Susah Sangat Nak Ajar Anak Minum Air Kosong Bibir Teruk Menggelupas Ini Tipnya


Berbanding air kosong, air manis buat anak lebih tertarik. Namun bila diberikan air kosong, anak mula liat dan menolak untuk minum. Akibatnya jumlah air dalam badan yang sepatutnya diambil anak tidak mencukupi.
Mulalah bibir menggelupas teruk dan sebagainya. Semuanya bermula dari kurangnya pengambilan air yang wajib diambil anak-anak kecil kita.
Pengambilan air seharusnya dibiasakan dalam rutin pemakanan anak-anak kita malah anak perlu diajar untuk menjadi pencinta air kosong kerana baik untuk tubuh mereka. Ada beberapa tip bagi memastikan anak lebih gemar minum air kosong. Berbelanja lebih sikit tak apa, asalkan anak sihat. Ini yang cuba disampaikan oleh Dr Ahmad Luqman Bukhari.

Susah hati kan kalau tengok bibir anak anak mengelupas. Silap haribulan siap terluka dan berdarah lagi. Waktu tu kencing pun mungkin nampak pekat dan kuning sangat petanda badan tak cukup air (dehydration).
Tapi kalau dah sampai ke tahap sembelit masa nak buang air besar, maknanya keadaan dah teruk sangat. Nak rawat keadaan macam ni, dah tentulah kena minum banyak air.
Cuma budak-budak ni kadang tu memang mencabar bila kita nak suruh minum air. Anak anak saya pun sama je.

Jika kalian tengah berdepan masalah macam ni, apa kata mak ayah cuba amalkan 7 cara mudah ni untuk ajak anak minum air tanpa kena paksa:
1. Carikan cawan atau gelas yang cantik dan menarik. Tanyalah si kecil tu apa yang dia suka. Kalau si kecil tu jenis minat kartun ke, suka gambar princess ke, hadiahkanlah dia bekas macam tu. Barulah dia makin seronok nak minum air.
2. Sediakan botol khas seorang satu bagi setiap anak. Ini pun sama. Kalian belilah botol warna warni ikut kesukaan anak. Biarlah kena keluar duit sikit pun. Yang penting anak anak kita sihat dan tubuh dia tak mengalami kekurangan air.

3. Latih anak untuk ambil air sendiri dari bekas air kemudian hidangkan kat atas meja. Bila dah berjaya buat sendiri, makinlah si kecil tu excited. Waktu tu kita tak payah nak arahkan. Nanti dia sendiri sukarela untuk habiskan air tu.
4. Saya suka tengok ice cube pelbagai bentuk. Anak anak lagilah teruja bila nampak. Bentuk dolphin la, bentuk fish la, bentuk love. Yang ni kita cuma perlu sediakan ice cube tray tu dan buat sendiri ice kat dalam fridge. Sesekali letakkan ice cube comel tu kat dalam cawan anak. Confirm berlumba-lumba dia orang datang nak minum air.

5. Ajak anak anak lakukan aktiviti siapkan jus buah sama-sama. Kemudian berilah pujian sedapnya jus dia buat. InsyaAllah anak anak akan terhibur dan lebih seronok untuk minum jus tersebut.
6. Sekali sekala bagi anak anak gunakan silly straw untuk minum air. Kalau dapat silly straw ni, sure dah tak payah berperang tiap kali nak suruh minum air. Hihi.
7. Paling penting, kita pun kenalah tunjukkan teladan yang baik. Ingat ye, children see children do. Tunjuk yang kita pun suka sangat sangat minum air dan puji mereka tiap kali mereka lakukan perkara yang sama. Trust me, anak anak bahagia betul kalau dapat attention daripada mak ayah sendiri.

Tolong saya #sebarkan ilmu tentang minum air ni pada seluruh keluarga dan sahabat Facebook ye. Mungkin ilmu yang sedikit ni la yang akan buatkan anak anak kita makin sihat dan payah nak jatuh sakit.
Dr Ahmad Luqman Bukhari.
Artikel berkaitan: Jika Anak Batuk Berkahak Sekali Dengan Selesema, Banyakkan Minum Air Kosong
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Susah Sangat Nak Ajar Anak Minum Air Kosong, Bibir Teruk Menggelupas, Ini Tipnya! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/susah-sangat-nak-ajar-anak-minum-air-kosong-bibir-teruk-menggelupas-ini-tipnya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jika Anak Batuk Berkahak Sekali Dengan Selesema Banyakkan Minum Air Kosong

Jika Anak Batuk Berkahak Sekali Dengan Selesema Banyakkan Minum Air Kosong

papar berkaitan - pada 14/3/2021 - jumlah : 461 hits
Sekiranya anak batuk atau selesema dalam tempoh yang lama jangan ambil mudah Keadaan ini jika tak dirawat boleh membuatkan anak kena jangkitan lebih serius dan mungkin perlu mendapatkan rawatan di hospital Makan ubat mungkin boleh baik tapi...
Hiburan Minum Air Kosong Bergelas Gelas Fizi Ali Kongsi Pengalaman Hidup Susah Pernah Ada Rm10 Je

Hiburan Minum Air Kosong Bergelas Gelas Fizi Ali Kongsi Pengalaman Hidup Susah Pernah Ada Rm10 Je

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 351 hits
Penyampai radio Fizi Ali menerusi ruangan Instagramnya ada berkongsikan pengalaman hidup susah pada suatu ketika dahulu bersama rakan baiknya pelakon Jay Iswazir View this post on InstagramMenurut Fizi atau nama sebenarnya Mohd Hafizudin Al...
Susah Senang Bersama Kereta Bocor Masuk Air Hujan Anak Tomok Tutup Guna Lampin

Susah Senang Bersama Kereta Bocor Masuk Air Hujan Anak Tomok Tutup Guna Lampin

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 545 hits
Kagum dengan cara didikan Tomok pada isteri dan anak anaknya yang tidak membiasakan hidup dalam keadaan mewah walaupun berkemampuan untuk beri yang lebih baik pada keluarga View this post on Instagram Malah anak anaknya juga diajar untuk hi...
Hiburan Depan Mata Lagi Senang Nak Ajar Datuk Rizalman Okay Anak Tak Mahu Sambung Belajar Lepas Spm

Hiburan Depan Mata Lagi Senang Nak Ajar Datuk Rizalman Okay Anak Tak Mahu Sambung Belajar Lepas Spm

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 527 hits
Sentiasa membawa perubahan baru dan dunia fesyen tempatan sudah pasti ramai yang mengagumi kehebatan pereka Datuk Rizalman Ibrahim Bukan sahaja daripada sudut gaya fesyen namun personaliti dirinya yang menyenangkan turut membuat ramai yang ...
Otak Jadi Lembab Susah Nak Belajar Anak Ini Kongsi Sisi Gelap Selalu Dimarah Ditengking Walaupun Hal Remeh

Otak Jadi Lembab Susah Nak Belajar Anak Ini Kongsi Sisi Gelap Selalu Dimarah Ditengking Walaupun Hal Remeh

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 569 hits
Memarahi anak memang suatu yang ramai ibu bapa tak suka Namun ramai juga yang tiada skil untuk mengawal diri terutama bila marah sudah di ambang bibir dan dada dah turun naik Maka terloncatlah kata kata dengan aura perkataan yang sangat bes...
Bagaimana Cara Minum Dua Liter Air Kosong Sehari Tanpa Gagal

Bagaimana Cara Minum Dua Liter Air Kosong Sehari Tanpa Gagal

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 1139 hits
Bagaimana Cara Minum Dua Liter Air Kosong Sehari Tanpa Gagal Selalu dengar kan nasihat untuk menjaga kesihatan dan tips penting untuk cantik dan kurus kita perlu minum air kosong dua liter sehari tanpa gagal Air kosong tau bukan air manis s...
Susah Sangat Nak Sendawakan Bayi Fokuskan Pada Bahagian Kiri Belakang Badan Bayi Antara Petuanya

Susah Sangat Nak Sendawakan Bayi Fokuskan Pada Bahagian Kiri Belakang Badan Bayi Antara Petuanya

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 443 hits
Selalu kalau selepas menyusukan si manja ibu ada cuba sendawakan bayi tak Jika tidak ini cara mudah sendawakan bayi yang boleh dicuba Percayalah pasti mereka takkan meragam Ketahui cara mudah sendawakan bayi Bahagian penting dalam sesi peny...
Biarkan Anak Urus Diri Bukan Sebab Mak Malas Tapi Nak Dia Belajar Terutama Anak 3 Tahun Ke Bawah

Biarkan Anak Urus Diri Bukan Sebab Mak Malas Tapi Nak Dia Belajar Terutama Anak 3 Tahun Ke Bawah

papar berkaitan - pada 13/3/2021 - jumlah : 547 hits
Biarlah saya suap anak makan asalkan dia tak main dengan makanan dan tak bersepah akhirnya anak tak pandai gunakan tangan untuk menyuap makanan lebih sedih tak tahu fungsi tangan untuk menyuap makanan memegang sudu kerana terbiasa makan ber...
Noraniza Idris Dah Jadi Nenek Anak Sulung Timang Baby Girl Panggil Umi Tau Tak Nak Nanny La Tua Sungguh Rasanya

Noraniza Idris Dah Jadi Nenek Anak Sulung Timang Baby Girl Panggil Umi Tau Tak Nak Nanny La Tua Sungguh Rasanya

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 477 hits
PENYANYI Noraniza Idris menzahirkan rasa syukur apabila anak sulungnya iaitu Aliff Haiqal sudah menimang cahaya mata perempuan pada Selasa
Kabinet Baru Kerajaan Madani 2026 Senarai Nama Jawatan

Hati Hati Nanti Da Yang Sailang Jadi Wakil Rakyat

Woit Modal Dah Habis Ke

Rm10 Million And Counting Why Papa Zola The Movie Resonates

Seoarang Lelaki Maut Selepas Kereta Yang Dipandu Terbabas Terputus Dua Akibat Rempuh Pokok Sawit Di Felda Jengka 11

Adam Adli Dilantik Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Isu Ptptn Kembali Diperkatakan Teringat Berguling Guling Dulu

Kos Homestay Yang Wajib Anda Ketahui

Daging Cincang Dengan Chives Dan Akhlak Ketika Ditimpa Musibah


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Mengapa Syarikat Packaging Penting Untuk Bisnes Anda Ketahui Kesannya Pada Jualan Jenama

Transformasi Kewangan Peranan Ai Dalam Pengurusan Ringgit

Lelaki Yang Penat Menjadi Pilihan Kedua

Saham Pembuat Cip Ai China Melonjak Cabar Dominasi Nvidia

Penyanyi Malaysia Indonesia Bergabung Gegar Stadium Merdeka Januari Ini

Empat Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini