Myspr Semak Cara Semakan Pusat Mengundi Prn 2025
MySPR: Semakan Daftar Pemilih PRN 2025, Tempat Pengundi Pilihan Raya Negeri SPR Online (mySPRSemak) & Cara Tukar Pusat Mengundi Online
Adalah menjadi hak setiap warganegara yang layak untuk memilih kerajaan untuk memerintah negara melalui pemilihan wakil rakyat untuk mewakili mereka di Dewan Rakyat dan Dewan-dewan Undangan Negeri.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang kaedah membuat semakan dan pendaftaran. Ianya lebih mudah, cepat dan menjimatkan masa.
Apa itu MySPR Semak

Aplikasi MySPR Semak dibangunkan sebagai platform semakan berpusat yang membolehkan pengguna menyemak maklumat berkaitan status daftar pemilih, mengenal pasti calon-calon yang bertanding dalam sesuatu pilihan raya, serta melihat keputusan bagi setiap pilihan raya yang sedang berlangsung atau telah diadakan pada tahun-tahun sebelumnya.
Syarat Kelayakan Mendaftar MySPR
Antara syarat kelayakan pendaftaran pemilih ialah:
Warganegara Malaysia
Telah mencapai umur 18 tahun dan ke atas
Bermastautin di kawasan pilihan raya yang ingin didaftarkan
Tidak dihalang / hilang kelayakan oleh undang-undang pihak berkuasa.
Baca juga : Pilihan Raya Negeri Sabah 2025 (PRN 17) – Tarikh & Proses Mengundi
Semakan Daftar Pemilih SPR Bagi PRN 2025
MySPR Semak – Semakan Daftar Pemilih & Pusat Mengundi Bagi PRN 205

Bagi membuat semakan, sila ikuti langkah berikut:
Muat turun aplikasi MySPR Semak atau terus ke Portal MySPR Semak di pautan berikut https://mysprsemak.spr.gov.my;
Klik butang [Semakan Daftar Pemilih]
Isikan nombor kad pengenalan 12 angka
Tekan butang ‘Semak’.
Maklumat peribadi dan kawasan mengundi akan dipaparkan dengan terperinci.
Cetak dan simpan maklumat untuk rujukan.
Semakan Maklumat Pilihan Raya Negeri 2025 juga boleh dilakukan melalui pautan berikut: https://mysprsemak.spr.gov.my/semakan/daftarPemilih

Nota: Anda juga boleh membuat semakan melalui Portal rasmi Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my; atau Hotline SPR di talian 03-8892 7018.
Jika anda masih belum mendaftar atau tidak didaftarkan, atau jika anda ingin membuat pertukaran alamat mengundi, sila rujuk langkah di bawah.
Sila layari www.spr.gov.my untuk maklumat lanjut

Cara Daftar Pengundi Online / Permohonan Akaun Baru
SPR telah melancarkan portal terbaru MySPR Daftar bagi memudahkan rakyat Malaysia mendaftar sebagai pengundi / pemilih secara online.
Anda boleh membuat semakan, pendaftaran atau memohon pertukaran alamat kawasan mengundi melalui portal ini hanya dengan 3 langkah mudah.

Langkah 1: Permohonan Akaun Pengguna
Sila layari laman web https://myspr.spr.gov.my
Untuk login ke sistem tersebut, pengguna perlu membuka akaun terlebih dahulu.
Klik pada ‘Permohonan Akaun Baru’.
Untuk membuka akaun MySPR Daftar, sila sediakan beberapa maklumat tambahan seperti berikut:
Nombor telefon bimbit yang sah
Emel yang sah
Gambar depan kad pengenalan
Gambar swafoto bersama kad pengenalan
Permohonan yang dihantar pada jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari hari bekerja, permohonan akan diproses pada hari yang sama.
Manakala bagi permohonan yang dihantar selepas jam 12.00 tengahari hari bekerja atau hari cuti termasuk Hari Kelepasan Am, akan diproses pada hari bekerja berikutnya.
Pegawai SPR akan semak pendaftaran akaun secara manual.
Sebaik disahkan benar, satu emel pengaktifan akaun akan dihantar ke emel anda.
Untuk memuatnaik gambar swafoto dan kad pengenalan, sila rujuk gambar di bawah.

Langkah 2: Pengaktifan Akaun Pengguna
Apabila maklumat permohonan akaun pengguna telah disahkan, anda boleh login MySPR Daftar untuk mengisi borang pendaftaran pemilih secara online.
Login menggunakan ID pengguna dan kata laluan yang telah didaftarkan.
Langkah 3: Isi Borang A
Selepas berjaya login, klik ‘Status Saya’.
Sekiranya anda belum didaftar sebagai pemilih, klik Borang A (Pendaftaran Baru / Pertukaran Alamat).
Isi kesemua maklumat yang diminta kemudian klik pada butang ‘Hantar’.
RUJUK MANUAL :
Panduan Pengguna MySPR Ver2Download
PANDUAN-PERMOHONAN-UNDI-POS-KATEGORI-1A-ONLINE-1Download
PANDUAN-PERMOHONAN-UNDI-POS-KATEGORI-1B-BAHASA-MALAYSIA_Download
PANDUAN-PERMOHONAN-UNDI-POS-KATEGORI-1C_Download
Cara Tukar Alamat Tempat Mengundi Online
CARA 1 – MOHON TUKAR ALAMAT SPR SECARA ONLINE
Berikut cara tukar alamat SPR tempat mengundi (pertukaran bahagian pilihan raya):
Pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk kemas kini alamat mastautin pada MyKad anda terlebih dahulu.
Setelah alamat pada MyKad dikemas kini, bawa MyKad ke Pejabat SPR atau Pejabat Pos, atau layari portal MySPR di https://myspr.spr.gov.my.
Di portal MySPR, daftar akaun pengguna baharu jika belum ada.
Aktifkan akaun pengguna melalui emel atau nombor telefon yang didaftarkan.
Selepas akaun aktif, isi Borang A (Pertukaran Bahagian Pilihan Raya) untuk memohon pertukaran alamat tempat mengundi.
Pastikan anda menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan seperti capaian internet, komputer atau telefon pintar, nombor telefon bimbit, alamat emel, gambar depan kad pengenalan, dan gambar swafoto bersama kad pengenalan.
Hantar permohonan anda melalui portal MySPR dan tunggu pengesahan daripada pihak SPR.

CARA 2 – MOHON TUKAR ALAMAT SECARA MANUAL (DI KAUNTER)
Pergi ke Pejabat SPR Negeri, atau ke Pejabat Pos Malaysia yang ada perkhidmatan “Ubah Alamat Mengundi”.
Bawa:
MyKad asal
Bukti alamat baru (kalau diminta, contohnya bil air/elektrik)
PERMOHONAN PERTUKARAN ALAMAT DI MYKAD
Pengemaskinian alamat pada MyKad boleh dilakukan dengan hadir ke mana-mana pejabat JPN yang berhampiran dan membawa dokumen sokongan berkaitan dalam bentuk asal atau salinan yang diakui sah.

Sila rujuk makluman dari JPN yang terkini dalam infografik di atas.
Baca juga : Cara Tukar Alamat Mengundi SPR Online – MySPR
Cara Memohon Undi Pos Online
Untuk memohon undi pos, sila rujuk langkah berikut:
Daftar Akaun MySPR dan aktifkan akaun pengguna
Log masuk akaun MySPR
Klik [Permohonan Undi Pos]
Lengkapkan maklumat yang diperlukan dan hantar permohonan
E-mel berkenaan status permohonan undi pos (Diluluskan / Ditolak) akan diterima selepas permohonan diproses.

Cara Daftar & Membuat Semakan Lokasi Pusat Daftar Mengundi Secara Manual
Bagi yang ingin mendaftar sebagai pengundi secara manual, anda boleh berbuat demikian dengan hadir ke kaunter berikut:
Kaunter Pendaftaran Pemilih
Ibu Pejabat SPR Malaysia
Aras G, Menara SPR
No.2, Jalan P2T, Presint 2
62100 Putrajaya
Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri
Pejabat-Pejabat Pos Malaysia seluruh negara
Kaunter SPR yang dibuka melalui Program Outreach di kawasan tumpuan orang ramai
Pejabat-Pejabat Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi & Konsulat Jeneral di Luar Negeri
Sila klik pada http://www.kln.gov.my/web/guest/malaysian-mission
Penolong Pendaftar Pemilih yang dilantik daripada kalangan kakitangan agensi-agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi tempatan dan ahli-ahli pertubuhan bukan kerajaan
Sila semak lokasi cawangan SPR terdekat anda di pautan berikut: https://spr.gov.my/cawangan/
Sistem Pendaftaran Pemilih / Pengundi Oleh SPR
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) ditubuhkan pada 4 September 1957 mengikut Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan.
Dasar Suruhanjaya Pilihan Raya adalah untuk memelihara, menyelia dan mengekalkan proses demokrasi di negara ini melalui pilihan raya yang bebas dan adil.
SPR menjalankan 2 jenis pendaftaran pemilih iaitu:
Pendaftaran Baru
pendaftaran pemilih buat pertama kali.
Pendaftaran Tukar Bahagian Pilihan Raya
permohonan pemilih berdaftar untuk mendaftarkan alamat tempat tinggalnya yang baru. Sekiranya seorang pemilih berpindah ke tempat baru dan mendaftarkan pertukaran alamat tersebut di SPR, maka Bahagian Pilihan Raya beliau akan ditetapkan mengikut pendaftaran alamat baru itu.
Muat Turun Aplikasi MySPR Semak
Anda kini boleh memuat turun aplikasi MySPR Semak seperti berikut:
Google Play: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.mysprsemak.spr&hl=en
Apple Store: https://apps.apple.com/my/app/myspr-semak/id1262263101
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan boleh hubungi Hotline SPR di 03-8892 7218 atau layari https://www.spr.gov.my/aduan-pertanyaan/
Anda juga boleh rujuk di sini senarai Pejabat Pilihan Raya Negeri (PPN): https://spr.gov.my/cawangan/
Soalan Lazim
1. Apa itu MySPR Semak? MySPR Semak ialah aplikasi rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) yang membolehkan pengguna menyemak maklumat berkaitan pilihan raya seperti status daftar pemilih, senarai calon yang bertanding dan keputusan pilihan raya.
2. Di mana saya boleh akses MySPR Semak? Anda boleh mengakses MySPR Semak melalui:
– Laman web rasmi: https://mysprsemak.spr.gov.my
– Aplikasi mudah alih: Boleh dimuat turun di Google Play Store atau Apple App Store.
3. Apa fungsi utama MySPR Semak? Antara fungsi utama MySPR Semak ialah:
– Semakan status daftar pemilih dan lokasi mengundi.
– Semakan calon-calon yang bertanding dalam sesuatu pilihan raya.
– Semakan keputusan pilihan raya semasa atau yang telah diadakan sebelum ini.
4. Bagaimana cara menyemak status daftar pemilih? – Layari https://mysprsemak.spr.gov.my
– Masukkan nombor kad pengenalan (IC) anda tanpa tanda sempang.
– Klik butang Semak.
– Maklumat pusat mengundi dan kawasan DUN/Parlimen anda akan dipaparkan.
5. Adakah saya perlu daftar akaun untuk guna MySPR Semak? Tidak perlu. Anda boleh terus menggunakan MySPR Semak tanpa mendaftar akaun. Hanya masukkan nombor IC untuk membuat semakan.
6. Adakah MySPR Semak sama dengan MySPR Daftar? Tidak sama.
– MySPR Semak digunakan untuk membuat semakan maklumat pilihan raya.
– MySPR Daftar pula digunakan untuk pendaftaran pemilih baharu atau pertukaran alamat mengundi.
7. Bolehkah saya semak keputusan pilihan raya yang lepas? Ya. MySPR Semak membolehkan anda menyemak keputusan pilihan raya bagi tahun-tahun sebelumnya, termasuk calon yang bertanding dan jumlah undi yang diperoleh.
8. Adakah MySPR Semak percuma? Ya. Aplikasi dan laman web MySPR Semak disediakan secara percuma kepada semua warganegara Malaysia.
9. Adakah maklumat dalam MySPR Semak dikemaskini secara masa nyata? Ya. Data yang dipaparkan adalah maklumat rasmi daripada SPR dan dikemaskini secara berkala mengikut tempoh kemas kini daftar pemilih dan keputusan pilihan raya.
10. Siapa yang boleh saya hubungi jika ada masalah menggunakan MySPR Semak? Anda boleh menghubungi Pusat Panggilan SPR di:
– https://spr.gov.my/aduan-pertanyaan/
– +603 8892 7200
–
[email protected]– Atau layari portal rasmi: https://www.spr.gov.my
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/myspr/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=myspr