Uncle Kentang Kongsi Kisah Ajaib Wanita Peroleh Bantuan Kewangan Untuk Kos Pembedahan Suami


Dari kata-kata yang terlafaz di mulut hinggalah bisikan di dalam hati, tiada apa yang tersembunyi dari pengetahuan Allah SWT.
Baru-baru ini, Uncle Kentang atau nama sebenarnya Kuan Chee Heng berkongsi kisah ‘ajaib’ di mana seorang wanita menerima bantuan secara tidak disangka-sangka kerana tawakal.
Katanya, wanita itu memerlukan wang segera untuk pembedahan suaminya yang lumpuh. Dia telah bertemu Uncle untuk meminta bantuan bagi mencari jalan untuk mendapatkan dana RM5,000.
Biarpun belum mempunyai penyelesaian, Uncle Kentang berpesan kepada wanita itu agar terus redha, tawakal dan yakin kepada Allah.
Mari baca perkongsian beliau di bawah.
Allah Maha Mendengar. Allah intip perbualan kami. Perlu baca dan yakin. Pagi-pagi perempuan di sebelah kanan menangis dekat saya sebelum melawat suami di Hospital Kuala Lumpur. Dia tidak tahu apa hendak dimaklumkan pada suaminya. Kerana doktor baru beritahu kepada dia, dia perlu ada RM 5,000 tunai untuk buat pembedahan terhadap suaminya yang lumpuh.
Dia tak tahu apa nak cakap dengan suami. Dengan keadaan sedih, dia menangis dan meminta saya cari jalan untuk dapatkan RM 5,000.
Saya mintak dia ke unit sosial dan juga Lembaga Zakat. Dia kata hari ini sudah Rabu. Ambil borang nak cari Nazir masjid dan kena buat temu janji dengan Nazir kerana Nazir selalu orang yang amat sibuk. Entah bila boleh dapat cop Nazir masjid kawasan.
Nanti nak submit ke Zakat entah bila boleh lulus. Pasal pembedahan suami lagi 5 hari. Memang tak sempat Zakat nak lulus.
Dia menangis teresak esak. Di mana nak cari RM 5,000. Saya nak beritahu Mr Kuan, anak saya dapat masuk U pun kami tolak kerana tak ada duit. Saya hanya buat kuih. Suami dulu bawa Grab kini terlantar empat bulan di hospital.
Anak-anak semua masih sekolah. Saya mohon pada Mr Kuan.
Saya hanya mampu bercakap, “Puan redha dan bertawakal serta yakin.. Puan jangan nangis.. Puan tolong senyum dan jumpa suami. Puan beritahu dia kamu telah telefon uncle Kentang (suaminya mengunakan ambulan kami).
“Kamu doa kepada Allah. Saya yakin semua akan dapat diselesaikan.
“Tuhan tidak membebankan kamu lebih dari apa kamu mampu tanggung.” Ayat ini mungkin boleh meyejukkan hatinya. Semua saya akan cuba urus. (walaupun saya pun belum ada jawapan masa itu, saya cuba menyakinkan dan menenangkan beliau, terbayang aku nak ke Zakat Selangor untuk utarakan perkara ini).
Saya mahu Puan bersabar dan yakin. Selepas itu, saya pun dengar dia cakap Alhamdullilah. Dan saya kata apa-apa Puan isi borang dulu, fotostat borang itu dan hantar pada saya agar saya ada salinan permohonan untuk jumpa Zakat. Dan perbualan kami berakhir dengan saya menunggu borang beliau.
Sedang saya temubual dengan Astro di kedai kopi Sam Caffe, ada mesej masuk daripada rakan kongsi saya Serena.
Beliau maklum Lembaga Zakat Selangor nak bercakap dengan saya.
MasyaAllah.. Serupa Tuhan sedang intip perbualan telefon sebentar tadi. Pegawai Zakat nak bercakap dengan saya. Sepatutnya niat saya memang nak ke Zakat bantu wanita Melayu tadi percepatkan permohonan RM 5,000 tersebut.
Baca sampai habislah.. Jangan letih membaca.. Baca terus ada hikmahnya..
Tapi Tuhan permudahkan saya dan datang panggilan dari pengurusan tertinggi Zakat. Nak bercakap dengan saya. Hati saya girang sangat kerana Tuhan sudah permudahkan saya.
Saya pun berterus dengan temubual. Dan jam 11.00 pergi bank dan ambil duit tunai bayar ambulan.
Selepas saya ambil duit, saya pun telefon pegawai Zakat. Beliau ramah, berbudi bahasa dan mohon saya berjumpa sekiranya saya ada masa.
Saya kata ok je kerana memang saya nak kenal lebih pegawai Zakat. Saya tahu saya tak boleh minta. Saya tak layak pasal bank saya ada sikit wang. Tetapi saya minta dan permudahkan orang lain.
Tepat jam 12.00 pm, wanita Melayu yang menangis pagi tadi sampai ke Zakat untuk ambil borang. Saya maklum pada beliau suruh jumpa dengan pegawai Zakat yang saya bercakap tadi.
Dan sini kuasa ajaib Tuhan berlaku. Kerana aku suruh dia yakin 1) Zakat luluskan RM 5,000 untuk kos perubatan. Akan isu GL kepada hospital.
2) Bantuan sewa rumah RM 800 sebulan.
3) bantuan kewangan bulanan.
4) Bantuan makanan bulanan
5) Bantuan anak masuk Universiti
6) Bantuan pelbagai.
Perempuan Melayu tersebut terkejut. Dia hanya datang minta RM 5000 untuk kos pembedahan suami.
Tetapi atas keprihatinan pegawai Zakat Selangor, dia diberi kelulusan dan dicadangkan bantuan pelbagai.
Ini lah mujarab bila kita yakin. Kita harus sabar dan tabah. Segala ujian ada hikmah nya.
Yang bestnya, wanita Melayu ini sangat beradab dan mulia.
Dia bawa semua anaknya untuk jumpa saya dan ucap terima kasih kerana beban dapat diselesaikan.
Saya hanya mampu mengucap kesyukuran dan berterima kasih kepada Lembaga Zakat Selangor dan Tuhan.
Tatkala kita permudahkan orang, Tuhan pasti mempermudahkan kita. Maaf tulisan yang panjang. Saya sendiri terharu kerana Tuhan intip perbualan kami dan permudahkan kami semua.
Uncle kentang
25/6/2020
Sumber: Uncle Kentang
The post “Uncle Kentang Kongsi Kisah ‘Ajaib’ Wanita Peroleh Bantuan Kewangan Untuk Kos Pembedahan Suami appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/06/25/uncle-kentang-kongsi-kisah-ajaib-wanita-peroleh-bantuan-kewangan-untuk-kos-pembedahan-suami/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Duit Disalahguna Uncle Kentang Nekad Tak Beri Bantuan Cash Dekat Orang Susah

Duit Disalahguna Uncle Kentang Nekad Tak Beri Bantuan Cash Dekat Orang Susah

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 380 hits
Tindakan Kuan Chee Heng atau Uncle Kentang yang sering menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan sering mendapat pujian dan menjadi inspirasi buat ramai orang Walau bagaimanapun masih ada individu yang tidak bertanggungjawab mengam...
Malu Hilang Keyakinan Diri 3 Wanita Ini Kongsi Kisah Duka Pernah Derita Masalah Kulit

Malu Hilang Keyakinan Diri 3 Wanita Ini Kongsi Kisah Duka Pernah Derita Masalah Kulit

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 499 hits
Kadang kadang menangis sendirian kerana tertekan small Cover image via Google span span small i Artikel ini ditaja oleh Koolit i p Jangan dibuat main dengan masalah kulit Bagi orang normal mungkin anda rasa tak ada apa sangat perlu dirisauk...
Hidap Sindrom Jarang Ditemui Adik Firha Perlu Bantuan Pembedahan Rm46 800

Hidap Sindrom Jarang Ditemui Adik Firha Perlu Bantuan Pembedahan Rm46 800

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 230 hits
Pengacara dan personaliti TV Ahmad Fedtri Yahya berkongsi sebuah posting di laman Facebook mengenai seorang kanak kanak yang menghidap sindrom Apert Menerusi posting tersebut adik Nur Ardhania Firha memerlukan bantuan kos perubatan RM46 800...
Best Sedap Murah Wanita Kongsi Produk Keluaran Tesco Yang Setaraf Jenama Terkemuka

Best Sedap Murah Wanita Kongsi Produk Keluaran Tesco Yang Setaraf Jenama Terkemuka

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 399 hits
Baik dari segi makanan barangan kegunaan dapur serta tandas sehinggalah ke pakaian dan lampin anak semua pun Tesco ada small Cover image via Twitter haipatenggg span span small Mereka yang selalu singgah ke pasar raya Tesco pasti tahu Tesco...
Dituduh Kahwin Kerana Harta Suami Pula Bermesej Kekasih Lama Wanita Ini Terus Cekal Amp Tabah

Dituduh Kahwin Kerana Harta Suami Pula Bermesej Kekasih Lama Wanita Ini Terus Cekal Amp Tabah

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 356 hits
Siapa yang tak sakit hati bila dituduh kahwin kerana harta terutama bila perkataan itu disebut oleh ibu mentua sendiri Tentunya perasaan sedih dan kecewa akan terus meracun dalam diri Begitulah kisah yang dikongsikan wanita ini apabila suam...
Wanita Ini Kongsi Resepi Burnt Cheesecake Sedap Guna 5 Bahan Je Patutlah Dapat 5k Shares

Wanita Ini Kongsi Resepi Burnt Cheesecake Sedap Guna 5 Bahan Je Patutlah Dapat 5k Shares

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 621 hits
Antara dessert yang trending baru baru ini ialah Basque Burnt Cheesecake ataupun kek keju hangus Image via Jika pergi ke kafe harga untuk sepotong Burnt Cheesecake pasti mahal Tetapi untuk pengetahuan anda resepi ini sangat mudah untuk dise...
Hos Dapur Gas Bocor Wanita Ini Kongsi Kebaikan Ada Pemadam Api Di Rumah

Hos Dapur Gas Bocor Wanita Ini Kongsi Kebaikan Ada Pemadam Api Di Rumah

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 406 hits
Walaupun rumah dianggap sebagai tempat yang paling selamat di dunia tetapi kadang kala aspek keselamatan sentiasa di pandang remeh oleh sesetangah orang Lebih lebih berkaitan bahan api di rumah terutama sekali tong gas yang digunakan pada s...
Sempat Kongsi Foto Anak Di Facebook Suami Isteri Maut Kemalangan

Sempat Kongsi Foto Anak Di Facebook Suami Isteri Maut Kemalangan

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 583 hits
Ajal dan maut ditangan Tuhan baru baru ini dukacita dimaklumkan sepasang suami isteri maut dalam satu kemalangan di Kilometer 34 4 Lebuhraya Shah Alam dari arah USJ ke Klang dekat Subang Jaya semalam Menerusi Harian Metro motorsikal yang di...
Dalam Gelap Pun Boleh Nampak Wanita Ini Kongsi Guna Security Camera Je Pantau Anak

Dalam Gelap Pun Boleh Nampak Wanita Ini Kongsi Guna Security Camera Je Pantau Anak

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 617 hits
Nak buat kerja harian di rumah juga jadi lebih mudah small Cover image via small Seorang wanita yang bergelar suri rumah sepenuh masa pastinya sibuk dalam menguruskan kerja kerja harian di rumah Ini termasuklah memastikan rumah dalam keadaa...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


23 Disember Isnin 10 00 Pagi Dari Pahang Online Maya Penat Ditempat Kerja Rumah Bagaimana

Bodohnya Walaun Derma Duit Kepada Dap Bagi Duit Kat Kapiaq Woiiii

Jadual Cuti Panjang 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun