Faedah Bersukan Kepada Masyarakat Isi Penting Contoh


Untuk soalan melibatkan faedah bersukan kepada masyarakat, berikut disertakan isi penting dan contoh karangan melibatkan tajuk ini.
Murid boleh menjadikan isi penting dan contoh karangan ini sebagai rujukan untuk menjawab soalan peperiksaan.
Isi Penting Karangan Faedah Bersukan Kepada Masyarakat 1. Membantu Mengekalkan Kesihatan Fizikal dan Mental
Kehidupan zaman moden ini lebih banyak menggunakan tenaga dalaman dan pemikiran. Kesibukan semua lapisan masyarakat ini membawa kepada masalah kesihatan fizikal dan mental. Amalan sukan ini dapat mengawal penyakit yang dihadapi oleh seseorang seperti obesiti, penyakit kronik seperti darah tinggi, diabetis dan penyakit jantung. 2. Mengisi Masa Lapang
Mengisi masa lapang dengan berfaedah dan dapat menghindarkan diri mereka daripada melakukan perkara-perkara yang tidak bermoral. Aktiviti bersukan ini dapat menarik masyarakat untuk memanfaatkan masa lapang dengan cara yang lebih baik. Jika amalan bersukan menjadi amalan masyarakat secara meluas, ini dapat mengembalikan tenaga dan melegakan tekanan atau stres. 3. Memupuk Perpaduan Masyarakat
Kegiatan sukan dapat melahirkan semangat kekitaan dalam pasukan untuk meraih kemenangan. Hubungan yang erat dapat melahirkan sebuah pasukan yang kuat. Nilai-nilai perpaduan seperti bekerjasama, bertoleransi dan meletakkan kepentingan negara dan pasukan melebihi kepentingan diri dapat dilahirkan melalui penglibatan diri dalam bidang sukan. 4. Menambahkan Pendapatan Secara Individu atau Kumpulan
Atlet yang mencapai tahap kemahiran profesional boleh menjadikan sukan sebagai kerjaya yang lumayan. Penganjuran dan pengusaha peralatan dan prasarana sukan juga mampu menjana pendapatan yang besar. Industri hiliran muncul bersama perkembangan sukan yang diceburi. Kemajuan sukan menampakkan hala tuju anak muda yang berkebolehan mengembangkan bakat dan potensi menjadikan sukan sebagai kerjaya masa depan mereka. Contoh Karangan Faedah Bersukan Kepada Masyarakat i) PENDAHULUAN
Sukan bukanlah semata-mata aktiviti fizikal yang dilakukan untuk mengisi masa lapang atau sebagai riadah kecil sahaja. Bersukan adalah aktiviti yang penting sebagai proses merembes keluar bahan bahan kumuh yang tidak diperlukan tubuh badan berlaku melalui perpeluhan. Di luar negara, amalan bersukan menjadi satu budaya dalam kalangan masyarakat seiring dengan perkembangan pesat industri sukan di seluruh dunia. Amalan bersukan bukan hanya membawa manfaat kepada diri, keluarga, dan negara sahaja tetapi juga kepada masyarakat.
ii) ISI 1: MEMBANTU MENGEKALKAN KESIHATAN FIZIKAL DAN MENTAL
Salah satu daripada faedah bersukan kepada masyarakat ialah kegiatan sukan dapat membantu mengekalkan kesihatan fizikal dan mental. Kehidupan zaman moden ini lebih banyak menggunakan tenaga dalaman dan pemikiran. Golongan profesional dan separa profesional pada alaf baru ini sering berlumba-lumba untuk meningkatkan sumber ekonomi diri dan keluarga sehingga sering mengabaikan kegiatan fizikal akibat kekurangan waktu untuk tujuan tersebut. Kesibukan semua lapisan masyarakat ini membawa kepada masalah kesihatan fizikal dan mental. Amalan sukan ini dapat mengawal penyakit yang dihadapi oleh seseorang seperti obesiti, penyakit kronik seperti darah tinggi, diabetis dan penyakit jantung. Ini merupakan langkah awal bagi mengelakkan penyakit seperti pepatah Melayu “sediakan payung sebelum hujan.”
iii) ISI 2: MENGISI MASA LAPANG
Selain itu, bersukan juga dapat mengisi masa lapang. Masa lapang sebenarnya amat berharga bagi setiap individu atau masyarakat. Seseorang yang melibatkan diri dalam bidang sukan dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah dan dapat menghindarkan diri mereka daripada melakukan perkara-perkara yang tidak bermoral. Malah aktiviti bersukan ini dapat menarik masyarakat untuk memanfaatkan masa lapang dengan cara yang lebih baik. Jika amalan bersukan menjadi amalan masyarakat secara meluas, ini dapat mengembalikan tenaga dan melegakan tekanan atau stres.
iv) ISI 3: MEMUPUK PERPADUAN MASYARAKAT
Di samping itu, sukan merupakan salah satu instrumen penting untuk mengeratkan hubungan perpaduan dan integrasi masyarakat. Hal ini demikian kerana, kegiatan sukan dapat melahirkan semangat kekitaan dalam pasukan untuk meraih kemenangan. Sifat bersatu padu juga dapat dipupuk melalui penglibatan dalam kegiatan sukan kerana bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Lantaran itu, hubungan yang erat dapat melahirkan sebuah pasukan yang kuat. Para penyokong juga dapat menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di samping berkongsi minat dalam sukan yang sama. Dengan ini, nilai-nilai perpaduan seperti bekerjasama, bertoleransi dan meletakkan kepentingan negara dan pasukan melebihi kepentingan diri dapat dilahirkan melalui penglibatan diri dalam bidang sukan. Justeru, kegiatan sukan dapat mendidik masyarakat bekerjasama dan bersatu padu serta mengeratkan hubungan.
v) ISI 4: MENAMBAHKAN PENDAPATAN SECARA INDIVIDU DAN KUMPULAN
Akhir sekali, sukan juga mampu memberi ruang untuk menambahkan pendapatan secara individu dan kumpulan. Atlet yang mencapai tahap kemahiran profesional boleh menjadikan sukan sebagai kerjaya yang lumayan. Penganjuran dan pengusaha peralatan dan prasarana sukan juga mampu menjana pendapatan yang besar. Serentak dengan kegiatan sukan secara serius di peringkat glokal dan global mampu menjana keuntungan melalui kadar tukaran wang asing. Seiring dengan itu, industri hiliran muncul bersama perkembangan sukan yang diceburi. Kemajuan sukan menampakkan hala tuju anak muda yang berkebolehan mengembangkan bakat dan potensi menjadikan sukan sebagai kerjaya masa depan mereka. Pemain bola sepak secara professional, pemain badminton seperti Datuk Lee Chong Wei dan Shalin Zulkifli masing-masing menjadikan badminton dan bowling sebagai kerjaya. Jelaslah sukan juga dapat menjadi kerjaya yang baru kepada masyarakat.
v) PENUTUP
Kesimpulannya, amalan bersukan membawa pelbagai faedah kepada masyarakat. Oleh itu, semua lapisan masyarakat amat digalakkan menyertai semua jenis sukan. Sukan diharapkan dapat melahirkan masyarakat yang sihat, bersatu padu, berdaya maju dan berdaya saing. Sukan juga mampu mengangkat martabat rakyat dan negara di persada antarabangsa agar mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara maju yang lain. Sesungguhnya, sukan berfaedah kepada individu, masyarakat dan negara.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/faedah-bersukan-kepada-masyarakat/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=faedah-bersukan-kepada-masyarakat

