Semangat Kejiranan Isi Penting Contoh Karangan


Bagi soalan melibatkan semangat kejiranan, berikut merupakan contoh karangan yang boleh menjadi rujukan.
Ini boleh digunakan oleh para murid untuk menjawab soalan semasa peperiksaan.
Isi Penting Karangan Semangat Kejiranan Antara isi penting bagi karangan semangat kejiranan adalah seperti berikut:
1. Mengadakan Aktiviti Gotong Royong
Jiran dapat berkumpul dan bekerjasama sambil berbincang tentang aktiviti yang akan dilakukan. Dapat berkenal-kenalan antara satu dengan yang lain yang sekali gus membolehkan seseorang itu mengenal hati budi jiran dengan lebih dekat. Contoh aktiviti yang boleh diadakan secara bergotong-royong ialah membersihkan kawasan taman, menyediakan hidangan untuk kenduri-kendara, dan sebagainya. 2. Mengadakan Majlis Rumah Terbuka Semasa Sambutan Perayaan
Dapat membentuk ikatan silaturahim dan memperkukuh semangat kejiranan dalam kalangan jiran setempat. Jiran dapat bertanya khabar dan bercerita tentang pengalaman dengan lebih dekat. Semua ahli dalam masyarakat berpeluang untuk berkumpul dan berbincang sambil menikmati juadah yang disediakan oleh tuan rumah. 3. Mengadakan Hari Keluarga
Memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat setempat. Semua ahli keluarga jiran akan turut serta untuk melibatkan diri dalam aktiviti seperti berkayak, memasukkan air ke dalam botol, terompah gajah, dan sebagainya. Kemesraan akan terjalin bukan sahaja antara ibu dengan bapa, malah anak-anak juga. 4. Mewujudkan Pusat Komuniti dan Rukun Tetangga
Dijadikan pusat untuk menjalankan aktiviti kemasyarakatan. Meningkatkan hubungan silaturrahim sesama masyarakat serta dapat mengukuhkan semangat kejiranan. Contoh Karangan Semangat Kejiranan i) PENDAHULUAN
Jiran ialah orang yang tinggal di sekeliling rumah kita, iaitu di sebelah, di hadapan, dan juga di belakang rumah kita. Jika kita tinggal di dalam satu taman atau di sebuah kampung yang sama, mereka akan dikenali sebagai jiran tetangga kita. Jiran merupakan pihak yang penting kerana merekalah yang akan menjadi sahabat kita dan orang yang akan membantu kita apabila kita menghadapi kesusahan nanti. Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa “jiran sepakat membawa berkat”. Jadi, kita perlulah mengukuhkan semangat kejiranan supaya kita sentiasa bersatu hati dalam melakukan sesuatu perkara. Oleh itu, langkah-langkah yang wajar hendaklah diambil untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk setempat.
ii) ISI 1: MENGADAKAN AKTIVITI GOTONG-ROYONG
Antara langkah yang boleh diambil untuk memupuk semangat kejiranan adalah mengadakan aktiviti gotong-royong. Melalui aktiviti gotong-royong, jiran dapat berkumpul dan bekerjasama sambil berbincang tentang aktiviti yang akan dilakukan. Apabila berkumpul dan berbincang, mereka akan dapat berkenal-kenalan antara satu dengan yang lain yang sekali gus membolehkan seseorang itu mengenal hati budi jiran mereka dengan lebih dekat. Hal ini dapat digambarkan melalui pepatah Melayu, iaitu “tak kenal maka tak cinta”. Sebagai contoh, aktiviti yang boleh diadakan secara bergotong-royong ialah membersihkan kawasan taman, menyediakan hidangan untuk kenduri-kendara, dan sebagainya. Melalui cara ini, kita dapat menjalinkan dan meningkatkan hubungan sesama jiran.
iii) ISI 2: MENGADAKAN MAJLIS RUMAH TERBUKA SEMASA SAMBUTAN PERAYAAN
Selain itu, kita juga hendaklah mengadakan majis-majlis rumah terbuka semasa sesuatu sambutan perayaan bagi memupuk semangat kejiranan. Amalan ini dapat membentuk ikatan silaturahim dan memperkukuh semangat kejiranan dalam kalangan jiran setempat. Melalui acara rumah terbuka, jiran dapat bertanya khabar dan bercerita tentang pengalaman dengan lebih dekat. Seterusnya, melalui majlis rumah terbuka ini, semua ahli dalam masyarakat berpeluang untuk berkumpul dan berbincang sambil menikmati juadah yang disediakan oleh tuan rumah. Sebagai contoh, semasa perayaan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Krismas, Deepavali, dan sebagainya majlis-majlis rumah terbuka hendaklah dijadikan acara tahunan. Tegasnya, majlis rumah terbuka mampu mendekatkan ahli masyarakat untuk bertemu muka dan berkenalan dengan lebih erat lagi.
iv) ISI 3: MENGADAKAN HARI KELUARGA
Di samping itu, kita juga hendaklah mengadakan Hari Keluarga. Hari Keluarga dilaksanakan untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat setempat. Semasa aktiviti ini diadakan, semua ahli keluarga jiran akan turut serta untuk melibatkan diri dalam aktiviti seperti berkayak, memasukkan air ke dalam botol, terompah gajah, dan sebagainya. Apabila aktiviti Hari Keluarga diadakan, kemesraan akan terjalin bukan sahaja antara ibu dengan bapa, malah anak-anak juga. Jadi, melalui aktiviti ini, hubungan erat sesama jiran dapat dibentuk dan secara tidak langsung akan memupuk perasaan lebih mesra antara satu sama lain.
v) ISI 4: MEWUJUDKAN PUSAT KOMUNITI DAN RUKUN TETANGGA
Untuk memastikan semangat kejiranan semakin kukuh, antara usaha yang boleh dijalankan adalah mewujudkan pusat komuniti dan rukun tetangga. Pusat komuniti dan rukun tetangga ini boleh dijadikan pusat untuk menjalankan aktiviti kemasyarakatan. Apabila aktiviti kemasyarakatan bergerak aktif, ini akan dapat meningkatkan hubungan silaturrahim sesama masyarakat serta dapat mengukuhkan semangat kejiranan. Ini bertepatan dengan pepatah “bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.”
vi) PENUTUP
Kesimpulannya, semangat kejiranan adalah amat penting dalam kehidupan bermasyarakat bagi melahirkan masyarakat yang harmoni di dalam negara. Ini juga penting bagi memastikan rakyat di dalam negara hidup dalam bersatu padu bagi untuk mencapai negara yang maju. Kita menginginkan kemajuan negara bukan hanya sekadar infrastruktur sahaja tetapi juga rakyat yang maju dari segi akhlak, sahsiah, dan semangat kebersamaan yang tinggi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/semangat-kejiranan/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=semangat-kejiranan

