Karangan Bahasa Melayu Format Contoh Karangan


Bagi murid yang mula untuk menulis karangan Bahasa Melayu, berikut disertakan format dan tips untuk penulisan karangan.
Ini penting bagi memastikan karangan yang dikarang adalah mengikut format dan menjawab kehendak soalan.
Format Karangan Bahasa Melayu Umumnya, karangan Bahasa Melayu ditulis melibatkan 3 format utama iaitu:
Pendahuluan/Pengenalan Isi Penutup i) Pendahuluan/Pengenalan
Pendahuluan/pengenalan ditulis untuk memperkenalkan secara umum berkaitan tajuk karangan. Pendahuluan/pengenalan ditulis secara ringkas dan umum melibatkan tiga sehingga ayat sahaja. Karangan yang baik adalah apabila penulis mampu memberikan pendahuluan/penganalan yang menarik. ii) Isi
Isi merupakan elemen penting dalam karangan kerana ia menjawab persoalan yang diberikan. Isi perlu disusun secara teratur dan saling berkait antara satu sama lain. Setiap isi mestilah ditulis dalam bentuk perenggan. Isi utama mestilah didahulukan dan kemudiannya disertai dengan isi-isi yang lain. iii) Penutup
Penutup menjadi kesimpulan atau rumusan sesuatu karangan. Murid boleh memberikan pendapat sendiri secara umum di bahagian penutup mengenai tajuk karangan. Contoh Karangan Bahasa Melayu Antara contoh karangan yang boleh dijadikan rumusan adalah seperti berikut:
Soalan: Amalan gotong royong semakin pudar dijadikan amalan dalam kalangan masyarakat. Tulis karangan mengenai faedah amalan gotong-royong dalam kalangan masyarakat.
i) PENDAHULUAN
Menurut Kamus Dewan, gotong-royong bermaksud amalan saling menolong atau kerja bersama-sama. Masyarakat Malaysia pada hari ini, kurang mengamalkan gotong-royong oleh sebab mereka lebih suka duduk di dalam rumah sendiri sambil menonton rancangan televisyen atau bermain permainan komputer. Sebenarnya, amalan bergotong-royong merupakan amalan yang mulia dan harus dipupuk sejak kecil. Amalan bergotong-royong juga telah banyak membawa kebaikan kepada kita.
ii) ISI
Pertama sekali, bergotong-royong dapat mengeratkan perpaduan dalam kalangan masyarakat. Masyarakat Malaysia terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum dan latar belakang. Melalui aktiviti gotong-royong, kita dapat memahami dan menghormati adat istiadat kaum lain tanpa menimbulkan rasa waswas dan curiga.
Selain itu, aktiviti gotong-royong juga dapat mempercepat dan mempermudah kerja seharian. jika semua orang bersatu padu, tolong-menolong, maka kerja yang sukar atau berat akan menjadi senang dan ringan. Contohnya, sekumpulan murid diberi tugasan oleh guru untuk membersihkan taman di kawasan sekolah. Jika murid-murid bekerjasama dan tidak malas, aktiviti pembersihan taman dapat disiapkan dalam masa yang singkat.
Amalan gotong-royong juga dapat menperkukuh semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat berbilang ras dan agama. Dalam satu taman, terdapat jiran tetangga yang berbilang kaum dan agama. Oleh itu, semangat kejiranan dapat dipererat melalui aktiviti-aktiviti seperti majlis kenduri-kendara, musim perayaan utama, kempen yang berkaitan dengan semangat kejiranan atau aktiviti yang memerlukan kerjasama semua orang.
Di samping itu, aktiviti gotong-royong juga dapat mewujudkan pesekitaran yang bersih dan ceria. Kawasan yang bersih dan ceria dapat mewujudkan kehidupan yang sihat dan sejahtera bak kata slogan pihak berkuasa tempatan, yakni “negara bersih, rakyat sihat.”
iii) PENUTUP
Secara kesimpulannya, aktiviti gotong-royong banyak mendatangkan kebaikan kepada penduduk setempat. Ini terutamanya Malaysia yang terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum dan agama perlu hidup aman makmur, saling menghormati dan bekerjsama. Peribahasa Melayu ada menyatakan, “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.”


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/karangan-bahasa-melayu/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=karangan-bahasa-melayu

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Guna Jadi Rakyat Malaysia Kalau Tak Tahu Bertutur Bahasa Melayu Acah Acah Mat Saleh Uyaina Tegur Rakyat Lupa Diri

Tak Guna Jadi Rakyat Malaysia Kalau Tak Tahu Bertutur Bahasa Melayu Acah Acah Mat Saleh Uyaina Tegur Rakyat Lupa Diri

papar berkaitan - pada 5/12/2023 - jumlah : 283 hits
Pengacara serta pempengaruh Uyaina Arshad menegur sesetengah rakyat Malaysia yang tidak boleh bertutur bahasa Melayu biarpun ia adalah bahasa kebangsaan kita Kata Uyaina bahasa Melayu merupakan bahasa paling mudah untuk dipelajari kerana ti...
Senarai Peribahasa Bahasa Melayu Beserta Maksud

Senarai Peribahasa Bahasa Melayu Beserta Maksud

papar berkaitan - pada 30/11/2023 - jumlah : 229 hits
Di dalam masyarakat di negara kita terutamanya dalam kalangan orang orang peribahasa sering digunakan untuk menyampaikan sesuatu nasihat teguran atau ingatan secara kiasan atau sindiran Apakah yang dimaksudkan dengan peribahasa Menurut Dewa...
Bacaan Tahiyat Akhir Beserta Maksudnya Panduan Rumi Bahasa Melayu

Bacaan Tahiyat Akhir Beserta Maksudnya Panduan Rumi Bahasa Melayu

papar berkaitan - pada 27/11/2023 - jumlah : 207 hits
Bacaan Tahiyat Akhir Beserta Maksudnya Panduan Rumi Bahasa Melayu Apabila menunaikan solat kita perlu mengetahui rukun rukun solat bagi memastikan ibadah solat kita sah Meninggalkan salah satu rukun solat secara sengaja menyebabkan solat ak...
Semangat Kejiranan Isi Penting Contoh Karangan

Semangat Kejiranan Isi Penting Contoh Karangan

papar berkaitan - pada 6/12/2023 - jumlah : 148 hits
Bagi soalan melibatkan semangat kejiranan berikut merupakan karangan yang boleh menjadi rujukan Ini boleh digunakan oleh para murid untuk menjawab soalan semasa peperiksaan Isi Penting Karangan Semangat Kejiranan Antara isi penting bagi kar...
Warga Malaysia Tak Boleh Bertutur Bahasa Malaysia Cakap Bahasa Inggeris Hebat Tapi Bahasa Melayu Ke Laut

Warga Malaysia Tak Boleh Bertutur Bahasa Malaysia Cakap Bahasa Inggeris Hebat Tapi Bahasa Melayu Ke Laut

papar berkaitan - pada 11/12/2023 - jumlah : 215 hits
MERAK JALANANMERAK Jalanan bangga apabila Malaysia berada di tangga ke 25 dalam senarai negara fasih berbahasa Inggeris yang dikeluarkan EF English Proficiency Index baru baru ini Di peringkat Asia pula Malaysia muncul sebagai negara ketiga...
Tak Fasih Bahasa Melayu Tak Guna Jadi Orang Malaysia

Tak Fasih Bahasa Melayu Tak Guna Jadi Orang Malaysia

papar berkaitan - pada 4/12/2023 - jumlah : 273 hits
NUR EMIRA SAIZALIPENGACARA Uyaina Arshad menasihati rakyat Malaysia supaya lebih fasih dalam bahasa Melayu tanpa mengira kaum TAK guna kalau bergelar rakyat Malaysia kalau tak tahu bertutur bahasa Melayu Wajib fasih berbahasa Melayu itu pen...
Contoh Karangan Faedah Amalan Menabung

Contoh Karangan Faedah Amalan Menabung

papar berkaitan - pada 1/12/2023 - jumlah : 369 hits
Bagi murid yang ingin mendapatkan idea dan contoh karangan faedah amalan menabung anda boleh merujuk melalui isi dan contoh yang dikemukakan di bawah Ini dapat memberikan gambaran terutamanya untuk menjawab soalan peperiksaan penulisan Isi ...
Jerat Buat Umno Tapi Cuba Bunuh Melayu Islam

Jerat Buat Umno Tapi Cuba Bunuh Melayu Islam

papar berkaitan - pada 7/12/2023 - jumlah : 301 hits
Persempadanan semula terpilih jerat buat Umno Taktik terbaharu Pakatan Harapan AKU terkejut bila DAP cadang dalam Parlimen supaya Kerajaan Madani melantik Datuk S Ambiga sebagai Pengerusi SPR Umum tahu kecenderungan Datuk S Ambiga adalah ke...
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco

Lauk Paling Sedap

Hiburan Aktif Kegiatan Mencuri Ayam Di Pasar Awam Sekitar Daerah Batang Padang Tiga Lelaki Akhirnya Ditangkap

Keutamaan Berdoa Dalam Islam

Isshhh Tak Kan La Hangpa Ni Takat Sekampit Beras Ja

Jalan Kaki Tapi Magic Sampai India Dah