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Memupuk Perpaduan Kaum Isi Penting Contoh

Cara Memupuk Perpaduan Kaum Isi Penting Contoh

papar berkaitan - pada 11/12/2023 - jumlah : 286 hits
Salah satu soalan di dalam penulisan Bahasa Melayu yang dijangka akan ditanya di dalam peperiksaan adalah cara memupuk perpaduan kaum Berikut disertakan isi penting dan contoh karangan cara memupuk perpaduan kaum yang boleh dijadikan rujuka...
Semangat Kejiranan Isi Penting Contoh Karangan

Semangat Kejiranan Isi Penting Contoh Karangan

papar berkaitan - pada 6/12/2023 - jumlah : 153 hits
Bagi soalan melibatkan semangat kejiranan berikut merupakan karangan yang boleh menjadi rujukan Ini boleh digunakan oleh para murid untuk menjawab soalan semasa peperiksaan Isi Penting Karangan Semangat Kejiranan Antara isi penting bagi kar...
Video Sri Mulyani Bocorkan Isi Pertemuan Penting Jokowi Prabowo Untuk 2024

Video Sri Mulyani Bocorkan Isi Pertemuan Penting Jokowi Prabowo Untuk 2024

papar berkaitan - pada 30/11/2023 - jumlah : 125 hits
Pembahasan penting Jokowi dan Prabowo terkait kenaikan anggaran Kemenhan di 2024
Surat Cuti Sakit Isi Contoh Surat

Surat Cuti Sakit Isi Contoh Surat

papar berkaitan - pada 9/12/2023 - jumlah : 216 hits
Untuk mereka yang ingin menulis surat cuti sakit berikut diterangkan tatacara penulisan surat tersebut berdasarkan format yang betul Surat ini boleh digunakan untuk dihantar kepada majikan apabila sakit atau menjawab soalan semasa peperiksa...
Contoh Karangan Faedah Amalan Menabung

Contoh Karangan Faedah Amalan Menabung

papar berkaitan - pada 1/12/2023 - jumlah : 390 hits
Bagi murid yang ingin mendapatkan idea dan contoh karangan faedah amalan menabung anda boleh merujuk melalui isi dan contoh yang dikemukakan di bawah Ini dapat memberikan gambaran terutamanya untuk menjawab soalan peperiksaan penulisan Isi ...
Buka Bukaan Isi Dapur Lembaga Survei Soal Pendana Hingga Cara Bertanya

Buka Bukaan Isi Dapur Lembaga Survei Soal Pendana Hingga Cara Bertanya

papar berkaitan - pada 25/11/2023 - jumlah : 213 hits
Peneliti Saiful Mujani Research Consulting Saidiman Ahmad buka bukaan cara kerja lembaga survei
Pengenalan Data Sgp Mengapa Penting Untuk Penggemar Togel

Pengenalan Data Sgp Mengapa Penting Untuk Penggemar Togel

papar berkaitan - pada 13/12/2023 - jumlah : 166 hits
Pengenalan Data SGP Mengapa Penting untuk Penggemar Togel Halo para penggemar togel Apakah Anda tahu betapa pentingnya pengenalan data SGP dalam permainan togel Jika belum jangan khawatir karena dalam artikel ini kita akan membahas mengapa ...
Jokowi Desak Dpr Selesaikan Ruu Perampasan Aset Ini Penting Untuk Beri Efek Jera Koruptor

Jokowi Desak Dpr Selesaikan Ruu Perampasan Aset Ini Penting Untuk Beri Efek Jera Koruptor

papar berkaitan - pada 12/12/2023 - jumlah : 118 hits
Jokowi meyakini hal ini dapat memberikan efek jera untuk para koruptor dan mengembalikan kerugian negara
Cucuk Duit Rupanya Patut Kereta Lama Di Petak Isi Petrol Yang Ada Perangai Begini Wajib Baca

Cucuk Duit Rupanya Patut Kereta Lama Di Petak Isi Petrol Yang Ada Perangai Begini Wajib Baca

papar berkaitan - pada 26/11/2023 - jumlah : 331 hits
Memang ada pemandu seolah olah tiada rasa bersalah membiarkan orang lain lama menunggu hanya kerana dia cucuk duit di mesin ATM Atau membeli belah terlebih dahulu ketika keretanya ada di petak pam petrol Luahan rasa tidak puas hati seorang ...
Siapa Mencemarkan Kerajaan Madani Dalam Dbkl

Bendang

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif

Santai Dan Rehat Walupun Dekat Tapi Menyeronokkan Di Putrajaya Marriott Hotel

Fries With Your Mcbaguette For Some Travelers Mcdonald S Is A Destination

Gerakan Or Mipp In Penang Urimai S Answer Both Irrelevant

Makan Nasi Ayam Gepuk Top Global Yang Viral Masa Cuti Chinese New Year

Petanda Hubungan Percintaan Tidak Sihat


echo '';
Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Pengalaman Berdepan Situasi Terminal Lucidity

Shell Pulai Perdana 2 Livina

Pengomen Tegar Bertuah Untuk Tahun 2024 Siapakah Orangnya

Selamat Hari Lahir Buatku

Wanita Lari Dipercayai Ikut Tomboy

Najib Bos Saya Sahabat Seperti Adik Beradik Zahid