Zulin Aziz Akui Sangat Cintakan Buah Hati Dedah Sejak Bila Sudah Kenal
Sejak beberapa hari kebelakangan ini, nama Zulin Aziz kembali menjadi sebutan setelah dia memuat naik gambar bersama seorang jejaka dikenali sebagai Farhan Norzain di Instagramnya.
Walaupun ramai yang menyangka perkongsian gambar tersebut sebagai gimik bagi mempromosikan klip video lagu atau iklan produk, namun pelakon wanita itu telah menyatakan hal sebenar mengenai hubungan antara mereka.
Bukan pelakon MV atau produkDalam muat naik terbarunya, Zulin menafikan bahawa jejaka tersebut sebagai seorang pelakon untuk projek seninya atau perniagaan yang diusahakan tetapi merupakan individu yang sedang rapat dengannya saat ini.
“Aduh nak tergelak baca komen-komen. Dia bukan pelakon dalam MV. Bukan juga pelakon utk promo bisnes saya,” -tulis Zulin
“Dia ada sejak saya berisi”Dia yang memanggil Farhan Norzain dengan panggilan mesra ‘B’ itu turut memaklumkan sudah lama berkenalan sejak dari dirinya berbadan besar lagi.
Zulin juga sempat meluahkan rasa cintanya kepada jejaka tersebut diikuti dengan memohon doa daripada warganet supaya hubungan mereka dipermudahkan.
“Doa yang baik2,inshaAllah. Kami sedang usaha cari rezeki sama2. Semua ada impian dan cita-cita.”“Dia dengan saya masa saya berisi lagi. Takde istilah dah kurus baru nak ada marka.. dia selalu support apa saja yg saya buat termasuklah nak meniaga ni. Love you b,” –tambahnya.
Dalam pada itu, pelakon tersebut juga memohon maaf kepada rakan-rakan media kerana niatnya bukan mahu mengelak ditanya perihal hubungan cinta, namun cuma mahu menyimpannya sahaja buat masa ini.
Kami sentiasa doakanSehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata rakan artis dan juga peminatnya menzahirkan rasa gembira andai Zulin sudah bertemu pasangan yang serasi dengannya dan mendoakan agar hubungan mereka berkekalan ke fasa yang lebih serius.
Cepat2 naik pelamin Zulin
Harap urusan dipermudahkan
Semoga yang baik2 sahaja
Zulin Aziz Kongsi Rahsianya Hilang Berat Badan 12 kg Hanya Dalam Masa 2 Bulan. Woww!
Baru-baru ini pelakon, Zulin Aziz memuat naik gambar perbezaan bentuk badannya di instagram. Memang terbukti nampak perbezaannya. Dulu gemuk, tapi sekarang Zulin nampak lebih langsing dan cantik. Memang Zulin akui yang dia bersungguh-sungguh menguruskan badan sebab hendak mendirikan rumahtangga. Namun pelamin angannya musnah kerana tidak jadi berkahwin.
Pun begitu ada hikmah di sebaliknya apabila kini Zulin tampil lebih cantik dan menawan. Ketika menghubungi Zulin untuk mengetahui rahsia badannya kini lebih kurus, ini rahsianya:
Hilang 12 kg dalam tempoh dua bulan ialah satu kejayaan besar. Mengakui bukan mudah untuk berbuat demikian namun Zulin percaya semuanya boleh jika impian itu sudah terpahat dalam diri.
“Saya bermula dengan berat 82 kg. Selepas amalkan diet, berat saya tinggal 70 kg. Tak ada jalan singkat nak kurus. Saya amalkan rutin aktiviti fizikal di gimnasium.”
Menurut Zulin, dia pergi ke gimnasium sebanyak 4 kali seminggu. Latihan work out biasa dan juga muay tai atau boxing. Latihan ini diajarkan oleh jurulatih bertauliah di gimnasium.
“Kalau sibuk dengan shooting, saya tetap cari ruang untuk pergi ke gimnasium. Kalau tak dapat langsung pun, sekurang-kurangnya sekali seminggu. Kena pergi.”
Kurangkan gula
Menurut Zulin, perkara yang ditekankan oleh jurulatihnya ialah pengambilan gula. Ini kerana gula mudah buat seseorang itu jadi gemuk.
“Memang tak ambil gula langsung. Kena biasakan diri. Ketika awal-awal diet memang saya disiplin bab gula ni. Namun selepas dah semakin turun, jurulatih bagi ambil sikit. Dah terbiasa tak ambil gula, jadi tak ada rasa nak ambil pun.”
Pentingnya diet dipantau jurulatih
Ada yang suka diet secara bersendirian. Ada juga yang suka diet bersama rakan-rakan. Namun Zulin memilih diet dipantau oleh jurulatih kecergasan yang turut memantau dietnya.
“Apabila ada trainner, ada orang yang ingatkan kita mengenai diet. Ada yang memantau. Kalau tanpa trainner, kena ingatkan diri sendiri. Kalau saya, nak ingatkan diri sendiri mengenai misi diet ni memang tak jalan. Jadi, saya pilih ada trainner untuk jadi lebih disiplin.
Jurulatih bukanlah terlalu bertegas. Ada cheat day yang saya dibenarkan untuk makan apa yang saya nak makan. Tapi bila dah terbiasa dengan pemakanan yang disuruh oleh trainner, pada hari cheat day pun kita dah tak nak makan sangat.”
Wow..Kagum sungguh dengan Zulin yang bersemangat bukan sekadar dapat badan lawa tetapi tubuh badan juga sihat. Semoga Zulin bertemu jodoh yang lagi baik buatnya. Pakat share artikel ini sekiranya ia bermanfaat buat anda. Byee.
Sumber: Zulin Aziz
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : https://ift.tt/3rkSwZ0
Sumber: Sinar Viral
Booking Bilik Hotel Dengan Harga Yang 23% Lebih Rendah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://thetrendingnow.blogspot.com/2021/03/zulin-aziz-akui-sangat-cintakan-buah.html