Selepas Azura Jamal Abdillah Bakal Timang Anak Lelaki Nak Namakan Zek Sempena Watak Dalam Lakonan


Umum mengetahui tentang kehamilan kedua isteri Raja Pop Negara, Datuk Jamal Abdillah selepas melahirkan bayi perempuan yang diberi nama Nur Azura Yamani Oktober lalu.
Nama Nur Azura diambil sempena filem Azura lakonan Jamal bersama Fauziah Ahmad Daud menjadi pengikat kasih antara Datuk Jamal dan Datin Zai Izzati yang melangsungkan pernikahan pada 1 April 2017.
Sedang enak mengulit bahagia dengan permata hati mereka, Tuhan mengurniakan seorang lagi rezeki apabila Zai Izzati kembali berbadan dua.

Ketika mengesahkan perkara itu April lalu, penyanyi yang popular dengan lagu Kekasih Awal Dan Akhir ini memaklumkan jantina anak keempatnya itu belum diketahui ketika itu.
Namun, penyanyi berusia 61 tahun ini bukan sahaja sudi berkongsi jantina anak, malah turut mendedahkan nama bayinya dalam temubual bersama BH Online, baru-baru ini.
“Alhamdulillah, saya bakal menimang cahaya mata lelaki. Saya dan isteri sudah pun memilih nama untuknya. Kami sukakan nama El Isaac Yamani.
“Nama ini diambil sempena nama Nabi Ishak. Cuma ejaannya saya ubah. Selain itu, nama ini dipilih kerana saya mahu ada sebutan ‘Zek’ yang juga nama karakter saya dalam filem Azura,” dedah penyanyi bervokal mantap ini.

Bergilir jaga anak dengan isteri
Bercerita mengenai kehidupannya selepas mempunyai anak kecil, penyanyi kelahiran Teluk Intan, Perak itu berkata, masanya kini banyak dihabiskan dengan anak berbanding sebelum ini.
“Walaupun ada pembantu rumah, tetapi dalam urusan mengasuh anak, saya dan isteri akan bergilir-gilir menjaganya. Isteri sedang sarat kerana kandungannya sudah memasuki enam bulan. Apabila sudah ada anak kecil, masa untuk diri sendiri semakin berkurangan.
“Fokus saya kini pada anak. Kalau dahulu, saya boleh pergi beriadah pada bila-bila masa, tetapi sekarang saya tak boleh keluar sesuka hati. Badan pun sudah tak ‘fit’ dan semakin berisi,” cerita Jamal.
Anak sulungnya, Osama Yamani yang kini menggunakan nama Yamani Abdillah terpilih untuk menyertai program realiti Big Stage yang memulakan konsert pertama, semalam.
Akuinya, sebagai bapa sudah tentu menaruh harapan besar untuk melihat kejayaan anaknya.

Sebagai penyanyi berpengalaman, Jamal berkata, dia sempat menitipkan pesanan berguna kepada Yamani dari segi persembahan dan penyampaian.
“Dia ada maklumkan pada saya mengenai penyertaannya. Pesan saya, kalau itu yang dimahukan, kena buat betul-betul. Yamani perlu tahu perbezaan antara membuat persembahan dengan pertandingan. Jangan terlalu teruja atau ghairah ketika menyanyi.
“Yamani juga kena menonjolkan bakat bermain alatan muzik yang ada padanya untuk membezakan dirinya dengan peserta lain.

“Selain menyanyi dengan bersahaja dan menghayati lirik, Yamani ada kelebihan bermain alatan muzik. Gunakan kelebihan yang ada ketika membuat persembahan. Saya percaya bakat sampingan dapat membezakan dirinya dengan peserta lain,” kata pemilik nama sebenar Jamal Ubaidillah Mohd Ali.
Menceritakan perkembangan terbaharu kerjaya seni, Jamal berkata, Konsert 40 Tahun Persada Seni Jamal Abdillah anjurannya yang sepatutnya berlangsung pada Jumaat lalu selama tiga hari terpaksa ditangguhkan ke tahun depan berikutan wabak COVID-19 yang masih belum reda.
Jelas penyanyi yang mendapat jolokan Raja Pop ini, walaupun terpaksa menunda projek meganya itu namun dia tidak terkilan kerana ia ada kaitan soal keselamatan, nyawa dan kesihatan.
“Dalam keadaan sekarang, saya rasa lebih baik ditangguhkan sahaja konsert berkenaan pada Ogos tahun depan. Saya tak mahu menanggung risiko jika berkeras mahu menganjurkannya sekarang. Insya-Allah, saya harap COVID-19 akan segera berakhir.

“Walaupun ditangguhkan, namun kerja awal penganjuran konsert sudah dijalankan. Antaranya, menempah pemuzik yang bakal beraksi termasuk kru teknikal. Pembayaran sudah dibuat kerana saya mahu perjalanan konsert ini lancar tanpa sebarang masalah berbangkit pada kemudian hari,” kata Jamal.
Sumber: BH Online
Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.

 
The post Selepas Azura, Jamal Abdillah Bakal Timang Anak Lelaki. Nak Namakan ‘Zek’ Sempena Watak Dalam Lakonan appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/selepas-azura-jamal-abdillah-bakal-timang-anak-lelaki-nak-namakan-zek-sempena-watak-dalam-lakonan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Isteri Mengandung Lagi Datuk Jamal Abdillah Rancang Nak Letak Nama Zek Untuk Anak Kedua

Hiburan Isteri Mengandung Lagi Datuk Jamal Abdillah Rancang Nak Letak Nama Zek Untuk Anak Kedua

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 748 hits
Setelah dua tahun mendirikan rumah tangga penyanyi lagenda Datuk Jamal Abdillah khabarnya telah dikurniakan seorang anak perempuan yang diberi nama Nur Azura Yamani pada Oktober tahun lalu hasil perkongsian hidup bersama isterinya Datin Zza...
Usia Kandungan Cecah 4 Bulan Awal Ashaari Dan Scha Alyahya Bakal Timang Anak Kedua

Usia Kandungan Cecah 4 Bulan Awal Ashaari Dan Scha Alyahya Bakal Timang Anak Kedua

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 676 hits
Pasangan berkahwin mana yang tak gembira sekiranya menerima perkhabaran bakal menimang cahaya mata baru Selepas 6 tahun memiliki Lara Alana pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Alyahya berkongsi berita gembira bahawa mereka bakal menamb...
Jadilah Anak Jantan Nak Serang Saya Suka Hati Anda Tapi Bukan Keluarga Kata Guan Eng

Jadilah Anak Jantan Nak Serang Saya Suka Hati Anda Tapi Bukan Keluarga Kata Guan Eng

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 787 hits
Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng mengingatkan musuh politiknya supaya menjadi anak jantan dalam membuat serangan terhadapnya tanpa membabitkan keluarganya Kepada seteru politik jadilah anak jantan nak serang saya suka hati anda tapi jangan...
Sebab Sayanglah Nak Bagi Susu Ibu Walaupun Anak Tak Sah Taraf Saya Tetap Ibunya

Sebab Sayanglah Nak Bagi Susu Ibu Walaupun Anak Tak Sah Taraf Saya Tetap Ibunya

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 353 hits
Setiap orang ujian yang dilalui tak sama Namun bagaimana seseorang itu menempuhinya terletak dalam diri kita sendiri Ada orang hidupnya sempurna sejak dari kecil sehinggalah besar Ada pula yang pernah melalui peristiwa hitam dalam hidup seh...
Tahniah Ana Dahlia Diam Diam Muat Naik Gambar Dengan Baby Bump Bakal Timang Cahaya Mata Kedua Tak Lama Lagi

Tahniah Ana Dahlia Diam Diam Muat Naik Gambar Dengan Baby Bump Bakal Timang Cahaya Mata Kedua Tak Lama Lagi

papar berkaitan - pada 23/8/2020 - jumlah : 1072 hits
Sudah lama menyepi dari dunia seni lakonan perkhabaran terbaru daripada pelakon Ana Dahlia menunjukkan dirinya kini sedang hamil anak kedua Sekeping gambar terbaru yang dimuat naik di laman Instagram miliknya dengan baby bump menarik perhat...
Makanan Jejari Berasaskan Ikan Kaya Dha Untuk Anak Mudah Nak Buat Rasa Pun Sedap

Makanan Jejari Berasaskan Ikan Kaya Dha Untuk Anak Mudah Nak Buat Rasa Pun Sedap

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 578 hits
Makanan jejari sering dihidangkan sebagai snek untuk si manja Kalau selalu menggunakan ayam sebagai sumber protein kali ini ibu ini menggunakan isi ikan pula Amat baik kerana kaya DHA DHA atau docosahexaenoic acid yang banyak terkandung di ...
Nak Anak Jadi Lebih Bijak Ibu Menyusu Wajib Amalkan Pemakanan Ini

Nak Anak Jadi Lebih Bijak Ibu Menyusu Wajib Amalkan Pemakanan Ini

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 608 hits
Sebarang makanan untuk ibu menyusui adalah amat penting terutama dalam tempoh dua hingga tiga minggu terawal Inilah waktunya tubuh anda mula menghasilkan susu ibu dan anda perlu mengamalkan pengambilan vitamin untuk ibu menyusu Hal ini kera...
Hiburan Tahniah Dr Sheikh Muszaphar Dan Dr Halina Bakal Timang Kembar Lelaki Dan Perempuan

Hiburan Tahniah Dr Sheikh Muszaphar Dan Dr Halina Bakal Timang Kembar Lelaki Dan Perempuan

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 475 hits
Setelah mengumumkan bakal menimang cahaya mata ketiga yang juga kembar sama seperti sebelum ini tidak lama lagi angkasawan negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan isterinya Dr Halina kalini mengumumkan jantina bayi kembar yang dijangka ...
Nak Sel Otak Anak Berhubung Jadi Pintar Dan Cerdas No Gajet Hanya Buat 5 Perkara Ini Pasti Membantu

Nak Sel Otak Anak Berhubung Jadi Pintar Dan Cerdas No Gajet Hanya Buat 5 Perkara Ini Pasti Membantu

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 440 hits
Perkongsian daripada doktor ini boleh membantu ibu bapa menambah sel otak bayi menjadi lebih cerdik 5 perkara ini tidak mustahil mama papa boleh lakukannya Rangsangan sejak dari usia bayi berupaya menambah sambungan antara sel sel Apa yang ...
Hari Lautan Sedunia Untuk Lebih Dihargai Lautan Wajar Diberikan Tanda Harga

5 Jenis Pelaburan Patuh Syariah Paling Menguntungkan Di Malaysia

Wanita Jumpa Wang Lebih Rm1 Juta Dalam Kotak Di Tempat Buang Sampah

Comment On Plate Gold Tak Sepanas Plate Ff By Tempahan Plate Fg Putrajaya Dibuka 2025 Adzril

Siakap Masak Lemak Cili Padi Kegemaran Sekeluarga

Calon Jamaah Haji Furoda 2025 Tidak Jadi Berangkat Cecep Abdullah Justru Diundang Langsung Oleh Kerajaan

Building With Purpose Sustainable Approaches To Construction

Kasih Tak Minta


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Susu Snek Padu Buat Hari Lebih Gembira

Aktivis Dedah Pasaraya 96 Tipu Warga Kuantan Bukan Milik Penuh Bumiputera Tapi Premis Warga Asing Bangladesh

Makan Makan Di Hari Raya Aidiladha

Mee Sup Favourite Arwah Mak Pah Sarapan Pagi Ini

Dari Dulu Kena Pulau Isu Dibuli Kembali Disebut Hanya Suzy Ahli Miss A Tiada Di Majlis Kahwin Min

Pn Dan Pas Nak Halang Apa Yang Mereka Dah Luluskan