Ibu Kuat Demi Anak Korbankan Segalanya Tapi Tak Pernah Minta Balasan


Ibu mana yang tidak mampu melihat anaknya bahagia. Malah seorang ibu sanggup berjuang apa sahaja demi melihat anaknya tertawa gembira dan bahagia. Itulah bahagia buat seorang ibu.
Perkongsian Penulis Keibubapaan, Pn Wawa Shauqi tentang kehidupan dan kecekalan ibunya membesarnya anak-anak sememangnya meninggalkan kesan yang cukup mendalam. Betapa besarkan jasa seorang ibu, sanggup mengorbankan apa sahaja demi cinta hatinya.

Ramai yang kongsikan keperitan hidup tanpa mak di ruang komen. Ada beberapa komen yang buat saya sebak. Antaranya, yang kongsikan kisah kehilangan pasangan.
Saya lemah betul bila kenang kisah macam ni. Especially wanita dengan anak-anak yang masih kecil. Seperti kisah wanita dan anak-anaknya yang ‘ditinggalkan’ suami dalam gambar ini. Auto teringat mak. Dan diri sendiri waktu masa kecil.
Ayah meninggal dalam kemalangan jalan raya. Masa tu saya baru umur 2 tahun. Abang 4 tahun dan adik baru beberapa bulan lahir. Saya masih teringat mak saudara cerita. Hari masa ayah meninggal, ahli keluarga semua dah tau. Tapi rupanya mak masih tak sedar. Asbab masalah pendengaran, dia tak dengar apa dah jadi kat ayah masa tu.
Sesampainya ayah saudara dari utara, mak terus tanya keadaan ayah. Berkerut ayah saudara saya. Sebab tak sangka mak tak tau lagi.
Bila dikhabarkan ayah dah tak ada, mak terus rebah.
Saya cuba letakkan diri saya di tempat mak saya. Saya dapat rasakan betapa gelap gelitanya dunia. Sekelip mata, kita terpaksa terima hakikat yang amat berat.

Orang yang paling disayangi, paling dekat di hati pergi meninggalkan dunia selama-lamanya. Pergi dalam keadaan anak baru nak belajar menyebut ayah. Sorang anak lagi, masih belum sempat merakam wajah ayah dalam memori.
Mak bukan saja hilang suami. Tapi hilang sahabat yang patut bersama membesarkan anak-anak yang masih kecil. Juga hilang insan yang menafkahi seisi keluarga.
Kesedihan yang amat dalam dan kepedihan yang amat menyakitkan juga buat diri mak ‘hilang’. Tenggelam dalam depresi. Mak seakan duduk dalam dunia sendiri. Kami yatim pada nama. Tapi yatim piatu secara realiti.
Setelah melalui episod dukacita yang panjang, mak kembali bangkit bekerja. Mak ambil masa yang lama untuk sedar bahawa dia perlu bangkit mengemudi keluarga tanpa ketuanya.
Kami pula, berbagi hak jagaan dengan saudara-mara. Mujurlah, kasih sayang dan sifat ihsan ahli keluarga lain menawarkan kami tempat berpaut. Dan beri kami kekuatan untuk terus hidup mendewasa. Walaupun di kelilingi tanggungjawab dengan keluarga sendiri, tetap tak ketepikan kami yang menumpang teduh.
Melihat ibu-ibu yang kehilangan pasangan ini, mengingatkan saya betapa hebatnya seorang mak berusaha. Walaupun terlalu lemah untuk berdiri, ibu-ibu ini akan terus usaha melangkah demi anak-anak yang masih memerlukan. Ya. Mak dah berkorban lebih dari apa yang kami faham pada masa itu.

Ketika saya melihat wanita-wanita lain yang kehilangan pasangan, saya faham betapa besar cabaran yang mereka hadapi. Terutama bila mereka terpaksa membesarkan anak-anak kecil tanpa suami di sisi. Saya tahu, perjuangan mereka jauh lebih berat daripada apa yang orang lain faham.
Mereka bukan sahaja terpaksa menggalas tanggungjawab membesarkan anak-anak sendirian. Tapi juga berjuang dengan emosi mereka sendiri.
Rasa kesepian, rasa rindu yang tak terungkap, dan rasa hilang arah. Dalam kesakitan itu, tetap usaha berdiri. Dan berusaha memberikan yang terbaik untuk anak-anak. Berusaha buat anak rasa cukup, rasa disayangi dan dikasihi.
Ibu-ibu yang kuat ini, mengajar anak-anak bahawa walaupun kita diuji dengan kehilangan yang besar, kita masih ada satu sama lain untuk terus berdiri teguh.
Shout out to all the single mothers.
Pejuang luar biasa yang mendidik kita bahawa, dalam keadaan tempang, lemah dan hilang separuh diri, kita masih mampu berdiri dan melengkapi kehidupan insan yang kita
sayangi.
Wawa Shauqi
The post Ibu Kuat Demi Anak, Korbankan Segalanya Tapi Tak Pernah Minta Balasan! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ibu-kuat-demi-anak-korbankan-segalanya-tapi-tak-pernah-minta-balasan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buat Semua Ibu Yang Pernah Rasa Nak Mengalah Jangan Rasa Alone Terus Kuat

Buat Semua Ibu Yang Pernah Rasa Nak Mengalah Jangan Rasa Alone Terus Kuat

papar berkaitan - pada 28/4/2025 - jumlah : 148 hits
Kalau awak seorang isteri dan ibu mesti faham perasaan ni Kerja di pejabat belum habis balik rumah sambung pula kerja rumah yang tak pernah surut Kadang kadang kita tarik nafas panjang kadang kadang sampai mengeluh penat Semua nak kena jaga...
Tanggungjawab Ibu Bapa Kepada Anak Anak Mencorak Masa Depan Umat

Tanggungjawab Ibu Bapa Kepada Anak Anak Mencorak Masa Depan Umat

papar berkaitan - pada 9/5/2025 - jumlah : 160 hits
Tanggungjawab Ibu Bapa Kepada Anak Anak Mencorak Masa Depan UmatIbu bapa bukan sahaja penyedia keperluan fizikal tetapi juga pemimpin yang membentuk peribadi anak anak Ingatlah anak anak kita adalah amanah Allah SWT dan didiklah mereka deng...
Pertama Kali Jadi Ibu Ini Cara Nak Jaga Mental Supaya Tak Koyak Tapi Jadi Lebih Cantik Dari Dalam

Pertama Kali Jadi Ibu Ini Cara Nak Jaga Mental Supaya Tak Koyak Tapi Jadi Lebih Cantik Dari Dalam

papar berkaitan - pada 7/5/2025 - jumlah : 168 hits
Jadi ibu buat pertama kali ni memang roller coaster Kadang kita rasa tinggi macam mampu takluki dunia Tapi kadang rasa jatuh sampai tak tahu nak mula dari mana Semua berubah Diri kita berubah Badan hati fikiran semua tak sama Tapi perubahan...
Ibu Dah Bersalin Tapi Nak Badan Slay Ini Cara Nak Bangkit Dan Jadi Lebih Hebat Dari Dulu

Ibu Dah Bersalin Tapi Nak Badan Slay Ini Cara Nak Bangkit Dan Jadi Lebih Hebat Dari Dulu

papar berkaitan - pada 6/5/2025 - jumlah : 129 hits
Melahirkan anak bukan perkara kecil Ia satu perjuangan yang luar biasa ibarat bertarung nyawa Tapi selepas habis tempoh berpantang ramai ibu mula rasa letih lesu dan kadang kadang hilang semangat untuk jaga diri Eh tak boleh macam tu ya Ing...
Anak Menangis Berjam Jam Salah Ibu Bapa Atau Orang Sekeliling Yang Tak Tahu Bersabar

Anak Menangis Berjam Jam Salah Ibu Bapa Atau Orang Sekeliling Yang Tak Tahu Bersabar

papar berkaitan - pada 9/5/2025 - jumlah : 131 hits
Sebuah video tular di TikTok baru baru ini memaparkan sepasang suami isteri yang kelihatan tidak senang duduk sewaktu menaiki feri apabila mereka terpaksa mendengar tangisan seorang budak selama hampir satu jam perjalanan Video tersebut yan...
Mengandung Tapi Tak Nampak Baby Bump Ibu Sedih Asyik Kena Tegur

Mengandung Tapi Tak Nampak Baby Bump Ibu Sedih Asyik Kena Tegur

papar berkaitan - pada 9/5/2025 - jumlah : 123 hits
Lain orang lain keadaannya Ketika mengandung Ada yang bertubuh kecil tetapi baby bump jelas kelihatan tapi ada pula baby bump yang langsung tidak kelihatan malah masih aktif seperti tidak mengandung Bila ditegur masyarakat sekeliling ibu ha...
Tidur Cukup Anak Ceria Panduan Penting Buat Ibu Bapa Prihatin

Tidur Cukup Anak Ceria Panduan Penting Buat Ibu Bapa Prihatin

papar berkaitan - pada 11/5/2025 - jumlah : 137 hits
Tidur yang cukup adalah asas kepada tumbesaran dan perkembangan anak anak Namun begitu dalam dunia moden yang serba pantas ini rutin tidur anak anak sering terganggu akibat penggunaan gajet jadual harian yang padat atau kurang kesedaran ten...
Bubur Anak Lebah Macam Cendol Tapi Bukan Rasa Memang Sedap

Bubur Anak Lebah Macam Cendol Tapi Bukan Rasa Memang Sedap

papar berkaitan - pada 29/4/2025 - jumlah : 164 hits
Bubur anak lebah ini antara hidangan tradisi negeri Perak khususnya Perak tengah Seakan cendol malah bahan yang digunakan pun hampir sama tapi bukan ya Sedap manis berlemak bubur ini selalu disajikan bila menyambut bayi yang baru lahir Tapi...
Why Can Israel Have Nukes But Not Iran

Kenapa Kerjaya Sebagai Guru Di Malaysia Menguntungkan

Meneroka Peluang Di Malaysia Mencari Kerjaya Sebagai Jurutera Oil Gas

Oppo Ai Features Revolutionizing The Mobile Experience In Mexico

Mitski Washing Machine Heart Chord

Malaysia Leads With New Suicide Reporting Guidelines

Malu Pmx Diperintah Bayar Rm20k Kes Yusoff Rawther Vs Anwar Ibrahim Diteruskan Hakim Mahkamah

Perak Needs Further Study On Use Of Vapes E Cigarettes


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kenapa Ada Orang Kata Movie Keluang Man Best Ada Yang Tak

Apa Sebenarnya Festival Perahu Naga Sejarah Lokasi Maksudnya

Mb Gangjeong Chicken Kini Di Marrybrown Dengan Rasa Korea Yang Pedas Menggoda

Cuaca Panas Nyamuk Ganas Apa Kaitan Perubahan Iklim Global Dengan Denggi

Kembali

Amalan Sunnah Hari Arafah