Selepas Inkues Adib Inkues Asy Syahid Uthman Talib Lubuk Merbau Wajib Diadakan



Hasil inkues Adib dilaporkan media2 utama antara lainnya seperti berikut:
Gambar AsySyahid Selepas KejadianSHAH ALAM: Mahkamah Koroner pada Jumaat memutuskan kematian anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Balai Subang Jaya, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim berpunca daripada tindakan jenayah lebih seorang individu tidak dikenali.
Maka perlulah Tulang Besi memohon supaya diadakan inkues dlm bentuk yg sama kepada Allahyarham Uthman Talib yg meninggal dunia dipukul dgn senjata tumpul di kepala beliau.
Kes tersebut telah berlalu begitu lama tanpa apa2 keadilan mahupun kesaksamaan diberikan kepada kaum keluarga ASy Syahid Uthman Talib
Lebih2 lagi antara pemimpin UMNO yg terkait rapat dgn peristiwa Lubuk Merbau ini adalah DS Najib Tun Razak sendiri.


Jikalau merujuk kepada Wikipedia berkenaan Perstiwa Lubuk Merbau ini dilaporkan:
Sedutan Buku Lubuk Merbau yg Diharamkan oleh KerajaanLebih kurang 2 km dari tempat ceramah Ustaz Fadhil Nor,dalam masa yang sama dipihak UMNO,turut berceramah di situ ialah Ketua Pemuda UMNO iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak kini Perdana Menteri kempen ceramah itu diadakan di Balai Raya Felda Lubok Merbau.dalam kesibukan kempen piliharaya tersebut,petugas jentera PAS telah di beritahu bahawa dua angota jentara PAS telah di pukul semasa Memasang poster dan bendera parti,dari itu satu kumpulan telah datang untuk membantu mangsa tersebut,kumpulan tersebut mendapati Dua petugas bergelimpangan di dalam longkang.
Kemungkinan peristiwa memukul dan membunuh petugas PAS ini berlaku krn ingin menunjukkan kpd Ketua Pemuda UMNO masa itu akan kehebatan dan kesetiaan mereka. Lantas yg terkorban adalah Asy Syahid Uthman Talib
Suhaimi Said sebagai lawyer kpd Asy Syahid telah cuba menerbitkan buku berkenaan peristiwa berdarah Memali tapi beliau di tangkap ISA dan buku diharamkan.

Asy Syahid Uthman Talib adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam sama seperti Adib juga. Dia berhak mendapat keadilan dan kesaksamaan.

Najib Tun Razak wajib disiasat di dalam penglibatan beliau di dalam peristiwa ini.
WAJIB KERAJAAN PH MENGADAKAN INKUES PERISTIWA LUBUK MERBAU DAN KAITANNYA DGN NAJIB TUN RAZAK
Ini kernaa suspek utama pembunuhan adalah pemuda2 UMNO dan waktu kejadian Najib berceramah 2km dari tempat kejadian.
Keadilan bukan hanya utk Adib tetapi utk Asy SYahid Uthman Talib

