Semakan Sbp 2026 Tawaran Sekolah Berasrama Penuh Kpm


TARIKH & CARA SEMAKAN TAWARAN KEMASUKAN KE SEKOLAH KHUSUS (SBP / SMKA) SESI 2026
Ibu bapa / penjaga murid sila ambil maklum tarikh-tarikh penting berkenaan kemasukan bagi ambilan kemasukan ke SBP dan SMKA bagi sesi 2026.
INFO KPM: Sukacita dimaklumkan semakan tawaran permohonan kemasukan ke Sekolah Khusus 2025 murid Tingkatan 1, Tingkatan 4 dan Tahun 1 SVM pada 26 Disember 2025.
Sila rujuk pautan semakan yang dinyatakan bagi Tingkatan 1 / Tingkatan 4 / Tahun 1 SVM:
Cara Semakan Keputusan Kemasukan Ke Sekolah Khusus / SBP 2026
Semakan SBP 2026 boleh dibuat secara online melalui URL berikut bermula 26 Disember 2025.
SEMAKAN KEPUTUSAN KEMASUKAN KE SEKOLAH KHUSUS (SBP, SMKA) SESI 2026 Ibu bapa dan pelajar boleh membuat semakan menerusi pautan berikut :
Untuk Tingkatan 1: https://spskt1.moe.gov.my/ Untuk Tingkatan 4/Tahun 1 SVM: https://spskt4.moe.gov.my/ Sila rujuk tarikh pendaftaran kemasukan ke sekolah khusus @ SBP pada butiran surat tawaran yang dilampirkan.
Berikut merupakan contoh butiran yang disediakan :
Sila ambil maklum bahawa tawaran akan terbatal sekiranya calon tidak mendaftar dalam tempoh 5 hari dari tarikh pendaftaran yang ditetapkan.
RAYUAN KEMASUKAN KE SEKOLAH KHUSUS (SBP, SMKA) SESI 2026 Bagi calon yang tidak berjaya, keputusan akan dipaparkan dalam teks berwarna merah dan hanya menunjukkan status berjaya atau tidak berjaya, bukannya keputusan penuh atau markah terperinci. Paparan ini adalah normal dan tidak bermaksud terdapat ralat dalam sistem.
Sekiranya permohonan awal tidak berjaya dan anda ingin membuat rayuan, peluang masih terbuka.
Tempoh rayuan dibuka dari 26 Disember 2025 hingga 13 Januari 2026.
Rayuan mestilah dihantar dalam tempoh yang ditetapkan. Permohonan yang lewat biasanya tidak akan dipertimbangkan, jadi ibu bapa disarankan bertindak segera. Sementara menunggu keputusan rayuan, ibu bapa dinasihatkan untuk menyediakan pilihan sekolah harian sebagai pelan sandaran (back-up).
Langkah ini penting bagi mengelakkan kelewatan pendaftaran sekiranya rayuan tidak berjaya. Dengan persediaan awal, proses kemasukan ke sekolah alternatif boleh dilakukan dengan lebih lancar.
Jangan lupa untuk menghantar borang feeder school atau melengkapkan urusan pendaftaran lain yang berkaitan. Ini bagi memastikan anak tidak tercicir daripada sistem pendidikan sekiranya perlu mendaftar di sekolah lain selain SBP atau SMKA.
Garis Masa Permohonan Tingkatan 1 & 4 Berikut ialah garis masa penting Permohonan Kemasukan ke Tingkatan 1 dan 4 Sekolah Khusus (SBP, SMKA & MRSM) bagi Tahun 2026 sebagai panduan ibu bapa dan calon agar tidak terlepas tarikh penting sepanjang proses permohonan hingga pendaftaran:
1 Ogos – 7 Sept 2025
Permohonan PKSK Tingkatan 1 dibuka
8 Sept 2025
Permohonan PKSK Tingkatan 1 ditutup
12 Sept – 17 Okt 2025
Semakan pusat PKSK Tingkatan 1
6 Okt – 17 Okt 2025
Pelaksanaan PKSK Tingkatan 1
26 Dis 2025
Semakan tawaran Tingkatan 1 Tahun 2026
26 Dis 2025 – 13 Jan 2026
Tempoh Rayuan Dibuka
13 Jan 2026
Pendaftaran Tingkatan 1 Tahun 2026
6 – 10 Feb 2026
Semakan Keputusan Rayuan
Pakej Yang Ditawarkan di SBP / SMKA 1) Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
PAKEJ STEM – ELEKTIF STEM (SAINS TULEN DAN MATEMATIK TAMBAHAN)
Objektif pelaksanaan pakej ini di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) adalah untuk memberi peluang kepada murid yang berminat dan layak untuk menyambung pelajaran pada peringkat program asasi, program matrikulasi dan pengajian Tingkatan 6 dalam bidang sains, perubatan dan kesihatan, kejuruteraan, bioteknologi dan sebagainya. Di SBP murid akan didedahkan untuk meneroka persekitaran melalui inkuiri dan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan dunia sebenar dan pendidikan sepanjang hayat yang merangkumi pembelajaran yang mengintegrasikan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik secara formal berdasarkan kurikulum sedia ada.
Pakej ini menawarkan mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah dan Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral. Bagi mata pelajaran elektif, murid wajib untuk mengikuti mata pelajaran Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi. Di samping itu, mata pelajaran wajib yang perlu diikuti ialah Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.
PAKEJ STEM – ELEKTIF STEM (SAINS TULEN DAN MATEMATIK TAMBAHAN), ELEKTIF BAHASA DAN ELEKTIF PENGAJIAN ISLAM
SBP yang melaksanakan pakej ini adalah bertujuan untuk memberi penekanan penguasaan kemahiran abad ke-21 seperti pemikiran kritis, kreatif dan inovatif, penyelesaian masalah dan kepimpinan untuk membolehkan murid bersaing di peringkat global. Pelaksanaan pakej ini dapat memberi peluang kepada murid yang berminat dan layak untuk menyambung pelajaran pada peringkat program asasi, program matrikulasi dan pengajian Tingkatan 6 dalam bidang sains, perubatan dan kesihatan, kejuruteraan, bioteknologi dan sebagainya. Kurikulum ini juga akan memberi pendedahan kepada murid untuk sentiasa membawa diri ke arah pemantapan iman, pemikiran logik, dan pembentukan disiplin diri yang terpuji. Semua murid juga diharap mampu membina akal dan fikiran ke tahap Mujadalah Wa Mubahasah.
Pakej ini menawarkan mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sejarah. Bagi mata pelajaran elektif pula, murid diwajibkan mengikuti Bahasa Arab, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi, Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah dan Pendidikan Syariah Islamiah. Di samping itu, murid akan mengikuti mata pelajaran wajib iaitu Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.
PAKEJ STEM – ELEKTIF STEM (SAINS TULEN DAN MATEMATIK TAMBAHAN), ELEKTIF BAHASA DAN ELEKTIF PENGAJIAN ISLAM (MATA PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU TAHFIZ (KBT))
Pelaksanaan Kurikulum Model Ulul Albab (TMUA) di SBP diharap dapat melahirkan modal insan yang:
i. menghafaz 30 juzuk Al-Quran;
ii. profesional yang mempunyai asas keagamaan yang mantap berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah, berketerampilan, berwibawa dan berkepimpinan;
iii. memaksimumkan keupayaan berfikir aras tinggi, kreatif dan inovatif; dan
iv. boleh menjalinkan hubungan dengan Allah Taala, sesama manusia dengan kejadian alam berlandaskan kepada al-Quran dan al-Sunnah.
Pakej TMUA ini menawarkan mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik, Bahasa Arab, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi , Hifz Al-Quran dan Maharat Al-Quran.
2) SMKA
PAKEJ MATA PELAJARAN SMKA
MATA PELAJARANPAKEJ STEMPAKEJ SASTERA DAN KEMANUSIAANTerasBahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik
SejarahBahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik
Sains
SejarahElektif Pengajian IslamPendidikan Al Quran dan Al Sunnah
Pendidikan Syariah IslamiahPendidikan Al Quran dan Al Sunnah
Pendidikan Syariah IslamiahElektif BahasaBahasa ArabBahasa ArabElektif Sains Tulen dan Matematik TambahanFizik
Kimia
Biologi
Matematik Tambahan Elektif Sains Gunaan dan TeknologiSains Komputer
Grafik Komunikasi Teknikal Kemanusiaan dan Sastera Ikhtisas Prinsip Perakaunan
Perniagaan
Ekonomi
Geografi ENDEKATAN TMUA Pendekatan TMUA terbahagi kepada tiga (3) aspek iaitu Quranik, Ensiklopedik dan Ijtihadik:
i. Quranik – Murid menghafaz 30 juzuk Al-Quran serta memahami kandungan berdasarkan konsep Baca, Ingat, Faham, Fikir, Amal dan Sebar (BIFFAS). Murid akan mempelajari serta mengikuti mata pembelajaran Hifz Al-Quran dan Maharat Al-Quran;
ii. Ensiklopedik – Menyediakan kaedah asas kepada murid untuk menguasai pelbagai disiplin ilmu dan bahasa, berkemahiran tinggi dan mampu bertindak sebagai pakar rujuk pada masa akan datang; dan
iii. Ijtihadik – Menyediakan murid yang berupaya memberikan pandangan dalam menyelesaikan masalah, memaksimumkan keupayaan berfikir aras tinggi, kreatif dan inovatif.
Pendekatan ketiga-tiga elemen akan dilaksanakan secara bersepadu melalui pengintegrasian antara kurikulum dan kokurikulum.
PAKEJ MATA PELAJARAN TMUA (TAHFIZ MODEL ULUL ALBAB)
MATA PELAJARANPAKEJ STEM TMUA
(Sains)TerasBahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik
Sejarah
Pendidikan IslamElektif Sains Tulen dan Matematik TambahanFizik
Kimia
Biologi
Matematik TambahanElektif Pengajian IslamHifz Al-Quran
Maharat Al-QuranElektif BahasaBahasa Arab Maklumat Lanjut Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK), sila rujuk laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Permohonan kemasukan ke sekolah khusus dan semakan pusat pentaksiran boleh dilakukan di pautan berikut:
Tingkatan 1 : https://spskt1.moe.gov.my/ Tingkatan 4 : https://spskt4.moe.gov.my/ Soalan Lazim – Semakan MRSM 2026 1. Bilakah permohonan ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tahun 2026 dibuka dan bagaimana cara membuat permohonan? Permohonan ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 tahun 2026 dibuka pada 1 Ogos hingga 7 September 2025, melalui pautan berikut:

Tingkatan 1 : https://spskt1.moe.gov.my/
Tingkatan 4 : https://spskt4.moe.gov.my/
2. Bilakah keputusan pemilihan dan penempatan ke SBP dapat diketahui? Keputusan pemilihan dan penempatan ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke SBP akan diketahui pada 26/12/2025 melalui pautan berikut:

Tingkatan 1 : https://spskt1.moe.gov.my/
Tingkatan 4 : https://spskt4.moe.gov.my/
3. Adakah murid yang lahir pada 1 Januari 2014 layak memohon PKSK? Calon yang layak memohon bagi sesi kemasukan Tingkatan 1 tahun 2026 ialah murid yang lahir antara 2 Januari 2013 hingga 1 Januari 2014, manakala bagi Tingkatan 4 tahun 2026 pula ialah murid yang lahir antara 2 Januari 2010 hingga 1 Januari 2011.
4. Bagaimanakah pemilihan murid dibuat? Pemilihan murid dibuat mengikut dasar pengambilan dan kemasukan murid yang sedang berkuatkuasa dan diputuskan oleh ahli mesyuarat pemilihan murid.
5. Apa yang perlu dibuat sekiranya murid berjaya mendapat tempat di SBP? – Murid yang berjaya perlu mencetak Surat Tawaran dan Buku Tawaran yang disertakan.
– Buku Tawaran perlu diisi dengan lengkap dan diserahkan kepada pihak SBP semasa hari pendaftaran.
– Sekiranya maklumat dalam Buku Tawaran tidak lengkap atau tidak benar, pihak sekolah berhak untuk TIDAK mendaftarkan murid dan menolak pendaftaran tersebut.
6. Adakah pertukaran tawaran antara SBP dibenarkan? Tawaran ini adalah MUKTAMAD. Sebarang permohonan untuk bertukar ke SBP lain tidak akan dipertimbangkan.
7. Bilakah tarikh pendaftaran ke SBP? Murid perlu mendaftar pada 13/01/2026 di SBP yang ditawarkan.
8. Bolehkah saya menangguhkan pendaftaran? Sebarang penangguhan pendaftaran perlulah mendapatkan kelulusan daripada pihak sekolah SBP yang ditawarkan
9. Bolehkah murid memakai pakaian seragam sekolah menengah harian di SBP yang ditawarkan. Boleh. Murid yang melapor diri ke SBP dibenarkan memakai pakaian seragam sekolah menengah harian semasa hari pendaftaran.
10. Bolehkah murid membawa dan menggunakan buku teks, buku tulis dan peralatan pembelajaran lain yang ke SBP yang ditawarkan. Boleh. Murid boleh membawa dan menggunakan buku teks, buku tulis serta peralatan pembelajaran lain yang telah dimiliki ke SBP yang ditawarkan
11. Benarkah seorang murid hanya ditawarkan satu tempat sahaja sama ada SBP atau mana-mana sekolah khusus atau Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)? Benar. Seorang murid hanya ditawarkan satu tempat sahaja sama ada di SBP, sekolah khusus atau MRSM.
12. Sekiranya saya telah mendapat tawaran ke mana-mana sekolah khusus atau MRSM, bolehkah saya merayu ke sekolah lain? TIDAK BOLEH. Berdasarkan sistem single entry point, murid hanya akan ditawarkan satu tempat sahaja di mana-mana sekolah khusus atau MRSM yang dipilih semasa permohonan.
13. Benarkah seorang murid yang ditawarkan ke SBP tetapi didapati memalsukan apa-apa sahaja maklumat termasuk laporan perubatan, maka tawaran kemasukan akan terbatal serta merta BENAR. Sekiranya didapati bahawa seorang murid yang ditawarkan ke SBP telah memalsukan sebarang maklumat termasuk laporan perubatan, tawaran kemasukan tersebut boleh dibatalkan serta-merta.
14. Adakah murid yang tidak memohon secara dalam talian pada tarikh yang ditetapkan masih berpeluang ke SBP? TIDAK. Hanya permohonan yang dikemukakan secara dalam talian dalam tempoh yang ditetapkan akan dipertimbangkan untuk kemasukan ke SBP.
15. Bilakah e-Rayuan dibuka? e-Rayuan mula dibuka pada 26/12/2025 sehingga 13/01/2026.
16. Berapa banyak pilihan yang boleh dibuat semasa rayuan? Semasa proses e-Rayuan, pemohon dibenarkan membuat tiga pilihan sekolah.
17. Bolehkah pemohon yang TIDAK BERJAYA mendapat tempat menukar pilihan SBP apabila membuat e-Rayuan? BOLEH. Walau bagaimanapun, penawaran bagi e-rayuan bergantung kepada kekosongan tempat di SBP yang dipilih.
18. Adakah saya boleh merayu ke Sekolah Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA)? TIDAK. Penawaran ke TMUA hanya untuk murid yang berjaya dalam temu duga.
19. Saya ingin merayu ke Sekolah Seri Puteri (SSP), tetapi SSP tiada dalam senarai sekolah untuk rayuan. Mesyuarat Pengurusan BPSBP telah membuat keputusan agar sekolah-sekolah berikut dikeluarkan daripada senarai rayuan:

i. Sekolah Seri Puteri
ii. Kolej Tunku Kurshiah
iii. Sekolah Tun Fatimah
iv. Sekolah Sultan Alam Shah
v. Kolej Melayu Kuala Kangsar
vi. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
vii. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang (TMUA)
viii. Sekolah Menengah Agama Persekutuan Bentong (TMUA)
ix. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar (TMUA)
x. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit (TMUA)

Penawaran telah dibuat secara maksimum di sekolah-sekolah tersebut. Rekod tahun-tahun sebelum ini menunjukkan bahawa semua calon yang ditawarkan pada ambilan pertama akan melapor diri. Hal ini juga memberi ruang untuk perayu memilih sekolah yang lain bagi mengelakkan pemohon merayu pada sekolah yang telah penuh.

Oleh itu, semua perayu diminta untuk membuat rayuan ke sekolah-sekolah lain bagi membolehkan BPSBP mengenal pasti pemohon yang masih berminat untuk ditawarkan ke SBP.

Sekiranya calon memenuhi kelayakan dan terdapat kekosongan di mana-mana sekolah yang disenaraikan di atas, pertimbangan penawaran tetap akan dibuat. Walau bagaimanapun, sekiranya calon tidak mengemukakan rayuan semasa proses e-Rayuan, BPSBP akan menganggap calon tidak lagi berminat untuk ditawarkan ke mana-mana SBP.
20. Bagaimanakah semakan keputusan e-rayuan ke SBP dibuat? Keputusan RAYUAN pemilihan dan penempatan murid ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke SBP akan diketahui pada 06/02/2026 melalui pautan berikut:

Tingkatan 1 : https://spskt1.moe.gov.my/
Tingkatan 4 : https://spskt4.moe.gov.my/
21. Bolehkah murid menukar pakej mata pelajaran? Sebarang pertukaran pakej mata pelajaran yang ditawarkan TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN.
22. Berapakah yuran yang perlu dibayar? Mohon rujuk pihak sekolah yang ditempatkan untuk maklumat lanjut berkaitan yuran dan bayaran lain yang berkaitan.
23. Adakah murid sedia ada di sekolah khusus dan MRSM boleh memohon ke sekolah khusus dan MRSM yang lain?
24. Bagaimanakah cara untuk menghubungi BPSBP jika mempunyai sebarang pertanyaan lanjut berkaitan permohonan?
Sebarang persoalan berkaitan permohonan SBP boleh melalui:

a. e-mel – [email protected]
b. Talian Rasmi – 0383217400
(Isnin hingga Jumaat, 8:00 pagi hingga 5:00 petang)
Baca juga:
Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2026 KPM (idme.moe.gov.my) Ujian Khas MRSM – Senarai Ujian & Cara Buat Semakan

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/semakan-sbp-2026/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=semakan-sbp-2026

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Semakan Keputusan Rayuan Sbp Sekolah Khusus 2026

Semakan Keputusan Rayuan Sbp Sekolah Khusus 2026

papar berkaitan - pada 15/12/2025 - jumlah : 63 hits
Info Semakan Keputusan Rayuan SBP 2026 e Rayuan SBP SMKA SEMAKAN KEPUTUSAN RAYUAN KEMASUKAN KE SEKOLAH KHUSUS TAHUN 2025 Bila tarikh semakan keputusan Sekolah Khusus SBP Sekolah Khusus yang dimaksudkan adalah terdiri daripada sekolah beriku...
Semakan Mrsm 2026 Tarikh Tawaran Rayuan Permohonan

Semakan Mrsm 2026 Tarikh Tawaran Rayuan Permohonan

papar berkaitan - pada 15/12/2025 - jumlah : 56 hits
Semakan Tawaran Bagi Kemasukan MRSM Tingkatan 1 4 Bagi Sesi 2025 2026 boleh dibuat melalui pautan rasmi MARA atau terus ke pautan pantas berikut Tingkatan 1 atau Tingkatan 4 Seperti yang kita sedia maklum sistem satu saluran pengambilan pel...
Kpdn Anjurkan Pjrm Kembali Ke Sekolah 2026 Sempena Musim Cuti Persekolahan

Kpdn Anjurkan Pjrm Kembali Ke Sekolah 2026 Sempena Musim Cuti Persekolahan

papar berkaitan - pada 14/12/2025 - jumlah : 124 hits
KPDN Anjurkan PJRM Kembali Ke Sekolah 2026 Sempena Musim Cuti Persekolahan Tawau Sabah Sebagaimana yang diumumkan dalam Belanjawan 2026 Kerajaan MADANI memperuntukkan sebanyak RM300 juta bagi pelaksanaan insiatif Payung RAHMAH di bawah kefu...
Semakan Slip Muet 2026 Pertukaran Pusat Ujian

Semakan Slip Muet 2026 Pertukaran Pusat Ujian

papar berkaitan - pada 15/12/2025 - jumlah : 85 hits
Slip Muet atau Slip Daftar MUET untuk ujian MUET 2026 boleh disemak pada 13 Februari 2026 iaitu 6 minggu sebelum tarikh ujian MUET dijalankan Semakan slip MUET boleh dilakukan di portal Majlis Peperiksaan Malaysia Selain itu permohonan pert...
Cuti Terengganu 2026 Hari Kelepasan Am Cuti Sekolah

Cuti Terengganu 2026 Hari Kelepasan Am Cuti Sekolah

papar berkaitan - pada 11/12/2025 - jumlah : 117 hits
Selain di peringkat persekutuan setiap negeri mempunyai cuti umumnya tersendiri meliputi hari kelepasan am dan juga cuti sekolah termasuklah di Negeri Terengganu Berikut merupakan cuti umum Terengganu 2025 Cuti Di Terengganu 2026 Berikut ad...
Kelas Rancangan Khas Semakan Senarai Sekolah Krk

Kelas Rancangan Khas Semakan Senarai Sekolah Krk

papar berkaitan - pada 13/12/2025 - jumlah : 98 hits
Kelas Rancangan Khas merupakan program khusus untuk murid yang mencapai kecemerlangan dalam akademik pentaksiran aktiviti jasmani dan kokurikulum serta mempunyai rekod disiplin yang baik khususnya dalam kalangan keluarga berpendapatan renda...
Mawas Sapa Nak Ikut Dia Dia Tak Sekolah Tinggi Pun

Mawas Sapa Nak Ikut Dia Dia Tak Sekolah Tinggi Pun

papar berkaitan - pada 14/12/2025 - jumlah : 115 hits
Salim iskamdarSiang malam duk kutuk Saloma dia ingat dia buat kempen boikot Saloma maka orang akan ikut la Sekali Tun M buat jugak dekat Saloma dan Mawas yang kena tutuh ngan Ramlah ni terpaksa turun dengan muka kelat kunyit Maka inilah dia...
Majlis Anugerah Setanding Annual Dinner Sahaja Senarai Penuh Pemenang Abpbh 37

Hati Hati Dengan Call Scammer Jenis Tak Bercakap

Guardian Malaysia Perkenalkan My40 Rewards Sokong Gaya Hidup Sihat Berkeyakinan Selepas Usia 40

Kisah Fiksyen Seram Malaysia Gadis Putih Di Tasik Biru Kundang

Jasa Besar Dr Yahya Awang Diiktiraf Terima Ijazah Doktor Kehormat Universiti Monash

Pengalaman Berniaga Di Bazaar Karnival Ko Kurikulum Peringkat Sekolah 2025

A Comprehensive Guide To Processing A Plastic Bag Making Machine

Berat Normal Tapi Perut Buncit Ini Bahaya Yang Korang Wajib Tahu


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


The Timeless Craftsmanship Of Dagestan S 200 Year Old Nail Free Bridge

Orang Mati Di Merata Tempat Di Dalam Pembunuhan Hanukkah Di Australia

Qualcomm Umum Dua Cip Baharu Untuk Peranti Mampu Milik

Infinix Xpad Edge Bakal Dilancar Pada 18 Disember 2025

China Eastern Airlines Cipta Rekod Penerbangan Komersial Paling Jauh Dunia

Jamal Mirdad Cinta Anak Kampung Chord