Semakan Spr Pengundi Daftar Pemilih Tambahan 2025


SPR Semakan: Tempoh Semakan Daftar Pemilih Tambahan & Kaedah Semakan
Mengikut Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan, salah satu fungsi SPR adalah untuk mendaftarkan warganegara yang layak sebagai pemilih.
Hal ini adalah supaya mereka dapat menyertai proses memilih wakil untuk menyuarakan pendapat mereka dalam Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri.
Urusan pendaftaran ini telah dilaksanakan oleh SPR semenjak ia ditubuhkan tanpa gagal.
Urusan yang dahulunya dilakukan secara bermusim iaitu setahun sekali selama antara 21 hingga 42 hari, kini dibuka setiap hari untuk sepanjang tahun sejak 16 Julai 2002.
Adalah menjadi hak setiap warga negara yang layak untuk memilih kerajaan untuk memerintah negara melalui pemilihan wakil rakyat untuk mewakili mereka di Dewan Rakyat dan Dewan-dewan Undangan Negeri.
Sebelum anda dibenarkan mengundi wakil rakyat pilihan anda dalam pilihan raya umum atau pilihan raya kecil, anda perlulah mendaftarkan nama anda sebagai pemilih.
Anda tidak boleh mengundi sekiranya nama anda tidak disenaraikan dalam daftar pemilih.
BACA JUGA: Cara Tukar Alamat Tempat Mengundi SPR Online
2 Jenis Pendaftaran Pemilih SPR menjalankan dua (2) jenis daftar pemilih :
1. Pendaftaran Baru: SPR menerima permohonan warganegara yang memohon untuk mendaftar sebagai pemilih buat pertama kali.
2. Pendaftaran Tukar Alamat dan Pusat Mengundi: SPR juga menerima permohonan pemilih berdaftar yang memohon untuk mendaftarkan alamat tempat tinggalnya yang baru. Ia dikaitkan dengan pertukaran alamat Pusat Mengundi kerana secara lazimnya, sekiranya seorang pemilih berpindah ke tempat baru, maka, Pusat Mengundinya akan ditetapkan mengikut pendaftaran alamat tempat barunya itu.
Mengikut undang-undang pilihan raya, SPR boleh mendaftarkan dua (2) jenis pemilih iaitu:
1. Pemilih Biasa: Pemilih biasa adalah pemilih berdaftar yang perlu hadir untuk mengundi di pusat-pusat mengundi semasa pilihan raya.
2. Pengundi Tidak Hadir: Pengundi Tidak Hadir atau PTH adalah golongan pemilih yang dinyatakan dalam Peraturan 2, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, iaitu, anggota tentera dan pasangan, anggota perkhidmatan awam yang bertugas di luar negara dan pasangan yang menetap bersamanya serta pelajar sepenuh masa yang menuntut di luar negara dan pasangan yang menetap bersamanya. PTH ini dibenarkan mengundi secara pos.
Syarat-syarat SYARAT-SYARAT KELAYAKAN UNTUK DAFTAR SPR SEBAGAI PEMILIH ADALAH SEPERTI BERIKUT:
Seorang warganegara Malaysia; Telah mencapai umur 18 tahun dan ke atas; Bermastautin di bahagian pilihan raya yang ingin didaftarkan; dan Tidak dihalang/hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuatkuasa; MAKLUMAT TAMBAHAN SEMASA PENDAFTARAN SPR (MySPR DAFTAR)
No. Perkhidmatan Polis / Tentera (Jika Berkenaan); Nombor Telefon Bimbit yang sah; E-mel yang sah; Alamat Seperti Dalam Kad Pengenalan / Tempat Bertugas Gambar depan Kad Pengenalan* (MyKad / MyTentera / Kad Kuasa Polis) Gambar swafoto (selfie) bersama MyKad / MyTentera / Kad Kuasa Polis; NOTA: (Format dibenarkan – JPG, JFIF, PNG)
Cara Daftar SPR Online Untuk daftar SPR online bagi permohonan akaun baharu, sila ikuti langkah berikut:
PERMOHONAN AKAUN BAHARU
Layari portal rasmi SPR di pautan berikut: https://myspr.spr.gov.my. Skrin Log Masuk Akaun MySPR Daftar akan dipaparkan. Klik pada butang [PERMOHONAN AKAUN BAHARU]. . Skrin Permohonan Akaun Pengguna akan dipaparkan. Masukkan Nama seperti dalam kad pengenalan. Masukkan No. Kad Pengenalan 12 digit. Bagi pemohon berstatus Polis atau Tentera, masukkan No. Perkhidmatan pada medan yang disediakan. Masukkan No. Telefon Bimbit. Masukkan E-mel. Masukkan Kata Laluan dan Pengesahan Kata Laluan. Masukkan Soalan Keselamatan dan Jawapan Keselamatan. Masukkan alamat lengkap seperti dalam kad pengenalan. Sila muat naik [GAMBAR DEPAN MYKAD / KAD KUASA POLIS / MyTENTERA] dan [GAMBAR SWAFOTO (SELFIE) BERSAMA MYKAD / KAD KUASA POLIS / MyTENTERA] Masukkan CAPTCHA. Tandakan di bahagian deklarasi ‘Saya telah membaca syarat-syarat kelayakan untuk mendaftar sebagai pemilih.’ sebagai tanda persetujuan dengan syarat-syarat kelayakan pendaftaran sebagai pemilih. Klik pada butang [DAFTAR] untuk menghantar borang pemohonan akaun pengguna. Sistem akan membuat verifikasi dan memaparkan mesej permohonan diterima. Klik pada butang [KEMBALI] dan skrin Log Masuk MySPR Daftar akan dipaparkan semula. Satu notifikasi e-mel Permohonan Akaun Pengguna akan dihantar ke e-mel yang didaftarkan. Sekiranya tiada e-mel yang diterima di dalam inbox, sila semak di dalam spam. Pegawai SPR akan membuat pengesahan dan satu e-mel pengaktifan akan dihantar ke e-mel yang didaftarkan mengikut waktu yang telah ditetapkan. Permohonan yang dihantar pada jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari bekerja, permohonan akan diproses pada hari yang sama sebelum jam 5.30 petang. Permohonan yang dihantar selepas jam 12.00 tengah hari bekerja, permohonan akan diproses pada hari bekerja berikutnya sebelum jam 5.30 petang. Permohonan yang dihantar pada Sabtu, Ahad atau Hari Kelepasan Am, permohonan akan diproses pada hari bekerja berikutnya sebelum jam 5.30 petang. PENGAKTIFAN AKAUN PENGGUNA MySPR
Pegawai SPR akan membuat pengesahan sekiranya maklumat yang telah dihantar tiada masalah. Setelah Pegawai SPR membuat pengesahan, pemohon akan menerima e-mel pengaktifan ATAU pemohon menerima e-mel peringatan pengaktifan. Klik pada pautan pengaktifan berwarna biru di dalam e-mel pengaktifan akaun pengguna. Skrin Pengaktifan Akaun akan dipaparkan. Masukkan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang telah didaftarkan sebelum ini. Klik pada butang [MOHON NO. TAC]. Sekiranya No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang dimasukkan betul, sistem akan menghantar No. TAC melalui SMS ke telefon bimbit dan e-mel pengguna. Pemohon akan menerima satu notifikasi e-mel dan SMS peringatan Permohonan No. TAC yang telah didaftarkan. Sekiranya tiada e-mel yang diterima di dalam inbox, sila semak di dalam spam. Ruangan input No. TAC akan dipaparkan. Masukkan No. TAC dan klik pada butang [HANTAR] Sistem akan membuat verifikasi dan skrin Log Masuk MySPR Daftar akan dipaparkan. LOG MASUK & KEMASKINI PROFIL
Masukkan No. Kad Pengenalan, Kata Laluan dan CAPTCHA untuk log masuk akaun pengguna dan klik pada butang [LOG MASUK]. Sistem akan membuat verifikasi dan Skrin Dashboard Pengguna akan dipaparkan. Pilih menu PROFIL SAYA dan klik pada menu Kemas Kini Profil. Pilih menu PROFIL SAYA dan klik pada menu Tukar Kata Laluan. PERMOHONAN PENDAFTARAN
Pilih menu PENDAFTARAN dan klik pada menu Status Saya. Sistem akan memaparkan skrin Dashboard – Halaman Utama dan klik pada butang [BORANG A] untuk membuat PENDAFTARAN BAHARU. Skrin Borang A (Pendaftaran Baharu) akan dipaparkan. Pilih kategori pemilih. Lengkapkan alamat seperti dalam kad pengenalan. Pilih Jantina. Pilih Bangsa Pilih Agama. Tandakan (/) di bahagian deklarasi ‘Saya sedar bahawa penalti kerana membuat pernyataan palsu ialah pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau denda tidak melebihi ……’ sebagai tanda persetujuan. Klik pada butang [HANTAR] untuk menghantar borang A. Ruangan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan akan dipaparkan. Masukkan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan pemohon yang telah didaftarkan dan klik pada butang [MOHON NO. TAC]. Satu notifikasi SMS dan e-mel Permohonan No. TAC akan dihantar ke no. telefon bimbit dan e-mel yang telah didaftarkan. Sekiranya tiada e-mel yang diterima di dalam inbox, sila semak di dalam spam. Ruangan input No. TAC akan dipaparkan. Masukkan No. TAC dan klik pada butang [HANTAR]. Sistem akan membuat verifikasi dan satu notifikasi flash menyatakan ‘Permohonan Pendaftaran Pemilih telah diterima dan sedang diproses. Sila cetak borang A untuk simpanan tuan/puan. Satu notifikasi telah dihantar …….’ akan dipaparkan. Pendaftaran Borang A yang telah berjaya dihantar akan menerima satu notifikasi e-mel Pendaftaran Borang A. Sekiranya tiada e-mel yang diterima di dalam inbox, sila semak di dalam spam. Sila rujuk manual lengkap melalui pautan di bawah:
Panduan Pengguna MySPR Ver2Download Cara Daftar SPR Secara Manual UNTUK PEMILIH BIASA
Untuk mendaftar sebagai pemilih biasa, anda perlu:
Datang sendiri ke mana-mana pusat-pusat pendaftaran; Serahkan kad pengenalan anda kepada petugas SPR yang akan mengisikan borang pendaftaran anda; Semak borang pendaftaran yang telah diisikan oleh petugas SPR dan pastikan semua maklumat yang diisikan adalah betul dan mengikut sebagaimana dalam kad pengenalan anda sebelum menurunkan tandatangan; Menurunkan tandatangan anda selepas berpuas hati; dan Dapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran, Rang Daftar Pemilih Tambahan nanti. UNTUK PENGUNDI TIDAK HADIR
Anggota Tentera
Pendaftaran PTH dari kalangan ATM dilaksanakan oleh pegawai-pegawai JRP-ATM. Untuk mendaftar sebagai PTH, anda perlu:
Menghubungi petugas-petugas SPR yang dilantik dari kalangan pegawai JRP; Serahkan kad pengenalan tentera anda dan MyKad (untuk pasangan) kepada petugas yang dilantik oleh SPR yang akan mengisikan borang pendaftaran anda. Apabila diserahkan kembali borang yang telah diisikan, semak borang pendaftaran yang telah diisikan dan pastikan semua maklumat yang diisikan adalah betul, sebelum menurunkan tandatangan; Turunkan tandatangan anda selepas berpuas hati; dan; Dapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran draf Daftar Pemilih Tambahan. Nota:
Pusat Mengundi anggota ATM dan pasangan adalah ditetapkan mengikut alamat tempat bertugas anggota ATM tersebut. Hanya anggota ATM dan pasangannya sahaja yang layak untuk mendaftar sebagai PTH. Anggota keluarga yang lain perlu mendaftar sebagai pemilih biasa dan Pusat Mengundi ditetapkan menggunakan alamat kediaman pemohon (sebagaimana dalam kad pengenalan). WARGANEGARA MALAYSIA YANG BERADA DI LUAR NEGARA
Pendaftaran PTH dari kalangan penjawat awam atau pelajar di luar Negara serta pasangan mereka dilaksanakan oleh pegawai-pegawai pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Kedutaan atau Konsulat Malaysia di luar negara. Untuk mendaftar sebagai PTH (luar negara), anda perlu:
Datang sendiri ke pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Kedutaan atau Konsulat Malaysia di luar negara; Serahkan MyKad atau pasport anda kepada petugas yang dilantik oleh SPR yang akan mengisikan borang pendaftaran anda; Nyatakan alamat tempat tinggal di luar Negara anda, pekerjaan anda dan nombor siri borang A kepada petugas untuk diisikan dalam sehelai kertas A4 dan dikepilkan dengan borang pendaftaran anda. Semak borang pendaftaran yang telah diisikan dan pastikan semua maklumat yang diisikan adalah betul, sebelum menurunkan tandatangan; Turunkan tandatangan anda setelah berpuas hati; dan Dapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran Rang Daftar Pemilih Tambahan. Nota:
Hanya penjawat awam dan pasangannya dan pelajar dan pasangannya sahaja yang layak untuk mendaftar sebagai PTH (Luar Negara). Anggota keluarga yang lain perlu mendaftar sebagai pengundi biasa dan Pusat Mengundi ditetapkan menggunakan alamat kediaman pemohon di Malaysia (sebagaimana dalam kad pengenalan). Warganegara Malaysia yang menetap/bekerja di luar negara (bukan penjawat awam/pelajar/pasangan penjawat awam/pasangan pelajar) boleh memohon untuk berdaftar sebagai pengundi biasa di mana-mana pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Kedutaan atau Konsulat Malaysia di luar negara. Status sebagai PTH (Luar Negara) adalah kekal sehingga pemilih memohon pendaftaran semula sebagai pengundi biasa setelah pulang ke Malaysia. Cara Tukar Alamat Mengundi  CARA 1 – MOHON TUKAR ALAMAT SPR SECARA ONLINE
Berikut cara tukar alamat SPR tempat mengundi (pertukaran bahagian pilihan raya):
Pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk kemas kini alamat mastautin pada MyKad anda terlebih dahulu. Setelah alamat pada MyKad dikemas kini, bawa MyKad ke Pejabat SPR atau Pejabat Pos, atau layari portal MySPR di https://myspr.spr.gov.my. Di portal MySPR, daftar akaun pengguna baharu jika belum ada. Aktifkan akaun pengguna melalui emel atau nombor telefon yang didaftarkan. Selepas akaun aktif, isi Borang A (Pertukaran Bahagian Pilihan Raya) untuk memohon pertukaran alamat tempat mengundi. Pastikan anda menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan seperti capaian internet, komputer atau telefon pintar, nombor telefon bimbit, alamat emel, gambar depan kad pengenalan, dan gambar swafoto bersama kad pengenalan. Hantar permohonan anda melalui portal MySPR dan tunggu pengesahan daripada pihak SPR. CARA 2 – MOHON TUKAR ALAMAT SECARA MANUAL (DI KAUNTER)
Pergi ke Pejabat SPR Negeri Sabah (di Likas, Kota Kinabalu), atau ke Pejabat Pos Malaysia yang ada perkhidmatan “Ubah Alamat Mengundi”.
Bawa:
MyKad asal Bukti alamat baru (kalau diminta, contohnya bil air/elektrik) Semakan Pendaftaran Undi 18 SPR Secara Automatik Tahukah anda?
Malaysia telah melakar sejarah apabila RUU Undi 18 telah diluluskan.
Pada tahun 2019, Dewan Rakyat dan Dewan Negara telah meluluskan pindaan Perkara 47 perenggan (b), penurunan umur ahli Dewan Rakyat dan ahli Dewan Negeri daripada 21 tahun kepada 18 tahun serta Perkara 119 perenggan (a) fasal 1 Perlembagaan Persekutuan iaitu penurunan had umur mengundi dari 21 tahun ke 18 tahun dengan pendaftaran pemilih adalah secara automatik.
Rang Undang-Undang Perlembagaan ini telah berkuat kuasa mulai 1 Januari 2022.
Dengan pelaksanaan ini, golongan belia diharap lebih celik dan cakna mengenai sistem demokrasi berparlimen serta peranan sebagai pengundi muda dengan pelaksanaan Undi 18.
Pemilih Malaysia yang baharu, sila buat semakan butir peribadi melalui 4 kaedah berikut:
Web SPR: https://mysprsemak.spr.gov.my atau https://www.spr.gov.my Aplikasi:MySPR Semak Web Pejabat Pilihan Raya Negeri: http://ppn.spr.gov.my Hotline SPR: 03 8892 7200 Kaedah Semakan SPR Semakan daftar pemilih tambahan SPR boleh dilakukan melalui 4 laman web berikut:
https://www.spr.gov.my https://mysemak.spr.gov.my https://myspr.spr.gov.my https://ppn.spr.gov.my Selain itu, semakan juga boleh dilakukan melalui aplikasi MySPR Semak atau talian hotline 603 8892 7200
Maklumat Lanjut Sebarang pertanyaan boleh hubungi Hotline SPR di 03-8892 7218 atau layari https://www.spr.gov.my/aduan-pertanyaan/
Anda juga boleh rujuk di sini senarai Pejabat Pilihan Raya Negeri (PPN): https://spr.gov.my/cawangan/
Soalan Lazim 1. Apakah yang melayakkan seseorang untuk keluar mengundi? Warganegara Malaysia yang layak yang telah berdaftar sebagai pemilih dan namanya terdapat dalam Daftar Pemilih yang digunakan dalam pilihan raya.
2. Bagaimanakah cara untuk seseorang pemilih berdaftar membuat semakan untuk mengetahui tempat mengundi yang betul untuknya? Pemilih yang berdaftar dengan SPR boleh membuat semakan melalui Portal Rasmi SPR di alamat www.spr.gov.my, atau menghubungi Ibu Pejabat SPR di Putrajaya (03-8892 7018) atau Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri atau melalui portal MySPR Semak di pautan berikut: https://mysprsemak.spr.gov.my/
3. Mengapakah sesetengah pusat mengundi mempunyai beberapa saluran? Pusat Mengundi (sama ada bangunan sekolah, dewan, balai raya, khemah atau sebagainya) mempunyai beberapa Tempat Mengundi (saluran) untuk menampung jumlah pengundi berdaftar yang ramai di kawasan tersebut. Setiap Tempat Mengundi (saluran) bagi pengundi biasa, SPR menetapkan tidak lebih daripada 750 nama pengundi. Dengan cara ini, masalah kesesakan di sesuatu saluran dapat dikawal dan para pengundi tidak perlu menunggu lama untuk membuang undi. Manakala bagi Tempat Mengundi (saluran) yang dikhaskan kepada warga emas dan OKU, jumlah pengundi bagi satu-satu saluran tersebut adalah tidak melebihi 450 orang.
4. Bilakah bermulanya waktu membuang undi? Pada hari pengundian, masa untuk mengundi bagi kebanyakan Tempat Mengundi (saluran) ialah dari jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang di Semenjung Malaysia dan 7.30 pagi hingga 5.30 petang di Sabah dan Sarawak. Walau bagaimanapun, terdapat juga saluran yang ditutup lebih awal bergantung kepada keadaan geografi, jumlah pengundi dan faktor-faktor lain.
5. Apakah dokumen yang perlu di bawa untuk membuang undi? Dokumen yang diperlukan ialah Kad Pengenalan sama ada My Kad atau Kad Pengenalan lama sama ada KPT atau Kad Pengenalan Plastik Biru. Jika kehilangan Kad Pengenalan, pemilih berdaftar juga boleh mengemukakan Resit JPN.KP 9 atau Resit JPN.KP11 yang disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara. Dokumen-dokumen lain yang boleh diterima sebagai bukti pengenalan diri ialah :

– Pasport Malaysia Terhad
– Pasport Malaysia
– Lesen Memandu yang bergambar
– Kad Rasmi Pengenalan Diri yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak berkuasa kerajaan yang mengandungi nama, nombor Kad Pengenalan dan gambar pemegangnya.
6. Bagi pemilih yang telah mengetahui nombor saluran Tempat Mengundi, adakah perlu menyerah semula di barung SPR? Pada hari pengundian, pemilih yang telah mengetahui nombor saluran tempat mengundi tidak perlu berbaris di barung untuk menyemak nombor salurannya. Beliau hendaklah terus ke saluran yang berkenaan dan menunggu gilirannya untuk mengundi.
7. Bolehkah orang yang mendaftar di Sabah dan Sarawak tetapi bermastautin di Semenanjung memohon mengundi secara pos? Tidak boleh kecuali mereka yang tertakluk di bawah Peraturan 3(1)(a)-(f), Peraturan-Peraturan Pilihan Raya ( Pengundian Pos ) 2003.
8. Mengapa nama pemilih masih kekal di tempat mengundi asal walaupun beliau telah membuat permohonan untuk pertukaran di alamat yang baru? Alamat permohonan untuk pertukaran alamat itu tidak sama dengan alamatnya seperti yang tertera dalam Kad Pengenalan. Perkara ini boleh berlaku bagi permohonan yang dibuat sebelum 16 Julai 2002. Sebarang permohonan untuk pertukaran alamat dalam daftar pemilih hendaklah mengikut alamat dalam Kad Pengenalan. Sekiranya pemilih bercadang untuk berpindah tempat mengundi dia hendaklah terlebih dahulu memohon untuk pertukaran alamat di dalam Kad Pengenalan di JPN. Selepas itu dia bolehlah memohon untuk pertukaran alamat tempat mengundi dalam daftar pemilih di mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri atau di Ibu Pejabat SPR di Putrajaya atau di Pejabat Pos berkomputer di seluruh negara.
9. Apakah prosedur yang harus diikuti sekiranya pemilih ingin membuat pindaan maklumat seperti agama dan bangsa? Pindaan butiran maklumat seperti agama dan bangsa boleh dibuat di Pejabat Pilihan Raya Negeri di seluruh negara dengan mengemukakan Kad Pengenalan dan bukti-bukti dokumen lain yang berkaitan.
10. Bila keputusan PRN diumumkan? Keputusan rasmi biasanya diumum oleh SPR pada malam hari mengundi atau awal pagi keesokan hari, bergantung pada jumlah kerusi dan kawasan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/semakan-spr/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=semakan-spr

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mybrain 2 0 Semakan Keputusan Permohonan Tahun 2025

Mybrain 2 0 Semakan Keputusan Permohonan Tahun 2025

papar berkaitan - pada 29/9/2025 - jumlah : 450 hits
KPT TERUSKAN PELAKSANAAN PROGRAM PENAJAAN MYBRAIN 2 0 SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN BOLEH DIBUAT PADA 30 SEPTEMBER 2025 JAM 12 TENGAH HARI Kerajaan telah mengumumkan akan mengembalikan program MyBrain yang kini dikenali sebagai MyBrain 2 0 S...
Myspr Semak Cara Semakan Pusat Mengundi Prn 2025

Myspr Semak Cara Semakan Pusat Mengundi Prn 2025

papar berkaitan - pada 9/10/2025 - jumlah : 176 hits
MySPR Semakan Daftar Pemilih PRN 2025 Tempat Pengundi Pilihan Raya Negeri SPR Online Cara Tukar Pusat Mengundi Online Adalah menjadi hak setiap warganegara yang layak untuk memilih kerajaan untuk memerintah negara melalui pemilihan wakil ra...
Baucar Skim Mesra 2025 Permohonan Semakan Tuntutan

Baucar Skim Mesra 2025 Permohonan Semakan Tuntutan

papar berkaitan - pada 6/10/2025 - jumlah : 157 hits
Penerima Skim Mesra 2025 boleh membuat tuntutan baucar di Pusat Khidmat Masyarakat DUN bermula 1 Oktober 2025 Mereka juga dinasihatkan untuk membuat semakan tempat tuntutan baucar terlebih dahulu sebelum membuat tuntutan Berikut adalah makl...
Cuti Tambahan Sempena Deepavali 2025 Warga Sekolah Nikmati Rehat Panjang Hingga Lima Hari

Cuti Tambahan Sempena Deepavali 2025 Warga Sekolah Nikmati Rehat Panjang Hingga Lima Hari

papar berkaitan - pada 7/10/2025 - jumlah : 235 hits
KUALA LUMPUR Berita gembira buat warga pendidik dan pelajar Kementerian Pendidikan Malaysia mengumumkan pemberian cuti tambahan sempena sambutan perayaan Deepavali yang akan diraikan pada Isnin 20 Oktober 2025 Langkah itu diambil bagi membe...
10 Daerah Di Malaysia Muncul Daerah Menua Baharu Pada 2025 Dosm

10 Daerah Di Malaysia Muncul Daerah Menua Baharu Pada 2025 Dosm

papar berkaitan - pada 2/10/2025 - jumlah : 164 hits
10 Daerah Di Malaysia Muncul Daerah Menua Baharu Pada 2025 DOSM PUTRAJAYA 2 Okt Sepuluh daerah muncul sebagai daerah menua baharu iaitu penduduk berumur 65 tahun dan lebih mencapai tujuh peratus pada 2025 menurut statistik Anggaran Penduduk...
Global Access Debates And Deals To Take Centre Stage At Abis 2025

Global Access Debates And Deals To Take Centre Stage At Abis 2025

papar berkaitan - pada 2/10/2025 - jumlah : 149 hits
The Asean Business and Investment Summit 2025 offers companies a rare chance to gain market insights raise policy concerns with global leaders and build networks FMT
The Ai Pop Alchemy How Artificial Intelligence Is Remixing Pop Music In 2025

The Ai Pop Alchemy How Artificial Intelligence Is Remixing Pop Music In 2025

papar berkaitan - pada 2/10/2025 - jumlah : 312 hits
In 2025 pop music is undergoing a radical transformation not just in how it s consumed but in how it s created Artificial intelligence is moving from the margins into the studio as co creator AI is no longer a gimmick or afterthought but a ...
Konsert Di Sebalik Aku Hafiz Suip Tetap Berlangsung 1 November 2025 Mendapat Tiga Syarikat Tajaan

Konsert Di Sebalik Aku Hafiz Suip Tetap Berlangsung 1 November 2025 Mendapat Tiga Syarikat Tajaan

papar berkaitan - pada 2/10/2025 - jumlah : 181 hits
Hi Korang Penyanyi Hafiz Suip mengumumkan berita gembira buat peminat setianya apabila harga tiket konsert Di Sebalik Aku Hafiz Suip diturunkan selepas mendapat tajaan daripada tiga syarikat lokal iaitu Bienz Solustra Perfum dan Finura Peng...
Asia S Brightest Young Builders Crowned At Legoland School Challenge 2025

Asia S Brightest Young Builders Crowned At Legoland School Challenge 2025

papar berkaitan - pada 3/10/2025 - jumlah : 266 hits
Malaysia teams sweep Primary and Secondary Champion titles in record breaking edition From Left Right Ashely Xie Country Manager Malaysia Brunei Thila Munusamy Director of Sales Marketing LEGOLAND Malaysia Resort Tuan Haji Kamal Bin Ahamr U...
Singapore S Success A Lesson Malaysia Can No Longer Ignore

Zafrul Rm1 Trillion Commitments To Us Not Govt Funds Bumi Rights Protected

You Want The Truth Prosecution Cites A Few Good Men To Dismiss Najib S Saudi Donation Claim In 1mdb Trial

Sabah Sarawak Left Out Again As Us Trade Deal Favours Peninsula Leaders

Bn Youth Treasurer Given A Break From Duties After Scandalous Ex Wife Allegations

Johor Becomes Malaysia S First Smart State Five Years Ahead Of Schedule

Stop Pr Spin And Call Trade Deal What It Truly Is Muda

Mitra Disbursed Rm100mil To Empower Indian Community Says Ramanan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Gambar Ziarah Di Sekitar Madinah Mengetuk Pintu Hati

Yummy Recipe Beef Vegetable Stir Fry

Tanda Mak Sedang Alami Burnout Tapi Tak Sedar

Lirik Lagu Balas Baik Nabila Razali

Drama Bahagia Yang Tertangguh

Ramalan Eur Usd Pada 30 Oktober 2025