Buruknya Perangai Mahathir Sikap Baik Hati Anwar Tak Dihargai Tapi Kerja Jahat Pas Yang Dialu Alukannya




Hanya sehari selepas Pas mengumumkan mahu membawa usul percaya kepadanya di Parlimen, Tun Mahathir Mohamad didapati mengeluarkan kenyataan bahawa penentuan akhir bagi lantikan Perdana Menteri selepasnya perlu berdasarkan majoriti yang boleh diperolehi bakal penggantinya di Dewan Rakyat.
Katanya, walaupun beliau berjanji dalam soal peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim, kuasa muktamad akhirnya terletak kepada Parlimen.
“Korner baring” kenyataan Tun Mahathir itu dengan jelas membuktikan beliau berhasrat ingin berkuasa dengan lebih lama dan memungkiri janji peralihan kuasa yang telah dipersetujuinya sejak sebelum PRU14 lagi.
Hari ini pula, apabila ditanya wartawan mengenai usul percaya yang bakal dibawa Pas itu, Tun Mahathir dengan rasa gembira yang tidak terselindung, mengucapkan terima kasih kepada “parti Islam yang tidak berwatak islam” itu.
Menurut Tun Mahathir, walaupun tidak tahu menahu mengenai usul itu, beliau tetap mengalu-alukannya.
“Saya tidak tahu apa yang akan mereka (PAS) lakukan.
“Saya sudah menjadi Perdana Menteri. Jika mereka mahu menyokong saya, terima kasihlah,” katanya ringkas.
Benarkah Tun Mahathir tidak tahu menahu mengenai usul Pas itu?
Tidak mungkinkan tindakan Pas membawa usul percaya itu merupakan perkara yang dirancangnya bersama parti Islam itu?
Bukankah beliau beberapa kali berjumpa dengan pemimpin Pas sebelum ini?
Jika tidak tahu menahu, mengapa rentetan peristiwa yang berlaku seolah-olah diatur dengan sempurna?
Dari segi logiknya, sebagai parti pembangkang, Pas sepatutnya mengemukan usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri dan bukannya usul undi percaya.Usul percaya sebaliknya mesti dikemukakan oleh parti kerajaan yang sedang mendokong Perdana Menteri apabila terdapat sesuatu keadaan yang menyebabkan kerajaan tidak stabil atau kedudukan ketua kerajaan dipertikaikan oleh pembangkang.
Tetapi, apa yang berlaku sekarang memperlihatkan keadaan jadi terbalik kerana pembangkang yang beria-ia memberi sokongan kepada Perdana Menteri.
Dalam hal ini, harus difahami tujuan Pas membawa usul percaya itu hanyalah untuk memecah-belah dan memporak-perandakan PH menjelang peralihan kuasa daripada Tun Mahathir kepada Anwar.
Sebaik saja usul percaya itu berjaya dibentangkan, maka disitulah bermulanya PH akan berpecah di mana Pas yang bekerjasama dengan UMNO percaya hanya dengan cara itu mereka lebih mempunyai harapan untuk menumbangkan kerajaan dalam PRU akan datang.
Mesti difahami, Pas hanyalah menyokong Tun Mahathir untuk kekal sebagai Perdana Menteri sehingga habis penggal dan ia adalah semata-mata kerana parti itu takut, dengki dan iri hati kepada Anwar yang bakal menjadi pengganti selepas itu.
Walhal, kedudukan Anwar sebagai pengganti Tun Mahathir sudah pun dipersetujui oleh PH dan tidak perlu campurtangan pihak luar mengenainya.
Selepas usul itu diluluskan dan PH berpecah kerana dengan sendirinya janji peralihan kuasa terbarai,!Pas akan tetap meneruskan kerjasamanya dengan UMNO untuk mengalahkan PH dalam PRU akan datang.Dalam keadaan PH yang sudah berpecah, sudah tentulah Pas yang bekerjasama dengan UMNO dan BN mempunyai peluang lebih baik memenangi PRU15 nanti.
Maka, adalah teramat bodoh jika PH, khususnya Tun Mahathir terpedaya dengan permainan politik jahat Pas yang berselindung di sebalik agama itu.
Selain itu, tindakan Tun Mahathir mahu menyerahkan kepada Parlimen berhubung perlantikan Perdana Menteri selepasnya dan berterima kasih kepada Pas berkaitan usul undi percaya yang mahu dibentangkannya adalah jelas menunjukkan beliau tidak menghagai sikap baik hati dan tolak ansur Anwar dalam soal peralihan kuasa.
Meskipun sebelum ini telah dijanjikan dengan kata-kata Tun Mahathir akan menyerahkan kuasa kepadanya dalam tempoh dua tahun dan kemudian Perdana Menteri meminta lanjutan enam bulan lagi sehingga Sidang Apec pada November, Anwar secara terbuka telah menunjukkan sedia bertolak ansur dan memenuhi permintaan itu.
Kata Anwar, kalau beliau boleh menunggu selama 20 tahun, apalah sangat dengan tempoh enam bulan itu.
Tetapi, apakah reaksi Tun Mahathir terhadap sikap baik hati Anwar itu?
Beliau bukan saja memberi dalih baru dalam soal peralihan kuasa dengan mengatakan kedudukan Anwar sebagai penggantinya bakal ditentukan oleh majoriti Ahli-Ahli Parlimen, malah mengalu-alukan usul undi percaya Pas yang mahukannya kekal sehingga habis penggal.
Sikap dan perangai Tun Mahathir itu jelas membuktikan beliau mahu memungkiri janji peralihan kuasa dan ingin kekal bertakhta di singgahsana jawatan Perdana Menteri sehingga tamat penggal.
Perangai buruk Tun Mahathir ini menunjukkan beliau sudah lupa akan jasa dan pengorbanan Anwar serta keluarganya sehingga beliau dapat diterima dengan baik oleh PH dan seterusnya berjaya beroleh kedudukan sebagai Perdana Menteri buat kali kedua.
Bolehkah manusia seperti ini terus kita sokong lagi? (ShahbudinHusin 10/02/2020)




