Pas Sepatutnya Bawa Usul Undi Tak Percaya Namakan Hadi Awang Calon Perdana Menteri





Sebagai pembangkang, keputusan Pas untuk membawa usul percaya di Parlimen bagi menyokong kepimpinan Tun Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri adalah sesuatu yang aneh dan pelik.

Tidak pernah berlaku pembangkang menyokong Perdana Menteri melalui usul seperti itu kerana yang sepatutnya mengemukakan usul percaya ialah parti kerajaan.

Peranan pembangkang ialah untuk melakukan “check and balance” terhadap kerajaan dan bukannya menjadi pengampu atau penjilat kepada Perdana Menteri.

Biasanya kerja-kerja mengampu itu hanya dilakukan oleh parti atau pemimpin dalam kerajaan sahaja.

Sebab itu, tindakannya Pas menjadi pengampu dan penjilat kepada Perdana Menteri adalah sesuatu yang pelik, aneh dan tidak pernah berlaku sebelum ini.

Lebih pelik, tahap mengampu dan menjilat Pas terhadap Tun Mahathir selaku Perdana Menteri itu melebihi daripada apa yang dilakukan oleh parti dan pemimpin dalam kerajaan sendiri.

Kalau pun mahu mengemukakan usul, Pas sepatutnya membawa usul tidak percaya kepada Perdana Menteri.

Jika kerajaan berada dalam kedudukan tidak stabil seperti yang didakwanya, apa yang sepatutnya Pas lakukan ialah mengemukakan usul tidak percaya untuk menukar Perdana Menteri dan ia menunjukkan peranan “check and balance” telah dimainkan dengan berkesan.

Ini kerana melalui usul undi tidak percaya itu, ia menunjukkan ketidakyakinan kepada kerajaan dan parti mereka ada calon Perdana Menteri yang lebih sesuai untuk menggantikannya.

Ini tidak, dengan mendakwa kerajaan berada dalam keadaan tidak stabil, Pas sebaliknya mengemukakan usul percaya kepada Tun Mahathir, tetapi dalam masa yang sama terus bekerjasama dengan UMNO untuk menumbangkan kerajaan PH dalam PRU akan datang.

Tidakkah ini sesuatu yang benar-benar pelik?

Oleh kerana mendakwa kerajaan sekarang tidak stabil, Pas sewajarnya terus menyerang PH dan Perdana Menterinya serta menonjolkan calon Perdana Menteri pilihannya untuk pertimbangan rakyat.

Inilah sepatutnya masa terbaik bagi Pas menonjolkan Presiden mereka, Hadi Awang sebagai calon Perdana Menteri dengan penonjolan pertama melalui undi tidak percaya terhadap Tun Mahathir itu.

Kalau menang, bukankah merasa juga Hadi Awang jadi Perdana Menteri.

Atau, oleh kerana Pas sedia bekerjasama dengan UMNO dalam Muafakat Nasional, mereka juga boleh menonjolkan Presiden UMNO, Zahid Hamidi sebagai calon Perdana Menteri untuk dipertandingkan melalui undi tidak percaya yang mahu dibawa itu.

Tetapi, dengan membawa usul percaya, bukan saja peranan Pas sebagai pembangkang untuk “check and balance” kepada kerajaan sudah terhapus, malah parti itu menjadi parti yang lekeh dan tidak berkualiti di mata rakyat.

Lalu, kalau Pas sebagai pembangkang pun sudah jadi pengampu dan penjilat, siapa pula nak buat kerja “check and balance” terhadap kerajaan?

Kalau ia pun nak sangat menjadi pengampu dan penjilat kepada Perdana Menteri, lebih bermaruah jika Pas masuk menyertai kerajaan atau membubarkan partinya dan bergabung dengan Bersatu yang dipengerusikan oleh Tun Mahathir.

Mana ada pembangkang dalam dunia ini yang kerjanya hari-hari mengampu dan menjilat Perdana Menteri. (ShahbudinHusin 11/02/2020)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/02/pas-sepatutnya-bawa-usul-undi-tak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Usul Undi Percaya Pas Di Luar Tabie

Usul Undi Percaya Pas Di Luar Tabie

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 373 hits
Pas berpotensi mencatat sejarah sebagai parti yang mencadangkan usul songsang di Dewan Rakyat Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyifatkan usul undi percaya ke atas perdana menteri Tun Mahathir yang akan dibentangkan Pas dalam sesi Dewan R...
Pas Akan Bawa Usul Percaya Ke Parlimen

Pas Akan Bawa Usul Percaya Ke Parlimen

papar berkaitan - pada 8/2/2020 - jumlah : 323 hits
Ahli ahli Parlimen PAS akan kemukakan Usul Percaya ke Sidang Parlimen akan datang bagi menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sehingga PRU15 Menurut Presidennya Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang kesepakatan it...
Usul Undi Percaya Pas Komponen Ph Juga Perlu Sokong Mahathir Kata Penganalisis

Usul Undi Percaya Pas Komponen Ph Juga Perlu Sokong Mahathir Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 375 hits
Pengisytiharan Pas yang akan menyokong kepimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melalui usul undi percaya di Dewan Rakyat wajar dilihat sebagai peringatan agar kesemua anggota dewan untuk terus menyokong pentadbiran beliau Malah d...
Anwar Dakwa Usul Undi Percaya Pas Mahu Pecah Belah Ph

Anwar Dakwa Usul Undi Percaya Pas Mahu Pecah Belah Ph

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 418 hits
February 11 2020 7 16 PMPresiden PKR Anwar Ibrahim KUALA LUMPUR Usul undi percaya PAS bagi menyokong kepimpinan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri adalah usaha untuk memecah belahkan Pakatan Harapan kata Anwar Ibrahim Presiden PKR ...
Selepas Komited Serah Kuasa Kepada Anwar Mahathir Sepatutnya Larang Usaha Kumpul Sd Dan Tolak Usul Percaya Pas

Selepas Komited Serah Kuasa Kepada Anwar Mahathir Sepatutnya Larang Usaha Kumpul Sd Dan Tolak Usul Percaya Pas

papar berkaitan - pada 15/2/2020 - jumlah : 386 hits
Seiring dengan pengakuan Tun Mahathir Mohamad kepada Anwar Ibrahim dalam pertemuan mereka Khamis lalu bahawa beliau komited berpegang kepada janji peralihan kuasa dan tidak terlibat dengan sebarang komplot mengumpul Akuan Bersumpah atau SD ...
Apakah Benar Undi Tidak Percaya Ahli Dewan Rakyat Terhadap Perdana Menteri Ada Dalam Perlembagaan

Apakah Benar Undi Tidak Percaya Ahli Dewan Rakyat Terhadap Perdana Menteri Ada Dalam Perlembagaan

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 358 hits
Belum pernah terjadi dalam sejarah politik Malaysia kedudukan Perdana Menteri ibarat telur di hujung tanduk Tahun 2020 menyaksikan keadaan yang cukup kritikal pada Dr Mahathir Perdana Menteri ke 7 untuk mengekalkan kuasa beliau Gesaan supay...
Pas Syaitan Yang Nyata Usul Percaya Boleh Juga Akibatkan Mahathir Hilang Jawatan Pm

Pas Syaitan Yang Nyata Usul Percaya Boleh Juga Akibatkan Mahathir Hilang Jawatan Pm

papar berkaitan - pada 8/2/2020 - jumlah : 489 hits
Selepas gagal mahu menumbangkan PH melalui hasrat menubuhkan kerajaan baru Pakatan Nasional bersama UMNO dan Bersatu Pas nampaknya terus berusaha untuk menggugat keharmonian PH Kali ini parti itu bercadang pula mahu mengemukakan usul percay...
Undi Percaya Pas Terhadap Mahathir Sama Seperti Undi Tidak Percaya

Undi Percaya Pas Terhadap Mahathir Sama Seperti Undi Tidak Percaya

papar berkaitan - pada 9/2/2020 - jumlah : 339 hits
PAS akan bentang usul undi percaya terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad di Parlimen Implikasinya atau kesannya sangat luas dan sekiranya undi percaya ini gagal maka ia akan dianggap sebagai undi tidak percaya
Exploring The Essential Marine Supplies For Smooth Sailing

Rozi Kemang Berduri Tido Di Bilik Kekasih Chord

Should Dap Now Apologise To Zahid For Accusing Him Of Graft Ala Its Apology To Beng Hock S Family

Elmina Lakeside Mall Membawa Warna Kesenian Dan Komuniti Sempena Sambutan Ulang Tahun Pertama

Achraf Hakimi Berdepan Hukuman Penjara 15 Tahun

Mudah Betul Nak Tanam Pokok Daun Bawang Guna Kotak Telur Je

France S Deepest Shipwreck Uncovering The 16th Century Camarat 4 Beneath The Mediterranean

Kerana Seorang Lelaki


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


The Colours Of Life Malaysia Madani Rakyat Disantuni

Persib Tundukkan Western Sydney Wanderers 1 0 Di Laga Uji Coba Gbla

Jagung Pulut Manis Wangi Semerbak Ketika Dimasak

Tapai Pulut Daun Getah Warisan Bonda

Korang Ingat Netizen Bodoh Ke

Pitahati Feat Syuk Esa Mafarikha Sinaran Hatiku Chord