Selepas Veveonah Ramai Kongsi Kesukaran Akses Internet Di Pedalaman


MALAYSIAKINI
Sejak tular video seorang pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) Veveonah Mosibin memanjat pokok bagi mendapatkan capaian internet, semakin ramai tampil berkongsikan keadaan serupa di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak.
Kali ini melibatkan seorang pelajar tahun akhir Universiti Pendidikan Sultan Idris dari Sarawak yang dikenali sebagai Rose ED.
Dalam catatan di Facebooknya, Rose juga berdepan cabaran sama apabila terpaksa berkelambu dalam hutan bagi mendapatkan capaian internet demi membuat pembentangan tugasan.
"Setelah melihat video viral budak Sabah (Veveonah) hari itu, hari ini saya terfikir mahu guna idea beliau dengan menggunakan kelambu bagi mencegah nyamuk.
"Hari ini (Rabu) 24 Jun 2020, selesai sudah presentation berkumpulan atas talian melalui sistem MyGuru.
"Sepatutnya presentation ini sudah selesai pada minggu lepas tetapi terpaksa ditunda kerana diri ini gagal untuk menghadirkan diri ekoran daripada capaian internet yang sangat lemah di kawasan pedalaman," katanya.
Menurut gadis yang berasal dari daerah Pakan, Sarawak itu, capaian internet di kawasan yang menjadi lokasi keluarganya menoreh getah itu lebih baik berbanding di kawasan rumah panjang yang dihuni mereka.
"Kawasan kampung kami tidak mempunyai capaian internet tetapi terdapat juga beberapa kawasan di sekitar kampung yang dapat dikunjungi bagi mendapatkan akses internet seperti di kawasan berbukit, kawasan ladang sawit dan lain-lain.
"Namun, kawasan ini tak sesuai untuk dikunjungi setiap hari memandangkan saya sendiri mempunyai jadual kelas yang padat, kecuali pada Selasa dan Ahad," katanya.
Kata Rose, dia juga memilih kawasan hutan tersebut kerana berhampiran dengan kebun bapanya selain boleh membaiki pondok di kebun itu untuk kegunaan kelas ‘online’ pada masa hadapan.
"Untuk pengetahuan saudara saudari, kampung kami tidaklah jauh mana dari kawasan Pekan Pakan. Namun, perlu kita fikir di sini bahawa untuk pergi ke pekan memerlukan kos dan kenderaan yang baik untuk ulang alik setiap hari.
"Saya orang kurang berkemampuan jadi saya tidak mampu untuk pergi ke pekan hari-hari, tambahan pula keadaan cuaca yang kerap hujan," katanya.
Tambah Rose, dia amat memerlukan capaian internet yang baik bagi mendapatkan maklumat berkaitan sesi pembelajaran melalui sistem universiti apatah lagi perlu menjayakan projek sebagai pelajar tahun akhir.
"Sebagai seorang pelajar tahun akhir, saya sangat memerlukan capaian internet yang bagus untuk akses maklumat projek tahun akhir (FYP).
"Segala sistem MyGuru, MyUpsi Portal dan Pustaka UPSI langsung tak dapat dicapai. Saya berharap coretan ini dapat sampai kepada pihak-pihak tertentu bagi memudahkan urusan pelajar yang betul-betul memerlukan capaian internet yang bagus," tambahnya.
Catatan Rose itu turut disertakan bersama gambar dia berkelambu dalam hutan dan mendapat perkongsian lebih 4,500 di Facebook dan 9,100 tanda suka.
'Hanya ingin buka mata kerajaan negeri'
Sementara itu, dalam perkongsian hari ini, Rose menegaskan hantarannya mengenai capaian internet itu bukan bermaksud untuk mempolitikkan hal tersebut.
