Selamat Tinggal Klinik Pembedahan Plastik Dan Rekonstruktif Hkl
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Hari ini menjadi satu lagi sejarah apabila doktor mengatakan bahawa Aina tidak perlu lagi hadir ke Klinik Pembedahan Plastik dan Rekonstruktif Hospital Kuala Lumpur.
Doktor menyatakan bahawa parut di dahi Aina sudah matang, tiada kelihatan sebarang gejala yang membimbangkan. Doktor kata parutnya itu takkan dapat dihilangkan, tunggu sahaja apabila dia sudah besar nanti jika Aina mahu melakukan pembedahan plastik.
Aina mengalami kecederaan itu setelah kami sekeluarga terlibat dalam kemalangan pada 21 Disember 2017.
9 Januari 2019 jam 11:36 pagi hari Rabu
Temujanji terakhir Aina di Klinik Pembedahan Plastik dan Rekonstruktif Hospital Kuala Lumpur.
Aina sedang makan jelly yang diberikan seorang jururawat di luar klinik pakar tersebut.
Pada masa ini Aina berumur 1 tahun 10 bulan 18 hari.
Dirakam menggunakan kamera telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A.
9 Januari 2019 jam 9:35 pagi hari Rabu
Tiba di Kompleks Pakar dan Rawatan Harian Hospital Kuala Lumpur setelah menempuh kesesakan lalulintas dari Sepang ke Kuala Lumpur. Master merasakan pemanduan ini sungguh memenatkan. Perkara pertama yang dilakukan oleh Master sebaik sahaja sampai di Hospital Kuala Lumpur (HKL) adalah menurunkan Mommy dan Aina di Kompleks Pakar dan Harian HKL, sebuah bangunan yang menempatkan semua klinik pakar dan klinik harian.
XiaomiR Redmi Note 5A 2019-01-09-093516
Pada jam 10 pagi, agak bernasib baik dapat juga satu petak tempat letak kereta yang kosong, itu pun di tingkat paling atas Kompleks Letak Kereta Bertingkat Hospital Kuala Lumpur. Kemudian kena berjalan kaki menuju ke Kompleks Pakar dan Harian Hospital Kuala Lumpur ni. Nasib baik juga di kompleks parking bertingkat ni ada medan selera, jadi orang ramai boleh bersarapan dahulu di sini. Lazimnya Master akan ke Kompleks Pakar dan Harian dulu untuk bertemu Mummy yang ambil nombor giliran sebelum bersarapan di sana. # Wednesday, 9 January 2019, 10:18 # 20190109 # IMG_20190109_101827.jpg # XiaomiR Redmi Note 5A # HKL Parking Complex # https://goo.gl/maps/NGe2MaSWuu2juuAw5 #
Menunggu GiliranSemasa menunggu giliran berjumpa doktor inilah kita bertemu ramai orang. ternyata jika kita rasa nasib kita malang, lebir ramai lagi yang mengalami kecacatan yang lebih teruk. Ada yang hilang separuh muka. Ramai pula kes bibir sumbing. Kira kes Aina ini lebih bernasib baik.
Jika kita rasa kurang bersyukur, mungkin kita perlu lebih banyak ke hospital untuk melihat betapa bertuahnya diri kita.
9 Januari 2019 jam 10:45 pagi hari Rabu
Aina sedang tunggu giliran jumpa doktor pakar di Klinik Pembedahan Plastik dan Rekonstruktif Hospital Kuala Lumpur.
Gambar masa dia tengah minum air, duduk elok je kononnya padahal duk buat bising lari-lari dalam hospital semasa Master belum sampai di sana.
Dirakam menggunakan kamera telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A 2019-01-09-10452720190109
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.interpretzz.com/2019/01/selamat-tinggal-klinik-pembedahan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Interpretzz+%28interpretZZ%29