya untuk membuktikan wang yang diberikan kepada Umno datang daripada 1MDB, sambil menambah pengkritik yang membuat tuduhan itu harus mengemukakan bukti.
“Adakah kamu mempunyai bukti wang itu dari 1MDB? Sekiranya kamu tidak ada, diam, tutup mulut kamu.”
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2019/06/26/bung-persoal-sprm-berhubung-kehilangan-senarai-penerima-dana-1mdb/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Senarai 41 Penerima Dana 1mdb Babit Rm270 Juta Umno Terima Sebanyak

Senarai 41 Penerima Dana 1mdb Babit Rm270 Juta Umno Terima Sebanyak

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 723 hits
Penerima penerima dana 1Malaysia Development Berhad yang terdiri daripada individu dan entiti tempatan telah dikenal pasti seperti dinyatakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM telah menfailkan 41 kes permohonan melucut hak melibat...
Senarai 41 Penerima Wang 1mdb Di Dedahkan Sprm

Senarai 41 Penerima Wang 1mdb Di Dedahkan Sprm

papar berkaitan - pada 24/6/2019 - jumlah : 386 hits
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah membuat permohonan lucut harta terhadap 41 responden di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 Ketua Pesuruhjayanya Lat...
Terkini Perkida Jakel Habib Jewels Dalam Senarai Saman Sprm Kes Dana 1mdb Latheefa Koya

Terkini Perkida Jakel Habib Jewels Dalam Senarai Saman Sprm Kes Dana 1mdb Latheefa Koya

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 387 hits
A PUTRAJAYA Tiga syarikat korporat terkenal disenaraikan antara 41 responden yang disaman lucut harta bernilai RM270 juta oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam kes dana 1Malaysian Development Berhad Jakel Trading Habib Jewels Sd...
Senarai 41 Responden Sprm Mohon Lucut Hak Sivil Kait 1mdb

Senarai 41 Responden Sprm Mohon Lucut Hak Sivil Kait 1mdb

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 513 hits
ISMA WEBBANGI Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya hari ini mengumumkan permohonan perlucutan hak sivil terhadap 41 responden untuk memperoleh semula kira kira RM270 juta yang ada kaitan dengan 1Malaysia Development Bhd Berikut adalan senar...
Umno Paling Banyak Terima Dana 1mdb Kp Sprm

Umno Paling Banyak Terima Dana 1mdb Kp Sprm

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 293 hits
Astro Awani Latheefa Koya menjawab soalan wartawan pada sidang media berhubung permohonan melucut hak melibatkan jumlah dana syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad Gambar Astro AWANI SHAHIR OMAR PUTRAJAYA Suruhanjaya Pencegahan Ras...
Ciapan Palsu Berhubung Jemaah Haji Ditaja Guna Dana 1mdb Laporan Pdrmsia Dibuat

Ciapan Palsu Berhubung Jemaah Haji Ditaja Guna Dana 1mdb Laporan Pdrmsia Dibuat

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 240 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Sprmmalaysia Dapatkan Semula Rm270 Juta Daripada Penerima Dana 1mdb

Sprmmalaysia Dapatkan Semula Rm270 Juta Daripada Penerima Dana 1mdb

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 283 hits
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah memfailkan 41 kes permohonan melucut hak melibatkan jumlah dana bernilai RM270 juta yang diterima daripada syarikat pelaburan 1MDB di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dua hari lalu JOHORTIMES MY hubu...
Senarai Baru Saman Lucut Hak 1mdb Dua Minggu Lagi Sprm

Senarai Baru Saman Lucut Hak 1mdb Dua Minggu Lagi Sprm

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 291 hits
Senarai terbaharu individu dan entiti yang terlibat dalam kes permohonan perlucutan hak sivil berkaitan dana 1MDB yang difailkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan dikeluarkan sekurang kurangnya dalam tempoh dua minggu lagi Timbala...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Gsk Raya Open House Dan Minggu Imunisasi Sedunia

Malayia S Forex Trading Landscape Opportunities And Challenges

Tukar Kanta Mata Untuk Melihat Seni Politik Anwar

The Dab 1a A Limited Edition Electric Production Motorcycle From France

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


6 Ciri Harimau Jadian

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

Ukraine Approaching Total Collapse

Police Probe Chaos Incident Outside Mosque In Penang

Budaya Pot Luck Jimat Kos Makanan Lebih Banyak Pilihan

Vivo Malaysia Memperkenalkan Inisiatif Eksklusif Untuk Pengguna Celcomdigi Di Malaysia