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Faedah Bersukan Kepada Masyarakat Isi Penting Contoh

Faedah Bersukan Kepada Masyarakat Isi Penting Contoh

papar berkaitan - pada 7/12/2023 - jumlah : 232 hits
Untuk soalan melibatkan faedah bersukan kepada masyarakat berikut disertakan isi penting dan contoh karangan melibatkan tajuk ini Murid boleh menjadikan dan contoh karangan ini sebagai rujukan untuk menjawab soalan peperiksaan Isi Penting K...
Cara Memupuk Perpaduan Kaum Isi Penting Contoh

Cara Memupuk Perpaduan Kaum Isi Penting Contoh

papar berkaitan - pada 11/12/2023 - jumlah : 272 hits
Salah satu soalan di dalam penulisan Bahasa Melayu yang dijangka akan ditanya di dalam peperiksaan adalah cara memupuk perpaduan kaum Berikut disertakan isi penting dan contoh karangan cara memupuk perpaduan kaum yang boleh dijadikan rujuka...
Surat Cuti Sakit Isi Contoh Surat

Surat Cuti Sakit Isi Contoh Surat

papar berkaitan - pada 9/12/2023 - jumlah : 210 hits
Untuk mereka yang ingin menulis surat cuti sakit berikut diterangkan tatacara penulisan surat tersebut berdasarkan format yang betul Surat ini boleh digunakan untuk dihantar kepada majikan apabila sakit atau menjawab soalan semasa peperiksa...
Video Sri Mulyani Bocorkan Isi Pertemuan Penting Jokowi Prabowo Untuk 2024

Video Sri Mulyani Bocorkan Isi Pertemuan Penting Jokowi Prabowo Untuk 2024

papar berkaitan - pada 30/11/2023 - jumlah : 121 hits
Pembahasan penting Jokowi dan Prabowo terkait kenaikan anggaran Kemenhan di 2024
Karangan Bahasa Melayu Format Contoh Karangan

Karangan Bahasa Melayu Format Contoh Karangan

papar berkaitan - pada 9/12/2023 - jumlah : 160 hits
Bagi murid yang mula untuk menulis karangan berikut disertakan format dan tips untuk penulisan karangan Ini penting bagi memastikan karangan yang dikarang adalah mengikut format dan menjawab kehendak soalan Format Karangan Bahasa Melayu Umu...
Contoh Karangan Faedah Amalan Menabung

Contoh Karangan Faedah Amalan Menabung

papar berkaitan - pada 1/12/2023 - jumlah : 369 hits
Bagi murid yang ingin mendapatkan idea dan contoh karangan faedah amalan menabung anda boleh merujuk melalui isi dan contoh yang dikemukakan di bawah Ini dapat memberikan gambaran terutamanya untuk menjawab soalan peperiksaan penulisan Isi ...
7 Skill Digital Penting Yang Perlu Anda Ketahui Dan Kuasai Saat Ini

7 Skill Digital Penting Yang Perlu Anda Ketahui Dan Kuasai Saat Ini

papar berkaitan - pada 23/11/2023 - jumlah : 274 hits
Skill digital merupakan kemampuan dalam memahami menggunakan dan memanfaatkan teknologi perangkat digital dalam mengakses dan mengelola informasi Kemajuan teknologi telah mengubah cara kita hidup dan bekerja Dalam era digital ini memiliki k...
Karangan Alam Sekitar Kesan Langkah Menjaga Alam Sekitar

Karangan Alam Sekitar Kesan Langkah Menjaga Alam Sekitar

papar berkaitan - pada 1/12/2023 - jumlah : 251 hits
Salah satu soalan di dalam peperiksaan penulisan Bahasa Melayu adalah karangan alam sekitar Berikut disertakan contoh karangan yang boleh digunakan ketika menjawab soalan peperiksaan Isi Penting Karangan Alam Sekitar Antara isi penting yang...
Kalendar Islam 2023 2024 Tarikh Penting Bulan Islam

Kalendar Islam 2023 2024 Tarikh Penting Bulan Islam

papar berkaitan - pada 27/11/2023 - jumlah : 384 hits
KALENDAR ISLAM TAKWIM 2023 MILADIAH 1444 1445 HIJRIAH BAGI MALAYSIA Jabatan Kemajuan Islam Malaysia telah mengeluarkan Takwim 2023 Miladiah 1444 1445H Bagi Malaysia Semoga takwim ini dapat membantu melancarkan lagi penyusunan aktiviti haria...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco