Selesa Sangat Kasut Skechers Ni
1st time wei pakai kasut mahal jenama skechers ni,hah. Hasil paw mr hubby beberapa minggu lepas. hehe. Ceritanya mr hubby yang nak beli kasut kerja baru sebab kasut lama dah haus tapak dia. Lepas pilih mr hubby punya kasut, dia offer pula 'awak tak nak ke?'. eh...pucuk di cita ulam mendatang weiii. Rezeki rezeki. Udah lah mahal kasut jenama skechers ni.
Terus suruh adik promoter tunjuk kasut skechers perempuan. K.fiezz cakap kat adik tu, k.fiezz ni banyak berjalan. Dia tunjuk jenis kasut sesuai untuk jenis berjalan. Eh, ada ke kasut bukan untuk berjalan. Maksud k.fiezz, kasut skechers yang adik tu tunjuk sesuai untuk berjalan & selesa bila berjalan.
Agak jenuh juga lah nak mencari kasut skechers perempuan yang sesuai untuk pakai ke pejabat sebab k.fiezz hari-hari pakai baju kurung ke pejabat. Jadi kena cari kasut yang bersesuaian dengan baju kurung.
Ada yang k.fiezz berkenan, mr hubby pula reject. Sebabkan dia yang bayar. Ikut juga lah yang kena dengan mata mr hubby. hehe.
Cari punya cari, nampak kasut skechers perempuan pattern bawah ni yang k.fiezz rasa sesuai bila pakai dengan baju kurung. Cuma warna dia, biru lah pula. Warna hitam dah habis. Saiz pun satu hal juga. K.fiezz saiz 4. Nasib baik adik promoter tu suruh cuba kasut yang paling kecil yang ada kat situ. Masa tengah cuba kasut contoh tu, dia tekan-tekan bahagian depan kasut sebab nak agak saiz k.fiezz berapa dalam UK/US. Sebab sebelum tu dia ada tanya k.fiezz 4 tu saiz UK ke US. Alahhh. idak lah tahu pula saiz 4 tu US ke UK?Yang tahu saiz 4 je. Masa test tu, dia cakap 'akak ni saiz 4 UK'. Sebab dalam US jadi saiz 7. K.fiezz iya kan je lah sebab tak tahu. Yang tahu janji muat. Haha. Bukan senang nak dapat kasut mahal. hehe.
Tadaaa..dapat kasut skechers. Saiz k.fiezz ambil ni saiz 7 (US) / 37 (EUR) / 4 (UK) . Diagram panjang kasut saiz ni 24cm. Terlebih 3cm. Panjang kaki k.fiezz 21cm. Nak bagi muat juga, k.fiezz letak tisu kat dalam. haha. Alhamdulillah, masa berjalan elok tak ada kaki asyik terkeluar sebab longgar sikit. Elok je berjalan. Memang selesa & lembut tapak dia. Patut lah kasut skechers ni mahal. Berbaloi dengan kualiti dan harga dia. Mr hubby pernah beli kasut skechers masa dia ikut trip company ke China 2 tahun lepas sebelum COVID, memang mr hubby puji sebab kaki dia tak sakit langsung. Selesa sangat sebab masa trip tu banyak berjalan siap panjat tangga tinggi-tinggi. Ni yang nak beli kasut kerja pun jenama skechers juga.
Ni kasut skechers untuk lelaki. Mr hubby pakai pergi kerja. Saiz 11 (US) / 45 (EUR) / 10 (UK). Diagram panjang 29cm. Yang ni mr hubby tak ada komen apa-apa. Rasanya okey je sebab tak ada dengar mr hubby complaint sakit kaki. Skechers kan. hehe.
Pakej mr hubby beli sekali stokin jenama skechers. Ada 6 pasang. K.fiezz pun ambil juga stokin skechers 3 pasang.
Overall best sangat kasut & stokin skechers ni. Setanding harga & kualiti dia. Kasut skechers perempuan yang k.fiezz punya ni memang lembut tapak dia. Biasa pakai kasut baru ni, mesti kena gigit. Tapi dengan skechers ni memang tak ada kes kena gigit tau. Elok je kaki sis. Eh, dasar sangat kan nak kasut mahal-mahal. haha..
Oo..lupa pula nak cakap, masa beli kasut skechers mr hubby di Skechers ada offer 60% untuk item yang ke-2. Tu yang mr hubby offer k.fiezz ambil sepasang. Hehe. Mula-mula mr hubby nak ambil lagi sepasang dia punya tapi dah mr hubby offer k.fiezz. Harus lah i nak. skechers kan.
Kalau korang nak cari kasut sukan atau berjalan untuk travel (Nanti lah ceritanya bila kes COVID ni selesai), k.fiezz memang cadangkan beli kasut skechers ni. Memang berbaloi sangat. Kaki kita pun selesa & tak sakit masa pakai.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fiezasani.xyz/2021/03/Selesa-Sangat-Kasut-Skechers-Ni.html