Susah Sangat Nak Sendawakan Bayi Fokuskan Pada Bahagian Kiri Belakang Badan Bayi Antara Petuanya


Selalu kalau selepas menyusukan si manja, ibu ada cuba sendawakan bayi tak? Jika tidak, ini cara mudah sendawakan bayi yang boleh dicuba. Percayalah, pasti mereka takkan meragam.

Ketahui cara mudah sendawakan bayi  Bahagian penting dalam sesi penyusuan adalah untuk membuatkan bayi sendawa.
Ini kerana ia bantu menyingkirkan sebahagian udara yang cenderung tertelan oleh bayi semasa menyusu.
Bayi yang tidak disendawakan dan menelan udara terlalu banyak sering kali akan terjeluak atau memuntahkan kembali susu.
Mereka juga sering meragam disebabkan ketidakselesaan yang dialami kesan kembung perut dan berangin.
Sebab itulah penting untuk ibu ayah mengetahui cara mudah sendawakan bayi.
Bayi perlu disendawakan Sendawa adalah penting untuk dilakukan kepada bayi tidak kira pada siang atau malam hari.
Adakalanya si manja mungkin terlelap ketika penyusuan, namun itu bukan bermakna anda tidak perlu sendawakan mereka.
Bayi yang sudah dibantu untuk bersendawa dikatakan akan mendapat tidur dengan lebih lena.
Tidak dinafikan, apabila si kecil tertidur semasa menyusu, ibu akan berasa serba salah.
Risau seandainya pergerakan ketika cuba menyendawakan bayi akan membuatkan mereka terjaga, betul tak?
Walau apa pun, ibu masih perlu mencuba cara sendawakan bayi selepas menyusu selama beberapa minit sebelum meletakkan mereka kembali ke tempat pembaringan.
Jika tidak, akan ada kemungkinan untuk mereka terjaga kerana rasa sakit disebabkan gas yang terperangkap.
Sememangnya ada bayi yang tidak bersendawa, tidak kira sama ada dengan sendiri atau melalui bantuan anda.
Seandainya, si manja berada dalam kelompok yang perlu disendawakan, ada pelbagai cara mudah sendawakan bayi yang boleh anda cuba walaupun ketika mereka sedang tidur.
Langkah demi langkah cara mudah sendawakan bayi selepas menyusu Berikut beberapa petua untuk membantu anda sendawakan bayi dengan jayanya:
Lindungi pakaian anda dengan meletakkan kain sebagai pelapik antara pakaian dan mulut bayi Pastikan anda sentiasa menyediakan bekalan untuk pakaian, napkin bayi dan bib sekiranya si manja terjeluak Kebanyakan bayi dapat disendawakan melalui tepukan atau gosokan lembut. Namun ada juga si manja yang mungkin memerlukan sentuhan yang lebih kuat sedikit untuk bersendawa Fokuskan pada bahagian kiri belakang badan, yang merupakan posisi perut si kecil
Posisi terbaik  Terdapat 3 cara sendawakan bayi selepas menyusu yang paling asas, iaitu:
Di bahu Dibaringkan pada pangkuan Duduk Untuk mengetahui posisi terbaik dan berkesan bagi si manja, anda perlu mencuba ketiga-tiga kedudukan ini terlebih dahulu.
1. Di bahu  Sandarkan bayi pada bahu anda.
Letakkan sebelah tangan pada bahagian punggung si kecil sebagai sokongan untuk tubuh mereka.
Kemudian, lakukan tepukan atau gosok secara perlahan di bahagian belakang tubuh mereka dengan tapak tangan sebelah lagi.
Cara mudah sendawakan bayi: 2. Baringkan bayi pada paha Baringkan bayi secara meniarap pada pangkuan paha anda – perut si manja berada di sebelah kaki, manakala bahagian kepalanya di bahagian kaki lain.
Angkat sikit bahagian dada dan letakkan sebelah tangan anda untuk menyokong dan memegangnya dengan selamat.
Dengan sebelah tangan yang lain, lakukan gosokan atau tepuk perlahan belakang badan bayi sehingga mereka bersendawa.
3. Posisi duduk Pegang bayi seperti dalam kedudukan duduk di atas pangkuan paha anda. Bongkokkan tubuh bayi sedikit ke hadapan.
Berikan sokongan pada kepada dan dada mereka menggunakan sebelah tangan anda.
Sebelah tangan lain pula, berikan tepukan atau gosok secara perlahan belakang badan si manja.
4. Sambil berjalan Posisi ini hanya disarankan untuk dilakukan kepada bayi yang sudah mampu mengawal kepala mereka sendiri.
Anda boleh mendukung bayi pada bahagian dada dan biarkan muka si manja menghadap ke luar.
Pastikan sebelah tangan anda memberikan sokongan pada bahagian bawah badan mereka.
Letakkan sebelah tangan lain pada bahagian bawah perutnya untuk memberikan tekanan ringan.
Cara mudah sendawakan bayi tidur Dengan cara pegangan dan latihan yang betul, tip untuk membuatkan bayi sendawa di bawah pasti boleh membuatkan mereka mengeluarkan gas:
#Disandarkan di atas bahu Merupakan kedudukan yang paling mudah jika ingin membantu bayi mengeluarkan gas ketika tidur tanpa membangunkan mereka.
Letakkan mereka di bahu dan pegang bahagian bawah badan dengan selesa semasa anda menepuk atau menggosok belakang badan si manja
Jangan terlalu kuat, okay? Atau padahnya si kecil akan terjaga!
#Sandarkan pada dada Sama seperti kedudukan di atas, cuma bezanya bayi berada pada bahagian dada anda.
Posisi ini mungkin lebih selesa jika anda sedang duduk di atas sofa.
Bayi akan membengkokkan kakinya seakan posisi katak – ia sekali gus membantu mengeluarkan lebih banyak gas.
Jika perlu, gosokan secara perlahan bahagian belakang si manja.
#Di pangkuan anda Dengan perlahan-lahan, letakkan bayi seperti posisi berbaring di pangkuan anda untuk membuatnya bersendawa.
Tetapi anda harus ketahui, dalam posisi ini, si manja mungkin akan lebih cenderung mengalami muntah susu.
#Pada lengan Cara ini mungkin janggal, khususnya bagi mereka yang pertama kali bergelar ibu bapa.
Tetapi cara sendawakan bayi selepas menyusu ini adalah teknik terbaik untuk bayi baru lahir atau si manja yang bersaiz kecil kerana tubuh mereka dapat muat dengan sebaiknya pada lengan anda.
Pastikan kepala bayi berada pada bahagian sudut siku. Tepuk atau gosok perlahan belakang badan si manja sehingga mereka mengeluarkan gas.
Bayi tidak sendawa? Ada sesetengah bayi tidak menelan udara dalam kuantiti yang banyak, jadi mereka mungkin tidak akan sendawa dengan kerap.

Bagi bayi lain pula, mereka mungkin mengeluarkan gas dengan sebaiknya, jadi tidak perlu bersendawa.
Sekiranya si manja anda tidak terganggu dengan masalah perut kembung atau berangin, jadi tiada apa yang perlu dibimbangkan.
Kredit: Hello Doktor

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Susah Sangat Nak Sendawakan Bayi? Fokuskan Pada Bahagian Kiri Belakang Badan Bayi Antara Petuanya appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/susah-sangat-nak-sendawakan-bayi-fokuskan-pada-bahagian-kiri-belakang-badan-bayi-antara-petuanya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Susah Sangat Nak Ajar Anak Minum Air Kosong Bibir Teruk Menggelupas Ini Tipnya

Susah Sangat Nak Ajar Anak Minum Air Kosong Bibir Teruk Menggelupas Ini Tipnya

papar berkaitan - pada 23/3/2021 - jumlah : 289 hits
Berbanding air kosong air manis buat anak lebih tertarik Namun bila diberikan air kosong anak mula liat dan menolak untuk minum Akibatnya jumlah air dalam badan yang sepatutnya diambil anak tidak mencukupi Mulalah bibir menggelupas teruk da...
Bayi Besar Susah Nak Bersalin Bayi Kecil Mudah Bersalin Benar Ke

