Nota Ulang Kaji Bahasa Inggeris Tahun 4 5 Dan 6 Ringkas Dan Cepat
Ulang Kaji Bahasa Inggeris Tahun 4, 5, dan 6 Ringkas dan Cepat | Hi, assalamualaikum semua!
Maaflah asyik tenggelam timbul dalam dunia blog ni. Bab pengurusan masa memang aku gagal sikit, masih tak pandai nak bahagikan masa sebagai seorang wife, mommy (to my cats) and teacher. Maklumlah tahun pertama jadi cikgu tiba-tiba aku kena pegang kelas UPSR
Ya Allah...Memang berdebar lah kan. Tapi kalau pihak sekolah yakin dengan aku (ada la saringan dan pemerhatian), kenapa aku nak rasa tak layak untuk memikul tanggungjawab tu kan? InsyaAllah, hidup ni adalah learning process. Sambil mengajar, aku juga banyak belajar. Alhamdulillah
UPSR semakin hampir, alhamdulillah aku dapat kelas yang mostly anak-anaknya sudah mantap berbahasa Inggeris, dan ada juga yang tak tahu berbahasa Melayu, jadi mudahlah aku untuk fokus pada beberapa part-part yang mereka lemah sahaja.
Baiklah tak nak bazirkan masa sebab aku taip ni pun pada jam 2 pagi, esoknya Isnin. Timing out betul kan. Tapi tiba-tiba dapat inspirasi nak share dalam blog, mana tahu boleh digunakan ibu bapa yang nak ajar anak sendiri kat rumah, atau anak-anak yang nak ulangkaji sendiri, atau cikgu yang nak guna nota ni dalam kelas, ambil lah
Aku cuma kutip nota guru berpengalaman lain dari internet dan kemaskan dalam bentuk nota versi aku sendiri. Sekiranya ada pembetulan, bolehlah cepat-cepat beritahu pada aku balik ya
DOWNLOAD DI SINI
Satu je aku minta, doakan aku mampu menjadi guru yang baik. Demi Allah, aku tak lakukan semua ini untuk duit.
Aku tiba-tiba diserap dalam dunia ini
Dan jatuh cinta. Sepenuh hati
:)
Doakan anak murid aku dapat menjawab UPSR dengan baik. Mereka anak-anak yang baik. My first baby students, hihi
Aamiin amiin ya Rabb.
Sebelum mengundur diri, aku dan family ingin mengucapkan salam aidiladha pada rakan-rakan blog semua. Harap tak terlambat, kekeke
p/s : Jangan lupa share jika suka entry ini :D
Follow
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.noormaizan.com/2019/08/ulang-kaji-bahasa-inggeris-upsr.html