Masakan Ibu Bukan Sekadar Lauk Tapi Doa Yang Mengalir Dalam Setiap Suapan
Pernah tak terfikir, waktu tengah masak tu sebenarnya salah satu momen paling power untuk ‘tarik’ keberkatan dalam keluarga?
Ramai mak-mak mungkin tak sedar, tapi sebenarnya doa dan zikir yang dilafazkan masa tengah kacau lauk, hiris bawang, atau basuh beras, boleh jadi salah satu asbab anak lembut hati, suami bertambah sayang, dan rumah tangga makin harmoni.
Inilah dia yang orang tua dulu panggil air tangan ibu.
Masak Bukan Sekadar Nak Kenyangkan Perut
Bila ibu masuk dapur, itu bukan sekadar aktiviti harian. Itu satu ibadah. Satu ruang untuk ibu berdoa, bermunajat, dan memohon keberkatan. Doa yang dibaca, zikir yang dilafazkan — semuanya menyerap masuk ke dalam makanan yang akan disuapkan kepada orang tersayang.
Nak anak jadi insan berbudi? Nak anak dengar kata? Nak suami makin menghargai? Mulakan dari dapur. Walau penat macam mana pun, cubalah cari masa masak sendiri walau lauk simple je — sebab itu lebih dari sekadar masakan. Itu kasih sayang yang ‘dimasak’ dengan doa.
Tak Perlu Bukti Saintifik, Cukuplah Dengan Hati Yang Yakin
Memang tak ada kajian sains yang boleh ukur kehebatan air tangan ibu. Tapi secara rohaninya, makanan yang dimasak dengan jiwa, penuh cinta dan disulami doa, ada getarannya sendiri. Anak pun rasa ‘selamat’, rumah pun rasa ‘hidup’.
Dan bila mak sendiri suapkan ke mulut anak, lagi terasa magisnya. Bukan sebab lauk sedap semata, tapi sebab kasih sayang yang dibalut dalam setiap suapan tu.
11 Zikir & Doa Yang Boleh Diamalkan Masa Memasak
Nak mula amalkan? Nah, ini antara zikir dan ayat Al-Quran yang boleh diselitkan sepanjang proses memasak:
Ambil wuduk dan solat sunat 2 rakaat sebelum ke dapur, mohon Allah mudahkan dan berkati kerja kita.
Doa masuk dapur – Surah Al-Kahfi ayat 10: “Ya Tuhan kami, berilah kami rahmat dari sisi-Mu dan persiapkan petunjuk terhadap urusan kami.”
Ambil beras – Surah An-Nahl ayat 96: “Apa yang di sisi kamu akan lenyap dan apa yang di sisi Allah adalah kekal.”
Simpan beras – Surah Ali-Imran ayat 27: “Engkau jualah yang memberi rezeki kepada siapa yang Engkau kehendaki tanpa hisab.”
Potong sayur atau daging – Surah Al-Baqarah ayat 71: (kisah lembu betina Nabi Musa).
Potong sayur – Surah Al-Kautsar: “Sesungguhnya Kami telah berikan nikmat yang banyak…”
Letak kuali atas dapur – Surah Al-Baqarah ayat 137: “Maka Allah akan memelihara kamu daripada mereka…”
Setiap kali masukkan bahan dalam kuali/periuk, bacalah Bismillah.
Kacau masakan ikut lawan jam – Sunnah Rasulullah dari kanan ke kiri.
Sambil masak, baca Surah Al-Imran ayat 200: “Wahai orang-orang beriman! Sabarlah, kuatkanlah kesabaran…”
Selawat & istighfar – Zikir ni penambah rasa dan penyejuk hati keluarga.
Masakan Ibu Adalah Cinta Yang Tak Tertulis
Bukan sebab lauk tu viral kat TikTok, tapi sebab dalam setiap hirisan bawang dan gaulan tangan tu ada doa, ada harapan. Ibu, awak bukan sekadar tukang masak di rumah. Awak adalah sumber tenaga rohani keluarga.
Jangan rasa rendah bila masak untuk anak dan suami. Sebaliknya banggalah, sebab dari air tangan awak tu lahirnya cinta, lembutnya hati anak, dan tenangnya rumah tangga.
The post Masakan Ibu Bukan Sekadar Lauk, Tapi Doa Yang Mengalir Dalam Setiap Suapan appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/masakan-ibu-bukan-sekadar-lauk-tapi-doa-yang-mengalir-dalam-setiap-suapan/