Ainul Mardhiah Sambut Ulang Tahun Pertama Tanpa Tumor Mama Walid Panjatkan Kesyukuran
Menitis air mata setiap kali mengingati kembali perjuangan anak kecil ini. Ainul Mardhiah seindah namanya bidadari syurga bersemangat dan kuat melawan penyakit kanser dan ketumbuhan pada lidah kini genap setahun.
Anak kepada pasangan Ahmad Safiuddin dan Nurul Erwani ini sebelum ini menghidap Germ Tumor Cell dan telah melalui pembedahan membuang ketumbuhan pada mulutnya. Si kecil ini berada hampir dua bulan di London untuk menjalani rawatan, pembedahan dan rawatan susulan sebelum pulang ke Malaysia beberapa minggu yang lalu.
SEMOGA ALLAH MERAHMATI & MELINDUNGI
Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, bapa kepada Ainul merakamkan kesyukuran sempena ulang tahun kelahiran pertama Ainul pada 13 Ogos (semalam). Bapa ini turut menitipkan doa agar anaknya dirahmati dan dilindungi Allah sentiasa.
“Alhamdulillah, cukup setahun. Semoga Allah swt merahmati dan melindungi kamu anak!”
View this post on Instagram
Alhamdulillah, cukup setahun. Semoga Allah swt merahmati dan melindungi kamu anak!
A post shared by Ahmad Safiuddin Ahmad Razak (@ahmadsafiudinn) on Aug 12, 2019 at 6:00pm PDT
MAMA SAYANG AINUL
Manakala ibu Ainul, Nurul Erwani Zaidi pula mencoretkan kesyukurannya di Instagram sempena ulang tahun pertama anak. Ibu ini mengakui ujian yang masa lalu mengajar erti kehidupan. Erwani mengharapkan supaya terus diberikan peluang menjaga Ainul.
“Ainul Mardhiah Turns 1. Happy Birthday Ainul Mardhiah.
“Selamat Ulangtahun yang pertama buat anak mama, Ainul Mardhiah. Alhamdulillah. Syukur hanya pada ALLAH SWT untuk nikmat yang paling berharga ini. .
“Bermacam pengalaman yang baru untuk mama dan walid dalam menjaga dan membesarkan Ainul. Ujian dan dugaan bertalu talu datang untuk mengajar mama dan walid erti kehidupan.
“Setiap masa mama doa supaya Allah sentiasa beri peluang pada mama untuk jaga Ainul, beri mama dan walid petunjuk dan juga sentiasa permudahkan urusan kita semua.
“Nanti kita celebrate birthday sama sama dengan mama ya Ainul. you sayang.”
View this post on Instagram
Ainul Mardhiah Turns 1. Happy Birthday Ainul Mardhiah
. . Selamat Ulangtahun yang pertama buat anak mama, Ainul Mardhiah. Alhamdulillah. Syukur hanya pada ALLAH SWT untuk nikmat yang paling berharga ini. . Bermacam pengalaman yang baru untuk mama dan walid dalam menjaga dan membesarkan Ainul. Ujian dan dugaan bertalu talu datang untuk mengajar mama dan walid erti kehidupan. Setiap masa mama doa supaya Allah sentiasa beri peluang pada mama untuk jaga Ainul, beri mama dan walid petunjuk dan juga sentiasa permudahkan urusan kita semua. . Nanti kita celebrate birthday sama sama dengan mama ya Ainul
. .
you sayang.
A post shared by Nurul Erwani Zaidi (@_nrlerwani) on Aug 12, 2019 at 6:13pm PDT
Di ruangan Instastory, ibu ini turut memuatkan beberapa ucapan dan kehadiran insan-insan yang rapat yang memeriahkan hari ulangtahun Ainul Mardhiah ini.
Selain itu, bayi kesayangan rakyat Malaysia ini mendapat restu dan doa daripada warganet.
“Happy birthday sayang…semoga sentiasa diberi kesihatan yg baik, menjadi anak solehah dan dlm lindungan Allah selalu…”- ameirsue
“Sannah helwah sweetie semoga dipermudahkan urusan walau dimana ainul berada & semoga rezeki ainul melimpah ruah. Salam syg buat ainul.” – nh.hdyah_
“Ainul dah berada di wad Hospital wanita dan kanak-kanak KL kan.. sanah helwah nak..sebgmn kekuatan yg dirimu ada begitulah kekuatan yg ada pd ibubapamu..anty tak boleh lihat situasi begini. terkenang anak perempuan anty masa dia baby dulu..segalanya berpaut pd doa dan kekuatan yg Allah swt berikan pd anty untuk tempuhi ujian Allah swt..”- ummi_esya
“Sanah helwah sayang. Semoga sentiasa membesar dgn sihat dan dpjgkan umur. Aamiin .” hdnjw_
Sumber: _nrlerwani & ahmadsafiudinn
Artikel berkaitan:[ “Dua Kali Raya Tahun Ni Di Hospital”. Tak Apa Asalkan Dapat Lihat Ainul Sihat] [“Besar Harapan Lihat Kamu Membesar Normal.” Luahan Bapa Ainul Menyentuh Hati] [Ainul Dah Pandai Pusing Badan. Doktor Galakkan Keluar Jalan-Jalan Setiap Hari ]
The post Ainul Mardhiah Sambut Ulang Tahun Pertama Tanpa Tumor. Mama & Walid Panjatkan Kesyukuran appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/ainul-mardhiah-sambut-ulang-tahun-pertama-tanpa-tumor-mama-walid-panjatkan-kesyukuran/