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/02/buruknya-perangai-mahathir-sikap-baik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mulut Jahat Tapi Hati Dia Baik Sebenarnya Tiada Istilah Begitu Dalam Islam

Mulut Jahat Tapi Hati Dia Baik Sebenarnya Tiada Istilah Begitu Dalam Islam

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 882 hits
Apabila seseorang itu membuat kesilapan kita digalakkan supaya menegur agar dia tersedar daripada khilafnya Malangnya pada zaman sekarang ramai orang suka menggunakan pendekatan teguran sentap kononnya mahu memberikan nasihat deep kepada si...
Selepas Komited Serah Kuasa Kepada Anwar Mahathir Sepatutnya Larang Usaha Kumpul Sd Dan Tolak Usul Percaya Pas

Selepas Komited Serah Kuasa Kepada Anwar Mahathir Sepatutnya Larang Usaha Kumpul Sd Dan Tolak Usul Percaya Pas

papar berkaitan - pada 15/2/2020 - jumlah : 292 hits
Seiring dengan pengakuan Tun Mahathir Mohamad kepada Anwar Ibrahim dalam pertemuan mereka Khamis lalu bahawa beliau komited berpegang kepada janji peralihan kuasa dan tidak terlibat dengan sebarang komplot mengumpul Akuan Bersumpah atau SD ...
90 Million Reasons For Pas To Reject Anwar Ibrahim

90 Million Reasons For Pas To Reject Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 9/2/2020 - jumlah : 245 hits
Do you know that Mahathir approved the oil royalty payments to Terengganu and Kelantan But then Finance Minister Lim Guan Eng is trying to block the payments He is dragging his feet and refuses to release the payments to Terengganu and Kela...
Anwar Sedia Tunggu Tapi Rakyat Bersediakah

Anwar Sedia Tunggu Tapi Rakyat Bersediakah

papar berkaitan - pada 8/2/2020 - jumlah : 239 hits
Apabila ditanya oleh wartawan tentang isu peralihan kuasa PM Anwar sentiasa konsisten dengan jawapannya iaitu akhirnya Majlis Presiden PH yang akan menentukan Apabila didesak tentang bagaimana jika Tun M menyerahkan jawatan PM kepada beliau...
Orang As Baik Tapi Bukannya Trump Kata Dr M

Orang As Baik Tapi Bukannya Trump Kata Dr M

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 179 hits
Dr Mahathir Mohamad berkata Donald Trump menghina peranan dan polisinya serta cuba menggunakan tekanan asing untuk memenangi pilihan raya PETALING JAYA Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mempertahankan gesaannya untuk Presiden Amerika Syar...
Tun Mahathir Nasib Penentu Anwar Pm Bergantung Pada Dewan Rakyat

Tun Mahathir Nasib Penentu Anwar Pm Bergantung Pada Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 9/2/2020 - jumlah : 409 hits
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad sekali lagi menegaskan bahawa beliau akan menunaikan janji untuk menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim tetapi menambah keputusan muktamad terletak pada Dewan Rakyat Mahathi...
Now Mahathir Tak Berani Cakap Banyak After India Palm Backlash Says Anwar

Now Mahathir Tak Berani Cakap Banyak After India Palm Backlash Says Anwar

papar berkaitan - pada 8/2/2020 - jumlah : 249 hits
Malaysian Prime Minister Mahathir Mohamad has dialled back his criticism of India after it sparked a boycott of Malaysian palm oil his chosen successor Anwar Ibrahim told Reuters on Thursday urging New Delhi to note the change in tone India...
Insyaalah Pas Akan Didik Umno Design By Mahathir

Insyaalah Pas Akan Didik Umno Design By Mahathir

papar berkaitan - pada 8/2/2020 - jumlah : 236 hits
Coronavirus rasuah Coronavirus lokman Makin beransur pulih Tindakan lokman di perangkap Dua version dokumen atas meja menyebabkan Zahid hilang maruah Dan lokman diterajang Lokman memang menempah jalan keluar bagi membolehkannya bergerak ber...
Pas Syaitan Yang Nyata Usul Percaya Boleh Juga Akibatkan Mahathir Hilang Jawatan Pm

Pas Syaitan Yang Nyata Usul Percaya Boleh Juga Akibatkan Mahathir Hilang Jawatan Pm

papar berkaitan - pada 8/2/2020 - jumlah : 375 hits
Selepas gagal mahu menumbangkan PH melalui hasrat menubuhkan kerajaan baru Pakatan Nasional bersama UMNO dan Bersatu Pas nampaknya terus berusaha untuk menggugat keharmonian PH Kali ini parti itu bercadang pula mahu mengemukakan usul percay...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Honor Pad 9 Tablet Terbaik Untuk Berhibur Dan Kerja Mula Dijual Seluruh Negara Pada 28 Mac

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

8 Resepi Air Balang Viral Di Bazar Ramadhan

Diet If Yang Berkesan Menurut Pakar

Lirik Lagu Raya Mana Nabila Razali

Sesi Tukar Duit Raya Di Maybank



6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo

Biodata Abdul Qawiy Aro Qawiyaro Personaliti TikTok Islamik


Restoran Rebung 2 Di Putrajaya

Effective Email Marketing Strategies

Konsert Melly Friends Kuala Lumpur 2024

Terbukti Pasukan Terengganu Berkualiti

Asan Lembu The Movie

Flavour Mushroom Dadah Baru Kegilaan Remaja Ini Kesan Buruknya