Penyebar Berita Palsu Adalah Pembohong Kerana Bersubahat Fikir Dan Fahami Sebelum Kongsi


Fitnah serta melagakan-lagakan orang adalah 'penyakit' yang cukup berat kerana ia termasuk dalam kategori dosa besar dan ijmak ulama mengatakan penyakit itu haram berdasarkan dalil di dalam al-Quran.


"Dan janganlah engkau (berkisar daripada pendirianmu yang benar dan jangan) menurut kemahuan orang yang selalu bersumpah, lagi yang hina (pendapat dan amalannya), pindah percakapan orang kerana untuk merosakkan orang. Yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah-belahkan orang ramai)." Surah al-Qalam, ayat 10-11

Untuk bertaubat dengan melakukan dosa itu bukannya satu perkara mudah. Mampukah kita berjumpa dan memohon maaf kepada setiap orang yang diumpat atau difitnah itu?

Sehubungan itu, wajib bagi setiap Muslim meneliti kesahihan setiap berita diterima supaya ia tidak menjadi bahan fitnah serta tidak bersekongkol melakukan dosa besar itu.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan." Surah al-Hujurat, ayat 6

Apabila mengumpat atau menyebarkan fitnah sudah menjadi amalan, dibimbangi pelakunya akan merasakan satu kepuasan apabila dapat bercerita perihal dan aib orang lain.

Di dalam kitab Ihya' Ulumiddin, Imam Ghazali menjelaskan, membocorkan rahsia orang lain serta menjejaskan kehormatan diri orang itu dengan cara membuka rahsianya dianggap perbuatan mengadu-domba dan fitnah.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Adakah kamu semua mengetahui apakah ghibah (mengumpat)? Sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Lalu Baginda meneruskan sabdanya: Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya. Lalu ditanya oleh seorang sahabat: Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya?

"Rasulullah SAW bersabda: Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya." (Hadis riwayat Abu Hurairah)

Larangan mencari dan membocorkan rahsia orang lain jelas dilarang Allah SWT seperti dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: "Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain." Surah al-Hujurat, ayat 12

Rahsia seseorang itu pada mulanya tersembunyi, tetapi ada pula yang mendedahkannya.

Sebaiknya, setiap orang perlu diam terhadap apa yang dilihatnya kecuali perkara yang dapat menguntungkan golongan Muslimin atau untuk menolak dosa dan maksiat yang dilakukan orang itu.

Imam al-Ghazali di dalam kitab lain turut menyenaraikan enam adab yang perlu dilakukan ketika menerima berita fitnah:
Pertama, jangan mudah percaya kerana pemfitnah itu hanya menghilangkan kebenaran.Kedua, melarang dan menasihati keburukan perilaku orang membawa berita fitnah itu supaya berhenti memfitnah kerana perbuatannya itu mengundang dosa besar selain tidak mahu bersekongkol dengannya.Ketiga, membenci perbuatan pembawa fitnah itu kerana Allah SWT.Keempat, jangan berprasangka buruk (suudzon) kepada orang yang diberitakan itu.Kelima, jangan ikut menyebarkan fitnah serta menjadi pengintip dengan membuka rahsia orang lain.Keenam, jangan setuju dengan fitnah yang terlarang itu dan jangan menceritakannya.
Zaman Fitnah

Pada zaman sekarang semakin bertambah 'alat' yang boleh menyebabkan fitnah semakin menjadi parah.

Penggunaan laman sosial contohnya, ia boleh memberikan pahala atau dosa sekiranya digunakan sebaiknya atau disalah guna.

Kewujudan pelbagai laman sosial menjadi medium penyebaran apa saja maklumat sama ada ia benar atau salah.

Barangkali ada yang berkata dia tidak bersalah dan hanya menyampaikan berita 'dari group sebelah'.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Cukuplah pembohongan seseorang itu apabila dia menyampaikan semua yang dia dengar." (Hadis riwayat Muslim)

Hadis ini menunjukkan bagaimana dosa itu bukan di atas bahu orang yang mencipta berita palsu, tetapi dosa juga merangkumi orang yang menyampaikan atau menyebar tanpa usul periksa semua berita yang dia lihat tanpa diselidiki kebenarannya, sama ada benar atau palsu.

Perkara ini sangat biasa berlaku dalam grup WhatsApp dan Facebook ciptaan Yahudi saat ini.

Golongan yang menyampaikan berita palsu dianggap sebagai pembohong kerana bersubahat.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Misteri Dan Asal-usul Surat BerantaiSejarah Surat Khabar Kuno Dan Wartawan Purba
sumber: hmetro



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2020/06/penyebar-berita-palsu-adalah-pembohong.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Merinduimu Adalah Derita Yang Bahagia Anak Kongsi Surat Cinta Romantik Ibu Ayahnya Buat Ramai Tersentuh

Merinduimu Adalah Derita Yang Bahagia Anak Kongsi Surat Cinta Romantik Ibu Ayahnya Buat Ramai Tersentuh

papar berkaitan - pada 21/6/2020 - jumlah : 450 hits
Jika ada yang anak muda kita zaman kini terlepas ia adalah fasa berbalas surat cinta Surat cinta zaman dahulu mempunyai nilai sentimental tersendiri salah satunya kerana setiap warkah adalah unik Boleh dipegang dicium dan digenggam erat ia ...
Nasi Goreng Terakhir Untuk Suami Isteri Sebak Kongsi Masakan Terakhir Buat Suami Maut Dalam Kemalangan

Nasi Goreng Terakhir Untuk Suami Isteri Sebak Kongsi Masakan Terakhir Buat Suami Maut Dalam Kemalangan

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 408 hits
Seorang wanita yang sering berkongsi masakannya di dalam kumpulan Facebook Masak Apa Hari Ni memuat naik foto nasi goreng terakhir buat suaminya Menurut Mira Zulyana masakan tersebut menjadi bekal makan suaminya sebelum terbabit dalam satu ...
Video Hilang 6kg Dah Fazley Yaakob Kongsi Anak Buat Cabaran 40 Hari Keto Diet

Video Hilang 6kg Dah Fazley Yaakob Kongsi Anak Buat Cabaran 40 Hari Keto Diet

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 599 hits
Ada pelbagai jenis diet yang diamalkan oleh orang ramai antaranya adalah intermittent fasting diet atkins diet Paleo diet keto dan banyak lagi Fazley Yaakob kurus dengan keto diet Sebelum ini Cef Selebriti Datuk Fazley Yaakob ada berkongsi ...
Wanita Ini Kongsi Sebab Yang Mungkin Menaikkan Nafsu Berahi Golongan Pedophile Wajib Baca

Wanita Ini Kongsi Sebab Yang Mungkin Menaikkan Nafsu Berahi Golongan Pedophile Wajib Baca

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 570 hits
Awasi pergerakkan anak masing masing supaya tidak diperhatikan oleh golongan Pedophile ini small Cover image via Ban Kami Blogpost span span small Jenayah rogol kini kian meningkat Ianya bukan hanya melibatkan remaja malah kanak kanak yang ...
Doktor Sebak Kongsi Pengalaman Sambut Budak 13 Tahun Bersalin Tak Reti Meneran

Doktor Sebak Kongsi Pengalaman Sambut Budak 13 Tahun Bersalin Tak Reti Meneran

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 409 hits
Tanyalah wanita mana sahaja yang bersalin pastinya akan mengatakan ia satu pengalaman yang luar biasa Bagi yang pertama kali tentunya ia satu benda baru untuk dilalui apatah lagi dalam usia yang masih muda Kontraksi meneran untuk bersalin a...
Minum Air Sejuk Masa Pantang Tak Ada Kena Mengena Dengan Yang Bawah Tu Dr Amalina Kongsi Sebabnya

Minum Air Sejuk Masa Pantang Tak Ada Kena Mengena Dengan Yang Bawah Tu Dr Amalina Kongsi Sebabnya

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 359 hits
Satu hal yang membuatkan ibu berpantang merasa berpantang sedikit menyukarkan kerana dilarang mengambil air sejuk sepanjang 44 hari tempoh berpantang Berbanding makanan berpantang dengan teknik rebus dan panggang kebanyakkan wanita lebih me...
Baru Je Dapat Rm68 Lepas Jual Individu Ini Kongsi Kaedah Mudah Jual Ink Cartridge Terpakai Untuk Tambah Income

Baru Je Dapat Rm68 Lepas Jual Individu Ini Kongsi Kaedah Mudah Jual Ink Cartridge Terpakai Untuk Tambah Income

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 433 hits
Pasti ramai diantara kita yang mempunyai printer di rumah Dan setiap kali dakwat telah habis cartridge itu sering dibuang begitu sahaja Tunggu dulu Tahukah anda bahawa cartridge dakwat printer anda yang kosong itu sebenarnya boleh juga mena...
Svmpah S4kit Tak Tahu Macam Mana P3ngkid Pakai Benda Tu Ayda Jebat Kongsi Pengalaman Tiga Bulan Pakai Bengkung

Svmpah S4kit Tak Tahu Macam Mana P3ngkid Pakai Benda Tu Ayda Jebat Kongsi Pengalaman Tiga Bulan Pakai Bengkung

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 265 hits
PELAKON Ayda Jebat mengakui berdepan kesukaran semasa melakonkan karakter gadis berperwatakan kasar dalam drama Bukan Gadis Biasa Ayda berkata selama tiga bulan penggambaran dia perlu mengenakan pakaian khas untuk memastikan watak tersebut ...
Kesusahan Berganda Tapi Berbaloi Bila Punya Anak Kembar Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Kriteria Ibu Bapa Perlu Ada

Kesusahan Berganda Tapi Berbaloi Bila Punya Anak Kembar Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Kriteria Ibu Bapa Perlu Ada

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 299 hits
Melihat sepasang anak kembar berlari sambil memeluk ibu dan ayah hati pasti terasa mahukan anak kembar Pun begitu ia bukanlah semudah yang disangka Kehamilan Dr Halina isteri kepada Angkasawan Negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor yang ki...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut