Inkues Adib Pastikan Penjenayah Ke Tali Gantung


Oleh Athirah Huda Zalhe  Kerajaan diingatkan tidak 'main-main' laksana rule of law: Amir Isma
BANGI – Perjuangan untuk mendapatkan keadilan ke atas kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim masih belum selesai, selagi penjenayah yang terbabit tidak dibawa ke muka pengadilan.
Amir Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman berkata, keputusan Mahkamah Koroner hari ini adalah permulaan untuk keadilan sebenar buat Muhammad Adib dan keluarganya.
Pemimpin tertinggi gerakan Islam utama itu berkata, rakyat dan keluarga Allahyarham masih belum mampu menarik nafas lega selagi tidak melihat penjenayah yang membunuh Muhammad Adib berakhir di tali gantung.
“Justeru itu, kita mengharapkan kerajaan tidak ‘main-main’ lagi dalam melaksanakan rule of law, apatah lagi membabitkan nyawa seorang anggota keselamatan serta penjawat awam yang bertugas.
“Isma turut melahirkan rasa syukur atas keputusan mahkamah hari ini, yang akhirnya membuktikan kematian Muhammad Adib adalah disebabkan jenayah,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.
Pada masa sama, beliau turut mengulangi gesaannya kepada Tommy Thomas untuk meletakkan jawatan sebagai Peguam Negara, supaya keadilan dalam kes ini dapat ditegakkan.
“Saya pasti melalui keputusan mahkamah hari ini, rakyat akan memastikan kerajaan tidak berkelakuan ‘pelik’ atau cuba melindungi pesalah.
“Isma juga ingin mengucapkan tahniah kepada keluarga Allahyarham Adib dan semua pencinta keadilan yang sama-sama berjuang hingga ke hari ini,” katanya.
Selepas 41 hari prosiding inkues dijalankan, Mahkamah Koroner hari ini memutuskan kematian Muhammad Adib yang parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya tahun lalu, adalah akibat perbuatan jenayah yang dilakukan lebih dua atau tiga individu tidak diketahui.
Koroner Rofiah Mohamad berkata, mahkamah menerima teori dikemukakan Prof Dr Shahrom bahawa kecederaan dialami Muhammad Adib adalah disebabkan perusuh menendang pintu van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) yang mengena dada Allahyarham sehingga menyebabkan Muhammad Adib tersepit.
Keputusan mahkamah hari ini juga menjadi ‘penawar’ kepada pelbagai konflik yang tercetus sepanjang prosiding berlangsung, termasuk kontroversi campur tangan Peguam Negara.
Pada 24 Disember 2018, dilaporkan bahawa pihak polis, melalui kenyataan bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid, empat orang suspek telah dikenal pasti dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh. Namun, semua suspek telah dibebaskan.
Negara sekali lagi dikejutkan apabila Tommy Thomas sudah pun mengeluarkan afidavit sebelum inkues selesai, selain peguam bagi keluarga Adib, KPKT dan pihak bomba iaitu Puan Syazlin Mansor mengaku bahawa terdapat campur tangan daripada pihak Peguam Negara dalam kes ini.
Malah, beliau juga diarahkan oleh Pejabat Peguam Negara supaya menarik diri daripada kes berkenaan dengan alasan yang tidak munasabah, sekali gus menimbulkan pelbagai keraguan terhadap integriti institusi keadilan di negara ini.
27 Ogos lalu, keluarga Muhammad Adib Mohd Kassim memperoleh kebenaran daripada Mahkamah Koroner untuk memulakan prosiding komital (hina mahkamah) terhadap Tommy Thomas berhubung punca kematian Muhammad Adib.
Mahkamah menerima permohonan bapa Adib, Mohd Kassim, 65, berdasarkan beberapa faktor antaranya hujahan pemohon, percaya Tommy menggunakan kedudukan mengenai punca kematian Muhammad Adib.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/09/inkues-adib-pastikan-penjenayah-ke-tali.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keputusan Inkues Muhammad Adib Diketahui Hari Ini

Keputusan Inkues Muhammad Adib Diketahui Hari Ini

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 340 hits
HARI ini sudah pasti menjadi detik paling mendebarkan malah dinanti nantikan terutamanya keluarga Muhammad Adib Mohd Kassim yang mengharapkan keputusan Inkues itu memihak kepada wira negara itu Keputusan inkues Muhammad Adib diketahui hari ...
Justiceforadib Keputusan Inkues Kes Adib

Justiceforadib Keputusan Inkues Kes Adib

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 451 hits
KEMATIAN anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia Balai Subang Jaya Muhammad Adib Mohd Kasim adalah akibat daripada tindakan jenayah sekumpulan individu yang tidak dikenali Mahkamah Koroner Rofiah Mohamad membuat keputusannya sebentar tadi sel...
Keputusan Inkues Adib Pemimpin Ph Tutup Mulut

Keputusan Inkues Adib Pemimpin Ph Tutup Mulut

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 398 hits
KEPUTUSAN koroner bahawa Muhammad Adib Mohd Kassim meninggal dunia akibat perbuatan jenayah adalah adil kata PAS dan Umno Kami berpuas hati dengan kesimpulan dan keputusan itu adil kerana koroner mengambil kira semua pandangan kata Timbalan...
Tunang Luahkan Rasa Syukur Keputusan Inkues Memihak Kepada Arwah Muhammad Adib

Tunang Luahkan Rasa Syukur Keputusan Inkues Memihak Kepada Arwah Muhammad Adib

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 1143 hits
Kematian Muhammad Adib Mohd Kassim anggota bomba yang terkorban akibat rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman Subang Jaya pada tahun lalu telah terbukti kebenarannya pagi tadi Punca kematian arwah Muhammad Adib telah disahkan kerana kecederaan ...
Inkues Adib Rakyat Menanti Keputusan Hari Ini Justice4adib

Inkues Adib Rakyat Menanti Keputusan Hari Ini Justice4adib

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 287 hits
Selepas 41 hari prosiding perbicaraan inkuiri kematian anggota bomba dan penyelamat Subang Jaya Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim kini sudah tiba untuk Mahkamah Koroner membuat keputusan yang mana ia dinantikan oleh segenap lapisan masy...
Selepas 41 Hari Inkues Punca Kematian Muhammad Adib Diketahui Esok

Selepas 41 Hari Inkues Punca Kematian Muhammad Adib Diketahui Esok

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 351 hits
Anggota bomba mengusung jenazah Muhammad Adib Mohd Kassim dari Jabatan Forensik HKL 18 Disember 2018 Foto oleh Hari AnggaraSHAH ALAM 26 Sept Selepas 41 hari prosiding inkues berhubung kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim dijalan...
Bapa Adib Harap Keputusan Inkues Memihak Keluarga

Bapa Adib Harap Keputusan Inkues Memihak Keluarga

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 785 hits
Keluarga Muhammad Adib Mohd Kassim anggota bomba yang terkorban selepas rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya tahun lalu berharap keputusan inkues bagi menentukan punca kematian anaknya pada esok akan berpihak kepada mereka Mohd...
Video Keputusan Inkues Adib Jumaat Ini Bapa Menangis Rayu Doa Orang Ramai

Video Keputusan Inkues Adib Jumaat Ini Bapa Menangis Rayu Doa Orang Ramai

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 347 hits
Hanya beberapa hari lagi keputusan inkues kes anggota bomba dan penyelamat Muhammad Adib bin Mohd Kassim akan diketahui Sebahagian besar rakyat Malaysia sangat menantikan keputusan yang seadilnya terutama buat Allahyarham Rentetan daripada ...
Selepas Inkues Adib Inkues Asy Syahid Uthman Talib Lubuk Merbau Wajib Diadakan

Selepas Inkues Adib Inkues Asy Syahid Uthman Talib Lubuk Merbau Wajib Diadakan

papar berkaitan - pada 28/9/2019 - jumlah : 531 hits
Hasil inkues Adib dilaporkan media2 utama antara lainnya seperti berikut Gambar AsySyahid Selepas Kejadian Maka perlulah Tulang Besi memohon supaya diadakan inkues dlm bentuk yg sama kepada Allahyarham Uthman Talib yg meninggal dunia dipuku...
Pos Malaysia Drops Fossil Stamps To Celebrate Dino Era Finds

Momen Yang Tidak Akan Terhilang

Bullying Case Expulsions A Lesson For Mara College Students Says Asyraf

Be A Critic But Don T Be Lazy With Your Facts Hannah Yeoh S Pol Sec Lambasts Mca Youth S Neow Over Fam Issue

The Traffic School That Works Around Your Life Not The Other Way Around

Travel Tips To Bali From Malaysia Don T Buy Your Ticket To Bali Without This Guide

Kesan Buruk Disebabkan Ikan Tilapia Hitam

Dorset Beach House A Sustainable Coastal Renovation By Architecture For London


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Drama Jutawan Ekspres

Raja Selfie Malaysia

Ucapan Hari Lahir Untuk Isteri Islamik Romantik Lucu English

Tindakan Halau Individu Dari Surau Bukan Persetujuan Ajk Tegas Musolla Halaman 11

Makan Mee Sotong Pasembur Di Restoran Al Sinin

Cara Buat Mee Udang Mudah Dengan 5 Langkah Confirm Hirup Kuah Sampai Licin