LIve Audio Tulang Besi berkenaan Inquest Adib

TULANG BESI

www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog ini


Peristiwa Lubuk Merbau 1985
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigationJump to searchPeristiwa Lubuk Merbau 1985 berlaku apabila dua petugas jentera pilihan raya PAS telah dibelasah oleh kumpulan yang tidak di kenali,penyokong PAS percaya dua petugas terbabit di serang oleh penyokong UMNO di Felda Lubuk Merbau,Padang Terap,,negeri Kedah. Ketika itu kedua-dua belah parti sedang sibuk berkempen dalam Pilihan raya kecil Padang Terap 1985.
Lebih kurang 2 km dari tempat ceramah Ustaz Fadhil Nor,dalam masa yang sama dipihak UMNO,turut berceramah di situ ialah Ketua Pemuda UMNO iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak kini Perdana Menteri kempen ceramah itu diadakan di Balai Raya Felda Lubok Merbau.dalam kesibukan kempen piliharaya tersebut,petugas jentera PAS telah di beritahu bahawa dua angota jentara PAS telah di pukul semasa Memasang poster dan bendera parti,dari itu satu kumpulan telah datang untuk membantu mangsa tersebut,kumpulan tersebut mendapati Dua petugas bergelimpangan di dalam longkang.
Kumpulan petugas tersebut telah membawa mangsa ke hospital dan telah meninggal dunia. Beliau adalah Othman Talib. Rupa-rupanya beliau telah dipukul atau dihentak diatas kepalanya, walaupun tidak berdarah tetapi hentakan itu adalah sangat parah.ekoran dari kejadian tersebut Suhaimi Said dan Syed Ibrahim, iaitu AJK PAS Pusat yang juga seorang peguam, telah pergi ke Balai Polis Lubuk Merbau untuk membuat laporan polis. Antara mereka yang hadir ialah Man Kadir (Pak Jabit) dan Pak Harun. selepas peristiwa tersebut Suhaimi Said telah menulis sebuah buku
Buku tersebut bertajuk 'Peristiwa Berdarah Felda Lubuk Merbau' dan 'Peristiwa bergambar Felda Lubuk Merbau' belum sempat di edarkan secara meluas kerajaan bertindak mengharamkan buku tersebut dan penulisnya Suhaimi Said telah ditahan di bawah ISA.[1]

Antara mangsa dalam tragedi Felda Lubuk Merbau pada 18 Januari 1985 ialah :
Ibrahim bin Tahir - ditetak dengan senjata tajamNasir bin Muhammad- dipukul dengan besi di kepalaShamsuddin bin Sulaiman - ditetak dua liang di kepala dan ditikam di muka dan dahi.Ayub Mat Shah - dihentak dengan bata dan ditikam dengan botol pecah dan dipukul dengan kayu.Ahmad bin Tahir - dipukul dengan kayu,dibaling dengan batu-bata di muka.Osman bin Talib - retak di kepala dan terbunuh.Sehingga kini, kes tersebut tidak dapat diselesaikan.[2]
Ahli parlimen Jerai, Ismail Arshad menjelaskan bahawa pada tahun 1985 hanya terdapat 3000 pengundi di Lubuk Merbau dan hanya 4 keluarga sahaja yang menyokong parti PAS.Jentera petugas PASdalam bilangan yang ramai datang dari seluruh negara untuk membantu jentera PAS .PAS mengarahkan satu kumpulan terdiri seramai 200 Pemuda di arahkan utk menjaga keselamatan petugas jentera kempen piliharaya,dan pemimpin PASmenyatakan jika petugas terkorban dalam menjalankan tugas menjaga keslamatan petugas,ianya akan di istilahkan "Jihad" dan diingatkan bahawa darah mereka jika tumpah adalah mati syahid. Ustaz Othman Talib yang merupakan AJK PAS pusat yang meninggal dunia itu tinggal di Bukit Raya dalam daerah Kota Setar. Tragedi berlaku di kawasan Lubuk Merbau dalam kawasan Padang Terap.DYMM telah bertitah berkaitan tragedi tersebut Yang di Pertuan Agong agar rakyat semua bersederhana, tidak keterlaluan dan tidak melampau,dan ianya adalah seruan yang amat baik.
Susulan dari kejadian tersebut siri-siri gangguan telah berlaku menambahkan lagi kusutan apabila ceramah oleh PAS telah diganggu oleh pemuda-pemuda UMNO. Pada hari itu polis PDRM telah merampas 30 bilah parang yang di bawa ke Felda Lubuk Merbau yang dibawa oleh pengikut / penyokong kedua-dua parti.]].[3]

Pada 5 November 2008, Pondok Polis Lubuk Merbau hanya mempunyai 3 anggota sahaja sedangkan penduduknya bertambah kepada 10,000 orang. Ahli parlimen Padang Terap Mohd Nasir Zakaria berharap Kementerian Dalam Negeri mempercepatkan usaha menaik tarap pondok polis tersebut.[4]
Bahas di ParlimenPada 11 April 1985, perbahasan tentang kewajaran tragedi pembunuhan di Felda Lubuk Merbau. Ahli parlimen Bagan Serai, Abdul Rahman Suliman mempersoalkan kewajaran parti PAS melabelkan penyokong PAS yang mati itu sebagai mati syahid . Sesiapa yang berjuang dalam parti jika mati akan mati syahid seperti "Peristiwa di Lubuk Merbau"; Jika mati melalui partinya kuburnya akan cerah; Jika sembahyang dengan meletak lambang partinya di bawah sejadah akan lebih mendapat banyak pahala; Jika sedar apakah tindakan-tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan untuk menghalang perkara-perkara seperti ini dari terus berlaku.[5] Abdul Rahman Suliman juga kesal dengan penyebaran risalah 'Peristiwa Berdarah di Lubuk Merbau' di dalam dan luar negara bagi menghasut rakyat.[6]
Pada di parlimen, ahli parlimen Mamat Ghazalee Abdul Rahman minta penjelasan tentang "Peristiwa FELDA Lubok Merbau" semasa Pilihan raya Kecil Padang Terap baru-baru ini, mengapa peristiwa tersebut berlaku, berapa ramai orang yang terlibat, dan berapa mangsa-mangsanya. Tidakkah peristiwa tersebut menjadi amaran terhadap kemungkinan ancaman daripada anasir-anasir tidak diingini kepada proses pilihanraya umum akan datang. Apa tindakan-tindakan untuk menjamin proses pilihanraya umum di negara ini berjalan licin, aman tenteram tanpa huru-hara.

Datuk Nik Aziz Nik Mat pula minta Menteri Dalam Negeri menjelaskan sebab-sebab yang menghalang pihak polis tidak bertindak mencegah peristiwa serangan liar oleh segolongan samseng di Lubuk Merbau Padang Terap, Kedah pada 18 Januari 1985 terhadap petugas-petugas Pilihanraya PAS sehingga berlakunya beberapa orang luka parah dan seorang darinya mati akibat kejadian itu,oleh kerana sehari sebelumnya laporan (report) telah dibuat kepada petugas di Balai Polls Naka iaitu sebagaimana Naka PC. Report No. 98 j 85 dengan disertakan satu salinan surat ugutan bertulis oleh orang-orang yang bercadang untuk melakukan tindakan itu telah ada dalam pengetahuan pihak polls sama ada pihak polis telah diarah sesuatu menyebabkan pihak polis tidak berani untuk mencegah kejadian itu daripada berlaku.[7]
Pada 1985, Nik Aziz Nik Mat melahirkan rasa kecewa kerana pihak polis lambat bertindak sehingga Ustaz Othman Talib terbunuh dan Pak Ayub cedera di Felda Lubuk Merbau. Orang ramai semakin gelisah terhadap kecekapan sistem keadilan di negara ini. Menteri Datuk Radzi Sheikh Ahmad menjelaskan bahawa penyiasatan 'Inquest' telah dijalankan pada 30 Mac 1986.
Pemimpin DAP , Lim Kit Siang mempersoalkan tindakan kerajaan yang menahan 9 orang mahasiswa yang menonton video mangsa tragedi Lubuk Merbau pada Januari 1985. Mahasiswa tersebut dikenakan tindakan di bawah AUKU.[8] And here is the rest of it.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.malaysiawaves.net/2019/09/selepas-inkues-adib-inkues-asy-syahid.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+malaysiawaves%2FzpEb+%28Malaysia+Waves%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selepas Keputusan Inkues Adib Dibacakan Syed Saddiq Kongsi Kenangan Bersama Adib

Selepas Keputusan Inkues Adib Dibacakan Syed Saddiq Kongsi Kenangan Bersama Adib

papar berkaitan - pada 28/9/2019 - jumlah : 261 hits
Mhkamah Koroner Shah Alam diberitahu bahawa punca kmtian anggota bomba Muhammad ADlB Mohd Kassim akibat perbuatan jnayah oleh dua atau lebih orang tidak dikenali Selepas keputusan Inkues Adib dibacakan Syed Saddiq Kongsi Kenangan Bersama Ad...
Selepas 41 Hari Inkues Punca Kematian Muhammad Adib Diketahui Esok

Selepas 41 Hari Inkues Punca Kematian Muhammad Adib Diketahui Esok

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 273 hits
Anggota bomba mengusung jenazah Muhammad Adib Mohd Kassim dari Jabatan Forensik HKL 18 Disember 2018 Foto oleh Hari AnggaraSHAH ALAM 26 Sept Selepas 41 hari prosiding inkues berhubung kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim dijalan...
Inkues Adib Pastikan Penjenayah Ke Tali Gantung

Inkues Adib Pastikan Penjenayah Ke Tali Gantung

papar berkaitan - pada 28/9/2019 - jumlah : 265 hits
Oleh Athirah Huda Zalhe Kerajaan diingatkan tidak main main laksana rule of law Amir IsmaBANGI Perjuangan untuk mendapatkan keadilan ke atas kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim masih belum selesai selagi penjenayah yang terbabi...
Inkues Adib Tunggu Apa Lagi Teruskan Pendakwaan

Inkues Adib Tunggu Apa Lagi Teruskan Pendakwaan

papar berkaitan - pada 28/9/2019 - jumlah : 232 hits
AG patut bertindak pantas tapi pilih jalan sukar selesaikan kes PPMM Presiden PPMM Datuk Zainul Rijal Abu Bakar BANGI Tiada apa lagi yang perlu ditunggu melainkan meneruskan semula siasatan dan pendakwaan ke atas pihak yang terbabit dalam k...
Keputusan Inkues Buktikan Adib Dipukul Netizen Gesa Dr Hafizam Mohon Maaf Pada Cik Miera

Keputusan Inkues Buktikan Adib Dipukul Netizen Gesa Dr Hafizam Mohon Maaf Pada Cik Miera

papar berkaitan - pada 28/9/2019 - jumlah : 229 hits
Satu persatu kebenaran terbongkar susulan kes kematian anggota bomba Muhammad Adib dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman USJ 25 Seafield di Subang Jaya Terdahulu seorang jururawat bilik pembedahan di Institut Jantung Negara bernama Siti ...
Inkues Kematian Adib Pdrm Tunggu Arahan Lanjut Jabatan Peguam Negara

Inkues Kematian Adib Pdrm Tunggu Arahan Lanjut Jabatan Peguam Negara

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 221 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Keputusan Inkues Air Mata Syazlin Mansor Demi Membela Adib

Keputusan Inkues Air Mata Syazlin Mansor Demi Membela Adib

papar berkaitan - pada 28/9/2019 - jumlah : 272 hits
Syazlin Mansor SHAH ALAM Tiada kata yang terpacul keluar daripada mulut wanita ini sebaik Mahkamah Koroner di sini memutuskan punca kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim 24 disebabkan perbuatan jenayah akibat dipukul dan diserang...
Inkues Adib Permohonan Tommy Thomas Ditolak Mahkamah Tinggi

Inkues Adib Permohonan Tommy Thomas Ditolak Mahkamah Tinggi

papar berkaitan - pada 28/9/2019 - jumlah : 196 hits
AHMAD SHAHERMAN SHAMSURI 26 September 2019 6 29 PM SHAH ALAM Permohonan Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas untuk menukar semula notis rayuan jenayah kepada rayuan
Keputusan Inkues Adib Pemimpin Ph Tutup Mulut

Keputusan Inkues Adib Pemimpin Ph Tutup Mulut

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 315 hits
KEPUTUSAN koroner bahawa Muhammad Adib Mohd Kassim meninggal dunia akibat perbuatan jenayah adalah adil kata PAS dan Umno Kami berpuas hati dengan kesimpulan dan keputusan itu adil kerana koroner mengambil kira semua pandangan kata Timbalan...
Pesanan Buat Sang Suami

Hari Pekerja 2024 Sejarah Tema Sambutan

Kisah Bekas Pekerja Kfc Dan Boikot

Parents More Involved In Autistic Children S Learning Post Pandemic

Pks Sebut Nama Wali Kota Depok Mohammad Idris Masuk Kandidat Pilkada Jabar

Masih Beraya

Drama Khilaf Yang Tertulis

Family Camping Journey Kami Repeat Lagi Camping 3h2m Di Dusun Pak Abu Campsite



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Kopi Surat Cinta Kota Damansara

8 Aneka Resepi Kuih Tradisional Berasaskan Pisang

Beyond Pregnancy And Weight Loss Maryland Breast Augmentation Solutions

Anwar Mahu Saman Individu Sebar Fitnah Isu Kasino

Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Lawatan Ke Arab Saudi Buka Peluang Syarikat Malaysia Sertai Projek Mega