Sebaliknya, kata Rose ia hanya bertujuan membuka mata pihak kerajaan negeri Sarawak berhubung kekurangan kemudahan internet di kawasan terbabit.
"Tuan-tuan dan puan-puan, pihak UPSI sememangnya menjaga kebajikan para pelajarnya kerana bagi pelajar yang mengalami gangguan internet masih boleh memperolehi nota yang dihantar melalui pos.
"Namun, berkaitan hantaran saya di Facebook (semalam) hanyalah untuk membuka mata pihak kerajaan negeri untuk mengambil tindakan sewajarnya sampai bila kawasan pedalaman ini harus dibiarkan seperti ini.
"Saya banyak kali berfikir nak tulis apa, risau ada pihak yang terguris hati. Dengan rasa rendah hati, saya memohon maaf sekiranya saya ada terkasar bahasa," katanya.
Satu lagi perkongsian adalah daripada ibu kepada pelajar sekolah di Pekan Pakan, Sarawak yang menggunakan nama Sadiah Ddarel dan berharap luahannya dapat membuka mata banyak pihak.
Dalam perkongsian tersebut, Sadiah Ddarel memuat naik keadaan anak serta orang ramai yang terpaksa ‘berkelah’ di kawasan yang mempunyai capaian internet demi menyiapkan tugasan dan berhubung dengan dunia luar.
"Kalau pelajar Sabah berkelambu dapat buka mata, apa bezanya kami di pedalaman yang tidak jauh dari Pekan Pakan?" soalnya.
"Saya harap niat baik saya tidak mendapat kecaman pihak yang tidak prihatin terhadap kesusahan orang lain tapi dapat memberi manfaat kepada penduduk kami di kawasan Julau Ulu, Kota. Kami sudah mendapat elektrik 24 jam tetapi perlu naik ke tempat berbukit mencari capaian internet," katanya.
Berdepan risiko diserang haiwan liar
Menurut Sadiah, kawasan yang masih menggunakan laluan tanah merah itu membuatkan capaian internet agak susah diperoleh.
Oleh demikian, mereka terpaksa berkumpul di kawasan ‘spot’ yang mempunyai capaian lebih baik.
Menurut Sadiah lagi, mereka hanya berbekalkan bekas telur yang dibakar untuk menghalau nyamuk dan serangga serta berdepan risiko diserang haiwan liar.
Malah dia juga menceritakan kisah anaknya yang pernah dibelit ular di kaki semasa sedang meniarap melakukan tugasan.
Pada gambar yang dikongsikan Sadiah dapat dilihat ramai penduduk duduk dalam semak bagi mendapatkan capaian internet terutamanya para pelajar yang masih perlu menyiapkan tugasan di sekolah mahupun universiti yang diberikan.
Muat naik yang dibuat oleh Sadiah Ddarrel itu mendapat lebih 5.2 ribu tanda suka dan 5.1 ribu perkongsian di Facebook.
Sementara itu, isu sama turut dikongsi seorang lagi pengguna Facebook yang menggunakan nama Lunzxai Lunzxai.
Menurut pemuda dari Saban Sungai Ipoh, Pakan, Sarawak itu, dia kini menyediakan perkhidmatan pengangkutan untuk pelajar di kampungnya untuk keluar dari kawasan perkampungan bagi mendapatkan akses internet.
"Demi anak-anak, demi masa depan. Bukan mudah mencari kesenangan hidup dan ilmu. Kami anak pedalaman, Rumah Panjang Saban, Sungai Ipoh mencari capaian internet untuk belajar, bersekolah di hutan dan saya menyediakan pengangkutan," katanya yang turut berkongsi beberapa keping gambar mereka di kawasan berbukit dan hutan kelapa sawit.
Malaysiakini dalam usaha menghubungi mereka bagi perkongsian lanjut.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/06/selepas-veveonah-ramai-kongsi-kesukaran.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Bapa Berkorban Sediakan Akses Internet

Ibu Bapa Berkorban Sediakan Akses Internet

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 241 hits
BERMULA semalam semua sekolah mula beroperasi membabitkan kelas peperiksaan seperti Sijil Pelajaran Malaysia Sijil Vokasional Malaysia Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia dan Sijil Tinggi Agama Malaysia Bagi pelajar selain kela
Adik Kongsi Kisah Abang Dijemput Ajal Selang Sejam Selepas Kebumikan Ibu

Adik Kongsi Kisah Abang Dijemput Ajal Selang Sejam Selepas Kebumikan Ibu

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 326 hits
Ajal dan maut itu merupakan rahsia Allah S W T Tiada siapa yang dapat menghalang andai kematian itu nbsp tiba Namun sebagai manusia biasa kita seharusnya redha dengan ketentuan tersebut kerana itu semua adalah takdir daripada Maha Kuasa Seh...
Postpartum Fever Atau Demam Selepas Melahirkan Anak Bahayakah Pada Ibu Doktor Kongsi Punca Penyebab

Postpartum Fever Atau Demam Selepas Melahirkan Anak Bahayakah Pada Ibu Doktor Kongsi Punca Penyebab

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 308 hits
Wanita melalui proses kelahiran perlulah mempunyai rehat dan menjaga kesihatan dengan baik sepanjang tempoh berpantang Ini penting supaya ibu tidak dijangkiti demam dan tidak memudaratkan pada anak yang baru dilahirkan Namun bagi ibu ibu ya...
Lahirkan Bayi 4 5kg Tanpa Koyakan Ibu Kongsi Tip Yang Dibuat Seawal 34 Minggu

Lahirkan Bayi 4 5kg Tanpa Koyakan Ibu Kongsi Tip Yang Dibuat Seawal 34 Minggu

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 483 hits
Pengalaman mengandung dan melahirkan anak tak sama buat setiap ibu Ada yang mudah dan ada yang terpaksa berulang alik ke klinik atau hospital sehinggalah waktu nak bersalin kerana ada masalah kesihatan tertentu Orang kata ni semua rezeki ib...
Uncle Kentang Kongsi Kisah Ajaib Wanita Peroleh Bantuan Kewangan Untuk Kos Pembedahan Suami

Uncle Kentang Kongsi Kisah Ajaib Wanita Peroleh Bantuan Kewangan Untuk Kos Pembedahan Suami

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 345 hits
Dari kata kata yang terlafaz di mulut hinggalah bisikan di dalam hati tiada apa yang tersembunyi dari pengetahuan Allah SWT Baru baru ini atau nama sebenarnya Kuan Chee Heng berkongsi kisah ajaib di mana seorang wanita menerima bantuan seca...
Penyebar Berita Palsu Adalah Pembohong Kerana Bersubahat Fikir Dan Fahami Sebelum Kongsi

Penyebar Berita Palsu Adalah Pembohong Kerana Bersubahat Fikir Dan Fahami Sebelum Kongsi

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 514 hits
Fitnah serta melagakan lagakan orang adalah penyakit yang cukup berat kerana ia termasuk dalam kategori dosa besar dan ijmak ulama mengatakan penyakit itu haram berdasarkan dalil di dalam al Quran Dan janganlah engkau menurut kemahuan orang...
Kongsi Pengalaman Dikafankan Adam Corrie Rasa Seperti Dijemput Malaikat Maut

Kongsi Pengalaman Dikafankan Adam Corrie Rasa Seperti Dijemput Malaikat Maut

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 383 hits
Adam Corrie yang telah lama memeluk Islam sebelum ini telah tampil berkongsi pengalaman dikafankan sebelum waktunya Menurut pelakon ini ianya sangat mengerikan dan juga menginsafkan buat mereka yang berpeluang merasai pengalaman ini Walaupu...
Lama Sorok Byul Dedah Sebab Kenapa Dia Haha Buat Keputusan Untuk Kongsi Gambar Anak

Lama Sorok Byul Dedah Sebab Kenapa Dia Haha Buat Keputusan Untuk Kongsi Gambar Anak

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 326 hits
Biasanya selebriti Korea lebih senang menyorokkan identiti anak anak mereka bagi mengelak daripada menjadi perhatian umum secara tak langsung membantu mereka untuk membesar dengan tenang Sama juga dengan ahli Running Man Haha dan isterinya ...
Lebih 8k Shares Wanita Ini Kongsi Resepi Donat Paling Gebu Mudah Guna 4 Bahan Je

Lebih 8k Shares Wanita Ini Kongsi Resepi Donat Paling Gebu Mudah Guna 4 Bahan Je

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 684 hits
Donat sememangnya snek kegemaran ramai kerana teksturnya yang gebu dan lembut Image via Tetapi untuk menghasilkan donat yang gebu gebas anda biasanya memerlukan jangka masa yang lama kerana adunan donat perlu direhatkan Memang agak susah le...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Lirik Lagu Hati Meraung Danial Ismail

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Zikir Inna Fatahna Laka Fathan Mubina Tanda Kemenangan Islam

Funtasi Land Waktu Operasi Harga Tiket Aktiviti Menarik

Layan Madu Sesekali

Menu Lunch By Adik Bongsu

Due Diligence Penting Banget Buat Generasi Milenial Dan Gen Z Yang Mau Jadi Smart Investor

Comel Mengadu Berpeluk Lama Peminat Teruja Lihat Keintiman Song Jihyo Lee Dongwook