Selang Sehari Mesti Dia Akan Buat Video Call Tapi Sekarang Dah Tak Ada Lagi Ibu Koperal Akmal


“Selang sehari mesti dia akan buat ‘video call’…Tapi Sekarang Dah Tak Ada Lagi…”- Ibu Koperal Akmal. “Selepas ini tiada lagi suara Abang Long yang selalu bertanya khabar umi dan ayah… mak cik akan rindu sangat suara dan kenangan bersamanya.”
“Selang Sehari Mesti Dia Akan Buat ‘Video Call’…Tapi Sekarang Dah Tak Ada Lagi…”- Ibu Koperal Akmal Demikian luahan sayu Ruzita Razali, 59, ibu kepada Koperal Muhamad Akmal Muhamad, anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terkorban dalam nahas tragik di Kilometer 15, Jalan Sungai Manik berdekatan Sungai Lampam, Teluk Intan pada pagi Selasa lalu.
Menurut Ruzita, anak sulungnya itu sangat rapat dengan keluarga dan kerap melakukan panggilan video untuk berkongsi perkembangan harian, terutamanya berkaitan penugasannya sebagai anggota polis.
Pasukan istiadat kemudiannya menyerahkan Jalur Gemilang kepada ayah Allahyarham, Muhamad sebagai simbol penghargaan atas pengorbanannya ketika berkhidmat dalam PDRM. “Selang sehari mesti dia akan buat ‘video call’… pagi tanya umi buat apa, petang pula mesti cari ayah. Tapi kini, suara itu dah tak akan kedengaran lagi,” ujarnya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam, Masjid Al-Mubarak Telok Pial, Kuala Kurau, pada Rabu.
Ruzita menambah, perbualan terakhir bersama anaknya berlaku pada petang Isnin, sehari sebelum kejadian. Ketika itu Allahyarham kelihatan ceria seperti biasa.
Menurutnya, sebelum menyertai pasukan polis, anaknya pernah bertugas di Jabatan Veterinar namun mengambil keputusan untuk menyertai PDRM kerana minat yang mendalam serta keinginan mengikuti jejak langkah bapanya.
“Mak cik berat hati juga masa tu, tapi dia kata itu cita-cita dia sejak kecil. Akhirnya mak cik izinkan. Dia memang suka aktiviti mencabar, dan bila balik kampung, mesti dia akan keluar berjoging setiap pagi selepas solat Subuh,” cerita Ruzita.
Mengenang perwatakan arwah, Ruzita menyifatkan anaknya sebagai seorang yang penyayang dan bertanggungjawab. Kali terakhir mereka bertemu ialah semasa sambutan Aidilfitri baru-baru ini, dan ketika itu arwah sudah pun merancang untuk pulang semula menyambut Aidiladha bersama keluarga.
“Dia ada tanya mak cik, tahun ni buat korban tak? Katanya dia nak balik, sebab sebelum ini tak pernah cuti masa Raya Haji. Dia rindu nak jumpa adik-adik,” katanya sebak.
Tambahnya lagi, walaupun kepergian anaknya begitu menyayat hati, beliau reda kerana faham dengan tuntutan tugas sebagai seorang anggota polis.
Kira-kira 100 orang hadir solat jenazah allahyarham yang diadakan di Masjid Ar-Mubarak, Kampung Telok Pial, Kuala Kurau pada Rabu. Sementara itu, adik kepada arwah, Muhammad Hafizuddin Muhamad, 32, memberitahu bahawa beberapa hari sebelum kejadian, dia menyedari perubahan sikap abang sulungnya itu.
“Kebiasaannya dia kongsi gambar larian pagi di WhatsApp, tapi dua tiga hari ni dia mula kongsi gambar keluarga… macam dia rindu sangat, itu yang saya rasa pelik,” katanya.
Jenazah Koperal Muhamad Akmal telah disemadikan dengan penuh istiadat polis di Tanah Perkuburan Islam Masjid Ar-Mubarak, Kampung Telok Pial. Jenazah tiba di rumah mertuanya sekitar jam 6.15 pagi dan dikebumikan sejam kemudian, diiringi kira-kira 100 hadirin termasuk ahli keluarga serta penduduk kampung.
Sebelum itu, solat jenazah dilangsungkan di Surau Ar-Rahman, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak, sebelum dibawa ke Markas FRU Unit 5, Sungai Senam, untuk penghormatan terakhir sebagai anggota pasukan keselamatan.
Suasana di tanah perkuburan bertukar hiba apabila sanak saudara tidak dapat menahan kesedihan saat jenazah dikebumikan. Jalur Gemilang kemudiannya diserahkan oleh pasukan istiadat kepada bapa Allahyarham, Muhamad Razali, 63, sebagai tanda penghargaan terhadap khidmat bakti anaknya kepada negara.
Koperal Muhamad Akmal merupakan antara sembilan anggota FRU yang terkorban dalam kemalangan membabitkan trak pasukan dengan sebuah lori membawa batu kerikil sekitar jam 8.30 pagi Selasa lalu di Jalan Chikus–Sungai Lampam, Teluk Intan.
Arwah meninggalkan seorang isteri dan dua orang anak — seorang lelaki berusia enam tahun dan seorang perempuan berumur dua tahun.
Sumber: Sinar Harian
Baca artikel lain juga: Nahas FRU, Hilang Anak Dan Suami Dalam Tempoh Tak Sampai Dua Tahun
Nahas FRU: Wafi Sepatutya Balik Kampung Jumpa Keluarga Hari Ini
 
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
 
The post “Selang Sehari Mesti Dia Akan Buat ‘Video Call’…Tapi Sekarang Dah Tak Ada Lagi…”- Ibu Koperal Akmal appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/selang-sehari-mesti-dia-akan-buat-video-calltapi-sekarang-dah-tak-ada-lagi-ibu-koperal-akmal/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Hamil Luah Rasa Sedih Kakak Ipar Paksa Beri Anak Dalam Kandungan Secara Free Kaya Tapi Tak Nak Buat Ivf

Ibu Hamil Luah Rasa Sedih Kakak Ipar Paksa Beri Anak Dalam Kandungan Secara Free Kaya Tapi Tak Nak Buat Ivf

papar berkaitan - pada 21/5/2025 - jumlah : 185 hits
Seorang wanita yang kini sedang hamil meluahkan rasa sedih apabila diminta mentuanya sendiri untuk beri 8216 sedekah 8217 anak dalam kandungan kepada kakak iparnya kerana masih tidak mempunyai anak Difahamkan kakak iparnya itu sedang mencub...
Ibu Bersalin Buasir Sakitnya Tapi Boleh Atasi

Ibu Bersalin Buasir Sakitnya Tapi Boleh Atasi

papar berkaitan - pada 20/5/2025 - jumlah : 111 hits
Bila bercakap tentang pengalaman bersalin selain sakit dan penat satu masalah yang selalu jadi rahsia ramai ibu ialah buasir Buasir bukanlah sesuatu yang jarang malah ramai ibu selepas bersalin mengalami masalah ni Tapi kenapa ia boleh terj...
Sunyi Ibu Malam Ni Tular Video Anak Gajah Bermain Dengan Ibu Sebelum Dilanggar

Sunyi Ibu Malam Ni Tular Video Anak Gajah Bermain Dengan Ibu Sebelum Dilanggar

papar berkaitan - pada 13/5/2025 - jumlah : 144 hits
Anak gajah jantan berusia lima tahun yang dilaporkan maut tu dikatakan sempat bermain riang dengan ibunya tak lama sebelum kejadian Lokasi tragedi berlaku di Kilometer 80 Jalan Raya Timur Barat Gerik Jeli semalam Menerusi satu video tular y...
Masakan Ibu Bukan Sekadar Lauk Tapi Doa Yang Mengalir Dalam Setiap Suapan

Masakan Ibu Bukan Sekadar Lauk Tapi Doa Yang Mengalir Dalam Setiap Suapan

papar berkaitan - pada 12/5/2025 - jumlah : 177 hits
Pernah tak terfikir waktu tengah masak tu sebenarnya salah satu momen paling power untuk tarik keberkatan dalam keluarga Ramai mak mak mungkin tak sedar tapi sebenarnya doa dan zikir yang dilafazkan masa tengah kacau lauk hiris bawang atau ...
Pertama Kali Jadi Ibu Ini Cara Nak Jaga Mental Supaya Tak Koyak Tapi Jadi Lebih Cantik Dari Dalam

Pertama Kali Jadi Ibu Ini Cara Nak Jaga Mental Supaya Tak Koyak Tapi Jadi Lebih Cantik Dari Dalam

papar berkaitan - pada 7/5/2025 - jumlah : 168 hits
Jadi ibu buat pertama kali ni memang roller coaster Kadang kita rasa tinggi macam mampu takluki dunia Tapi kadang rasa jatuh sampai tak tahu nak mula dari mana Semua berubah Diri kita berubah Badan hati fikiran semua tak sama Tapi perubahan...
Mengandung Tapi Tak Nampak Baby Bump Ibu Sedih Asyik Kena Tegur

Mengandung Tapi Tak Nampak Baby Bump Ibu Sedih Asyik Kena Tegur

papar berkaitan - pada 9/5/2025 - jumlah : 123 hits
Lain orang lain keadaannya Ketika mengandung Ada yang bertubuh kecil tetapi baby bump jelas kelihatan tapi ada pula baby bump yang langsung tidak kelihatan malah masih aktif seperti tidak mengandung Bila ditegur masyarakat sekeliling ibu ha...
Ibu Kuat Demi Anak Korbankan Segalanya Tapi Tak Pernah Minta Balasan

Ibu Kuat Demi Anak Korbankan Segalanya Tapi Tak Pernah Minta Balasan

papar berkaitan - pada 11/5/2025 - jumlah : 139 hits
Ibu mana yang tidak mampu melihat anaknya bahagia Malah seorang ibu sanggup berjuang apa sahaja demi melihat anaknya tertawa gembira dan bahagia Itulah bahagia buat seorang ibu Perkongsian Penulis Keibubapaan Pn Wawa Shauqi tentang kehidupa...
Pkr Youth Criticises Dr Akmal S Stance Against Dap S Call For Equal Seat Allocation In Melaka

Pkr Youth Criticises Dr Akmal S Stance Against Dap S Call For Equal Seat Allocation In Melaka

papar berkaitan - pada 12/5/2025 - jumlah : 173 hits
ANGKATAN Muda Keadilan the youth wing of PKR has criticised UMNO Youth Chief Datuk Dr Akmal Saleh for declaring that BN will not give up any of its previously won seats to PH in the upcoming Melaka state election AMK Communications Director...
Tawar Khidmat Peguam Tapi Tak Dipilih Dr Akmal Bidas Tuduhan Bantu Abang Belon Sekerat Jalan

Tawar Khidmat Peguam Tapi Tak Dipilih Dr Akmal Bidas Tuduhan Bantu Abang Belon Sekerat Jalan

papar berkaitan - pada 10/5/2025 - jumlah : 123 hits
Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Akmal bidas tuduhan membantu seorang peniaga belon yang didakwa dikasari penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sekerat jalan Dr Akmal bidas tuduhan dah tawar peguam Perkara ini dinyatakan beliau dalam hantara...
Bank Islam Shuts Down Old App Pushes Bimb Mobile As The Future Of Banking

Nintendo Switch 2 Malaysia Harga Rasmi Spesifikasi Tarikh Pelancaran 2025

Doa Hari Arafah

Panduan Tiket Flight Dari Kuala Lumpur Ke Kuala Terengganu Dengan Harga Terbaik

Festive Traffic Crawl To East Coast Begins Ahead Of Aidiladha

Amalan Yang Disyorkan Pada Hari Arafah Puasa

Landlord Locks House With Tenant S Car Belongings Over Unpaid Rent Is This Legal In Malaysia

Dr M S New Malay Platform Key To Uniting Divided Community Says Tuan Ibrahim


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Apa Bayi Anda Sebenarnya Cuba Sampaikan Bongkar Bahasa Tubuh Si Kecil

Ini Pembahagian Daging Korban Yang Lebih Afdal

Cerita Cerita Menjelang Aidiladha

Sekarang Ramai Orang Kejar Nak Jadi Content Creator Perlu Ke Sambung Belajar

Guardian Hairppiness Segala Galanya Tentang Rambut

Lelaki 50 50 Choi