Contoh Karangan Faedah Amalan Menabung


Bagi murid yang ingin mendapatkan idea dan contoh karangan faedah amalan menabung, anda boleh merujuk melalui isi dan contoh yang dikemukakan di bawah.
Ini dapat memberikan gambaran terutamanya untuk menjawab soalan peperiksaan penulisan Bahasa Melayu.
Isi Penting Karangan Faedah Amalan Menabung Isi penting yang boleh digunakan di dalam karangan faedah amalan menabung adalah seperti berikut:
1. Melatih Supaya Berjimat Cermat
Mengelakkan diri dari melakukan pembaziran. Melatih diri sentiasa beringat. Agama sendiri melarang melakukan pembaziran dan menuntut kita sentiasa menabung untuk masa hadapan. 2. Mempunyai Wang Simpanan Pada Masa Hadapan atau Sewaktu Kecemasan
Kita sendiri tidak mengetahui apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Kita tidak akan berasa bimbang apabila sesuatu musibah jika mempunyai tabungan. 3. Bijak Mengawal Urusan Kewangan
Amalan menabung haruslah dimasukkan dalam pengurusan kewangan. Menabung sedikit dahulu sebelum berbelanja. Walaupun kadang kala kita berasa amat payah untuk berbuat demikian tetapi dengan keazaman yang kuat pasti boleh. 4. Mengawal Inflasi
Jika tidak menabung, maka wang akan memasuki pasaran dengan banyaknya. Ia akan meningkatkan harga barangan di pasaran. Inflasi akan menjejaskan ekonomi negara. 5. Memperkukuh Kedudukan Bank Negara
Penyimpanan wang di bank akan mengakibatkan bank boleh menjalankan aktiviti perniagaan dan sebagainya. Pihak bank pula akan mendapat keuntungan melalui skim pinjaman yang diwujudkan. Contoh Karangan Faedah Amalan Menabung i) PENDAHULUAN
Pepatah Melayu ada mengatakan sehari selembar benang lama-lama menjadi kain. Peribahasa ini bermaksud jika kita melakukan sesuatu itu sedikit demi sedikit, lama-kelamaan sesuatu yang kita lakukan itu menjadi banyak. Secara tersiratnya, peribahasa ini mengajak masyarakat kita mengamalkan sikap suka menabung. Malah kerajaan juga telah melancarkan kempen menabung menjamin masa depan dalam usaha menggalakkan masyarakat menabung untuk masa hadapan.
ii) ISI 1: MELATIH SUPAYA SENTIASA BERJIMAT CERMAT
Hakikatnya amalan menabung ini mempunyai faedah-faedah yang tidak terkira banyaknya. Antaranya ialah amalan menabung ini dapat melatih diri kita supaya sentiasa berjimat cermat. Sikap berjimat cermat merupakan sikap yang amat terpuji kerana ia dapat mengelakkan diri dari melakukan pembaziran. Selain itu amalan ini dapat melatih diri sentiasa beringat dan sikap ini wajar ditanam dalam setiap diri individu sejak kecil lagi. Pepatah “ingat sementara sebelum kena, jimat sementara belum habis” wajar dijadikan iktibar dalam kehidupan kita. Malah, dalam agama sendiri melarang kita melakukan pembaziran dan menuntut kita sentiasa menabung untuk masa hadapan. Jelaslah sikap suka menabung haruslah dijadikan amalan hidup setiap masyarakat di Malaysia.
iii) ISI 2: MEMPUNYAI WANG SIMPANAN PADA MASA HADAPAN ATAU SEWAKTU KECEMASAN

Melalui amalan menabung ini juga, kita akan mempunyai wang simpanan yang akan kita gunakan pada masa hadapan atau sewaktu kecemasan. Ungkapan “sediakan payung sebelum hujan” amat sesuai untuk digunakan dalam konteks ini. Hal ini disebabkan kita sendiri tidak mengetahui apa yang akan berlaku pada masa hadapan seperti ditimpa musibah atau penyakit. Sekiranya kita mempunyai tabungan yang cukup, kita tidak akan berasa bimbang apabila sesuatu musibah menimpa kita. Oleh itu, adanya wang simpanan tersebut akan menolong kita untuk menyelesaikan masalah dan sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan.
iv) ISI 3: BIJAK MENGAWAL URUSAN KEWANGAN
Aktiviti menabung juga menggambarkan betapa bijaknya kita dalam mengawal urusan kewangan. Kita sepatutnya bertindak dengan bijak dalam menguruskan kewangan dan amalan menabung ini haruslah dimasukkan dalam pengurusan kewangan kita. Kita sepatutnya menabung sedikit dahulu sebelum berbelanja agar kita sentiasa menyimpan walaupun sedikit. Walaupun kadang kala kita berasa amat payah untuk berbuat demikian tetapi dengan keazaman yang kuat kita pasti boleh melakukannya seperti pepatah “alah bisa tegal biasa.”
v) ISI 4: MENGAWAL INFLASI

Faedah yang seterusnya daripada amalan menabung ini ialah dapat mengawal inflasi daripada berlaku. Hal ini berlaku apabila kita tidak mengamalkan sikap suka menabung, maka wang akan memasuki pasaran dengan banyaknya. Sekiranya keadaan ini berlaku, ia akan meningkatkan harga barangan di pasaran. InfIasi bermaksud apabila berlaku lebihan wang di pasaran berbanding barangan. Sekiranya inflasi berlaku di negera kita, ini sedikit sebanyak akan menjejaskan ekonomi negara. Oleh itu rakyat haruslah sanggup berkorban demi negara agar ekonomi negara akan sentiasa stabil dan makmur.
vi) ISI 5: MEMPERKUKUH KEDUDUKAN BANK NEGARA
Amalan menabung bukan sahaja membawa faedah dalam diri individu dan masyarakat malah ia juga memberi impak yang besar kepada institusi kewangan negara. Ini dapat dilihat apabila aktiviti menabung akan memperkukuh kedudukan bank di negara kita. Apabila kita menyimpan wang di bank, wang ini dapat digunakan oleh pihak lain bagi menjalankan aktiviti perniagaan dan sebagainya melalui pinjaman yang diberikan. Oleh itu, secara tidak langsung ini akan dapat menjana pertumbuhan ekonomi kita. Manakala pihak bank pula akan mendapat keuntungan kerana mereka memperoleh laba daripada skim pinjaman yang diwujudkan.
vii) PENUTUP
Tuntasnya amalan menabung merupakan amalan yang baik dan sangat dituntut oleh semua agama. Amalan ini perlulah diterapkan kepada semua lapisan masyarakat di Malaysia melalui kempen dan sebagainya. Kata-kata hikmat seperti ‘Menabung Mencerahkan Masa Depan’ hendaklah menjadi ikutan dan pedoman buat semua rakyat Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/faedah-amalan-menabung/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=faedah-amalan-menabung

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Faedah Bersukan Kepada Masyarakat Isi Penting Contoh

Faedah Bersukan Kepada Masyarakat Isi Penting Contoh

papar berkaitan - pada 7/12/2023 - jumlah : 233 hits
Untuk soalan melibatkan faedah bersukan kepada masyarakat berikut disertakan isi penting dan contoh karangan melibatkan tajuk ini Murid boleh menjadikan dan contoh karangan ini sebagai rujukan untuk menjawab soalan peperiksaan Isi Penting K...
Semangat Kejiranan Isi Penting Contoh Karangan

Semangat Kejiranan Isi Penting Contoh Karangan

papar berkaitan - pada 6/12/2023 - jumlah : 149 hits
Bagi soalan melibatkan semangat kejiranan berikut merupakan karangan yang boleh menjadi rujukan Ini boleh digunakan oleh para murid untuk menjawab soalan semasa peperiksaan Isi Penting Karangan Semangat Kejiranan Antara isi penting bagi kar...
Apa Faedah Kekal Telur Di Terengganu Soal Ahmad Maslan

Apa Faedah Kekal Telur Di Terengganu Soal Ahmad Maslan

papar berkaitan - pada 20/11/2023 - jumlah : 208 hits
freemalaysiatoday com 19 Nov 2023Ahli MKT Umno menolak sentimen PAS mahu Terengganu dikuasai penuh PN di peringkat DUN dan Parlimen Ahmad Maslan berkata pengundi PRK Kemaman tidak perlu membakar satu satunya jambatan penghubung negeri itu d...
Tujuh Amalan Yang Mampu Memperindah Laluan Kita Ke Syurga

Tujuh Amalan Yang Mampu Memperindah Laluan Kita Ke Syurga

papar berkaitan - pada 22/11/2023 - jumlah : 343 hits
Tujuh amalan yang mampu memperindah laluan kita ke syurga1 Ilmu yang disebarluaskanAmat besar rahmatnya bagi orang yang menyampaikan menyebarkan dan mengajarkan ilmu dunia dan akhirat yang bermanfaat 2 Anak soleh yang ditinggalkanPendidikan...
Doa Sebelum Tidur Terjemahan Dan Amalan Sunnah

Doa Sebelum Tidur Terjemahan Dan Amalan Sunnah

papar berkaitan - pada 21/11/2023 - jumlah : 150 hits
Tidur bukan hanya waktu rehat untuk badan tetapi ia juga adalah satu rutin diperlukan seorang manusia Oleh itu doa sebelum tidur merupakan satu sunnah Rasullullah saw amalkan dan ia merupakan satu tauladan yang perlu diikuti oleh ummatnya P...
Siapa Yang Dapat Faedah Hasil Dari Konflik Dan Peperangan Antara Palestin Dan Israel

Siapa Yang Dapat Faedah Hasil Dari Konflik Dan Peperangan Antara Palestin Dan Israel

papar berkaitan - pada 21/11/2023 - jumlah : 294 hits
Siapa dapat manfaatnya Soalan itu sangat membantu untuk difikirkan dalam apa saja langkah dan keputusan yang manusia ambil Sebab ia mampu membuka sudut pandang anda secara objektif tanpa terlebih dahulu membuat sebarang keputusan Itulah yan...
Amalan Zikir Dengan Ganjaran Dua Juta Pahala

Amalan Zikir Dengan Ganjaran Dua Juta Pahala

papar berkaitan - pada 20/11/2023 - jumlah : 405 hits
Amalan Zikir Dua Juta Pahalanya Zikir adalah penenang paling mujarab jika kita tahu hikmahnya dan cara mengamalkannya Nak hati tenang aman dan damai berzikirlah Ada banyak cara dan zikir yang di ajarkan oleh para ustaz dan ulama terutamanya...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Harga Tiket Zoo Taiping Night Safari Waktu Operasi Dan Fasiliti

Honor Magic7 Pro Malaysia Spesifikasi Varian Harga

Orang Kelantan Hari Ini Kena Standby 9 Jajahan Dijangka Banjir

Kemenangan Mahkamah Dan Kejayaan Perubatan Qualcomm Lilly Menyumbang Kepada Sesi Positif Ketiga Wall Street

Singgah Muar Pekena Mee Bandung Dan Sate

Soodap Fish N Chip Dublin Sg Tangkas Kajang