Bayi Besar Susah Nak Bersalin Bayi Kecil Mudah Bersalin Benar Ke

papar berkaitan - pada 27/3/2021 - jumlah : 239 hits
Ada sesetengah orang kata bahawa saiz perut yang kecil adalah petunjuk kepada proses bersalin yang mudah Bagaimana pula dengan perut bersaiz besar Adakah ia mitos Bermula dari saat perut mula kelihatan pasti anda perasan ada mata mata yang ...
Ambil Toys Letak Pasir Latih Anak Ikut Arahan 2 Bahagian Antara Tip Stimulasi Bahasa Anak

Ambil Toys Letak Pasir Latih Anak Ikut Arahan 2 Bahagian Antara Tip Stimulasi Bahasa Anak

papar berkaitan - pada 22/3/2021 - jumlah : 226 hits
Anak dah masuk 1 tahun tapi masih belum boleh bercakap tiada perkataan yang keluar dari mulut si comel Patut ke mama risau Apa yang boleh mama lakukan untuk membantu si comel Ada beberapa tip yang dikongsi oleh Aishah Kassim Academy Pakar P...
Penipu Juga Nak Lebai Tak Leh Caya Sangat

Penipu Juga Nak Lebai Tak Leh Caya Sangat

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 322 hits
AHMAD SHAHRIL SHAHRILKantoi dah pergi Langkawi bukan atas lawatan kerja tapi lawatan dikerjakan tiada pun outlet baru akan di buka di langkawi nak tanya PU tak berdosa ke menipu ops silap silap lawatan untuk makan angin dan sorga dunia
5512 Dah Kenapa Sibuk Sangat Nak Guna Nama Allah Tv Ppim 25 03 2021

5512 Dah Kenapa Sibuk Sangat Nak Guna Nama Allah Tv Ppim 25 03 2021

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 373 hits
Mengejutkan Penganut agama lain kini dah boleh gunakan nama Allah dalam penerbitan kononnya untuk tujuan pendidikan Satu Malaysia gempar dan bengang dengan tindakan pihak bertanggungjawab yang seolah olah mencemarkan kesucian kalimah Allah ...
Bersalin Kali Ni Sangat Lancar Selamat Lahirkan Bayi Perempuan Azrinaz Luah Rasa Syukur

Bersalin Kali Ni Sangat Lancar Selamat Lahirkan Bayi Perempuan Azrinaz Luah Rasa Syukur

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 371 hits
Tahniah diucapkan buat personaliti televisyen Azrinaz Mazhar Hakim yang selamat menimang bayi perempuan pada Jumaat lalu Semalam menerusi Instagramnya Azrinaz menyampaikan khabar gembira itu pada seluruh pengikutnya Malah ibu cantik ini jug...
Nak Sangat Famous Kan Kan Dah Kena Saman Instafamous Disaman Jpj Selepas Pamer Kecekapan Tunggang Rx Z

Nak Sangat Famous Kan Kan Dah Kena Saman Instafamous Disaman Jpj Selepas Pamer Kecekapan Tunggang Rx Z

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 531 hits
The ReporterGara gara memuat naik video kecekapan menunggang motosikal Yamaha RX Z tanpa memakai topi keledar di Instagram seorang wanita dikenakan saman oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Terengganu Pengarah JPJ Terengganu Zulkarnain Yasin be...
Bayi Masih Tak Nak Keluar Walaupun Sudah Diazan Dan Guna Pelbagai Ikhtiar Akhir Sekali Terbongkar Punca Jadi Macam Tu

Bayi Masih Tak Nak Keluar Walaupun Sudah Diazan Dan Guna Pelbagai Ikhtiar Akhir Sekali Terbongkar Punca Jadi Macam Tu

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 275 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Saya di sini ingin berkongsikan serba sedikit pengalaman saya untuk dijadikan pengajaran semua Tanpa menunggu masa yang lama ayuh ikuti perjalanan hidup saya
Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Celebrate Love At Pavilion Hotel Kuala Lumpur

Akmal Must Reflect On Why Non Malays Dislike Him Says Mca Veep

Nasi Briyani Adabi

Free Sample Libresse Knowyourv


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Day Trip Ke Pantai Teluk Cempedak Dan Menara 118 Kuantan Pahang

Perry Feat Zee Avi Romantisa Chord

Melihat Gunung Kinabalu Dari Daradaat View

Kejadian Ikut Hukum Alam

Pengambilan Jawatan Ppj Februari 2025

Waktu Solat Bandar Baharu Kulim Kedah 03 02 2025